Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer Boleh Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu


Selepas melalui proses kelahiran secara pembedahan, ada sesetengah ibu yang mahukan bersalin secara normal untuk anak yang seterusnya. Doktor di hospital akan menyarankan apa jenis kelahiran yang sesuai mengikut keadaan si ibu. Ada yang dibenarkan untuk bersalin secara normal sekiranya ibu tersebut melahirkan anak melalui caesarean tanpa komplikasi sebelum ini. Bersalin normal selepas melalui pembedahan caesarean boleh dilakukan tetapi perlulah mendapatkan nasihat dari pakar.

Menjelaskan tentang topik ini, Dr Renu Gopinath yang merupakan Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) berkata, terdapat kajian menunjukkan 65% sehingga 70% ibu menjalankan caesarean sebelum ini boleh diberi peluang untuk bersalin secara normal. Kadar kejayaannya adalah berdasarkan nasihat dan kaunseling yang diberi oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi serta statistik operasi caesarean yang dilakukan sebelum ini.
Artikel Menarik : [Haid Tak Teratur & Keluar Lebih Banyak Bila Mama Guna Suntikan Depo, Masalah Biasa]
Namun begitu, perkara yang dirisaukan sekiranya ibu ingin bersalin normal adalah kemungkinan parut caesarean dari kelahiran yang lalu akan koyak semula. Ia kemungkinan besar akan berlaku sekiranya terdapat kesan koyakan pada uterus, jangkitan pada luka selepas pembedahan atau terdapatnya jahitan ulangan.

Kenapa Ibu Mahu Bersalin Normal Selepas Kelahiran Caesarean?
Wanita yang ingin membina keluarga yang lebih besar Kurang komplikasi sewaktu pembedahan Lebih menjimatkan Proses pemulihan yang lebih cepat Tidak memerlukan masa yang lama untuk tinggal di hospital Menurut Dr Renu lagi, bukan semua ibu dapat bersalin normal untuk kelahiran seterusnya di atas beberapa faktor. Antaranya ialah seperti :
Bayi besar Kepala bayi gagal memasuki pelvis di akhir kehamilan Bayi songsang Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim Terdapat sejarah pecah rahim Pernah melakukan beberapa jenis pembedahan rahim sebelum ini seperti Miomektomi Pelvis menguncup
Risiko & Faedah Vagina Birth After Caesarean (VBAC) Yang Dirancang Berbanding Elective Repeat Caesarean Section (ERCS) Dari Kehamilan 39 Minggu
Kedua-dua pilihan ini mempunyai kebaikan dan keburukannya dan hal ini perlu diterangkan kepada ibu yang mahu melahirkan. Biasanya Pakar Obstetrik & Ginekologi akan menerangkan tentang hali ini :
Seorang wanita harus sedar bahawa dengan kaedah VBAC mempunyai komplikasi yang rendah. Sekiranya seorang ibu itu berada dalam tempoh untuk bersalin normal, berkemungkinan dia berpeluang untuk melahirkan bayi secara VBAC adalah 75%-80% namun, peluang ini akan tipis sehingga 45% hingga 50% jika bakal ibu diinduce semasa dalam proses bersalin. Walaubagaimanpun, VBAC yang dirancang yang dilakukan secara kecemasan adalah berisiko tinggi sekiranya ibu perlu bersalin secara pembedahan caesarean. Ibu hamil perlu tahu bahawa VBAC yang dirancang boleh mengakibatkan kira-kira 1 daripada 200 wanita mengalami rahim koyak . Ibu hamil juga perlu tahu kematian perinatal yang berkaitan dengan kelahiran secara VBAC adalah sangat rendah. ERCS adalah agak berisiko untuk uri melekat pada uterus. Jika sudah menjalani dua kali pembedahan. Pada kebiasaannya, ibu akan dinasihatkan menjalani pembedahan bagi kelahiran yang seterusnya. Dengan kaedah ERCS, ia berisiko pada masalah pernafasan bayi namun, kebiasaannya berlaku dalam tempoh yang singkat. 5 dalam 100 bayi yang dilahirkan secara pembedahan pada minggu ke 39 akan mengalami masalah pernafasan berbandingkan dengan purata 2 dalam 100 bayi yang dilahir secara normal. Artikel Menarik : [Teknik Urutan Kasih Bantu Pengeluaran Susu Ibu. Suami Boleh Urut, Hanya 3 Step Je!]
Maka dengan itu, keadaan ibu hamil untuk kelahiran VBAC adalah sangat penting. Ia seharusnya diterangkan kepada bakal ibu dengan jelas. Doktor akan meneliti rekod kehamilan dan kelahiran sebelumnya sebelum menyarankan yang terbaik buat si ibu.
Artikel Menarik : [PCOS Punca Kanser Rahim Wanita? Doktor Saran Peka 7 Gejala Ini Untuk Pengesanan Awal!]

Apabila pesakit yang mencuba VBAC berada dalam fasa untuk bersalin, pemantauan intrapartum pesakit untuk pembuangan parut atau pecah parut biasanya dilakukan dengan memantau tanda-tanda vital, memeriksa kelembutan parut, pendarahan faraj yang tidak normal, hematuria, penghentian aktiviti rahim yang sebelumnya berkesan dan memantau CTG yang tidak normal. Analgesia epidural boleh ditawarkan dalam VBAC yang dirancang.
Wanita harus diberitahu bahawa VBAC yang dirancang harus dijalankan di bilik bersalin yang lengkap dengan perawatan dan pemantauan intrapartum berterusan berserta dengan persediaan untuk kelahiran secara caesarean dan resusitasi neonatal lanjutan.

Jangan risau para ibu, anda masih mempunyai harapan untuk bersalin secara normal selepas melalui pembedahan caesarean! Tapi ingat, haruslah mendapat nasihat dari pakar yang berpengalaman.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nak Cuba Bersalin Normal Lepas Czer. Boleh, Tapi Ada Perkara Yang Ibu Kena Tahu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-cuba-bersalin-normal-lepas-czer-boleh-tapi-ada-perkara-yang-ibu-kena-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makanan Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer Ibu Wajib Cuba

Makanan Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer Ibu Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 292 hits
Bagi wanita yang menjalani pembedahan Caesarean atau czer sudah tentu perlu menjaga aspek pemakanan Tetapi adakah anda tahu menu berpantang bersalin czer yang boleh diamalkan Baca Risiko pembedahan caesarean Kebanyakan wanita hamil akan ber...
Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 453 hits
Seminggu boleh turun 5kg 8kg Banyak tu Bagi yang perlu menurunkan berat badan dengan kadar cepat mungkin boleh cuba kaedah GM Diet ini Kaedah yang sama juga dicuba oleh Mied Majid sehingga berjaya menurunkan 6kg dalam masa seminggu Ini yang...
Bengkung Bukan Boleh Kuruskan Badan Tapi Bantu Kurangkan Sakit Lepas Bersalin Tak Semua Sesuai Pakai Bengkung

Bengkung Bukan Boleh Kuruskan Badan Tapi Bantu Kurangkan Sakit Lepas Bersalin Tak Semua Sesuai Pakai Bengkung

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 520 hits
Selepas melahirkan anak pastinya akan ada yang menyarankan untuk anda mengamalkan pemakaian bengkung bersalin Namun adakah ia boleh mendatangkan manfaat atau lebih kepada mudarat Apa sebenarnya bengkung bersalin Secara mudahnya bengkung ber...
Nak Luah Perasaan Je Ibu Ibu Ni Penat Uruskan Rumah Lepas Menangis Dia Lega

Nak Luah Perasaan Je Ibu Ibu Ni Penat Uruskan Rumah Lepas Menangis Dia Lega

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 210 hits
Isteri yang bekerja mahupun suri rumah cepat merasa penat dan tertekan dalam menguruskan rumah tangga dan kerja harian Kadang kadang isteri stress dan hanya memerlukan seseorang untuk memahami mereka Cukup sekadar dapat meluahkan Semalam sa...
Letih Rasa Nak Menangis Punca Ibu Tertekan Tempoh Berpantang Boleh Beri Kesan Pada Bayi

Letih Rasa Nak Menangis Punca Ibu Tertekan Tempoh Berpantang Boleh Beri Kesan Pada Bayi

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 305 hits
Selepas melahirkan anak adalah waktu penjagaan penting yang perlu diberi keutamaan atau ibu mungkin meroyan selepas bersalin Ada yang menganggap keadaan itu akan pulih dengan sendirinya Hakikatnya andai dibiarkan tanpa rawatan yang betul wu...
Ibu Yati Nak Saman Yadim Tuntut Nasrudin Mohon Maaf

Ibu Yati Nak Saman Yadim Tuntut Nasrudin Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 285 hits
MALAYSIAKINIIndividu yang dikenali sebagai Ibu Yati memberi tempoh tujuh hari kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nasruddin Hassan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka Ini selepas Nasrudin mendakwa wanita berkenaan...
Kah Tak Mau Nak Gelak Tapi Nak Tergelak

Kah Tak Mau Nak Gelak Tapi Nak Tergelak

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 338 hits
AKUU KEADILAN Kehebatan walauntit pas memerintah Alhamdulillah Selesai masalah rakyat Takdir
Saya Nak Jadi Baik Tapi

Saya Nak Jadi Baik Tapi

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 245 hits
Assalamualikum Everyone has their journey Don t level Don t get approval by others Less is more Kalau kita sudah menerima diri kita seluruh dunia akan terima diri kita Self reliance self confident When you respect yourself people will respe...
Nama Dia Orang Pangge Ratu Naga Tapi Ada Juga Orang Pangge Dia Ratu Badak Ni Pun Jenis Lebai Maki Orang Nak Harom

Nama Dia Orang Pangge Ratu Naga Tapi Ada Juga Orang Pangge Dia Ratu Badak Ni Pun Jenis Lebai Maki Orang Nak Harom

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 257 hits
Kita doakan dia fitnah orang terutamanya posting dia hari hari fitnah DSAI Tak apa orang suka fitnah ni walau dapat duit atau apa sekali pun memang tak akan tenang dunia akhirat Ini hukum dunia akhirat juga Orang pun maki hamun dia juga har...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa