Kerajaan Tolak Icerd Demi Bantu Melayu Kata Pm


Adam Abu Bakar
-December 9, 2018 12:10 AM


SHAH ALAM:  Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Perdana menteri berkata, orang Melayu perlu diberi peluang untuk berjaya seperti bangsa lain di negara ini yang lebih maju dalam pelbagai bidang.

“Kalau kita tidak beri kepada orang Melayu peluang yang lebih sikit dari kaum lain, kalau kita percaya bahawa kita mesti beri apa pun secara sama, maka yang sudah cekap akan lebih berjaya dan yang tidak cekap akan menjadi mundur.

“Kalau kita hendak mereka boleh kejar orang di hadapan mereka, maka mereka mestilah diberi ruang lebih untuk berjaya, sebab itu kita tidak boleh terima ICERD.

“Ia tidak memberi hak kepada kita untuk membeza-bezakan layanan bagi kaum di Malaysia ini. Mereka tidak berada di dalam negara, itu sebabnya kita tidak terima ICERD dan tidak akan pinda Perlembgaan Persekutuan,” katanya berucap dalam Himpunan Mahasiswa, Graduan dan Profesional Muda Bumiputera, sempena Karnival Putra 2018 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

Berucap di depan lebih 3,000 mahasiswa UiTM, katanya, orang Melayu mempunyai kepintaran sama seperti kaum lain, tetapi yang berbeza ialah usaha mereka.

“Kita cekap, pintar dan pandai, tetapi orang cekap kalau tidak berusaha, tidak akan berjaya. Kalau sedar bahawa kita ketinggalan, berasa malu mengapakah kita ketinggalan dalam negara, maka tentulah kita akan berusaha untuk jayakan diri.”

Dr Mahathir berkata, orang Melayu menerima hakikat dan malu kerana ketinggalan dalam pelbagai aspek di negara sendiri, berbanding bangsa lain yang datang ke Tanah Melayu sewaktu penjajahan British.

Beliau tanpa berselindung berkata, beliau malu dengan orang Melayu yang sanggup menjual tanah sendiri demi tawaran baik.

“Apabila British datang, mereka berpendapat penduduk di Semenanjung tidak sanggup bekerja, mereka ingin buka lombong dan ladang getah, oleh itu mereka bawa orang asing dan berlakulah Malaysia ini sebagai sebuah negara berbilang kaum.

“Kita tidak bermusuh dengan kaum lain, tetapi mereka tidak bersaing dengan kita. Kita tahu hari ini di negara berbilang kaum ini, kita dapati kaum Bumiputera ketinggalan, menjadi penduduk di luar bandar.

“Mereka bercucuk tanam, menangkap ikan. Mereka miskin, tetapi apabila ditawarkan dengan harga yang baik untuk tanah mereka, maka mereka rela jual tanah dan pindah lebih jauh lagi dari bandar.”

Beliau turut mengimbau pengalamannya di universiti, di mana hanya 7 daripada 70 pelajar ialah orang Melayu yang dipilih mengikuti kursus perubatan.

“Saya antara yang terbaik sekali, terbaik dalam kalangan 7 pelajar Melayu, tetapi dalam kalangan 70 pelajar lain, saya jauh terkebelakang berbanding anak Cina dan India yang satu kelas dengan saya.

“Mereka dapat 6 hingga 7A, saya cuma ada 3A sahaja. Ada juga senior membuli saya dan katakan pada saya untuk bungkus pakaian dan dikatakan tidak layak menjadi doktor.”

Disebabkan itu, katanya, beliau belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dan menjadi doktor.

“Saya terpaksa kerja kuat sikit daripada orang lain. Orang lain baca sekali, maka saya kena baca 10 kali. Hinggakan apabila menjawab kertas peperiksaan, saya boleh nampak muka surat dan gambar yang ada dalam buku.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/kerajaan-tolak-icerd-demi-bantu-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Jelaskan Tolak Icerd Kerana Kepentingan Melayu

Dr Mahathir Jelaskan Tolak Icerd Kerana Kepentingan Melayu

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 582 hits
Dr Mahathir mengulang pendirian untuk tidak memeterai perjanjian ICERD Foto Sinar Harian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan mengapa beliau menolak ICERD selepas berlangsungnya perhimpunan PAS dan Umno untuk bersyukur terhadap keput...
Icerd Dr M Buat Pusingan U Untuk Selamatkan Sokongan Melayu Kata Penganalisis

Icerd Dr M Buat Pusingan U Untuk Selamatkan Sokongan Melayu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 394 hits
December 10 2018 9 21 AMHimpunan besar besaran diadakan bagi membantah ICERD pada 8 Dis lepas PETALING JAYA Penganalisis politik menolak alasan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensy...
Icerd Modal Umno Pas Tarik Sokongan Melayu Kata Abim

Icerd Modal Umno Pas Tarik Sokongan Melayu Kata Abim

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 346 hits
Diterbitkan 27 Nov 2018 8 29 pagiUmno dan PAS didakwa sengaja mempolitikkan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum bagi meraih sokongan orang Melayu di negara ini Mengambil contoh peratus...
Lebih 1200 Hadir Himpunan Tolak Icerd Perlis

Lebih 1200 Hadir Himpunan Tolak Icerd Perlis

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 402 hits
KANGAR Lebih 1200 umat Islam hadir dalam Himpunan Aman Rakyat Perlis Tolak ICERD yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis dekat sini malam ini Himpunan penuh bersejarah ini menyaksikan para pimpinan daripada dua parti terbesar yang mewakili ...
Bukan Hanya Icerd Tapi Jika Bercanggah Johor Tetap Tolak

Bukan Hanya Icerd Tapi Jika Bercanggah Johor Tetap Tolak

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 341 hits
Azlina Othman ISKANDAR PUTERI Kerajaan negeri meminta supaya isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum tidak dipolitikkan kerana dikhuatiri menjadi punca perpecahan antara satu sama lain Menteri Besar Johor D...
Malaysia Jadi Harimau Asia Jika Tolak Rasuah Kata Pm

Malaysia Jadi Harimau Asia Jika Tolak Rasuah Kata Pm

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 491 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia dan rakyat Malaysia hanya boleh menganggap diri mereka maju apabila mereka menolak rasuah dan menghentikan ama...
10 Sebab Himpunan Aman Tolak Icerd Perlu Diteruskan

10 Sebab Himpunan Aman Tolak Icerd Perlu Diteruskan

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 626 hits
SEMUA sedia maklum bahawa kerajaan telah menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Perkara ini dianggap sebagai kejayaan oleh kumpulan pendukung Perlembagaan dan seharusnya diraikan bagi...
Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Korang Ingat Netizen Bodoh Ke

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Hiburan Saya Jatuh Dan Terluka Dulu Kini Nur Fazura Titip Pesanan Buat Peminat

Pembelian Pesawat Boeing Bukan Pembaziran Tapi Strategi Kurangkan Tarif Tengku Zafrul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Punya Angkara

Rm150 Untuk Pelajar Tingkatan Enam Komitmen Kerajaan Bantu Keluarga

Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2025 2026

Panduan Semakan Wang Yang Tidak Dituntut Online

El Paso Wrongful Death Lawyer Seeking Justice For Your Loved One

Empat Pekerja Maut Jatuh Dalam Lubang Pembetung Ketika Pemeriksaan Paip Kumbahan