Ibu Terharu Anak Hadiah King Oyen Minat Aktiviti Berbasikal Sebelum Mula Perjalanan Siap Pergi Tandas Tanpa Disuruh


SEJAK kecil Sofea Salleh memang cukup suka membela kucing yang menjadi peneman dan teman bermain ketika zaman kanak-kanaknya.
Mengimbau mengenai kucing peliharaannya ketika itu, Sofea, 49, berkata, kucingnya itu cukup setia selain akan menunggu di tepi jalan setiap kali dia pulang dari sekolah.
Namun selepas berkahwin dan mempunyai anak, Sofea, terpaksa melupakan hasrat untuk terus membela kucing kerana anak-anaknya yang mengalami alahan terhadap bulu haiwan selain mengalami peny4kit asma.
Sebagai ganti, Sofea sering bermanja dengan kucing jalanan di tempat kerjanya malah membawa bekalan makanan untuk mereka setiap hari.

Sofea dan Mohd Salleh gemar menggayakan kucing mereka dengan pelbagai kostum.
“Memandangkan tidak boleh bela kucing di rumah, saya akan jaga dan beri makan kepada kucing jalanan di tempat kerja dan biasanya mereka akan berkumpul di tempat letak kereta saya di pejabat menanti makanan.
“Setiap hari saya akan bawa nasi yang digaul bersama ikan goreng kerana kucing jalanan lebih gemarkan makanan seperti ini.
“Istimewanya mereka seperti sudah mengenali saya dan sentiasa menunggu saya di tempat sama setiap hari,” katanya kepada mStar.
Sofea ditemui pada majlis ‘Si Meow Beraya Bersama Rakan Media’ anjuran Kelab Kucing Malaysia (KKM) di Plaza Shah Alam, baru-baru ini.
Anak hadiahkan King Oyen
Dalam pada itu, hasrat Sofea untuk membela kucing di rumah akhirnya terlaksana apabila anak sulungnya, Muhammad Aliff Haziq Mohd Salleh, 22, menghadiahkan seekor kucing jenis American Short Hair campuran Persian yang diberi nama King Oyen.
King Oyen suka membonceng basikal malah cukup tenang duduk di dalam bakulnya dan menikm4ti perjalanan ke rumah sepupu kami.SOFEA SALLEHJelas Sofea, anak lelakinya menghadiahkan King Oyen kepadanya kerana tahu dia cukup sukakan kucing dan menyifatkan ia hadiah paling bermakna pernah diterima daripada anaknya itu.
“Apabila anak-anak sudah besar, elergi dan masalah asma semakin pulih. Memandangkan mereka tahu ibunya ini sukakan kucing, anak lelaki menghadiahkan seekor kucing kepada saya.
“Memang terharu apabila anak sulung tiba-tiba bawa balik seekor kucing yang ketika itu berusia dalam lingkungan setahun kerana memang sudah lama saya ingin membela kucing di rumah,” ujarnya.
Sofea memberitahu kehidupannya mula berubah dengan kehadiran kucing kesayangannya itu dan membuatkan kehidupannya kembali terisi memandangkan tiga anaknya sudah pun besar.
“Saya tidak pernah anggap King Oyen seperti haiwan peliharaan, tetapi sudah seperti keluarga sendiri, macam anak sendiri yang manja dan perlukan perhatian sepanjang masa.

Pasangan ini wajib membawa King Oyen dalam setiap aktiviti berbasikal.
“Kehadirannya membuatkan kehidupan harian saya kembali sibuk apatah lagi anak-anak pun sudah besar,” katanya.
Kucing suka aktiviti berbasikal
Bercerita lanjut mengenai King Oyen, Sofea berkata, dia tidak menyangka si bulus kesayangannya itu cukup gemarkan aktiviti berbasikal dan sering kali mengikutinya dan suami, Mohd Salleh Zakaria, 50, melakukan aktiviti itu.
Kata Sofea, semuanya bermula apabila dia dan suami melihat reaksi King Oyen yang cukup suka memerhatikan suaminya membersihkan atau membaiki basikal di halaman rumah.
“Dia boleh duduk berjam-jam melihat suami membelek basikalnya malah dia akan tidur di tepi basikal milik suami seolah-olah cuba memberitahu kami sesuatu,” jelasnya.
Sehinggalah suatu hari kata Sofea, King Oyen merajuk dan memencilkan diri apabila ditinggalkan ketika mereka keluar melakukan aktiviti berbasikal.

Comel… King Oyen ketika menghadiri rumah terbuka anjuran Kelab Kucing Malaysia dan bersiar-siar menaiki basikal ke Dataran Merdeka.
Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk kucingnya itu namun tidak berjaya sehinggalah mereka mendapat idea untuk membawanya berjalan-jalan menaiki basikal.
“Pertama kali kami bawanya menaiki basikal adalah ke rumah sepupu saya yang jaraknya dalam enam kilometer.
“Saya langsung tak sangka, King Oyen begitu sukakannya malah cukup tenang duduk di dalam bakulnya dan menikm4ti perjalanan ke rumah sepupu kami.
“Sejak itu, setiap kali kami ada aktiviti berbasikal, King Oyen akan ikut kami dan duduk di dalam bakulnya yang diletakkan di hadapan basikal,” katanya.
Setakat ini kata Sofea, mereka telah membawa kucing itu menjelajah dari rumah mereka di Gombak ke KLCC dan Dataran Merdeka sejauh 25 kilometer.

Sofea bersama rakan-rakan dari Kelab Kucing Malaysia.
Paling memeranjatkan kata Sofea, setiap kali diberitahu akan keluar melakukan aktiviti berbasikal, kucing itu seakan-akan memahami dan terus ke tandas untuk membuang air kecil atau air besar.
“King Oyen macam sudah tahu dan dia persiapkan diri dengan membuang air kecil dan besar siap-siap agar ‘tidak buat hal’ ketika perjalanan.
“Sebelum ini kami pasang penutup pada bakulnya kerana bimbang ia akan melompat tetapi sekarang sudah tidak perlu kerana kucing kami sudah pandai menyesuaikan diri.
“Sekali-sekala apabila tiba di kawasan selamat, ia akan mengeluarkan tengkuk dari bakul untuk menikm4ti pemandangan dan kembali masuk ke dalam bakul apabila melalui jalan besar,” jelasnya.
King Oyen dengar kata, patuh arahan
Tiga tahun menjaga King Oyen, Sofea berkata, dia menganggap kucing kesayangannya itu sebagai seorang bayi dan memanjakannya apatah lagi kini dia sudah pun bersara.

King Oyen dianggap sebagai anak oleh pasangan ini.
Setiap keperluan si bulus akan disediakan malah King Oyen mempunyai koleksi pakaiannya yang tersendiri.
“Satu keistimewaan King Oyen adalah ia suka pakai baju dan saya pula gemar gayakannya apabila keluar berbasikal atau membawanya bersiar-siar di kawasan perumahan.
“Malah sambutan hari raya tahun ini, saya belikan tiga pasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan cermin mata khas untuk kucing,” katanya.
King Oyen, kata Sofea seekor kucing mendengar kata dan patuh pada arahan yang membuatkan ia senang dijaga selain ramah dengan orang yang tidak dikenalinya.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2022/05/ibu-terharu-anak-hadiah-king-oyen-minat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasih Seorang Ayah Tiri Sayang Macam Anak Kandung Air M4ta Syawal Ibu Terima Hadiah Hari Jadi Lukisan Wajah Arw4h

Kasih Seorang Ayah Tiri Sayang Macam Anak Kandung Air M4ta Syawal Ibu Terima Hadiah Hari Jadi Lukisan Wajah Arw4h

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 440 hits
KEDATANGAN Aidilfitri disambut dalam suasana berbeza buat sebuah keluarga selepas kehilangan hero mereka ak1bat C0vldl9 pada Julai tahun lalu Menurut Airisha Hanis Muhammad Afandy Chua 21 dia dibesarkan oleh bapa tiri Allahyarham Hamzah Dol...
Baju Putih Kakak 1 Syawal Sedondon Sebelum Raya Anak Kanser Otak Pergi Jua

Baju Putih Kakak 1 Syawal Sedondon Sebelum Raya Anak Kanser Otak Pergi Jua

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 186 hits
Disaat orang lain gembira menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga Allah uji pasangan suami isteri ini apabila anak sulungnya yang menghidap kanser otak tahap 4 dijemput ilahi pada 1 Syawal lalu Pernah viral ketika Ramadan baru baru ini R...
Hiburan Ibu Bapa Materialistik Anak Sulung Disuruh Beli Kereta Rumah Family Kalau Nak Kahwin

Hiburan Ibu Bapa Materialistik Anak Sulung Disuruh Beli Kereta Rumah Family Kalau Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 228 hits
Untuk memegang title sebagai anak sulung bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang kerana tanggungjawab yang dipikul boleh dikatakan seakan akan sama seperti ibu bapa Apabila seseorang itu merupakan anak pertama di dalam keluarga menjadi ...
Icha Zagita Feat Pinki Prananda Sebelum Engkau Pergi Chord

Icha Zagita Feat Pinki Prananda Sebelum Engkau Pergi Chord

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 242 hits
Cm Fm A D Fm Cm G Cm GCm A rindu hatiku rinduFm Cmpada dirimu kasihCm A apakah kita akan bertemu lagiG Cmbila terpisah nantiFm Cm berat hatiku meninggalkanmuG Cmnamun apalah dayakuFm Cmku harus pergi tuk sementaraG G hapuslah kasih air mata...
Hiburan Orang Dah Puji Kita Buka Aib Ibu Bapa Galak Malukan Anak Depan Orang Tanpa Sedar

Hiburan Orang Dah Puji Kita Buka Aib Ibu Bapa Galak Malukan Anak Depan Orang Tanpa Sedar

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 219 hits
Sebuah perkongsian daripada seorang wanita ini di laman Twitter mungkin dapat membuka mata anda terutamanya buat ibu bapa yang mempunyai anak yang semakin meningkat dewasa Dalam hantaran tersebut wanita dikenali sebagai itu memberi nasihat ...
Rentung Ibu Sangka Anak Kemalangan Biasa

Rentung Ibu Sangka Anak Kemalangan Biasa

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 228 hits
Rentung Ibu sangka anak kemalangan biasa KUALA KANGSAR Ibu salah seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah yang terbunuh dalam kemalangan sebuah kereta dan treler di Kilometer 245 2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini hari ini tid...
Ibu Gen1t 3 Anak Bahagia Kongsi Baju Dengan Adik Ipar Darjah 6 Menjelang Raya Suami Gembira Jimat Duitku

Ibu Gen1t 3 Anak Bahagia Kongsi Baju Dengan Adik Ipar Darjah 6 Menjelang Raya Suami Gembira Jimat Duitku

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 216 hits
MEMILIKI tvbuh genit atau mempunyai saiz fizikal yang kecil sememangnya kelihatan comel Individu yang memiliki tvbuh kecil juga boleh membuatkan mereka kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar malah ada juga yang salah anggap mereka seb...
Izin Kahwin 1 Lagi Peng0rbanan Wanita Untuk Suami Dapat Pujian Ramai Siap Teman Pergi Beli Barang Rombongan Meminang

Izin Kahwin 1 Lagi Peng0rbanan Wanita Untuk Suami Dapat Pujian Ramai Siap Teman Pergi Beli Barang Rombongan Meminang

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 163 hits
Jika disebut mengenai topik poligami tak semua isteri sudi berkongsi kasih dan berk0rban demi kebahagiaan suami tersayang Walaupun pahit untuk ditelan kehidupan masih perlu diteruskan seperti biasa dan si suami perlu berlaku adil mengikut s...
Padah Kongsi Video Anak 10 Tahun Pandu Kereta Ibu Bapa Serah Diri Pada Polis

Padah Kongsi Video Anak 10 Tahun Pandu Kereta Ibu Bapa Serah Diri Pada Polis

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 283 hits
PONTIAN Berikut video viral anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta sepasang suami isteri menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini hari ini Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata Bahag...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash