Malas Nak Masak Lauk Jom Cuba 10 Aneka Resepi Telur Sedap Dan Mudah Disediakan


hi there, aku ni kadangkala memang ada mood malas sangat nak memasak. Tapi kalau tak masak, anak-anak nak makan apa? Jadi, biasanya aku memang akan masak telur buat lauk, janji anak-anak tak kebulur kan.

Dan telur merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh, selain tu harga yang murah membuatkan telur merupakan bahan dapur wajib ada di dalam rumah aku.


Selain tu, telur boleh dimasak dalam pelbagai cara. Dan hampir semuanya sangat mudah disiapkan, dan paling penting resipi telur sememangnya sedap kan.

Jadi jom kita intai-intai 10 aneka resipi telur yang sedap dan senang pula untuk disiapkan.
1/ Telur masak sos 
Rebus 10 biji telur, kupas kulit dan celup dengan telur mentah. kemudian golekkan kedalam tepung serbaguna. 
Goreng telur tersebut dengan tenggelamkan dalam minyak panas sehingga lapisan tepung berwarna keperangan. 
Angkat dan simpan dalam bekas


Panaskan kuali dengan 4 sudu makan minyak masak, masukkan 2 ulas bawang putih cincang, masukkan 1 batang kayu manis, 2 ulas bunga lawang dan 5 biji bunga cengkih. 
Gaul sehingga naik bau. Masukkan masing-masing 6 sudu makan sos cili dan sos tomato, 3 sudu sos tiram, 2 mangkuk kecil mixed vegi, sekiranya ingin pedas boleh masukkan hirisan cili mengikut kehendak masing-masing. 
Gaul seketika dan masukkan 1 cawan air dengan bancuhan 2 sudu kecil tepung kanji, 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 2 sudu kecil serbuk pati ayam. 
Gaul sehingga mendidih, matikan api dan tuang kedalam telur goreng tadi. Siap.

2/ Telur berkuah  
10 biji telur rebus dikupas kulit dan di celup dengan tepung serbaguna kemudian digoreng pada paras minyak menenggelami telur tersebut sehingga berwarna keperangan lalu diangkat dan disimpan dalam bekas.

Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak masak. Masukkan 2 ulas bawang putih cincang, 1 inci hirisan halia dan gaul hingga naik bau. 
Masukkan setengah mangkuk kecil cendawan hitam (black fungus) yang telah kembang direndam dan di cincang. 
 
Masukkan setengan cawan kecil mixed vegi dan gaul seketika. 
Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula dan 3 sudu kecil pati ayam. 
Masukkan 2 cawan air bancuhan tepung gandum, gaul sehingga mendidih dan masukkan 2 sudu kecil minyak bijan. 
Matikan api dan tuangkan kedalam telur tadi. 
Siap.

3/ Telur masak mayonis
Pecahkan 5 biji telur dan pukul rata. Masukkan 1 sudu kecil pati ayam, 
Masing-masing setengah sudu kecil garam dan gula. 
Masukkan 3 sudu makan mayonis, beberapa batang daun sup yang telah dipotong halus dan pukul sehingga sebati



Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu minyak masak. 
Masukkan 2 ulas bawang putih yang telah dicincang, 
1 inci lobak merah dicincang dn gaul seketika. 
Masukkan telur yang telah di bancuh tadi dan kecilkan api. 
Tutup kuali dan biar seketika. terbalikkan masakan telur dan biar seketika sehingga masak. 
Siap.

4/ Sup Telur 
Tumis 2 biji bawang merah dan 2 inci hirisan halia. 
Masukan 4 cawan air dan biarkan sehingga mendidih. 
Masukkan masing-masing 2 sudu kecil garam dan pati ayam, 1 sudu kecil gula. 


Masukkan 4 biji telur secara perlahan-lahan dan biarkan seketika. 
Masukkan setengah cawan daun sayur manis ataupun sayur sawi dan matikan api. 
Masukkan 1 sudu besar bawang goreng. 
Siap.

