Sukar Untuk Ph Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah Icerd Sin Chew Daily





Tay Tian Yan ( 郑丁贤 ), seorang penulis kolum isu semasa dan juga penolong editor Sin Chew Daily ( 星洲日报 ) menulis rencana bertajuk “Selepas perhimpunan besar” (大集会之后) sehari selepas perhimpunan bantah ICERD pada 8/12/2018 yang laluIkutilah terjemahan saya dari rencana ini untuk tatapan semua. – Hisemudin Kasim
SELEPAS PERHIMPUNAN BESARHari Sabtu, Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan suasana yang amat meruncing.Dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka , ribuan manusia bersesak-sesak memenuhi ruang dalam bantahan ICERD. Hanya jalan yang bertentangan dengan jalan besar iaitu Jalan Petaling hampir kesemua kedai-kedai menutup pintu perniagaan mereka. Suasana lengang dengan ketiadaan pejalan kaki.Kedua-duanya dalam Kuala Lumpur, menampakkan dua suasana yang amat berlainan. Sama-sama dalam Malaysia, semacam berada dalam dua dunia yang berbeza.Ahmad Zahid dan Hadi Awang boleh dengan megah mengumumkan yang mereka telah mencapai matlamat iaitu Melayu Islam telah bersatu kembali.Walaupun perhimpunan ini dipenuhi dengan elemen kaum dan ugama, ia juga bertepatan dengan agenda UMNO dan PAS, namun ia telah berjaya membangkitkan perasaan sebegitu ramai umat Melayu Islam.Sesungguhnya, ada atau tidaknya ratifikasi ICERD bukanlah perkara utama yang mana janin ICERD telahpun mati di dalam perut. Pakatan Harapan telahpun mengatakan tidak meratifikasikan ICERD.Hanya menggunakan ICERD sebagai sumbu untuk membakar semangat masyarakat Melayu dengan ketidakpuasan hati dan kegelisahan mereka selepas PRU 14. Juga mencari ketetapan bagi golongan ini sebagai peneraju dalam bumi bertuah ini.Di belakang bantahan ICERD, juga menampakkan lantonan puak kanan konservatif Melayu terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun Pakatan Harapan telah memenangi PRU tetapi sokongan daripada masyarakat Melayu hanyalah sekitar 17% hingga 25% sahaja.Dalam konteks pemikiran masyarakat Melayu masih lagi dikuasai oleh sifat perkauman yang ditunjangi oleh UMNO dan sifat keugamaan Islam yang dipelopori oleh PAS.Setelah jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka dibanjiri dengan sebegitu ramai, bilangan sebenarnya masih lagi satu angka yang abstrak. UMNO dan PAS boleh mengaku yang mereka adalah mewakili kekuatan umat Melayu Islam, di masa akan datang akan menguasai kuasa mereka yang berbahasa Melayu.Apabila UMNO, PAS dan NGO telah mencapai kesepakatan yang matang nanti, ia semakin boleh menggunakan kekuatan ummah termasuklah untuk kuasa berdemonstrasi bagi menonjolkan kekuatan mereka. Seterusnya menggoncang asas-asas kerajaan Pakatan Harapan.Bagi masyarakat bukan Melayu, perhimpunan bantahan ICERD mendatangkan satu persoalan dan kegelisahan serta satu penafian untuk mengelakkan diri.Dalam komentar oleh ramai pelayar internet kaum Cina menganggap perhimpunan ini sebagai bahan jenaka yang menjengkelkan serta menggunakan ayat-ayat serangan kasar, sehinggakan membuta-tuli untuk menafikan kebenarannya. Mereka tidak dapat memahami mengapa perhimpunan itu boleh menarik sebegitu ramai orang, malah masih bertegas mengatakan yang gambar-gambar serta video yang dipaparkan telah diedit.Hasil daripada PRU kita mengharapkan akan berada dalam suasana yang amat baik dan menganggap setelah Pakatan Harapan menerajui kerajaan maka masalah Malayasia bermula dari isu rasuah, perkauman sehinggalah hal-hal ugama akan berakhir dengan sendirinya. Dengan itu kita akan memulakan satu penghidupan laksana hidup dalam kerajaan dongeng.Namun sesungguhnya, mereka hidup dalam dunia yang dirangka sendiri dan tidak tahu bahawa sesuatu itu telah dirancang muslihatnya dan perangkap berada di mana-mana.Yang disebut sebagai “Malaysia Baru” hanyalah satu ilusi, bukan satu kenyataan. Jarak pandangan setiap kaum bukannya semakin mengecil tetapi semakin melebar.Bagi kerajaan Pakatan Harapan yang baru memerintah lebih setengah tahun dengan prestasi yang hambar dan perebutan kuasa dalaman. Dengan kekurangan kerjasama dalaman yang menyebabkan hari ini ia menerima hasil yang terburuk.Dengan mendakwa Najib, Rosmah, Ahmad Zahid dan lain-lain pemimpin terdahulu sememangnya bertujuan untuk mengubah kepada corak yang betul, namun ia bukanlah kesemuanya kewajiban kerajaan untuk berbuat demikian. Ia bukanlah seharusnya digunakan untuk jangka panjang.Hal-hal yang bersangkutan dengan rasuah biarlah disiasat dan diadili oleh pihak SPRM dan mahkamah, janganlah digunakan sebagai modal politik yang tanpa penghujungnya. Terutamanya bagi masyarakat akar umbi Melayu ia telah melahirkan kebosanan yang membuak-buak.Dalam hal-hal ekonomi dan kehidupan rakyat, polisi Pakatan Harapan didapati masih tidak terurus. Bermula dari masalah harga komoditi utama yang semakin rendah, pelaburan tidak berkembang dan pasaran statik yang sehingga kini masih belum nampak apa-apa perancangan menanganinya.Dalam setengah tahun ini, perkara yang menjadi tumpuan kepada Pakatan Harapan ialah pelbagai bentuk U-Turn.Seorang demi seorang menteri membuat kenyataan yang semborono. Cerita mengenai kereta nasional ke 3 dan jambatan bengkok. Konflik perebutan kuasa antara Mahathir dan Anwar. Persengketaan dalam PKR yang tidak berkesudahan. DAP yang berkiblat kepada “kepala Ma” (yang dimaksudkan Ma ialah Mahathir) dan pelbagai masalah masyarakat Cina yang dipandang dingin.Jikapun nak ratifikasi ICERD tetapi tersilap perkiraan dan tak tahu bagaimana untuk menanganinya. Kerajaan sebelum ini tidakpun membuat penjelasan dan menggerakkan aktiviti muhibah antara kaum dan penerimaan toleransi ugama, dengan tiba-tiba muncul dengan idea ratifikasi ICERD. Maka dengan itulah menyebabkan berlakunya gelombang penentangan ini.Selepas perhimpunan besar ini, kepercayaan umum terhadap Pakatan Harapan jatuh menggelunsur. Kemampuan untuk memerintah menjadi tanda-tanya. Untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat Melayu semakin sukar.Namun dengan peristiwa ini, ia boleh dijadikan satu pengajaran..Diterjemahkan oleh :
Hisemudin Kasim
5:30pm, 12/10/2018- suara.tvBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2018/12/sukar-untuk-ph-raih-sokongan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Janggal Teruskan Himpunan Bantah Icerd Anwar

