Kubur Zara Qairina Dipasang Pagar Netizen Terus Titip Doa Dan Harapan Keadilan


SIPITANG – Tular di media sosial menerusi hantaran TikTok @evalynn_91 apabila pusara Allahyarhamah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang dipasang pagar serta dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). Difahamkan, langkah itu bagi menjaga kawasan perkuburan daripada sebarang perkara yang tidak diingini, selain tanda kasih keluarga yang mahu memastikan pusara arwah sentiasa terjaga.
Pagar Stainless Steel Elak Amalan Khurafat
Menurut satu perkongsian lain, pagar stainless steel itu juga dipasang bagi memperindah pusara serta mencegah sebarang amalan khurafat di kawasan perkuburan.
Netizen Titip Doa
Rata-rata netizen terus menitip doa serta menyuarakan harapan agar arwah mendapat pembelaan sewajarnya.
Ada yang meluahkan persoalan sama ada keadilan akan berpihak kepada arwah kerana masih menjadi tanda tanya mengapa rakan-rakan sekolah Allahyarhamah tidak berani tampil memberi maklumat sebenar.
Sebak Kenang Arwah Sebagai Puteri Syurga
Seorang lagi pengguna media sosial menulis dengan penuh sebak bahawa mungkin pusara yang berhampiran arwah akan ‘gembira’ kerana kini ditemani puteri syurga, sambil menitipkan doa Al-Fatihah buat Allahyarhamah Zara.
Amalan Arwah Jadi Tanda Tanya
Tidak kurang juga yang terkesan dengan kisah hidup arwah apabila mereka mempersoalkan apakah amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh Zara semasa hayatnya hingga mendapat simpati bukan sahaja rakyat tempatan, malah masyarakat luar negara yang turut mendoakan keadilan buatnya.
Rasa Kehilangan Seorang Ibu
Bagi seorang pengguna lain, rasa kehilangan begitu mendalam kerana beliau juga seorang ibu. Katanya, seolah-olah ucapan terakhir Zara turut ditujukan kepadanya sehingga membuatkan dirinya berasa sebak.
Doa & Pesan Buat Keluarga
Doa dan kata-kata semangat turut dikongsikan apabila ada yang mengharapkan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Mereka turut menitip pesan kepada ibu bapa arwah agar tabah menghadapi dugaan besar itu kerana Allah sentiasa melindungi orang yang teraniaya.
‘Menang di Mata Allah Ta’ala’
Ada juga yang menyifatkan Zara sebagai seorang yang sudah ‘menang di mata Allah Ta’ala’. Biarpun dunia penuh ujian, di alam sana pastinya lebih indah buat arwah yang kini beristirahat dengan tenang.
Harapan Keadilan Buat Zara
Meskipun sudah tiada, nama Allahyarhamah Zara Qairina terus menjadi sebutan rakyat Malaysia yang berharap agar kebenaran dapat ditegakkan dan keadilan berpihak kepada arwah.
Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang beriman dan seluruh keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah. – The Malaysian Update
The post Kubur Zara Qairina Dipasang Pagar, Netizen Terus Titip Doa dan Harapan Keadilan appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/09/08/kubur-zara-qairina-dipasang-pagar-netizen-terus-titip-doa-dan-harapan-keadilan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zara Qairina Amp Syamsul Haris Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan Tak Pernah Terjadi

Zara Qairina Amp Syamsul Haris Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan Tak Pernah Terjadi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2681 hits
Bulan Ogos 2025 menyaksikan detik menyayat hati apabila dua kubur di Malaysia terpaksa digali semula atas arahan mahkamah melibatkan kematian tragis Zara Qairina dan Syamsul Haris Shamsudin Kedua dua kes ini menimbulkan persoalan besar seka...
Hiburan Kes Zara Qairina Kami Mohon Penangguhan Inkues Bukan Untuk Lengahkan Keadilan Datuk Ram Singh

Hiburan Kes Zara Qairina Kami Mohon Penangguhan Inkues Bukan Untuk Lengahkan Keadilan Datuk Ram Singh

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2902 hits
Melalui laporan pasukan peguam yang mewakili lima remaja bawah umur yang didakwa terbabit dengan kes pembulian Allahyarham Zara Qairina memaklumkan mereka mohon untuk penangguhan prosiding inkues bukan bertujuan untuk melengahkan usaha tunt...
Hiburan Over Sangat Ni Foto Zara Qairina Dalam Poster Food Festival Jadi Perdebatan Netizen

Hiburan Over Sangat Ni Foto Zara Qairina Dalam Poster Food Festival Jadi Perdebatan Netizen

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2724 hits
Insiden pemergian pelajar Tingkatan 1 Zara Qairina Mahathir dari Sekolah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha masih hangat diperkatakan hingga kini malah turut menarik perhatian masyarakat luar negara selepas dikaitkan dengan isu buli Renteta...
Hiburan Himpunan Justice For Zara Qairina Di Malam Ambang Merdeka Ratusan Rakyat Tuntut Keadilan

Hiburan Himpunan Justice For Zara Qairina Di Malam Ambang Merdeka Ratusan Rakyat Tuntut Keadilan

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 6128 hits
Lebih 200 orang hadir ke himpunan Justice For Zara Qairina yang berlangsung malam tadi di hadapan Kompleks Sogo Kuala Lumpur bagi menuntut keadilan atas kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir menurut Orang ramai mula berkumpul sekitar j...
Inkues Zara Qairina Kemungkinan Arwah Tergelincir Jatuh Secara Terus Tipis

Inkues Zara Qairina Kemungkinan Arwah Tergelincir Jatuh Secara Terus Tipis

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2040 hits
IVAN AMIRULKOTA KINABALU Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini tertumpu kepada dua senario simulasi bina semula jatuhan menggunakan tiga patung Pakar patologi Hospital Queen Elizabeth...
Bukti Arwah Zara Qairina Disayangi Ramai Ini Wajah Sukarelawan Cantikkan Kubur Arwah

Bukti Arwah Zara Qairina Disayangi Ramai Ini Wajah Sukarelawan Cantikkan Kubur Arwah

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2566 hits
Wajah wajah sukarelawan yang sanggup meluangkan masa tenaga dan wang ringgit demi mencantikkan pusara arwah Zara Qairina kini mendapat perhatian ramai di media sosial Tindakan murni itu lahir daripada rasa simpati dan kasih sayang orang ram...
Sebab Arwah Semua Waris Kubur Dapat Manfaat Cctv Di Pusara Zara Qairina

Sebab Arwah Semua Waris Kubur Dapat Manfaat Cctv Di Pusara Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2513 hits
Kisah pemergian adik Zara Qairina masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia Tragedi yang menggemparkan negara ini bukan sahaja mengundang rasa sebak malah menjadi pengajaran besar tentang bahaya kes buli yang semakin membimbangkan Walaupun ...
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2671 hits
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina KOTA KINABALU 7 Sept Polis telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir...
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2039 hits
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina KOTA KINABALU 8 Sept Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang di...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Kitingan Formulating New Gbs Pact To Take On Grs

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Ihr Weg Zum Erfolg Im Playjango Casino

Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Element Kuala Lumpur Celebrates Culinary Excellence With A Culinary Celebration 3 Course Menu

Sleeve Custom Sentuhan Eksklusif Yang Jadikan Produk Anda Nampak Premium

Tau Tak Ni Apa

Choosing Peace Over Drama

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Kucing Pun Suka Makan Telur