Doktor Disiasat Lepas 21 Pembedahan Czer Kecemasan Dalam Satu Syif Ibu Bayi Jadi Taruhan


Kisah mengejutkan dari Assam, India membuka mata ramai ibu bapa apabila seorang pakar sakit puan kanan, Dr Kantheswar Bordoloi, disiasat selepas dilaporkan melakukan 21 pembedahan Caesarean kecemasan hanya dalam satu syif di Hospital Awam Morigaon.
Menurut laporan Harian Metro, prosedur itu dilakukan dalam tempoh kurang 10 jam, bermula dari jam 3.40 petang pada 5 September hingga 1.50 pagi keesokan harinya. Perkara ini mencetuskan kebimbangan tentang tahap keselamatan dan kesejahteraan ibu serta bayi yang terbabit.

Notis Tunjuk Sebab & Isu Rekod Perubatan Pihak pentadbiran tempatan telah mengeluarkan notis tunjuk sebab serta menuntut penjelasan terperinci mengapa tindakan tatatertib tidak wajar dikenakan terhadap beliau.
Antara maklumat yang diminta ialah:
Prosedur pensterilan bilik pembedahan.
Rekod tekanan janin sebelum pembedahan.
Rawatan bayi di Unit Rawatan Neonatal Sakit (SNCU).
Peranan kakitangan perubatan yang membantu sepanjang prosedur.
Pegawai kesihatan turut mendapati rekod sebelum dan selepas pembedahan tidak diselenggara dengan baik, sekali gus boleh menjejaskan kawalan jangkitan serta meningkatkan risiko komplikasi.
Penjelasan Doktor Terbabit Walaupun berdepan siasatan, Dr Bordoloi, 61 tahun, mempertahankan tindakannya. Menurut beliau, prosedur Caesarean di hospital awam yang sibuk boleh dilakukan sepantas 15 minit untuk kes tanpa komplikasi. Tambahan pula, hospital berkenaan mempunyai dua meja pembedahan yang membolehkan proses pensterilan dijalankan secara berterusan.
“Saya mengendalikan kes kecemasan satu demi satu, jumlahnya meningkat secara tidak dijangka. Walaupun pantas, semua prosedur perubatan tetap dipatuhi,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa 19 daripada 21 ibu dan bayi telah dibenarkan pulang dalam keadaan stabil, manakala dua lagi masih dirawat, termasuk seorang yang dipindahkan ke Hospital dan Kolej Perubatan Gauhati.
Apa Yang Ibu Hamil Perlu Tahu? Kisah ini memberi peringatan penting kepada ibu hamil di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Pembedahan Caesarean memang menyelamatkan nyawa dalam keadaan tertentu, namun ia tetap satu prosedur besar yang tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.
Ibu hamil digalakkan untuk:
Bertanya dengan jelas mengapa Czer diperlukan.
Memahami risiko jangka panjang seperti parut rahim, pendarahan dan kesukaran hamil semula.
Memilih hospital yang mempunyai kemudahan lengkap, terutama jika berisiko tinggi.
Kesedaran Buat Ibu & Bapa Setiap kelahiran adalah unik dan melibatkan nyawa ibu serta anak. Kes di India ini seharusnya menjadi pengajaran bahawa pembedahan Czer bukan sekadar pilihan mudah, sebaliknya memerlukan kawalan yang ketat, persekitaran selamat dan rekod perubatan yang rapi.
Yang paling penting, ibu dan bapa berhak mendapat penerangan jelas serta sokongan penuh sepanjang proses kelahiran. Ingatlah, keselamatan dua nyawa berada di tangan pasukan perubatan yang merawat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/doktor-disiasat-lepas-21-pembedahan-czer-kecemasan-dalam-satu-syif-ibu-bayi-jadi-taruhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
21 Pembedahan Caesarean Dalam Satu Malam Doktor Pakar Sakit Puan Disiasat

21 Pembedahan Caesarean Dalam Satu Malam Doktor Pakar Sakit Puan Disiasat

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 6578 hits
Hati ibu bapa mana yang tidak risau bila dengar berita sebegini di saat nyawa ibu dan bayi sepatutnya diberi penjagaan paling rapi timbul pula persoalan tentang keselamatan dalam dunia perubatan Walaupun kejadian berlaku bukan di Malaysia s...
Baby Tak Sabar Nak Keluar Awal Ibu Bersalin Mengejut Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Paling Penting Jangan Panik

Baby Tak Sabar Nak Keluar Awal Ibu Bersalin Mengejut Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Paling Penting Jangan Panik

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2533 hits
Ada kes ibu bersalin tiba tiba Belum sampai waktu tetapi tanda kontraksi sudah datang dan ibu perlu melahirkan bayi Situasi ini dikenali sebagai kelahiran kecemasan atau Born Before Arrival Bagaimana si ibu dan ahli keluarga terdekat harus ...
Doktor Tertinggal Kain Kasa Dalam Rahim Ibu Muda Derita Jangkitan Kronik

Doktor Tertinggal Kain Kasa Dalam Rahim Ibu Muda Derita Jangkitan Kronik

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2337 hits
Seorang wanita muda berusia 20 tahun dari Sakon Nakhon Thailand melalui detik hitam dalam hidupnya selepas bersalin secara pembedahan caesarean pada 10 Mei lalu Bukannya bahagia menyambut kelahiran anak dia sebaliknya diuji dengan kesakitan...
Doktor Temui Dua Janin Dalam Perut Bayi 20 Hari

Doktor Temui Dua Janin Dalam Perut Bayi 20 Hari

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1654 hits
Doktor Temui Dua Janin Dalam Perut Bayi 20 Hari NEW DELHI Seorang bayi yang baru berusia 20 hari terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan dua janin yang sedang membesar dalam perutnya lapor BBC News Menurut pakar bedah pediatrik Dr ...
Bayi Asyik Hisap Jari 5 Petanda Ibu Ayah Tak Boleh Pandang Sebelah Mata

Bayi Asyik Hisap Jari 5 Petanda Ibu Ayah Tak Boleh Pandang Sebelah Mata

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 6571 hits
Bayi yang sering menghisap jari atau tangan bukanlah satu perkara yang pelik atau luar biasa Malah ia adalah sebahagian daripada proses perkembangan semula jadi bayi Walau bagaimanapun sebagai ibu bapa sudah tentu anda risau sekiranya tabia...
Taska Enggan Terima Bayi Bawah Setahun Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak

Taska Enggan Terima Bayi Bawah Setahun Ibu Bapa Risau Keselamatan Anak

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 3730 hits
Isu pengusaha taman asuhan kanak kanak yang enggan menerima bayi bawah usia setahun semakin meresahkan ibu bapa di Selangor Kerajaan negeri menganggap perkara ini sebagai aduan serius kerana ia mendorong sebahagian ibu bapa mencari alternat...
Suami Pernah Tercampak Keluar Kereta Ibu Nekad Didik 3 Anak Duduk Car Seat Sejak Bayi

Suami Pernah Tercampak Keluar Kereta Ibu Nekad Didik 3 Anak Duduk Car Seat Sejak Bayi

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3580 hits
Keselamatan anak ketika menaiki kenderaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan Ramai ibu bapa masih beranggapan mendukung anak di riba lebih mudah dan praktikal sedangkan hakikatnya ia berbahaya Seorang ibu berkongsi pengalaman ...
Pensyarah Pukul Doktor Saran Isteri Bersalin Czer

Pensyarah Pukul Doktor Saran Isteri Bersalin Czer

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 2357 hits
Pensyarah pukul doktor saran isteri bersalin Czer Tangkap layar video menunjukkan pensyarah itu memarahi doktor dan bidan di dalam hospital Instagram JAKARTA Seorang pensyarah di Indonesia menerima kecaman ramai selepas mengasari pegawai pe...
Bahaya Darah Beku Lepas Bersalin Ibu Jangan Pandang Ringan

Bahaya Darah Beku Lepas Bersalin Ibu Jangan Pandang Ringan

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 6314 hits
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita Namun di sebalik kegembiraan itu ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi Salah satu komplikasi paling berba...
Servis Landing Page Onpay Dari Pengalaman Peribadi Kepada Penyelesaian Untuk Usahawan

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Kabel Charger Type C Terbaik Tak Rosakkan Telefon Anda

Karnamereka Sisa Gelas Bersamamu Chord

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Cerita Banjir Perlis 2025 Day 1

Cara Semulajadi Rawat Rabun Mata Dengan Selamat

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keberanian En Bob Menjaga Kesihatan Pantang Makanan Untuk Organ Dalaman

Memahami Pelbagai Laluan Menawarkan Kelebihan Kompetitif Di Sim

Dulu Tak Beria Pernah Tak Awak Rakam Saya Dengan Anak Amp Post Uqasha Senrose

Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Fatin Faishal Doktor Cinta Chord

Terengganu Pemuda Dikhuatiri Lemas Tergelincir Di Jeti Ketika Air Pasang Besar