Zara Qairina Hilang Upaya Bernafas Tahap Sedar Paling Rendah Doktor


Zara Qairina Hilang Upaya Bernafas, Tahap Sedar Paling Rendah – Doktor
KOTA KINABALU, 9 Sept (Bernama) — Pegawai perubatan yang mengesahkan kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa pelajar Tingkatan Satu itu berada pada tahap sedar paling rendah apabila dia hilang keupayaan untuk bernafas sendiri.
Dr Pavankumar Balachandran, 32, yang bertugas di Jabatan Neurosurgeri Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini menjelaskan prognosisnya sangat serius, menunjukkan peluang remaja itu untuk terus hidup amat tipis, dan dia juga telah diintubasi serta disambungkan kepada ventilator mekanikal.
Saksi keempat berkenaan berkata demikian ketika ditanya pegawai pengendali inkues, Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad pada hari keempat prosiding inkues berhubung kematian remaja terbabit.
Pegawai perubatan itu memberi keterangan bahawa penilaian awal neurologi terhadap Zara Qairina menunjukkan Glasgow Coma Scale (GCS) E1VTM1, dengan anak mata membesar serta ketiadaan refleks batang otak.
“Tahap sedar pesakit sangat rendah… skala E1VTM1 menunjukkan tahap sedar paling rendah,” katanya.
Sementara itu, semasa disoal peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang remaja didakwa terlibat dalam kes buli si mati, Dr Pavankumar berkata beliau telah mengadakan perbincangan keluarga kerana kes-kes seumpama itu lazimnya mempunyai prognosis dan keputusan yang sangat buruk.
Ram: Bolehkah saya katakan, ketika anda menerima Zara Qairina di wad neurosurgeri, anda telah sedar dia akan meninggal dunia? Dr Pavankumar: “Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, saya tahu kes-kes sebegini ada prognosis dan keputusan yang sangat buruk”.
Beliau turut menjelaskan keputusan untuk menjalankan bedah siasat adalah urusan antara Jabatan Perubatan Forensik dan pihak polis.
Ditanya Koroner Amir Shah Amir Hassan sama ada beliau yang mengisytiharkan kematian Zara Qairina pada 17 Julai, Dr Pavankumar menjawab: ‘Ya’.
Dr Pavankumar berkata remaja berkenaan dimasukkan ke wad neurosurgeri pada 6.40 petang, 16 Julai, namun dia tidak menunjukkan sebarang peningkatan klinikal dan meninggal dunia pada keesokan harinya, pada 1.07 tengah hari.
Pada akhir prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar keterangan Inspektor Siasatan Tempat Kejadian, Maidon Bernadus dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
Beliau berkata pada 3 Ogos lepas, beliau bersama pasukannya menjalankan dua simulasi menggunakan patung iaitu pertama dijatuhkan secara tegak lurus dari koridor tanpa tolakan, manakala kedua dengan tolakan minimum ke hadapan.
Patung itu, katanya pada asalnya seberat 10 kilogram, namun ditambah pemberat menggunakan batu-bata hingga mencecah kira-kira 53 kilogram bagi menyerupai berat fizikal si mati.
Rakaman video simulasi dimainkan di mahkamah, dan saksi diarahkan membawa patung yang digunakan untuk ditunjukkan.
Prosiding siasatan bersambung esok.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di HQE pada 17 Julai. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
BACA: Kubur Wanita Digali Individu Misteri, Tali Ikat Kain Kafan Dicuri Sumber: Bernama
The post Zara Qairina Hilang Upaya Bernafas, Tahap Sedar Paling Rendah – Doktor appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/09/zara-qairina-hilang-upaya-bernafas-tahap-sedar-paling-rendah-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2661 hits
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina KOTA KINABALU 7 Sept Polis telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir...
Kubur Zara Qairina Dipasang Pagar Netizen Terus Titip Doa Dan Harapan Keadilan

Kubur Zara Qairina Dipasang Pagar Netizen Terus Titip Doa Dan Harapan Keadilan

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2695 hits
SIPITANG Tular di media sosial menerusi hantaran TikTok evalynn 91 apabila pusara Allahyarhamah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Sipitang dipasang pagar serta dilengkapi kamera litar tertutup Difahamkan langkah itu bagi me...
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2023 hits
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina KOTA KINABALU 8 Sept Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang di...
Hiburan Over Sangat Ni Foto Zara Qairina Dalam Poster Food Festival Jadi Perdebatan Netizen

Hiburan Over Sangat Ni Foto Zara Qairina Dalam Poster Food Festival Jadi Perdebatan Netizen

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2676 hits
Insiden pemergian pelajar Tingkatan 1 Zara Qairina Mahathir dari Sekolah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha masih hangat diperkatakan hingga kini malah turut menarik perhatian masyarakat luar negara selepas dikaitkan dengan isu buli Renteta...
Pathologist In Zara Qairina Inquest Lodges Police Report Over Death Threats

Pathologist In Zara Qairina Inquest Lodges Police Report Over Death Threats

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 233 hits
Dr Jessie Hiu says she was told by the director of Queen Elizabeth Hospital about the threats made against her Dr Jessie Hiu had testifed at the Kota Kinabalu coroner s court on Wednesday that it was not likely Zara Qairina Mahathir died fr...
Tolonglah Hormati Perasaan Keluarga Deepfake Arwah Zara Qairina Cetus Amarah

Tolonglah Hormati Perasaan Keluarga Deepfake Arwah Zara Qairina Cetus Amarah

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1722 hits
Tular di platform Threads apabila tindakan seorang individu yang didakwa menghasilkan deepfake menggunakan wajah arwah Zara Qairina mencetuskan kemarahan ramai Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dianggap keterlaluan kerana memanipulasi wa...
Kematian Adik Zara Qairina

Kematian Adik Zara Qairina

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 2027 hits
Assalamualaikum Selamat Petang KEMATIAN ADIK ZARA QAIRINA Baru baru ni kita digemparkan dengan kes kematian Adik Zara Qairina di Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak sebaya adik Zara Fiza turut berasa dukacita dengan berita tersebut Tak ...
Sebab Arwah Semua Waris Kubur Dapat Manfaat Cctv Di Pusara Zara Qairina

Sebab Arwah Semua Waris Kubur Dapat Manfaat Cctv Di Pusara Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2188 hits
Kisah pemergian adik Zara Qairina masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia Tragedi yang menggemparkan negara ini bukan sahaja mengundang rasa sebak malah menjadi pengajaran besar tentang bahaya kes buli yang semakin membimbangkan Walaupun ...
Mahkamah Koroner Ingatkan Orang Awam Jangan Sebar Eksibit Inkues Zara Qairina

Mahkamah Koroner Ingatkan Orang Awam Jangan Sebar Eksibit Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2808 hits
KOTA KINABALU Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang dikemukakan dalam inkues kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir meneru...
Cara Nak Sertai Daftar Sumud Flotilla Ke Gaza

Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik

Budi Madani Ron95 3 Easy Ways To Claim Your Fuel Subsidy

Kelebihan Kad Kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum

Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Genocide Di Gaza Fakta Terkini Dan Realiti Di Sebalik Tragedi

Mcis Life Ncsm Unveil Lungshield For Early Lung Cancer Detection


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


1 Nota Terperinci Struktur Ayat Dan Pengenalan Grammar

Sumbangan Asas Rahmah

Lirik Lagu Mengukir Takdir The Helmis

Pokok Keledek Jepun Subur Di Pasu

Senang Sedap Berbaloi Rahsia Memasak Juadah Makan Malam Bermula Jam 4 Petang Bersama Kimball

Maulana Ardiansyah Pamit Chord