5/ Telur Campur
Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas, masukkan 3 sudu kecil pati ayam, 1 sudu kecil garam dan gula


Potong halus 6 tangkai kacang panjang, 3 biji lada besar warna merah, setengah biji lobak merah dan 1 biji bawang besar. 
Kemudian tumis bahan ini sehingga agak masak dan masukkan kedalam telur tadi. Pukul telur bersama semua bahan tadi hingga sebati.

Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu makan minyak masak untuk menumis 2 ulas bawang putih hancur. 
Kemudian masukkan bahan-bahan tadi kedalam kuali dan gaul dengan api sederhana. 
Memasak telur hancur perlukan masa untuk menggaul sehingga masak dan membentuk ketulan-ketulan kecil. 
Matikan api, masukkan 1 sudu makan minyak bijan, gaul seketika. Siap.

6/ Telur masak sambal
Sediakan 10 Biji telur mata iaitu dengan menggoreng satu persatu telur pada kuali panas berminyak. 
Simpan telur mata tanpa bertindih kealam satu bekas



Sekarang perlukan sambal untuk dituang pada telur mata. 
Anda boleh memilih apa-apa jenis sambal untuk digunakan. 
Salah satu penyediaan sambal adalah dengan menggunakan udang kering, iaitu; 1 mangkuk kecil udang kering, 2 biji bawang merah, 1 inci halia, sedikit lengkuas, setengah inci kunyit dan lima biji lada padi (lada boleh ditambah mengikut kepedasan yang diinginkan). 
Kisar kesemua bahan-bahan tersebut dengan sedikit minyak, gaul dengan api perlahan sehingga pecah minyak. masukkan 1 sudu kecil gula dan garam secukup rasa. 
Matikan api dan tuang sambal pada telur mata tadi. 
Siap.

7/ Telur gulung
Pecahkan 10 biji telur dan masukkan 3 sudu kecil pati ayam, 1 sudu kecil garam dan gula, 2 sudu makan tepung jagung dengan bancuhan sedikit air, masing-masing 1 mangkuk kecil lada besar merah dan hijau dipotong halus. 
Campur ke semua bahan tersebut dan pukul sehingga rata. 

Panaskan kuali dengan 1 sudu kecil minyak masak dan ratakan minyak pada permukaan kuali. 
Masukkan setengah mangkuk kecil campuran telur tadi dan pusing kuali sehingga telur melebar nipis dengan api kecil sehingga masak iaitu tekstur sedikit keras, kering dan boleh dipisahkan dari permukaan kuali. 
Gulung perlahan-lahan telur menggunakan sudu pada saiz gulungan yang diinginkan dan simpan pada bekas. 
Ulang kaedah memasak tadi sehingga habis bahan tadi. Siap

8/ Telur Kukus
Pecahkan 5 biji telur dan campurkan 2 sudu kecil pati ayam, masing-masing setengah sudu kecil garam dan gula, 1 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar dikisar, masing-masing setengah biji lada besar hijau dan merah dipotong halus, 1 sudu kecil minyak bijan. 
Pukul bersama bahan-bahan tersebut sehingga rata dan masukkan kedalam bekas lalu dikukus selama 10minit. Siap



9/ Telur Dadar
Pecahkan 5 biji telur dan masukkan kedalam bekas lalu dipukul rata dengan campuran 1 biji bawang besar dipotong mayang, 1 sudu kecil pati ayam, masing-masing setengah sudu kecil garam dan gula, masing-masing setengah biji lada besar hijau dan merah dihiris, boleh simpan cili sekiranya inginkan pedas. 
Masukkan campuran bahan tersebut pada kuali panas dengan 2 sudu makan minyak masak, kecilkan api dan biarkan sehingga agak kering, kemudian terbalikkan telur dan biarkan seketika sehingga masak sepenuhnya.



10/ Cara betul rebus telur (Telur Rebus) 
Basuh 10 biji telur dan masukkan ke dalam belanga. 
Masukkan air pada paras menenggelami telur tersebut. 
Kemudian masukkan masing-masing 1 sudu makan garam dan minyak masak
Masak sehingga mendidih dan biarkan mendidih selama kira-kira 7 minit. 
Kemudian rendamkan kedalam air biasa sehingga suam. 
Cara betul memasak telur rebus akan memudahkan kita mengupas kulitnya dan akan menjadikan penampilan telur yang lebih menarik



Antara resepi ini semuanya, mana yang paling sedap ikut tekak korang

Jomlah masak telur sedap-sedap. Biarlah simple, janji menyelerakan

ehehehe. 
cheers

rebus a puzzle where you decode a message consisting of pictures representing syllables and words More (Definitions, Synonyms, Translation)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2021/02/10-aneka-resepi-telur-sedap-mudah-disediakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Makan Sedap Malas Masak Online Food Delivery Kan Ada

Nak Makan Sedap Malas Masak Online Food Delivery Kan Ada

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 345 hits
Boring asyik makan menu sama tiap tiap hari sebab kena berkurung kat rumah Jangan risau McDonald s kan ada McDonald s ada sediakan khidmat McDelivery jadi apa kata korang buka phone korang pastu order je mana mana menu yang korang berkenan ...
Jom Cuba Resepi Mee Goreng Mamak Ini Di Rumah

Jom Cuba Resepi Mee Goreng Mamak Ini Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 477 hits
Jom Cuba Resepi Mee Goreng Mamak Ini Di Rumah Salam semua Mee goreng menu yang biasanya menjadi pilihan tak kira masa sama ada untuk sarapan pagi makan tengah hari ataupun makan malam Salah satu menu kegemaran sis untuk mee goreng ini adala...
Resepi Daging Beriani Yang Mudah Bolehlah Cuba

Resepi Daging Beriani Yang Mudah Bolehlah Cuba

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 362 hits
RESEPI DAGING BERIANI YANG MUDAH BOLEHLAH CUBAMasakan ini memang sesuai untuk dimakan dengan nasi beriani Ditambahpula dengan adanya acar RESEPI DAGING BERIANI
Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 525 hits
Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai reader semua Dibawah ini bonda kongsikan resepi yang Kak Long masak Bonde bantu sediakan This is a content summary only Visit my website for full l...
Resepi Daging Harimau Menangis Sedap Dan Mudah

Resepi Daging Harimau Menangis Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 508 hits
Resepi Daging Harimau Menangis Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda...
Nak Tahu Khasiat Telur Separuh Masak

Nak Tahu Khasiat Telur Separuh Masak

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 583 hits
Khasiat Telur Separuh Masak Nak tahu khasiat telur separuh masak Telur amat bagus dimakan terutamanya sebagai sarapan pagi Yang terbaik adalah telur rebus dan telur separuh masak Kedua duanya bila direbus memang banyak khasiatnya Anda tak t...
Mudah Sedap Ini Cara Masak Nasi Briyani Udang Macam Dekat Restoran

Mudah Sedap Ini Cara Masak Nasi Briyani Udang Macam Dekat Restoran

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 379 hits
Sesekali masak hidangan istimewa untuk keluarga memang puas hati Enoh lebih lagi kalau suami dan anak anak makan dengan penuh berselera Terasa nak cuba masak Nasi Briyani Udang di hari ni Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara ya...
Ketam Masak Lemak Cili Api Lagi Sedap Letak Daun Kunyit

Ketam Masak Lemak Cili Api Lagi Sedap Letak Daun Kunyit

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 528 hits
Ketam masak lemak cili api lagi sedap bila letak daun kunyit Bila kau ada daun kunyit terlebih semua masakan nak letak daun kunyit Daun kunyit beli bukan tanam Bila tanam pokok kunyit ada je kucing kencing lah berak lah Malas dah nak tanam ...
Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 422 hits
Sedapnya kalau dapat makan aneka lauk pauk kampung Tak jemu tak muak dan sangat membuka selera Di musim PKP ni susah nak balik ke kampung halaman untuk menghadiri majlis kenduri kendara Jadi bagi anda yang teringin sangat nak makan bolehlah...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender

Valdy Nyonk Zinidin Zidan Selamat Tinggal Kenangan Chord

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa