
Sumber gambar dari Rasa.mySimple saja lauk ini kerana menggunakan satu bahan utama iaitu sosej. Masa Ohmedia belajar dulu, lauk paling senang adalah sosej goreng dan nasi panas, pasal nak survive punya pasal. Resepi ini memerlukan effort anda untuk membuat sambal untuk sosej berkenaan.
Sumber gambar dari Rasa.myLauk ini sesuai dimakan dengan nasi panas. Tidak memerlukan kos yang tinggi kerana hanya menggunakan dua bahan utama yang tak sampai pun RM2 sebiji. Lauk jenis ini tahan lama, kalau masak lebih, boleh makan untuk sahur nanti.
Sumber gambar dari Rasa.mySelain sosej, daging burger pun boleh dijadikan bahan utama untuk lauk anda. Disamping menjimatkan, ia memudahkan kerja anda kerana tidak mengambil masa yang lama untuk penyediaan sambal berkenaan.
Sumber gambar dari Rasa.myRindu masakan mek? Mungkin anda perlu cuba masakan ini kerana hanya menggunakan telur sahaja. Jauh lebih jimat kerana anda dapat menikmati masakan ala kedai mek walaupun tak sesedap masakan mek, tapi jadilah memandangkan kos yang perlu dikeluarkan tak tinggi mana.
Sumber gambar dari Rasa.myIni menu paling ringkas yang anda boleh cuba. Kebiasaanya kita akan makan telur goreng dengan kicap sahaja sudah cukup. Tak salah kita letak effort sikit untuk menjadikan masakalan telur berkenaan lebih sedap dari biasa memandangkan cara membuatnya sangat ringkas.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |