Perkara Yang Membatalkan Puasa Siang Hari Di Bulan Ramadhan




Ada beberapa perkara yang membatalkan puasa yang harus diketahui oleh semua orang Islam yang berpuasa agar ibadah di bulan Ramadhan ini akan lebih sempurna serta diterima Allah SWT serta kita akan diberikan ganjaran pahala.

Sesiapa pun kita sama ada lelaki, wanita dan suami isteri asalkan orang Islam, wajib tahu apakah perkara yang membatalkan puasa serta apakkah perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang sedang berpuasa di siang hari bulan Ramadhan.

Perkara Yang Membatalkan Puasa Ramadhan


Antara perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti yang dikongsikan di bawah:

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja, sama ada daripada jenis makanan atau bukan makanan. Termasuk perkara-perkara yang berikut:

A. Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.

B. Suntikan makanan atau menambah vitamin.

2. Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur)

3. Memuntahkan makanan dengan sengaja

4. Jimak (Bersetubuh)

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah.

Nabi SAW berkata: Apakah yang mencelakakan engkau?

Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan.

Rasulullah SAW berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba?

Jawab lelaki itu: Tidak sanggup.

Rasulullah SAW berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?.

Jawab lelaki itu: Tidak mampu.

Kata Rasulullah SAW: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?.

Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi SAW dengan memberi satu bakul besar berisi tamar.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: Sedekahkanlah kurma ini.

Kata lelaki itu: Kepada siapakah? Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah.
Nabi SAW tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

5. Keluar Mani dengan sengaja

Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

6 & 7. Keluar darah Haid dan Nifas



8. Gila

9. Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.



10. Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa

Persoalan Yang Sering Menjadi Kemusykilan

Berikutnya beberapa persoalan yang berkaitan dengan puasa dan perkara yang membatalkan puasa yang sentiasa menjadi tanda tanya di kalangan orang ramai yang masih lagi tidak tahu tentang ini mengikut hukum syarak dalam Islam.

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.

Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. Muntah dengan sengajaMengeluarkan air maniMelakukan jimak (hubungan seks) pada siang hariKedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanitaMenjadi gilaPitam sepanjang hariMabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hariMurtad, iaitu keluar dari agama Islam
Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?

Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.

Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya?

Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu." (Riwayat At-Tabarani)

Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini?

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan.

Sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, maka puasanya tetap sah. Samalah keadaannya jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam kerongkong.

Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.

Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan renang?

Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian,  adalah batal puasa seseorang.

Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan di atas)

Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit  semput) ketika berpuasa?

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, dibolehkan syarak. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan tidak membatalkan puasa.

Adakah suntikan "insulin" membatalkan puasa?

Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang  itu berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?

Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan  kadar yang sederhana dan berhati-hati.

Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam.

Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?

Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

Semoga perkongsian tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam Islam pada bulan Ramadhan akan membantu anda serta menambahkan pengetahuan berserta terjawab persoalan yang menjadi tanda tanya selama ini. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ilmualam.com/2020/04/perkara-yang-membatalkan-puasa-ramadhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan Pertama Segera Bayar Utang Puasa

6 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan Pertama Segera Bayar Utang Puasa

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 327 hits
Bulan Ramadhan tinggal beberapa hari lagi itu artinya sebentar lagi umat Islam di seluruh dunia mesti menjalani puasa wajib sebulan penuh Bulan Ramadhan memang waktu beramal momen tepat mendulang pahala dan keberkahan Sebab ini merupakan bu...
Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan

Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 911 hits
Assalamualaikum Bagaimana lafaz niat puasa Ramadhan secara harian dan sebulan Doa berbuka puasa Ini rujukan untuk kita semua umat islam yang akan bermula puasa esok LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN BESERTA BACAAN RUMI Rumi Nawaitu Souma Ghadi...
Perkara Perkara Sunat Makruh Dan Yang Membatalkan Puasa

Perkara Perkara Sunat Makruh Dan Yang Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 771 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSalam 1 Ramadhan diucapkan buat semua pembaca dan rakan rakan sekalian Walaupun bulan Ramadhan pada tahun 2020 ini agak berbeza berbanding tahun tahun sebelum ini tapi ia tidaklah menyebabkan kita perlu be...
Lesu Ketika Bulan Puasa Semasa Pkp Ini 5 Tip Mudah Untuk Kekal Segar Sepanjang Hari Bulan Puasa

Lesu Ketika Bulan Puasa Semasa Pkp Ini 5 Tip Mudah Untuk Kekal Segar Sepanjang Hari Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 568 hits
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Esok merupakan hari pertama untuk umat Islam mengerjakan ibadah puasa Tidak seperti ramadhan sebelum ini dengan pelaksanaan PKP suasana menyambut ramadhan tidak semenarik seperti tahun lepas Memandang PKP memaksa...
Ramadhan 7 Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa Hari Ini

Ramadhan 7 Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 607 hits
Ramadhan 7 Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa Hari Ini Pejam celik pejam celik dah seminggu berpuasa Sekejapnya masa berlalu sekarang ni kan Seolah olah kita yang mengejar masa setiap hari Masa terlalu pendek sehinggakan tak rasa pun...
Resepi Ayam Bakar Viral Persediaan Bulan Puasa Tanpa Bazar Ramadhan

Resepi Ayam Bakar Viral Persediaan Bulan Puasa Tanpa Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 932 hits
Bertahun tahun kita berpuasa dengan pelbagai hidangan masakan yang dibeli di bazar ramadhan Namun bagi tahun 2020 kali ini amat berbeza amalan puasa Tiada lagi bazar ramadhan tiada terawih tiada pekerjaan Jangan bersedih dahulu kerana kita ...
Bulan Ini Hanya Wajib Puasa 7 Hari Sahaja 10251

Bulan Ini Hanya Wajib Puasa 7 Hari Sahaja 10251

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 605 hits
Hari ini kita sudah lengkapkan 3 hari berpuasa Hanya berbaki 4 hari sahaja lagi Manakala 22 hari lagi bersambung di bulan hadapan menurut kalendar masihi Daftar Isi Al Quran dan Terjemahan Silakan Klik untuk membacanya
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids