Rakyat Malaysia Mangsa Salah Faham Icerd Kata Kit Siang


Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia menjadi mangsa begitu banyak mitos dan salah faham berkenaan Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Menurutnya, cadangan meratifikasi ICERD tidak berpunca daripada agenda rahsia untuk melemahkan Perlembagaan Persekutuan atau menyerang kedudukan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu.
Katanya, ICERD bukan sahaja serasi dengan Islam dan agama lain, malah ia turut serasi dengan Perlembagaan dan tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Ini sebabnya kenapa kebanyakan negara majoriti umat Islam di dunia, termasuk negara anggota OIC seperti Jordan, Palestin dan bahkan Arab Saudi telah meratifikasi ICERD,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata, ramai yang salah faham dan menganggap sekiranya Malaysia meratifikasi ICERD, Perkara 153 Perlembagaan akan dimansuhkan apabila objektifnya telah dicapai.
“Sebenarnya, Perkara 153 konsisten dengan dengan tujuan ICERD, memandangkan Perkara 1(4) dan 2(2) konvensyen itu bertujuan melaksanakan kesetaraan yang berkesan atau substantif.
“Bukan sekadar kesetaraan yang bersifat rasmi dan luaran sahaja,” tambahnya.
Lim menjelaskan, setakat ini, 36 daripada 38 negara dengan sistem monarki telah meratifikasi ICERD, termasuk United Kingdom pada 1969, Norway (1970), Sweden (1971), Denmark (1971), Belanda (1971), Jordan (1974), Belgium (1975), Jepun (1995) dan Arab Saudi (1997).
Langsung tidak wujud indikasi bahawa meratifikasi ICERD oleh 36 negara ini telah menjejaskan sistem monarki sehingga ia dihapuskan, tegasnya.
Kit Siang bagaimanapun menyokong keputusan Kabinet untuk tidak meratifikasi ICERD, meskipun ia adalah satu langkah ke belakang dalam usaha membina Malaysia Baharu.
“Malaysia tidak harus meratifikasi ICERD sehingga majoriti kaum dan agama di negara ini menyokongnya dan memahami bahawa ia tidak mengancam kepelbagaian kaum, agama mahupun Perlembagaan.
“Tetapi, (ICERD) merupakan langkah ke hadapan menyertai masyarakat dunia mempromosi hak asasi manusia,” katanya.
Lim berpendapat, isu ICERD adalah amaran untuk seluruh rakyat Malaysia bahawa wawasan Malaysia Baharu masih boleh dikalahkan sekiranya oportunis politik dan para ‘desperado’ dibiarkan mengeksploitasi politik kebohongan, kebencian kaum dan agama.
Tiada rakyat Malaysia yang mahu meratifikasi ICERD jika harganya ialah satu lagi rusuhan kaum seperti 13 Mei, tambahnya. – Astro Awani
KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB
KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar
KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin
KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah
The post Rakyat Malaysia mangsa salah faham ICERD, kata Kit Siang appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190645/rakyat-malaysia-mangsa-salah-faham-icerd-kata-kit-siang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Mungkin Tiada Maklumat Tepat Tentang Pilihan Raya Pbt Kata Kit Siang

Pm Mungkin Tiada Maklumat Tepat Tentang Pilihan Raya Pbt Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 336 hits
December 12 2018 12 19 AMLim Kit Siang berkata hanya 3 kawasan yang majoritinya Cina iaitu di Sibu Kuching dan Pulau Pinang BANGI Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak mendapat maklumat...
Kit Siang Tetap Mahu Icerd

Kit Siang Tetap Mahu Icerd

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 270 hits
Wartawan Watan Online Meskipun Putrajaya memutuskan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum namun DAP tetap mahu ia diratifikasikan bila tiba masa yang sesuai Selain menyifatkan l...
Kenapa Kit Siang Bantah Golongan Anti Icerd

Kenapa Kit Siang Bantah Golongan Anti Icerd

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 390 hits
KELMARIN Penasihat DAP Lim Kit Siang mempersoalkan keputusan UMNO dan Pas untuk bergabung mengadakan himpunan bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Se gala Bentuk Diskriminasi Semalam pula beliau tampil memp...
Marah Dipanggil Rasis Tetapi Yb Salah Faham Bila Kritik Isu Perkahwinan Kanak Kanak Kata Netizen

Marah Dipanggil Rasis Tetapi Yb Salah Faham Bila Kritik Isu Perkahwinan Kanak Kanak Kata Netizen

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 634 hits
Nampaknya isu kritikan pedas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto kepada kerajaan Kelantan berhubung isu perkahwinan kanak kanak mendapat perhatian umum khususnya netizens muslim Seorang individu dikenali sebagai Mohamad Jamalee tampil m...
Doa Rakyat Malaysia Bercurahan Kepada Anggota Bomba Yang Jadi Mangsa Rusuhan Kuil Muhammad Adib Dan Tunangnya

Doa Rakyat Malaysia Bercurahan Kepada Anggota Bomba Yang Jadi Mangsa Rusuhan Kuil Muhammad Adib Dan Tunangnya

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 742 hits
Doa rakyat Malaysia bercurahan kepada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman USJ 25 awal pagi tadi Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu Nurul Najihah ...
Mahathir Terima Maklumat Salah Kit Siang Ingat Mahathir Baru Jadi Pm Ke

Mahathir Terima Maklumat Salah Kit Siang Ingat Mahathir Baru Jadi Pm Ke

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 304 hits
Lim Kit Siang berkata hanya 3 kawasan yang majoritinya Cina iaitu di Sibu Kuching dan Pulau Pinang Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak mendapat maklumat tepat apabila mendakwa pilihan...
It Was Kit Siang Who Told Mahathir Something Is Rotten In Malaysia

It Was Kit Siang Who Told Mahathir Something Is Rotten In Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 399 hits
It was during Mahathir s 22 year tenure as prime minister when Malaysia first began to rot thanks to corruption and rampant power abuse Kit Siang alleged Since he said that three years ago Kit Siang has never retracted what he said Hence wh...
Kit Siang Malaysians Won T Want Icerd At The Price Of Another May 13 Riot

Kit Siang Malaysians Won T Want Icerd At The Price Of Another May 13 Riot

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 306 hits
PETALING JAYA Malaysians would not want the International Covenant Against All Forms of Racial Discrimination to be ratified at the expense of another May 13 racial riot says DAP advisor Lim Kit Siang No Malaysian would want Malaysia to rat...
Icerd Himpunan Perdana Bukti Rakyat Bantah

Icerd Himpunan Perdana Bukti Rakyat Bantah

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 378 hits
KENYATAAN Media Pejabat Perdana Menteri mengenai keputusan Kerajaan yang tidak akan meratifikasi masih lagi tidak meyakinkan rakyat Ini kerana sikap Kerajaan yang sentiasa mengambil sikap U Turn menyebabkan rakyat masih ragu ragu dengan pen...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator