Idea Bangrapsi Mana La Yang Cuba Nak Satukan Dengan Saka Ni


 


Panas! Pejuang akan bekerjasama sekali lagi dengan PKR?February 4, 2021 Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pada Ogos tahun lalu mengumumkan bahawa dia dan rakan-rakannya yang telah dipecat daripada Bersatu akan menubuhkan sebuah parti politik baru berasaskan Melayu.
Pengumuman itu dibuat setelah saman yang dikemukakan mereka terhadap Bersatu dan kepemimpinan tertingginya diketepikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada ketika itu, enam pemimpin dalam kem Mahathir dilihat sebagai tonggak utama di belakang parti baru itu – Mahathir, anaknya Mukhriz, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Senator Marzuki Yahya yang juga Setiausaha Agung Bersatu.
Namun, apabila tiba masanya Mahathir mengumumkan nama parti baru berkenaan, salah seorang daripadanya tiada dalam senarai.
Individu berkenaan ialah Syed Saddiq, yang pernah digelar sebagai anak emas Mahathir. Hanya selepas itu Syed Saddiq diketahui memiliki idea lain, iaitu untuk menubuhkan gerakan politik baru yang sekarang dikenali sebagai Muda.
Malaysiakini dalam wawancara dengan Marzuki minggu lalu mengajukan pertanyaan berkenaan Syed Saddiq kepada timbalan presiden jawatankuasa penaja Pejuang itu.
 
“Syed Saddiq ini adalah satu daripada ikon yang dicipta dalam Bersatu dulu. Kita dah berjaya letakkan beliau sebagai ikon anak muda.
“Bila berlaku perpecahan dalam Bersatu beliau buat keputusan untuk mengadakan parti sendiri iaitu parti Muda dan tak nak bersama dengan kita kerana ada sikit pandangan bahawa dia lebih nak fokus kepada golongan muda.
“Bagi saya Syed Saddiq seperti adik-adik saya dalam Bersatu dulu yang mana kita tahu bahawa susah senang kita pernah bersama. Saya tetap hormati keputusannya, kita tak pernah melawan satu sama lain,” katanya.
Sebagai rekod, Syed Saddiq merupakan ketua Pemuda Bersatu ketika Mahathir menjadi pengerusinya. Dia juga merupakan salah seorang daripada tujuh pengasas parti berkenaan.
Menurut Marzuki, bukan sahaja Pejuang tidak menyimpan dendam terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu, malah mereka juga bersedia bekerjasama dengan Muda secara politik.
“Maka sebab tu kalau Muda sekalipun ingin bersama dengan kita atas asas perjuangan yang kita bawa, then we welcome everyone. Itu tak jadi halangan yang besar.
“Dalam Pejuang juga kita melahirkan pemimpin-pemimpin muda sekarang seperti Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, kita telah melantik beliau sebagai ketua pemuda ataupun yang akan mengetuai anak-anak muda dalam Pejuang.
“Insya-Alah dia boleh jadi sebahagian daripada pemimpin masa depan yang mana juga boleh berganding bahu dengan Syed Saddiq untuk kepentingan negara Malaysia yang kita cintai,” jelasnya.
Mahathir vs Anwar
Sementara itu, Malaysiakini juga bertanya kepada Marzuki mengenai hubungan Mahathir dan presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Hubungan antara kedua-dua ahli politik veteran itu semakin buruk selepas  Pakatan Harapan tumbang pada Februari tahun lalu.
Mahathir didakwa menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri apabila membuat keputusan berundur, di sebalik menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.
 
Mengulas perkara itu, Marzuki yang menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas sebaliknya mendakwa pihak yang harus dipersalahkan adalah PKR sendiri.
“Yang tinggalkan PH waktu tu majoritinya datang daripada PKR. Kita semua tahu daripada PKR yang mana diketuai oleh Azmin Ali,” katanya.
Azmin yang sebelum ini merupakan bekas timbalan presiden dalam PKR dilihat lebih berpihak kepada Mahathir berbanding Anwar.
Hubungan Mahathir dan Anwar menjadi semakin tegang ketika parti-parti pembangkang berusaha merampas kembali Putrajaya dari Perikatan Nasional yang dipimpin Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, apabila kedua-duanya enggan menyokong satu sama lain sebagai calon perdana menteri.
Namun, bagi Marzuki, dia optimis bahawa gencatan politik masih boleh berlaku antara kedua pemimpin tersebut.
“Saya tidak melihat bahawa itu perkara yang mustahil tidak boleh berlaku.
“Segala-galanya boleh berlaku yang penting kita kena tahu hala tuju yang sebenar.
“Yang paling penting sekarang kalau kita mempunyai naratif yang sama untuk selamatkan negara dan situasi sedia ada, kita tetap bersama.
“Jadi saya beranggapan bahawa untuk bekerjasama (dengan PKR sekali lagi) tu bukan satu perkara yang mustahil. Cuma bagi saya cara dan kaedahnya macam mana mahu bekerjasama,” katanya






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/idea-bangrapsi-mana-la-yang-cuba-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Ada Duit Macam Mana Nak Kahwin Azrel Ismail Sibuk Kumpul Aset Serah Soal Jodoh Pada Illahi

Hiburan Tak Ada Duit Macam Mana Nak Kahwin Azrel Ismail Sibuk Kumpul Aset Serah Soal Jodoh Pada Illahi

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 360 hits
Pelakon Azrel Ismail berkata dia kini hanya mahu fokus kepada kerjaya dan menyerahkan soal jodoh kepada Illahi kerana memikirkan tentang tanggungjawab berat bergelar suami jika sudah mendirikan rumah tangga Sumber Instagram Azrel Ismail Men...
Video Aku Pun Tak Tahu Macam Mana Nak Naik Flat Ni Tular Flat Terlalu Kotor

Video Aku Pun Tak Tahu Macam Mana Nak Naik Flat Ni Tular Flat Terlalu Kotor

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 304 hits
247 total views 247 views today Tular sebuah video di media sosial memaparkan sebuah flat dalam keadaan yang teramat kotor Menerusi komen komen daripada netizen dipercayai flat tersebut terletak di pulau pinang Difahamkan video itu dirakam ...
Tetap Saman Najib Dahtu Macam Mana Nak Bentuk Kerajaan Baru

Tetap Saman Najib Dahtu Macam Mana Nak Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 316 hits
Ahli Parlimen Damansara Tony Pua bertekad meneruskan saman terhadap Najib Razak atas dakwaan salah laku dalam jawatan awam berkaitan 1MDB yang difailkan empat tahun lalu kerana bekas perdana menteri itu telah mengakibatkan kerugian kepada k...
Nak Buat Macam Mana Saya Memang Nakal

Nak Buat Macam Mana Saya Memang Nakal

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 282 hits
Sebut sahaja nama Elizabeth Tan pasti ramai tahu penyanyi dan pelakon itu sinonim dengan imej yang agak seksi dan nakal Dek kerana aksi nakalnya itu Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy sering mendapat komen berbaur lucah daripada gol...
Mana Wakil Rakyat Sampai Bila Nak Harapkan Ebit Lew

Mana Wakil Rakyat Sampai Bila Nak Harapkan Ebit Lew

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 278 hits
PETALING JAYA Sesi persekolahan yang baharu bermula melalui kaedah pembelajaran dan pengajaran di rumah menimbulkan polemik terutama berkaitan masalah ketiadaan peranti dalam kalangan murid kurang berkemampuan serta isu capaian internet yan...
Nampak Gayanya Dok Nak Heret Juga Saka Tu Lagi Ya

Nampak Gayanya Dok Nak Heret Juga Saka Tu Lagi Ya

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 220 hits
Tommy Thomas cerita pasal Mahathir Tak sempat Mahathir atau anak Mahathir jawab Khalid Samad melatah dulu Lain kali jangan usik Mahathir tau usik Anwar takpe W FAUDZIN
Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer Boleh Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu

Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer Boleh Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 265 hits
Selepas melalui proses kelahiran secara pembedahan ada sesetengah ibu yang mahukan bersalin secara normal untuk anak yang seterusnya Doktor di hospital akan menyarankan apa jenis kelahiran yang sesuai mengikut keadaan si ibu Ada yang dibena...
Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 449 hits
Seminggu boleh turun 5kg 8kg Banyak tu Bagi yang perlu menurunkan berat badan dengan kadar cepat mungkin boleh cuba kaedah GM Diet ini Kaedah yang sama juga dicuba oleh Mied Majid sehingga berjaya menurunkan 6kg dalam masa seminggu Ini yang...
Malas Nak Masak Lauk Jom Cuba 10 Aneka Resepi Telur Sedap Dan Mudah Disediakan

Malas Nak Masak Lauk Jom Cuba 10 Aneka Resepi Telur Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 726 hits
hi there aku ni kadangkala memang ada mood malas sangat nak memasak Tapi kalau tak masak anak anak nak makan apa Jadi biasanya aku memang akan masak telur buat lauk janji anak anak tak kebulur kan Dan telur merupakan sumber protein yang bai...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri