Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas


Bukan mudah menjadi seorang ibu. Kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Kalau boleh mahu jadi yang sempurna untuk mereka. Tanpa kita sedar, sebenarnya itulah yang memberi tekanan kepada kita.
Ibu memang serba boleh, tapi masih manusia biasa. Ada emosi yang berubah-ubah. Penat perkara biasa, boleh dikatakan hampir semua perkara ibu yang akan uruskan sehingga ada masanya menyebabkan stres. Ikuti pengakuan ibu ini, yang mengalami tekanan kerana terlalu sibuk menguruskan keluarganya.
Mohon admin siarkan kisah ini, tapi tolong hide profile saya. Saya nak berkongsi kisah tentang kehidupan saya sebagai seorang ibu. Saya bahagia dengan keluarga dan bersyukur sebab Allah SWT kurniakan saya 3 orang anak lelaki.
Masing-masing fahamlah kan, kalau anak lelaki ni lasaknya macam mana. Hari-hari nak terkeluar anak tekak ni. Jadi singa, naga semua tu dah biasa. Memang menguji kesabaran betul.
Basahkan Ruang Tamu Akal budak-budak ni, memang di luar jangkaan kita. Ada suatu hari tu, waktu saya tengah sibuk memasak di dapur, boleh dorang buat perangai. Abangnya yang sulung umurnya 8 tahun, yang kedua 6 tahun dan yang bongsu tu 5 tahun.
Si abang ajak adik-adik main dalam bilik air. Diangkutnya gayung berisi air, disimbah atas lantai. Lepas tu happy pula dia 3 beradik main slide-slide di lantai. Mengucap panjang saya dibuatnya.
Bila nampak keadaan ni, saya tak fikir panjang. Saya rotan je anak-anak. Habis berbirat kaki dorang saya sebat. Menangis merayu minta maaf. Tapi saya geram sangat waktu tu.
Suami Tak Membantu Ini lagi satu yang saya geram. Saya tahu berdosa jika saya ceritakan aib suami. Tapi saya tak tahan. Saya pun perlukan masa untuk diri sendiri, tapi selalu saya ketepikan. Sebab saya fikir keluarga.
Tapi suami saya sangat selfish. Hobi dia memancing, jadi faham-fahamlah. Selalu tak ada kat rumah. Hari cuti dia melepak dengan kawan-kawan cari port memancing. Saya sebenarnya tak kisah dia nak keluar tu, tapi at least bantulah saya sikit kalau dia di rumah.
Tapi tidak, bila di rumah dia sibuk belek batang pancing. Tak pun sibuk basuh kereta, basuh motor. Pendek kata, sibuk dengan hal dia saja. Kalau anak buat sepah depan dia, tak pernah dia ambil peduli. Seolah-olah dia buta dan pekak. Tak nampak dan tak dengar apa anak-anak buat.
Lepas Stres Pada Anak Saya bukanlah ibu yang sempurna. Saya tahu tu. Tapi saya cuba nak jadi yang terbaik untuk anak-anak. Saya sayangkan dorang. Tapi sebabkan badan penat dan mental pun ‘beku’, selalu saya lepaskan marah pada anak-anak.
Setakat hanger tu, dah biasa saya libas kat badan dorang. Selain hanger, kadang-kadang saya sebat dengan getah paip. Eh, macam-macamlah. Apa yang saya sempat capai waktu tu, merasalah anak-anak.
“Ibu dah tak sayang kita ke Along? Selalu pukul kita. Sakit tau Ibu rotan. Kesian Along, selalu kena marah dengan Ibu. Kita lari rumah nak tak Along?”. Hati ibu mana yang tak luluh dengar anak cakap macam tu?
Saya tak sangka sampai anak-anak terfikir nak lari dari rumah sebab saya garang sangat. Mujur anak sulung saya matang dari usia dia. Saya dengar dia pujuk adik-adik. Dia kata, Ibu marah sebab sayang. Jujurnya, air mata saya berjuraian hari tu mengenangkan apa yang anak-anak dok sembang.

Suami Kata Tanggung Jawab Saya Besarkan Anak Bila saya minta suami tolong, suami kata itulah tugas seorang emak. Besarkan anak, didik mereka supaya jadi manusia. Habis tu, apa tugas ayah?
Kalau setakat cari nafkah, saya pun bekerja. Saya pun ada duit. Gaji saya pun boleh tahan. Kalau macam tulah prinsip kekeluargaan dia, baik bercerai saja.
At least tak ada saya rasa sakit hati sebab memang saya tahu, tak ada siapa nak bantu saya. Kalau dia ada pun di rumah, tak guna. Tak ada fungsi langsung, buat sakit hati saja.
Yang dia tahu condemn saya. Dia kata buat kerja sikit saya nak marah-marah. Apa yang nak letih sangat? Dia tak nampak ke apa saya buat? Dia sampai rumah awal dari saya, tapi langsung tak nak tolong. Saya juga yang terkejar-kejar jemput anak dari sekolah. Sedangkan bila kami anak-beranak sampai rumah, nampak dia punya ‘sedap’ tengok TV. Tak bertimbang rasa betul!
Anak Jadi Mangsa Saya tak sampai hati bila anak-anak jadi mangsa. Selalu saya lepaskan geram pada dorang. Saya marah-marahkan dorang. Tapi setiap kali saya minta maaf, dorang maafkan.
Waktu saya duduk rehat, dorang datang picitkan kaki dan badan saya. Walaupun tak adalah rasa sangat urutan tu, saya tahu anak-anak usaha nak ambil hati saya. Yang si abang, dah pandai ambilkan air untuk saya minum.
Sebenarnya anak-anak saya ni semuanya baik. Semuanya penyeri kehidupan saya. Saya sayang sangat pada dorang. Saya tak kisah kalau suatu hari terpaksa berpisah dengan suami pun tak apa. Tapi, jangan ambil anak-anak saya. Saya tak perlukan suami kalau anak-anak dah ada untuk bahagiakan saya.
Saya pernah berbincang hal ni dengan suami, tapi dia buat tak tahu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak ada guna nak bawa berbincang soal ni dengan dia. Kalau berterusan macam tu perangai dia, saya pun tawar hati untuk teruskan perkahwinan kami ni.
Untuk semua pembaca Pa&Ma, tolong doakan kebahagiaan saya dan anak-anak. Doakan juga supaya satu hari nanti, suami saya mahu berubah. Terima kasih sudi baca luahan perasaan saya ini.
Sekiranya anda ada kisah atau pengalaman yang mahu dikongsikan bersama Pa&Ma, sila klik KONGSI CERITA.
The post “Ibu Tak Sayang, Asyik Pukul Kita.” Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-tak-sayang-asyik-pukul-kita-isteri-lepas-geram-pada-anak-sebab-suami-pemalas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Tak Akan Dapat Cukup Tidur Selama 6 Tahun Lepas Ada Anak Patutlah Asyik Letih

Isteri Tak Akan Dapat Cukup Tidur Selama 6 Tahun Lepas Ada Anak Patutlah Asyik Letih

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 292 hits
Patutlah asyik letih rupanya isteri tak akan dapat cukup tidur selama 6 tahun lepas ada anak Tak dinafikan lagi mana mana pasangan yang baru dapat anak selalunya mesti akan dapat mata panda dek kerana berjaga malam Ini kerana bayi yang baru...
Suami Nak Isteri Senyum Mudah Je Tak Berkira Buat Kerja Rumah Boleh Jaga Anak

Suami Nak Isteri Senyum Mudah Je Tak Berkira Buat Kerja Rumah Boleh Jaga Anak

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 674 hits
Pernah tak kita sebagai wanita yang bergelar ibu terfikir kenapa emosi kita kadang kala tak stabil Mudah marah mudah tinggikan suara dan sesekali cepat naik tangan dengan anak Biasanya jawapan yang selalu diberikan kerana ibu atau isteri te...
Muka Ibu Berubah Seakan Nenek Tua Ketika Hamil 3 Bulan Tapi Suami Tetap Puji Isteri Cantik

Muka Ibu Berubah Seakan Nenek Tua Ketika Hamil 3 Bulan Tapi Suami Tetap Puji Isteri Cantik

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1144 hits
Tempoh kehamilan selalunya memberi pelbagai pengalaman manis dan pahit dalam sesebuah rumah tangga Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi Benarlah bahawa Syurga itu di bawah tapak kaki ibu Seorang ibu pasti menghadapi alahan pada b...
Jangan Berhenti Doakan Anak Ibu Kongsi Cara Didik Anak Tak Perlu Marah Atau Pukul

Jangan Berhenti Doakan Anak Ibu Kongsi Cara Didik Anak Tak Perlu Marah Atau Pukul

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 463 hits
Didikan ibu dan ayah membentuk peribadi seorang anak Jika baik teladan yang ditunjukkan maka anak akan membesar menjadi insan yang cemerlang Begitulah sebaliknya Peranan ibu ayah bukanlah mudah untuk mendidik dan membesarkan anak anak tanpa...
Bukan Sebab Makan Je Suami Isteri Asyik Gaduh Pun Boleh Buat Berat Badan Naik

Bukan Sebab Makan Je Suami Isteri Asyik Gaduh Pun Boleh Buat Berat Badan Naik

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 586 hits
Sesekali berselisih pendapat dengan pasangan adalah normal Itulah yang menjadi kekuatan kepada sesebuah hubungan tetapi jika terlalu kerap bertengkar akan membawa keburukan dalam perhubungan dan KESIHATAN Menurut kajian pasangan yang selalu...
Isteriku Cukup Sempurna Lepas 10 Tahun Masih Tak Ada Anak Suami Tolak Kahwin Lain

Isteriku Cukup Sempurna Lepas 10 Tahun Masih Tak Ada Anak Suami Tolak Kahwin Lain

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1349 hits
Setiap pasangan berkahwin pasti menginginkan zuriat mereka sendiri Itulah yang menjadi penyeri rumah tangga dan penguat kasih sayang Tetapi bukan semua orang mempunyai rezeki untuk terus hamil sebaik sahaja selepas berkahwin Seperti yang di...
Isteri Kena Ada Simpanan Andai Allah Ambil Suami Dulu Kita Mampu Besarkan Anak

Isteri Kena Ada Simpanan Andai Allah Ambil Suami Dulu Kita Mampu Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 771 hits
Kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri pada zaman dahulu dengan sekarang amat berbeza Dengan keadaan hari ini memerlukan isteri isteri untuk lebih bijak bertindak serta tidak mengharapkan sepenuhnya atas bantuan daripada suami Sekura...
Suami Isteri Bertengkar Depan Anak Saling Memaki Anak Membesar Suka Membuli

Suami Isteri Bertengkar Depan Anak Saling Memaki Anak Membesar Suka Membuli

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 329 hits
Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka...
Pasangan Suami Isteri Sepakat Namakan Anak Sanitiser

Pasangan Suami Isteri Sepakat Namakan Anak Sanitiser

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 255 hits
Dibalik pandemik yang melanda berlaku kisah pelik dan lucu yang berlaku diseluruh dunia Antara kisah mearik yang ingin Ohmedia kongsikan adalah kesepakatan pasangan suami isteri menamakan anak mereka dengan nama Sanitser Menurut info kejadi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord