Ikan Kembung Masak Sambal Lada Hitam Mudah Dan Sedap
Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap! | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya dah blur nak masak apa. Maka, terciptalah masakan ini. Haha. Masuk itu masuk ini, kacau kacau dah siap. Janji sedap kena dekat tekak kan. Resepi ni lebih kurang resepi ayam lada hitam. Cumanya, 'watak utama' dia, ayam cikla ganti ikan. Dah jadi dah..
Kalau korang nak try resepi ni, meh cikla share dulu bahan-bahannya ya. Senang je!
Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap!
Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap!
Bahan-bahannya :6 ekor ikan kembung. 1 labu bawang besar/Holland (potong bulat). 1 cawan air asam jawa
Garam, serbuk kunyit dan minyak secukupnya.
Bahan kisar :2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih. 1/2 inci halia
3-4 sudu besar lada hitam. Sedikit air
Cara nak buat : Ikan kembung yang dibersihkan, diperap sekejap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Selepas itu, goreng ikan sehingga garing sedikit. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan. Luakkan sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan kisar sampai naik bau. Kemudian, masukkan bawang yang dipotong bulat dan air asam jawa. Taburkan garam dan perasa jika perlu. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Last sekali, masukkan ikan goreng tadi dan gaul. Biarkan sekejap, tutup api dan boleh dihidangkan.
Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap!
Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap!
Senang je kan. Memang sedap kalau makan lauk ni dengan nasi panas-panas. Kalau boleh buat berkuah sikit, lagi best. Oh ye, kalau korang nak guna ikan lain pun boleh juga.
Lepas makan gerenti peluh jantan semua keluar... Sihat badan. Hehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/11/ikan-kembung-masak-sambal-lada-hitam.html