Resepi Bihun Sup Ayam Dan Sambal Kicap Yang Sedap Dan Mudah


Hi..

Balik kampung baru-baru ni kakak saya buat Bihun Sup Ayam. Buat satu periuk besar , tak sampai satu hari dah habis licin. Memang kaki makan betul kitaorang ni. Makanan berkuah dan bersup macam ni memang kegemaran kami sekeluarga. Ditambah pulak dengan sambal kicapnya yang menyengat dan buat korang pecah peluh.




Kalau yang kering dan tak berkuah tu kurang layan sikit sebab tak puas makan.


Ni lah bihun sup yang dah siap dimasak. Sedia untuk di makan.. Tapi sayang nya cuma sempat ambik satu gambar ni saja. Bila dah ramai-ramai berkumpul , makan sama-sama kena pantas la mencedok nya.Kalau tidak telan air liur je la nanti..ahahha..

Bihun sup ni tak gunakan minyak langsung tau. Sesuai la bagi sesiapa yang tak suka makanan berminyak. Lagipun kalau berminyak rasa muak nak makan banyak-banyak..kan? Oleh sebab sedap dan mudah dimasak , Bihun Sup Ayam ni haruslah masuk ke blog dianarashid.com.

Untuk resepi ni korang boleh guna 1 ekor ayam. Kalau guna rangka ayam saja , guna 3 ekor. Nak hilangkan hanyir ayam  korang boleh guna tepung gandum. LUmur ayam dengan tepung gandum dan biarkan selama 20 minit.

Kemudian bilas dan bersihkan sampai hilang sisa tepung. Sup ayam tak kan berbau hanyir.

Sesiapa yang nak mencuba resepi ni silakan ..

Resepi Bihun Sup Ayam yang sedap dan Mudah 

Bahan-Bahan

2 bungkus bihun ( celur dengan air panas dan tos kan.)

1 ekor ayam atau 3 ekor rangka ayam (potong ikut saiz yang korang suka dan bersihkan )
1 bungkus sub bunjut
2 inci lengkuas
2 inci halia
1 kuib ayam (tak nak letak pun tak pe)
Daun bawang
Daun sup
1 sudu kecil lada hitam
1sudu besar rempah kurma dibacuh dengan 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

*Bahan kisar
7-8 ulas Bawang putih
10 biji bawang merah
5 tangkai cili padi
1 batang serai

*Bahan sampingan
Bawang Goreng
Fish ball dan Fish cake yang sudah di rebus dan dihiris nipis (tak nak letak pun tak pe)
Sambal Kicap




Cara-caranya:

Rebus ayam bersama halia dan lengkuas di dalam periuk bersama dengan 3 - 4 mangkuk air. Masuk kan sup bunjut. Agak-agak la kuah sup tu. Sup kena banyak air. Tak boleh kering.

Rebus sampai ayam keluar minyak dan lembut. Kemudian masuk kan bahan yang sudah di kisar halus.

Biarkan sehingga mendidih dan terus masuk kan rempah kurma, lada hitam dan kuib ayam.

masak lagi hingga mendidih dan masuk kan Garam, daun bawang dan daun sup yang sudah dihiris.

Tutup api dan periuk agar kuah sup sebati dengan daun bawang dan daun sup.


Resepi Sambal Kicap sedap

Bahan-bahan
10 tangkai Cili padi
3 ulas Bawang Putih
Garam secukup rasa
2 sudu besar Perahan limau
1 cawan Kicap manis

Cara-Caranya :

Kisar semua bahan hingga halus. Sambak kicap mesti lah pekat. Jangan masuk kan air ke dalam pengisar.

Kalau susah nak kisar tumbuk je bahan kering atau boleh guna manual chopper. Kemudian baru masuk kan air perahan limau dan kicap manis.


Kemudian boleh la dihidang kan.. Letak bihun, bawang goreng, fish ball dan fish cake , sambal kicap dan last sekali cedok kan kuah nya..

Selamat mencuba..







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dianarashid.com/2018/11/resepi-bihun-sup-ayam-dan-sambal-kicap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Bihun Sup Mudah Dan Cepat

Resepi Bihun Sup Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 524 hits
Resepi Bihun Sup Mudah Dan Ringkas Assalamualaikum semua Saat ada ipar duai nak datang rumah memang Sha kekok sikit sebab sejenis tak pandai masak kan Jadi Sha masak ringkas ringkas sahajalah iaitu Bihun Sup paling mudah dan cepat dimasak S...
Resepi Ayam Panggang Mudah Dan Sedap Masak Cara Fiza

Resepi Ayam Panggang Mudah Dan Sedap Masak Cara Fiza

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1091 hits
Bab masak ni kalau boleh Fiza suka menu yang mudah dan sedap Kalau menu leceh leceh ni buat lagi kurang rajin nak memasak Lagi lagi kalau hari hari nak fikir nak masak lauk apa Selain menu simple suka juga menu yang tidak menggunakan minyak...
Sambal Telur 3 Rasa Hanya 7 Bahan Sahaja Lagi Mudah Dan Sedap

Sambal Telur 3 Rasa Hanya 7 Bahan Sahaja Lagi Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 449 hits
ASSALAMUALAIKUM Lama pulak tak masak telur bersambal macam ni Siapa peminat sambal telur angkat tangan mesti ramai ni kan siapalah yang tak minat dengan sambal telur kan Sambal telur memang all time favourite Baru baru ini join adabi contes...
Resepi Kek Batik Lembut Sedap Mudah Dan Simple

Resepi Kek Batik Lembut Sedap Mudah Dan Simple

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 960 hits
Resepi Kek Batik Lembut Sedap Mudah dan Simple Resepi Kek Batik Lembut Sedap Mudah dan Simple
Inilah Resepi Paling Mudah Dan Sedap Nak Gulai Daging Kerutuk

Inilah Resepi Paling Mudah Dan Sedap Nak Gulai Daging Kerutuk

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 965 hits
ASSALAMUALAIKUM Salam semuaMenu kerutuk daging menu orang Kelantan dan menu kegemaran juga biasanya kalau tak masak dengan daging ganti dengan ayam kalau nak lagi rare ganti dengan itik dan serati Tapi masuk itik serati ni tekak tak boleh t...
Sup Tulang Semudah A B C Sambal Cili Kicap

Sup Tulang Semudah A B C Sambal Cili Kicap

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 629 hits
Bahan bahan Sup TulangTulang Lembu 1 kgBunga Lawang 2 bungaKulit Kayu Manis 1 batangBuah Pelaga 3 bijiBawang putih 3 ulasBawang Merah 3 ulasHalia 1 inciDaun Bawang 1 batang Daun Sup 1 pokok agak2 Bawang GorengAirMinyak masakGaram serbuk per...
Ikan Kembung Masak Sambal Lada Hitam Mudah Dan Sedap

Ikan Kembung Masak Sambal Lada Hitam Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 991 hits
Ikan kembung masak sambal lada hitam mudah dan sedap Assalamualaikum wbt Sebenarnya dah blur nak masak apa Maka terciptalah masakan ini Haha Masuk itu masuk ini kacau kacau dah siap Janji sedap kena dekat tekak kan Resepi ni lebih kurang re...
Boring Keropok Lekor Biasa Tukarkan Isi Ayam Untuk Anak Makanan Sihat Kreatif Lagi Sedap

Boring Keropok Lekor Biasa Tukarkan Isi Ayam Untuk Anak Makanan Sihat Kreatif Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 607 hits
Sebut sahaja keropok lekor pasti kita terbayangkan proses membuatnya daripada ikan segar Namun itu sudah terlalu sinonim Apa kata variasikan hidangan untuk anak anak kita dengan keropok lekor daripada ayam pula Wow menarik Macam mana rasany...
Cara Mudah Masak Ayam Untuk Sajian Nasi Ayam

Cara Mudah Masak Ayam Untuk Sajian Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 533 hits
Kalau makan nasi ayam di kedai pasti tertanya tanya macam mana hasilkan ayam yang sedap garing diluar tapi lembut di dalam Menerusi perkongsian saudara Mohd Azlie beliau mengajar cara cara untuk menyediakan hidangan ayam yang sedap dan juic...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game