Janggal Teruskan Himpunan Bantah Icerd Anwar

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 670 hits
UMNO sebelum ini mahu menyertai perhimpunan di ibu negara pada Sabtu ini bagi melahirkan rasa syukur kerana Kabinet tidak akan meratifikasi ICERD manakala PAS mahu ia diteruskan dengan berpendapat kerajaan gagal menunjukkan kesungguhan tida...
Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd Terima Notis Kebenaran Adakan Himpunan Aman Oleh Polis Dan Dbkl

Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah Icerd Terima Notis Kebenaran Adakan Himpunan Aman Oleh Polis Dan Dbkl

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 508 hits
Alhamdulillah sebentar tadi Pihak Penganjur HIMPUNAN AMAN RAKYAT BANTAH ICERD telah dipanggil oleh Ipd Dang Wangi utk serahan notis kebenaran mengadakan himpunan 8 Disember nanti 2 Notis kebenaran telah diserahkan sendiri oleh Ketua Polis D...
Kadir Saran Potong Gaji Selepas Kelantan Isytihar Cuti Sempena Himpunan Icerd

Kadir Saran Potong Gaji Selepas Kelantan Isytihar Cuti Sempena Himpunan Icerd

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 353 hits
Kadir Jasin PETALING JAYA Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mencadangkan Putrajaya memotong gaji penjawat awam di Kelantan selepas kerajaan negeri mengisytiharkan cuti peristiwa Ahad ini untuk memberi peluang rakyatnya menyertai himpunan...
Status Undian Himpunan Bantah Icerd Di Facebook Mukhriz Mahathir Fc Dipadam

Status Undian Himpunan Bantah Icerd Di Facebook Mukhriz Mahathir Fc Dipadam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 588 hits
Tindakan pengendali laman sosial Facebook Mukhriz Mahathir FC yang memadam status undian mengenai keperluan himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum DaulatHimpunan812 diadakan atau seba...
Icerd Dr M Buat Pusingan U Untuk Selamatkan Sokongan Melayu Kata Penganalisis

Icerd Dr M Buat Pusingan U Untuk Selamatkan Sokongan Melayu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 348 hits
December 10 2018 9 21 AMHimpunan besar besaran diadakan bagi membantah ICERD pada 8 Dis lepas PETALING JAYA Penganalisis politik menolak alasan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensy...
Icerd Himpunan Perdana Bukti Rakyat Bantah

Icerd Himpunan Perdana Bukti Rakyat Bantah

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 378 hits
KENYATAAN Media Pejabat Perdana Menteri mengenai keputusan Kerajaan yang tidak akan meratifikasi masih lagi tidak meyakinkan rakyat Ini kerana sikap Kerajaan yang sentiasa mengambil sikap U Turn menyebabkan rakyat masih ragu ragu dengan pen...
Kecoh Mp Jelutong Shahidan Kassim Mp Lenggong Bertelagah Isu Himpunan Bantah Icerd

Kecoh Mp Jelutong Shahidan Kassim Mp Lenggong Bertelagah Isu Himpunan Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 386 hits
Kecoh Mp Jelutong Shahidan Kassim Mp Lenggong Bertelagah Isu Himpunan Bantah Icerd
Lautan Manusia Sertai Himpunan Bantah Icerd

Lautan Manusia Sertai Himpunan Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 747 hits
Ribuan peserta yang hadir pada Perhimpunan Ummah penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tidak melepaskan peluang melihat baju Bantah ICERD di Dataran Merdeka Kuala Lumpur foto AFFAN...
Dr M Lancar Himpunan Hak Asasi Lawan Himpunan Bantah Icerd 8 12

Dr M Lancar Himpunan Hak Asasi Lawan Himpunan Bantah Icerd 8 12

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 696 hits
PETALING JAYA 6 Dis Di tengah tengah kehangatan perhimpunan DaulatHimpunan 812 yang akan disertai Pas dan UMNO Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melancarkan himpunan hak asasi manusia pada hari sama di Petaling Jaya Sela...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator