Baju Putih Kakak 1 Syawal Sedondon Sebelum Raya Anak Kanser Otak Pergi Jua


Disaat orang lain gembira menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga, Allah uji pasangan suami isteri ini apabila anak sulungnya yang menghidap kanser otak tahap 4 dijemput ilahi pada 1 Syawal lalu.
Pernah viral ketika Ramadan baru-baru ini, Raudhatus Solehah anak kepada Rashidee Abd Rashid dan Sabariyah Ismail telah dipakaikan baju sedondon bersama dua adiknya sebagai tanda kenangan seandainya Allah ambil dalam masa terdekat.

Ini kerana doktor memberitahu tahap kesihatan kakak semakin merosot dan meminta untuk bersedia bila-bila masa sahaja. Walaupun sudah tahu hayat kakak tak lama, sikap positif suami isteri ini yang cuba memenuhi permintaan anak wajar dipuji.

Menerusi luahan hati Rashidee, hasrat kakak untuk memakai baju warna putih akhirnya dah tertunai jua.
ARTIKEL BERKAITAN [“Pakaikan Awal Baju Raya Untuk Kakak. Andai Dijemput Ilahi Ada Kenangannya.”]
“Kakak meminta baju raya berwarna putih” Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan kakak,
puteri saya Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee disahkan meninggal dunia pada 1 Syawal tepat jam 12 tengahari. Doakan Kami ibu bapanya tabah Dalam ujian ini.

Pengakhiran Kisah Kakak
Terima kepada semua yang follow kisah kakak sejak setahun yang lepas. Tak sangka juga kisah kakak agak “meletup” beberapa hari yang lalu. Ramai yang pm kami di messanger yang belum kami buka. Mohon maaf sekali lagi.
Alhamdulillah kami ibu bapanya diberi peluang bersama kakak pada kelahiran dan kematiannya. Berada disisinya ketika kakak sedang nazak. Melihat nyawanya diambil secara perlahan-lahan. Kakak Meninggal Dunia jam 12 tengahari dan dikebumikan jam 5 petang 1 Syawal.

Kita sering berdoa agar kita dan keluarga dimasukkan ke syurga, tapi kita tidak tahu bagaimana sebab Allah memasukkan Kita ke syurga. Allah memasukkan kakak ke syurga dengan cara begini menerima penyakit dan Meninggal Dunia sebelum umurnya baligh. Oleh itu, berdoalah agar kita pergi dalam “Khusnul Khatimah”.
@sabariyah_ismailAl-Fatihah buat anak syurga Raudhatus Solehah Binti Mohamad Rashidee – 1 Syawal 1443H @ 02 Mei 2022Kanser Otak Tahap 4 (Medulloblastoma)♬ Kemarin – Seventeen Alhamdulillah dan Insyaallah kami redha dengan ujian ini dan bersyukur dengan ujian ini. Jika Allah memberi kami ujian Harta dan Kemahsyuran kami tidak pasti adakah kami dekat atau semakin jauh dengan Allah.
Allah telah memilih kakak ke keluarga kami. Anak pertama yang mengajar kami tanggungjawab ibubapa. Alhamdulillah diberi peluang untuk mengazankan kakak ketika kelahiran dan mengimamkan Solat Jenazah ketika kematian. Kini, masih ada 2 orang lagi puteri yang diamanahkan Allah untuk kami jaga.

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.”
[HR Ahmad dan Al-Hakim]
Terima kasih kepada semua. Saat perasaan dan hati kami hampir jatuh, kalian menahan kami dari rebah dan menolak kami semula ke atas.
Terima kasih atas sumbangan, doa, tenaga dan pelbagai lagi bantuan yang kalian hulurkan. Kami tidak dapat membalasnya semua, Cuma kami doakan agar urusan kalian dipermudahkan Allah Di Dunia dan Akhirat.

“Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya”.
Sebelum ini, menurut Puan Sabariyah, perjalanan kisah Raudhatus Solehah yang disahkan kanser otak tahun lalu hanya bermula dengan pening dan muntah. Selepas buat pemeriksaan lanjut barulah semuanya terungkai.

Disebabkan sel kanser telah menyerang saraf tunjang kakak, rawatan agak sukar dan menyebabkan kedua-dua kaki lemah serta telah mengganggu bahagian pembuangan air kecil dan air besar.
Kredit: FB Rashidee Abd Rashid & Sabariyah Ismail

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post “Baju Putih Kakak 1 Syawal.” Sedondon Sebelum Raya, Anak Kanser Otak Pergi Jua appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/baju-putih-kakak-1-syawal-sedondon-sebelum-raya-anak-kanser-otak-pergi-jua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Foto Dipakaikan Baju Raya Kanak2 Hidap Kanser Otak Meninggal Pada 1 Syawal

Tular Foto Dipakaikan Baju Raya Kanak2 Hidap Kanser Otak Meninggal Pada 1 Syawal

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 284 hits
Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukan seorang kanak kanak perempuan dipakaikan baju raya lebih awal dan bergambar bersama adik beradik yang lain dalam keadaan dirinya yang kurang sihat Menerusi perkongsian dari...
Ismail Sabri Luang Masa Temani Anak Yatim Asnaf Beli Baju Raya

Ismail Sabri Luang Masa Temani Anak Yatim Asnaf Beli Baju Raya

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 259 hits
Ismail Sabri Luang Masa Temani Anak Yatim Asnaf Beli Baju Raya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menemani 54 anak yatim dan asnaf di bawah tanggungannya membeli baju raya di pusat beli belah di sini Ismail Sabri yang t...
Pakaikan Awal Baju Raya Untuk Kakak Andai Dijemput Ilahi Ada Kenangannya

Pakaikan Awal Baju Raya Untuk Kakak Andai Dijemput Ilahi Ada Kenangannya

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 153 hits
Mungkin bagi orang lain kegembiraan menyambut Aidilfitri tak lama lagi masa yang ditunggu tunggu Namun bagi pasangan suami isteri ini mereka mengharapkan ada keajaiban buat anak sulung yang kini hanya mampu terlantar dalam keadaan lemah set...
5 Hari Sebelum Raya 1 Syawal

5 Hari Sebelum Raya 1 Syawal

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 281 hits
5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL Oleh kerana Jumaat malam kami dah berangkat ke Taiping Seminggu sebelum raya tu memang penuh giler jadual mummy Dengan pi SPA p servis kereta p aligment tayar kereta pi saloon warna rambut raya hahaha dan juga p...
Setahun Tanggung Der1ta Sampai Kurus Along Pergi Selamanya Tak Boleh Bayang Pagi Raya Cuma Lepas Rindu Dengan Anak Buah

Setahun Tanggung Der1ta Sampai Kurus Along Pergi Selamanya Tak Boleh Bayang Pagi Raya Cuma Lepas Rindu Dengan Anak Buah

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 535 hits
KEHILANGAN insan tersayang pastinya meninggalkan kesan amat mendalam kepada sesiapapun Apatah lagi pemerg1an itu melibatkan orang terdekat termasuk ahli keluarga sendiri Begitulah luahan Nur Syazwanee Anuar mengenai kakaknya yang menghembus...
Sorang Cakap Selamat Hari Raya Sorang Cakap Assalamualaikum Ucapan Syawal Azah Aziz Tiga Anak Lelakinya

Sorang Cakap Selamat Hari Raya Sorang Cakap Assalamualaikum Ucapan Syawal Azah Aziz Tiga Anak Lelakinya

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 226 hits
Pelakon yang kini menerap di Montreal Kanada Azah Aziz mempunyai cara tersendiri dalam menitipkan ucapan raya buat para peminat Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di Instagram tiga anak terunanya iaitu Aaron Ryan dan Justin sec...
Tak Sangka Arwah Beriya Nak Bergambar Raya Petanda Akan Pergi Selamanya

Tak Sangka Arwah Beriya Nak Bergambar Raya Petanda Akan Pergi Selamanya

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 173 hits
Seolah tahu ajalnya bakal tiba seorang suami dan bapa kepada dua anak sudi merakamkan gambar kenangan sambutan Aidilfitri terakhir sebelum pergi buat selama lamanya pada hari ketujuh Syawal setelah maut dalam kemalangan jalan raya pada Ahad...
Hiburan Mak Bapak Yang Bising Kecewa Anak Dapat Duit Raya Rm3 Netizen Kecam Parents Tak Reti Bersyukur

Hiburan Mak Bapak Yang Bising Kecewa Anak Dapat Duit Raya Rm3 Netizen Kecam Parents Tak Reti Bersyukur

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 402 hits
Budaya memberi wang ringgit kepada kanak kanak ketika tibanya hari raya Aidilfitri sudah menjadi satu kemestian buat kita Bukanlah satu kewajipan setiap pemberian itu dikira sebagai sedekah dan amal jariah selain memeriahkan perayaan yang d...
Koleksi Happy2u Gemala Raya Penyeri Di Pagi Syawal

Koleksi Happy2u Gemala Raya Penyeri Di Pagi Syawal

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 240 hits
KOLEKSI HAPPY2U GEMALA RAYA PENYERI DI PAGI SYAWAL Assalammualaikum semua Persediaan korang macam mana Hari ni desas desus bahawa Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan awal sehari Mesti kelam kabut ibu ibu mencari bahan masakan Jika Hari Raya...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Svg Ss25 Runway Fesyen Sebagai Suara Kebebasan