Ibu Zara Tenang Diberi Masa Cukup Buat Keputusan Bedah Siasat Doktor


Ibu Zara Tenang, Diberi Masa Cukup Buat Keputusan Bedah Siasat – Doktor
KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) — Seorang pegawai perubatan hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa ibu kepada Zara Qairina Mahathir diberi masa secukupnya untuk membuat keputusan berhubung proses bedah siasat anaknya itu.
Dr Logaraj Ratha, yang menjalani latihan luar kampus di Jabatan Perubatan Forensik (mortuari) Hospital Queen Elizabeth (HQE) sejak Jun tahun lepas, berkata Noraidah Lamat kelihatan tenang dan diberi ruang untuk berfikir sebelum membuat keputusan.
“Pada ketika itu, dia nampak tenang. Saya menerangkan dalam bahasa yang mudah difahami serta memberi dia masa untuk berfikir, dan ketika itu dia boleh menjawab soalan saya dengan jelas,” katanya menjawab soalan peguam Rizwandean M Borhan yang mewakili Noraidah.
Terdahulu, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat kes Inspektor Wong Yew Zhung tidak mengeluarkan borang POL 61 iaitu permintaan pemeriksaan ke atas jenazah Zara Qairina, sebaliknya meminta jenazah diserahkan kepada ibunya dan Noraidah juga bersetuju.
Sebelum itu, doktor tersebut memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Perubatan Jabatan Neurosurgeri HQE Dr Pavankumar Balachandra telah memberitahu Insp Wong mengenai punca kematian Zara Qairina adalah akibat kecederaan otak traumatik yang teruk dengan ensefalopati iskemia hipoksik.
Menurut saksi, borang itu tidak dikeluarkan kerana Inspektor Wong sudah mengetahui punca kematian dan selepas siasatan dijalankan, beliau mendapati tiada keperluan untuk melakukan bedah siasat. Rizwandean: Ada doktor memberitahu Insp Wong bahawa kes ini perlu dibedah siasat?
Dr Logaraj: Saya tidak ada kuasa untuk mengarahkan pihak polis kerana itu bidang kuasa polis untuk menentukan sama ada bedah siasat dijalankan. Noraidah juga tidak memberi sebarang reaksi ketika dimaklumkan bahawa pihak polis tidak mengeluarkan borang POL 61, malah dia turut bersetuju.
Rizwandean: Selepas kamu maklumkan bahawa pihak polis tidak mengeluarkan borang POL 61, dan Noraidah bersetuju, barulah kamu cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kematian Zara Qairina? Adakah saya betul?
“Tidak. Sebelum saya memberitahu keputusan polis, saya sudah berbincang dengan Noraidah. Pada ketika itu, Noraidah tidak memberitahu banyak maklumat. Dia hanya maklumkan kepada saya bahawa pihak sekolah ada menghubunginya dan memaklumkan anaknya cedera serta dimasukkan ke hospital,” jawab saksi itu.
Sementara itu, ketika disoal peguam Abdul Fikry Jaafar, yang mewakili empat tertuduh kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina, saksi berkata Noraidah tidak pernah menyatakan terdapat unsur jenayah, pukul atau buli membabitkan anaknya. Menjawab soalan sama ada terdapat kecederaan akibat dipukul pada badan mangsa, Dr Logaraj berkata beliau tidak melakukan sebarang pemeriksaan ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu itu kerana tidak menerima borang POL 61.
Abdul Fikry: Berdasarkan keterangan kamu sebelum ini, sewaktu kamu memberi penerangan mengenai bedah siasat kepada ibu Zara Qairina, pada ketika itu kamu dan pihak hospital percaya bahawa tiada unsur jenayah. Adakah saya benar untuk berkata begini?”
“Tidak. Sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak bergantung kepada siasatan polis. Pihak Jabatan Forensik pada ketika itu tidak melakukan sebarang pemeriksaan terhadap mayat si mati,” katanya.
Ketika disoal Koroner Amir Shah Amir Hassan sama ada Inspektor Wong berada di mortuari ketika penyerahan jenazah kepada Noraidah, saksi berkata, “Inspektor Wong tidak ada di situ.”
Prosiding inkues bersambung esok. Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas.
Remaja itu dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
BACA: Diari & Buku Latihan Zara Ditemukan Di Almari, Rak Buku – Saksi
Sumber: BERNAMA
The post Ibu Zara Tenang, Diberi Masa Cukup Buat Keputusan Bedah Siasat – Doktor appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/17/ibu-zara-tenang-diberi-masa-cukup-buat-keputusan-bedah-siasat-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Forensik Ketua Warden Asrama Dijangka Beri Keterangan Dalam Inkues Zara Qairina

Doktor Forensik Ketua Warden Asrama Dijangka Beri Keterangan Dalam Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1787 hits
KOTA KINABALU Prosiding inkues kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bersambung hari ini dengan seorang doktor dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth dijangka dipanggil memberi ke...
Zara Qairina Hilang Upaya Bernafas Tahap Sedar Paling Rendah Doktor

Zara Qairina Hilang Upaya Bernafas Tahap Sedar Paling Rendah Doktor

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 665 hits
Zara Qairina Hilang Upaya Bernafas Tahap Sedar Paling Rendah Doktor KOTA KINABALU 9 Sept Pegawai perubatan yang mengesahkan kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa pelajar Tingkatan Satu itu berad...
Luahan Tulisan Tangan Zara Qairina Dedah Situasi Dengan Ibu

Luahan Tulisan Tangan Zara Qairina Dedah Situasi Dengan Ibu

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1474 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini dikemukakan ekshibit tulisan tangan dalam helaian yang menggambarkan situasi hubungan antara Zara Qairina Mahathir dengan ibunya Noraidah Lamat Pemeriksa dokumen dari Jabata...
Kes Zara Qairina Peguam Ibu Arwah Mohon Tangguh Perhimpunan Aman Justice For Zara Hingga Inkues Selesai

Kes Zara Qairina Peguam Ibu Arwah Mohon Tangguh Perhimpunan Aman Justice For Zara Hingga Inkues Selesai

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 3549 hits
Melalui laporan Harian Metro peguam yang mewakili keluara Allahyarham Zara Qairina memohon agar orang ramai menangguhkan perhimpunan aman untuk sementara waktu sehingga prosiding inkues selesai sepenuhnya var currentUrlTwo window location h...
Hiburan Arwah Ibu Dikatakan Sepupu Pengetua Sekolah Zara Qairina Fadhlina Sidek Buat Laporan Polis

Hiburan Arwah Ibu Dikatakan Sepupu Pengetua Sekolah Zara Qairina Fadhlina Sidek Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5932 hits
Menteri Pendidikan tampil membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Sabah Menurut Fadhlina fitnah berkenaan lebih keterlaluan apabila turut m...
Doktor Disiasat Lepas 21 Pembedahan Czer Kecemasan Dalam Satu Syif Ibu Bayi Jadi Taruhan

Doktor Disiasat Lepas 21 Pembedahan Czer Kecemasan Dalam Satu Syif Ibu Bayi Jadi Taruhan

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 6792 hits
Kisah mengejutkan dari Assam India membuka mata ramai ibu bapa apabila seorang pakar sakit puan kanan Dr Kantheswar Bordoloi disiasat selepas dilaporkan melakukan 21 pembedahan Caesarean kecemasan hanya dalam satu syif di Hospital Awam Mori...
Kubur Zara Qairina Dipasang Pagar Netizen Terus Titip Doa Dan Harapan Keadilan

Kubur Zara Qairina Dipasang Pagar Netizen Terus Titip Doa Dan Harapan Keadilan

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2708 hits
SIPITANG Tular di media sosial menerusi hantaran TikTok evalynn 91 apabila pusara Allahyarhamah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Sipitang dipasang pagar serta dilengkapi kamera litar tertutup Difahamkan langkah itu bagi me...
Kematian Adik Zara Qairina

Kematian Adik Zara Qairina

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 2037 hits
Assalamualaikum Selamat Petang KEMATIAN ADIK ZARA QAIRINA Baru baru ni kita digemparkan dengan kes kematian Adik Zara Qairina di Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak sebaya adik Zara Fiza turut berasa dukacita dengan berita tersebut Tak ...
Pathologist In Zara Qairina Inquest Lodges Police Report Over Death Threats

Pathologist In Zara Qairina Inquest Lodges Police Report Over Death Threats

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 252 hits
Dr Jessie Hiu says she was told by the director of Queen Elizabeth Hospital about the threats made against her Dr Jessie Hiu had testifed at the Kota Kinabalu coroner s court on Wednesday that it was not likely Zara Qairina Mahathir died fr...
Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Quick Beef Mince Eggplant Recipe

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Doa 10 Oktober 2025

Resipi Pajeon A K A Pancake Daun Bawang Korea Yang Viral Dari K Drama

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Like Komen Share Dan Hubungannya Dengan Matematik

Viperpro 3 December Viperpro Top 30 By Elizabeth

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan Cukai Karbon Bakal Diperkenal

Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam

Kerajaan Umum Pelaburan Besar Untuk Perkasa Ekosistem Ai Tempatan