Icerd Dr M Buat Pusingan U Untuk Selamatkan Sokongan Melayu Kata Penganalisis


Vinodh Pillai
-December 10, 2018 9:21 AM

Himpunan besar-besaran diadakan bagi membantah ICERD pada 8 Dis lepas.
PETALING JAYA:  Penganalisis politik menolak alasan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dengan berkata, beliau berkemungkinan besar melakukannya bagi “menyelamatkan” sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan (PH).

Mereka merujuk kepada komentar Dr Mahathir di sebuah universiti tempatan baru-baru ini bahawa langkah itu dibuat untuk membolehkan orang Melayu dibantu supaya tidak terus ketinggalan.

Satu himpunan besar membantah ICERD diadakan di Kuala Lumpur beberapa jam sebelum itu.

Dr Oh Ei Sun dari Pusat Penyelidikan Pasifik berkata, langkah meratifikasi dijangka memberi keuntungan kepada PH.

“Akan tetapi apabila ia berhadapan dengan tentangan besar daripada kelompok konservatif orang Melayu, Dr Mahathir berpatah balik kepada watak Melayu didahulukannya yang lama dan mengeluarkan kenyataan sebegitu bagi menyelamatkan sokongan orang Melayu kepada PH.”

Bercakap kepada FMT, Oh berkata, tentangan “besar-besaran” orang Melayu di peringkat akar umbi itu “benar-benar mengejutkan” pentadbiran Dr Mahathir.

ICERD menghendaki negara anggota menghapuskan diskriminasi kaum dalam semua bentuk, termasuk dalam institusi awam dan polisi kerajaan – isu teras yang dibantah oleh kumpulan orang Melayu.

Mereka berkata, ratifikasi ICERD akan menghakis kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, termasuk peruntukan yang membenarkan kuota dalam institusi awam seperti terkandung dalam Perkara 153 perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga membantah garis masa ICERD ke atas negara anggota bagi menamatkan semua program afirmatif yang dikatakan akan menghapuskan dasar Bumiputera yang diamalkan sejak beberapa dekad lepas.

Dr Awang Azman Awang Pawi mempersoalkan langkah Dr Mahathir mengetepikan kepentingan ICERD walaupun selepas berjanji untuk meratifikasi “kesemua baki instrumen teras Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkaitan hak asasi manusia di Persidangan Agung badan itu pada Sept lepas”.

“Keputusan Dr Mahathir untuk menyokong bantahan terhadap ICERD adalah langkah politik kerana beliau bimbang setelah menyaksikan satu himpunan bantahan yang lebih atau sama besar dengan himpunan Bersih sebelum ini,” kata penganalisis dari Universiti Malaya itu kepada FMT.

“(Beliau tahu) ini akan memberi kesan buruk kepada reputasi PH. Beliau cuba mengawal keadaan kerana (terus meratifikasi ICERD) akan menyebabkan ramai rakyat bimbang terhadap kepimpinan PH (terlalu awal dalam pentadbiran mereka).”

Awang Azman berkata, dalam pilihan raya umum ke-14 Mei lepas, PH hanya mendapat kira-kira 26% undi orang Melayu.

Kata beliau, angka itu merosot sekurang-kurangnya 5% ke 15% berikutan kemelut ICERD dan respons PH terhadapnya.

“Jika isu seperti ICERD dibangkitkan, ia akan membahayakan masa depan PH sebagai sebuah kerajaan,” katanya, dengan menyebut beberapa bom jangka lain yang membawa kesan yang sama seperti kos hidup yang tinggi, peluang pekerjaan, kemiskinan dan perumahan.

“PH mesti mencari jalan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terutama kelompok Melayu konservatif, yang meragui kepimpinan dan pentadbiran mereka sejak awal lagi,” katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun menafikan pengumuman kerajaan untuk menolak ICERD merupakan langkah mundur di pihaknya dengan berkata, beliau masih ingat dengan jelas ucapannya itu.

“Sewaktu saya berucap di PBB, saya ingat dengan jelas. Saya kata, kita akan meratifikasi semua konvensyen PBB, tetapi saya sebutkan juga kita merupakan negara berbilang kaum dan agama. Kita akan hadapi masalah di situ.

“Jadi sekarang masalah yang kita jangka itu telah berlaku dan kita perlu bertindak balas terhadapnya,” kata beliau.

Prof James Chin dari Universiti Tasmania berkata, walaupun orang Melayu mungkin akan menyokong langkah Dr Mahathir itu, tetapi orang bukan-Melayu akan melihat episod tersebut sebagai bukti bahawa “rasisme institusi silam” pentadbiran sebelum ini akan terus kekal.

“Jelas PH gagal meyakinkan orang Melayu bahawa diskriminasi kaum adalah salah. Mereka tidak melihat raisme salah kerana mereka tidak melihatnya sedemikian; mereka melihatnya sebagai ‘hak’ mereka di bawah ‘Ketuanan Melayu’.

“Di bawah ‘idea’ itu, orang Melayu mesti diberikan keutamaan berbanding semua kumpulan kaum lain. Ini bermakna orang bukan-Melayu akan terus menjadi warganegara kelas 2. Ini merupakan permainan Umno ketika ia berkuasa dan PAS bersetuju dengannya,” kata beliau.

Dalam pada itu, pakar geostrategi politik, Dr Azmi Hassan dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia berkata, beliau yakin Dr Mahathir dan anggota Kabinetnya “tidak cenderung untuk meratifikasi ICERD sejak awal lagi”.

Ini kerana wujud “konflik kepentingan” antara konvensyen itu dengan Perkara 153 perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia meletus sebagai satu isu apabila Wisma Putra berkata adalah penting untuk meratifikasi baki 6 triti hak asasi PBB berkenaan.

Justeru, Azmi menolak anggapan bahawa pusingan-U Dr Mahathir itu dibuat hanya untuk meraih “simpati”orang Melayu dan menambah Kementerian Luar Negeri perlu lebih berhati-hati pada masa depan.

Sejak 1995, Malaysia hanya menandatangani 3 triti PBB.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/cerd-dr-m-buat-pusingan-u-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icerd Modal Umno Pas Tarik Sokongan Melayu Kata Abim

Icerd Modal Umno Pas Tarik Sokongan Melayu Kata Abim

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 291 hits
Diterbitkan 27 Nov 2018 8 29 pagiUmno dan PAS didakwa sengaja mempolitikkan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum bagi meraih sokongan orang Melayu di negara ini Mengambil contoh peratus...
Sukar Untuk Ph Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah Icerd Sin Chew Daily

Sukar Untuk Ph Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah Icerd Sin Chew Daily

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 645 hits
Tay Tian Yan seorang penulis kolum isu semasa dan juga penolong editor Sin Chew Daily menulis rencana bertajuk Selepas perhimpunan besar sehari selepas perhimpunan bantah ICERD pada 8 12 2018 yang laluIkutilah terjemahan saya dari rencana i...
Kerajaan Tolak Icerd Demi Bantu Melayu Kata Pm

Kerajaan Tolak Icerd Demi Bantu Melayu Kata Pm

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 387 hits
December 9 2018 12 10 AMSHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini Perdana ment...
Kaum Melayu Bumiputera Perlu Berusaha Lebih Kuat Kata Pm

Kaum Melayu Bumiputera Perlu Berusaha Lebih Kuat Kata Pm

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 281 hits
Kaum Melayu Bumiputera perlu berusaha lebih kuat kata PM Dikemas kini 37 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 8 Dec 2018
Perhimpunan Icerd Lebih Baik Jika Libatkan Bukan Melayu Ku Li

Perhimpunan Icerd Lebih Baik Jika Libatkan Bukan Melayu Ku Li

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 316 hits
IPOH Perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang berlangsung semalam di ibu negara seharusnya turut melibatkan peserta bukan Melayu Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku ...
Isu Icerd Peluang Tipu Umat Melayu Lagi

Isu Icerd Peluang Tipu Umat Melayu Lagi

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 346 hits
Ketika saya menulis ini perhimpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum anjuran PAS dan Umno sedang berlangsung Perhimpunan ini pada asalnya...
Rakyat Malaysia Mangsa Salah Faham Icerd Kata Kit Siang

Rakyat Malaysia Mangsa Salah Faham Icerd Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 298 hits
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata rakyat Malaysia menjadi mangsa begitu banyak mitos dan salah faham berkenaan Konvensyen Antarabangsa Me ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Menurutnya cadangan meratifikasi ICERD tidak berp...
Himpunan Icerd Juga Tuntut Janji Pakatan Harapan Kata Asyraf Wajdi

Himpunan Icerd Juga Tuntut Janji Pakatan Harapan Kata Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 355 hits
Perhimpunan di ibu negara pada 8 Disember ini bukan sahaja untuk membantah Kovensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum tetapi juga menuntut janji kerajaan Pakatan Harapan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berka...
Tak Mudah Tumbangkan Tok Mat Kata Penganalisis

Tak Mudah Tumbangkan Tok Mat Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 403 hits
PKR perlu meletakkan calon yang setanding atau lebih dikenali untuk bertanding di kerusi DUN Rantau sekiranya pilihan raya semula di kawasan itu diadakan Menurut penganalisis politik ini kerana populariti penyandangnya Mohamad Hasan atau le...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba