Isteriku Cukup Sempurna Lepas 10 Tahun Masih Tak Ada Anak Suami Tolak Kahwin Lain


Setiap pasangan berkahwin pasti menginginkan zuriat mereka sendiri. Itulah yang menjadi penyeri rumah tangga dan penguat kasih sayang. Tetapi bukan semua orang mempunyai rezeki untuk terus hamil sebaik sahaja selepas berkahwin.
Seperti yang diceritakan suami ini, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, dia dan isteri masih belum dikurniakan anak. Sudah macam-macam jenis rawatan yang mereka buat baik secara moden atau tradisional tetapi masih tak ada rezeki. Isterinya malah mencadangkan agar dia berkahwin lain.
Nama aku Zarul. Berumur 35 tahun. Aku ada seorang isteri yang cukup sempurna, aku namakan sebagai Sue. Sue pula berusia 32 tahun. Kami dah 10 tahun berkahwin. Tapi masih berdua, tak ada anak.
Cerita Lain: [“Dah Sampai Had, Tak Mampu Cuba Lagi.” Suami Mengaku Tak Sayang, Ada Yang ‘Lain’]
Setiap Hari Menangis Sue ni orangnya baik. Rajin dan pandai menguruskan rumah tangga. Selama aku berkahwin dengan dia, jarang sekali kami bertengkar. Kalau ada berselisih faham pun, semuanya sebab hal-hal kecil. Biasalah orang perempuan, nak bermanja.
Aku sayang sangat dengan Sue ni. Dia pandai ambil hati aku. Kalau dia masak, perghhh! Jujurnya, masakan emak aku sendiri pun tak sesedap Sue ni masak. Yelah, mertua aku ada warung makan. Logiklah anak perempuan dia ni pandai memasak.
Tapi sebabkan dia tak mengandung dan masih tak beranak sampai sekarang, hari-hari dia menangis. Aku tak sampai hati tengok. Asal siap solat, setiap kali tu aku dengar dia menangis. Kalau dia berjemah dengan aku, setiap kali tulah dia akan minta maaf sebab dia tak dapat bagi aku anak.
Malam-malam dia bangun, solat sunat. Mengaji. Sayu hati aku sebagai seorang suami. Mana tidaknya, aku tengok dia menangis tu sungguh-sungguh. Sampai bengkak mata. Ya Allah, tolonglah perkenankan doa isteriku.
Buat Rawatan, Tak Ada Masalah Serius Tak sampai hati aku nak biarkan isteri berfikir dan stres sendiri. Jadi dah beberapa kali juga aku bawa isteri ke pusat rawatan kesuburan. Semuanya di tempat yang berbeza, supaya kami boleh bandingkan result yang diberikan. Alhamdulillah, selepas empat tempat kami pergi semuanya memberikan keputusan yang positif.
Aku dan Sue kedua-dua kami sihat. Tidak mandul atau mempunyai sebarang masalah kesuburan. Kami melahirkan rasa syukur, itu sudah cukup buat kami berdua. At least kami tahu kami mampu, cuma mungkin belum sampai masanya.
Aku juga cadangkan Sue untuk buat rawatan tradisional. Pergi berurut dengan seorang makcik di kampung emak aku di Negeri Sembilan (ini pun sebab emak aku yang suruh). Makcik ni memang bagus, rawatannya berlandaskan bacaan ayat Al-quran. Dulu dia dan arwah ibunya pun bekas bidan kampung. Dua orang abang dan seorang kakak aku pun, makcik ni yang ‘sambut’.
Alhamdulillah, dengan makcik ni pun katanya isteri aku tak ada masalah. Makcik ni cuma pesan supaya banyakkan berusaha. Kemudian doa banyak-banyak dan tawakal. Jangan stres dan terlalu memikirkan. Makcik ni juga nasihatkan orang rumah aku supaya terus bersabar, sekurang-kurangnya suami dan orang sekeliling tak pandang rendah atau bagi tekanan pada dia (yang ini betul, sebab aku dan keluarga tak pernah nak push wife aku untuk pregnant).
Cadangkan Aku Kahwin Lain Suatu hari tu, isteri aku masak sedap. Special. Katanya ada hal nak dibincangkan dengan aku. Aku pun waktu kat pejabat dah berangan-angan. Sampai terbayanglah isteri aku nk suprise beritahu yang dia dah ada ‘isi’. Punyalah semangat, sepanjang hari di pejabat aku senyum aje.
Wife aku ni memang dia tak bekerja. Aku tak beri dia bekerja. Sebab aku nak dia rest dan tak penat sangat. Mungkin dengan cara macam ni, dia lebih mudah mengandung. Selepas enam tahun berkahwin, aku minta Sue untuk berhenti kerja. Tapi dia tak boleh duduk diam, jadi dia minta izin nak buat bisnes dari rumah. Jadi, aku benarkan.
Berbalik kepada cerita isteri aku masakkan sedap-sedap untuk aku ni, terperanjat besar aku! Dah sedap kami makan dan bergurau semua, tiba-tiba dia suruh aku kahwin lain. Bersembur air yang aku tengah minum waktu tu. Macam mana Sue boleh terbayang nak cadangkan hal ni pada aku?
Aku tak cakap banyak. Aku cuma gelengkan kepala. “Tak nak dan tak mungkin.” Itu je jawapan aku sebelum aku berlalu masuk ke bilik dan berkurung. Menangis-nangis si Sue memanggil aku dari luar. Tapi aku buat tak tahu. Sebab aku sedih sangat. Tergamak dia suruh aku kahwin lain, sedangkan dia dah cukup sempurna untuk aku.
Cerita Lain: [“Ibu tak Sayang, Asyik Pukul Kita.” Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas]
Bercuti di Indonesia Aku rasa dekat seminggu juga aku buat tak tahu dengan Sue. Cuma berbasa-basi. Dia masak, aku makan. Dia tanya, aku jawab. Tapi nak bergurau tu tak adalah. Aku masih ralat dan berkecil hati. Mungkin pada dia, aku suami yang mementingkan nafsu.
Betullah, memang aku nak anak. Siapa yang tak nak jadi ayah. Dah 10 tahun kahwin, kalau tak ada masalah mungkin anak dah 3-4 orang. Tapi aku tak pernah pandang semua tu kekurangan pada diri Sue. Pada aku dia dah cukup baik untuk aku. Aku tak pernah menyesal mengahwini dia.
Sebenarnya aku ada rancang nak bawa dia bercuti. Jadi aku beritahu dia, siap-siaplah barang semua. Dia pun tak sangka aku dah plan nak honeymoon lagi. Punyalah seronok, waktu ni aku pun dah tak marahkan dia sangat. Dah okay sikit, maklumlah nak bawa isteri bercuti kenalah dalam mood bahagia kan?
Sepanjang lima hari di Indonesia, aku layan Sue baik-baik. Aku ikutkan saja setiap kemahuan dia. Setiap kali aku tatap wajah Sue, dia masih cantik. Tak pernah berubah sikit pun sejak 12 tahun lalu. Kami bercinta dua tahun dan berkahwin 10 tahun. Macam tu jugalah gaya Sue. Masih cantik, masih lembut tutur katanya. Tak pernah sikit pun rasa cinta aku pada Sue berkurangan, malah semakin bertambah.
Isteri Muntah-Muntah & Tak Lalu Makan Sebulan lepas kami balik dari Indonesia, Sue tiba-tiba jatuh sakit. Dia demam dan muntah-muntah. Nak bangun pun tak larat. Sedih aku tengok keadaan dia. Bila aku suapkan bubur, muntah. Minum susu, makan roti pun muntah.
Aku ingatkan demam biasa, tapi dah seminggu masih macam tu. Tak ada tanda-tanda Sue semakin baik. Risau aku dibuatnya. JAdi lepas balik kerja hari tu, aku terus bawa Sue ke klinik. Kasihan aku tengok dia, lembik. Nak berjalan pun aku kena papah.
Sampai di klinik, doktor periksa Sue. Dia tanyakan juga pada Sue kalau sudah lewat datang haid dan sebagainya. Aku cuma mendengar sahaja. Kemudian doktor minta Sue untuk ke tandas untuk buat ujian air kencing. Lim minit menunggu Sue, erdebar-debar dibuatnya. Risau aku kalau dia pengsan dalam toilet.
Selesai Sue buang air kecil, kami dipanggil masuk ke bilik doktor semula. Aku tengok doktor senyum aje. Bukan main manis doktor ni, namanya Adibah. Tapi tak adalah sampai boleh kalahkan cantiknya Sue. Doktor kata, “Puan lewat seminggu lebih dari tarikh yang sepatutnya datang haid. Kemudian Puan tak sedap badan, muntah-muntah. Puan tahu tak apa masalah Puan?”.
Sue menggelengkan kepalanya. Aku pun ikut sama. Berdebar-debar dibuatnya. Sakit teruk ke Sue ni, kalau penyakit bahaya takkan doktor senyum kan? Macam-macam perkara bermain dalam kepala aku ni.
“Tahniah. Puan akan jadi ibu. Puan mengandung ni. Kalau ikut perkiraan saya dalam lima minggu. Tahniah pada Encik juga.” Ya Allah, Engkau Tuhan Maha Besar. Aku dan Sue tak tahu apa nak cakap. Hanya tangisan Sue kedengaran. Betapa gembiranya hati kami. Doktor sempat pesan pada Sue untuk jaga diri dan jangan buat kerja-kerja berat.

2 Bulan Lagi Akan Bersalin Sejak hari tu, memang aku tak bagi Sue buat kerja berat. Kami hentikan sementara bisnes Sue. Hanya aku yang bekerja. Itu pun Sue tetap berkeras untuk masak. Aku tengok keadaan dia semakin elok, jadi aku benarkan dia memasak.
Mengemas rumah semuanya aku yang buat. Aku dah menunggu 10 tahun, aku takkan sia-siakan Sue dan bayi yang sedang dia kandungkan itu. Aku tengok Sue semakin comel dan berseri-seri. Sesungguhnya aku bersyukur.
Sekarang kandungan Sue dah masuk tujuh bulan. Kami dah selesai buat persiapan untuk menyambut kelahiran anak kami. Sue semakin kuat dan selera makan pun dah ada. Memandangkan sekarang tempoh PKP dan aku pun bekerja dari rumah, dapatlah aku jaga Sue dengan sebaiknya.
Aku mohon doa dari kalian semua. Doakan kandungan Sue sihat. Doakan Sue terus kuat. Doakan setiap urusan kami sekeluarga dipermudahkan. Untuk para suami yang masih menanti zuriat, banyakkan berdoa.
Jangan sakiti hati isteri, jagalah perasaan mereka sebaiknya. Mohonlah pada Yang Kuasa, hanya Dia yang mampu menghadiahkan sebaik-baik anugerah kepada kita. Ingat, sayangilah isterimu dan mintalah yang baik-baik pada-Nya.
Sekiranya anda berminat untuk berkongsi sebarang cerita atau pengalaman dengan Pa&Ma, sila klik KONGSI CERITA.
The post “Isteriku Cukup Sempurna.” Lepas 10 Tahun Masih Tak Ada Anak, Suami Tolak Kahwin Lain appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteriku-cukup-sempurna-lepas-10-tahun-masih-tak-ada-anak-suami-tolak-kahwin-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Tak Akan Dapat Cukup Tidur Selama 6 Tahun Lepas Ada Anak Patutlah Asyik Letih

Isteri Tak Akan Dapat Cukup Tidur Selama 6 Tahun Lepas Ada Anak Patutlah Asyik Letih

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 292 hits
Patutlah asyik letih rupanya isteri tak akan dapat cukup tidur selama 6 tahun lepas ada anak Tak dinafikan lagi mana mana pasangan yang baru dapat anak selalunya mesti akan dapat mata panda dek kerana berjaga malam Ini kerana bayi yang baru...
Terlintas Nak Culik Anak Orang Tekanan Kahwin Lebih 10 Tahun Tak Ada Anak

Terlintas Nak Culik Anak Orang Tekanan Kahwin Lebih 10 Tahun Tak Ada Anak

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 309 hits
Isteri mana yang tidak meninginkan anak apabila sudah berkahwin Setiap wanita pasti mengimpikan rahim mereka dihuni anugerah indah dari Allah SWT Begitu juga dengan pasangan ini Berkahwin lebih dari 10 tahun dan masih tidak berpeluang untuk...
Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas

Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 733 hits
Bukan mudah menjadi seorang ibu Kita mahukan yang terbaik buat anak anak Kalau boleh mahu jadi yang sempurna untuk mereka Tanpa kita sedar sebenarnya itulah yang memberi tekanan kepada kita Ibu memang serba boleh tapi masih manusia biasa Ad...
Resipi Nasi Butter Ala Kfc Kalau Buat Confirm Suami Anak Jilat Jari

Resipi Nasi Butter Ala Kfc Kalau Buat Confirm Suami Anak Jilat Jari

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 607 hits
Esok kita semua akan bermula berpuasa Para ibu kenalah bijak mengatur menu supaya tidak bosan dan boleh memikat selera seluruh keluarga Anak anak terutamanya yang baharu nak belajar berpuasa perlulah kita reward dengan hidangan yang menarik...
Budak 9 Tahun Nekad Sumbang Duit Tabung Lepas Dengar Hospital Perlukan Sumbangan Ppe

Budak 9 Tahun Nekad Sumbang Duit Tabung Lepas Dengar Hospital Perlukan Sumbangan Ppe

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 337 hits
Seorang kanak kanak di Indonesia Moch Hafidh 9 tahun menggadaikan wang simpanannya demi membantu barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi Covid 19 Melalui posting Dayeuhkolot News di Instagram Hafidh dikatakan meminta ibunya untuk di...
Hikmah Isteri Cium Tangan Suami Lepas Solat Masing Masing Rasa Saling Memerlukan

Hikmah Isteri Cium Tangan Suami Lepas Solat Masing Masing Rasa Saling Memerlukan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 504 hits
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri Impaknya mungkin tidak nampak terus tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagial...
Jangan Dipukul Anak 0 3 Tahun Yang Tantrum Basuh Muka Dan Kepala Anak Sambil Zikir

Jangan Dipukul Anak 0 3 Tahun Yang Tantrum Basuh Muka Dan Kepala Anak Sambil Zikir

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 311 hits
Bila anak kecil anda 0 3 tahun membuat perangai seperti menangis kuat melembik atau mengeraskan badan mengamuk kerana mahukan sesuatu atau tiba tiba dia meragam dan ada orang menyuruh anda memukulnya usah diikutkan permintaan mereka itu dan...
Hiburan Izara Aishah Dan Suami Dedah Wajah Anak Irisa Alaia

Hiburan Izara Aishah Dan Suami Dedah Wajah Anak Irisa Alaia

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1089 hits
Selepas seminggu bersalin pelakon Izara Aishah dan suami Adib Khalid akhirnya mendedahkan wajah anak sulung mereka yang diberi nama Irisa Alaia Menurut Adib kehadiran puteri kecil mereka itu merupakan hadiah yang paling bermakna dan menggem...
Belajar Kesetiaan Dari Curhat Tya Ariestya Yang Susah Hamil Sampai Sempat Minta Suami Cari Yang Lain

Belajar Kesetiaan Dari Curhat Tya Ariestya Yang Susah Hamil Sampai Sempat Minta Suami Cari Yang Lain

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 238 hits
Pas disuruh nikah sama orang lain sang kekasih malah ngasih 3 solusi biar tetap bisa nikah Semoga bisa menjadi penyemangat buat kamu kamu yang juga lagi berjuang ya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii