Idea Untuk Juadah Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan
Salam to all readers,
Diam tak diam, nak puasa dah kita next week. Rasa lain sangat pula tahun ini tak dapat berbuka dengan keluarga. Hopefully cepatlah berakhir wabak covic-19 ini. Dapat balik kampung, berbuka puasa bersama keluarga. Rumah aku kalau menjelang ramadhan mesti meriah, pak itam sekeluarga mesti join makan sekali, so pukul 5.30 petang macam tu anak-anak depa dah datang rumah depan (rumah aku) tolong mak aku nak masak apa. Pak itam aku pergi bazar beli kuih dan air, paling bestnya kalau air kat kedai ada 7 colour, datang dia tujuh-tujuh tu dia beli. Tahun ini tak ada bazar, minum air milo dan air teh jelah gamaknya. Aku lebih kepada basuh pinggan kemas dapur je. Anak pak itam aku yang no. 1 tu bab memasak ini dia memang teror sikit dari aku. Aku malas bab memasak
Duduk rumah sewa, nak makan barulah masak. Memandangkan puasa kali ini kena berpuasa di rumah masing-masing, nak taknak kena masak juga. Sebaik aku tinggal berdua dalam dekat rumah sewa ini, taklah takut sangat. Ini kita dah masuk minggu ke-3 PKP, lauk dalam peti sejuk pun dah susut. Malam tadi sempat whatsapp runner Pasar Basah Chowkit nak order barang basah. Sebaik buka lagi, aku whatsapp around pukul 10 malam pula tu. Bila tang membeli je mula jadi dungu apa nak beli. Time nak masak mulalah menggelupur barang tak cukup. haha.
Haritu aku order pakai grabmart kan? Kalini aku ubah selera whatsapp terus orang runner pasar chow kit. Ada orang share dekat facebook haritu, aku simpan no dia siap-siap. Kalau ikutkan dua-dua ada kelebihannya, grabmart punya pasar packaging barang basah lagi molek, kalau pasar chow kit ini dia sumbat 1 plastik macam kita pergi pasar sendiri. Sisa-sisa darah ikan pun penuh lagi. Tapi yang lebihnya, ko direct whatsapp apa je barangan kau nak beli termasuklah sayur, barang runcit, buah-buahan masuk sekali. Charge penghantaran yang dikenakan pun tak mahal mana RM10 sahaja. Macam-macam kau dapat
Sayur banyak lagi dalam peti, so kiteorang decide beli terung, bawang merah, bawang putih, kentang, cili padi, lauk pula ambil udang kecil (1 kg), ikan cencaru (1 kg), sotong kecil (1 kg). Semua bekalan untuk puasa ini. Ayam kiteorang order tempat lain, dah beli awal haritu so tak belilah. Hopefully cukuplah untuk 2 minggu puasa ini.
See my level? Group family aku penuh duk tayang makanan, abang aku laki bini jarang ke dapur pun masuk dapur memasak, macam-macam kuih dia buat. Almaklumlah tak dapat lepak kedai kopi kenalah berkampung dekat dapur masing-masing. Mak pesan, kalau balik rumah tak masak untuk dia siaplah. Mak aku memang memasak, antara kiteorang 3 beradik, adik lelaki aku tu je rajin memasak. Aku cenderung mengemas + membuta. Sekarang nak tidur pun penat, jadi kenalah tukar aktiviti sikit. Belajar memasak pula.
Hampir pukul 1.30 petang barang aku sampai. Dah siap mandi apa semua barulah sampai. I'm stress, tak memasal kena kemaskan semua benda mandi balik. Hampir sejam jugalah aku dengan Oyah berperang bersihkan semua benda ini dekat dapur + cuci dapur sekali lagi. Aku siang si Oyah cuci. Aku paling tak suka siang kepala sotong, kepala sotong aku failed sikit, kalau Wan ada dia yang bersihkan kepala sotong tu, Oyah memang tak reti siang. Aduii wak, last-last buka youtube cara-cara siang kepala sotong, sebab aku pernah tekan kepala dia tu kuat sangat sampai tersembur dia punya hitam kat baju aku. Seriklah nak buat! Finally berjaya juga, dahlah yang buat tutorial budak lelaki, buat malu je
Maigadd! Penat juga rasanya nak mengemas barang basah, main sumbat dalam peti nanti tak elok. Nak hilangkan bau hanyir jangan lupa lumur dengan air lemon ataupun air asam jawa sekejap, kemudiankan tos kan dia simpan molek-molek dalam peti. Kiteorang tak boleh beli bebanyak memandangkan duduk beramai-ramai, space pun tak berapa banyak. Takutlah 29/4 ini dibuatnya kena masuk kerja, masing-masing berebut nak pakai dapur pula nanti. haha.
Ini list senarai harga barangan yang runner Pasar Chow Kit bagi. Esok dia cuti, sebaik aku sempat order. Kuala Lumpur ini senang cari makan sebenarnya. Jadi, buat mereka yang tiada ketua keluarga, ataupun tiada kenderaan nak keluar pergi beli, whatsapp je runner Pasar Chow Kit ini >> +60 12-889 9304<< Servis charge ikut kawasan, aku punya servis charge RM10 bolehlah kalau nak repeat order lagi. Macam-macam ada
RUNNER BARANG BASAH PASAR CHOW KIT
WHATSAPP KE NO;>>+60 12-889 9304<<>>+60 12-889 9304<<>>+60 12-889 9304<<
Ini bukan produk review, moga abang ini dimurahkan rezeki. Sama-sama tolong, harini kita tolong orang, esok lusa orang pula tolong kita. Settle topap barang basah, untuk minggu pertama puasa minggu depan aku dah utarakan pada Oyah, nasib baik dapat teman sekepala.
Antara juadah berbuka puasa di bulan ramadhan minggu pertama adalah;
Hari pertama: Nasi Jagung (Ayam masak merah, sayur sikit)Hari kedua: Nasi Putih (Tomyam udang, telur dadar)Hari ketiga: Nasi lemak + jemput-jemputHari keempat: Nasi Ayam Penyet + tahu sumbatHari kelima: Nasi LemakHari keenam: Nasi putih (Ikan cencaru masak sambal + sotong butter chicken)Hari ketujuh: Pasta
Aku dengan Oyah memang tak boleh berpisah dengan nasi, almaklumlah orang kampung, mana larat nak telan pasta hari-hari. Sepanjang PKP ini, aku makan nasi 1 kali sehari. Lebih tu aku minum air, makan roti. nak masuk dapur banyak kali malas. So apa menu korang puasa ini, cuba share sikit. Kiteorang kena rancang awal, tambah-tambah kena kerja dari rumah. Mencabar jugalah
Baru hidup bujang, siang lauk pun dah mengeluh penatnya. Kawen nanti entah macam mana. Penat juga buat kerja dapur ini rupanya nak dibandingkan duduk depan laptop. Duduk depan laptop, kepala pula jem. Apa-apa pun selamat mengerjakan ibadah puasa buat semua, jaga diri semua
Thank you for reading
#KitaJagaKita#StayatHome
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2020/04/idea-untuk-juadah-berbuka-puasa-di.html