Jangan Berhenti Doakan Anak Ibu Kongsi Cara Didik Anak Tak Perlu Marah Atau Pukul


Didikan ibu dan ayah membentuk peribadi seorang anak. Jika baik teladan yang ditunjukkan, maka anak akan membesar menjadi insan yang cemerlang. Begitulah sebaliknya. Peranan ibu ayah bukanlah mudah, untuk mendidik dan membesarkan anak-anak tanpa merosakkan ‘kain putih’ dengan corak yang hodoh sangat mencabar.
Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini, bagaimana dia mengagumi seorang ibu (jirannya di kampung) yang membesarkan anak-anaknya walaupun tanpa suami di sisi.
Assalamualaikum. Mohon admin siarkan cerita ni. Bukan cerita keluarga saya, tapi saya banyak belajar dari kisah ini. Diceritakan oleh emak pada saya, tentang jiran kami di kampung. Saya gelarkan dia sebagai Cik Non.
Cik Non ni walaupun usia dah meningkat, tapi dia masih sihat. Masih boleh berkebun, ligatlah orang kata. Jenis rajin tak boleh duduk diam. Suami dia dah lama meninggal, jadi dia duduk di kampung dengan anak bongsu dia. Anak bongsu dia tahun ni genaplah usia 21 tahun. Kakak dan abang dia yang lain semuanya dah berkeluarga.
Pengakuan Lain: [“Ibu Tak Sayang, Asyik Pukul Kita.” Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas]
Suami Meninggal Dunia Ketika Memancing Cik Non ni baik orangnya. Saya boleh katakan dia layak dapat anugerah ibu mithali. Waktu suami dia meninggal dunia, anak bongsu dia masih dalam perut. Waktu tu pergi memancing, kebetulan ombak besar tak dijangka. Suaminya meninggal dunia waktu itu. Saya ingat lagi, waktu urusan pengebumian jenazah ramai orang kampung yang datang.
Rupa-rupanya ibu saya cakap, arwah suami Cik Non orangnya baik-baik. Suka bantu orang. Jenis tak berkira dan tak pandai nak mengata buruk tentang orang lain. Sebab tulah, ramai yang datang untuk mengiringi pemergian dia. Cik Non tak menangis pun, dia tenang je.
Saya waktu kecil lagi, jadi saya ingatkan dia tak sayang arwah suami dia. Naif betul. Padahal Cik Non reda dengan ketentuan Allah SWT. Anak-anak Cik Non semuanya menangis panggil ayah dorang. Sedih waktu tu.
Kerja Kedai Runcit, Hantar Kuih Ke Warung
Anak-anak Cik Non semuanya 6 orang. Bayangkan, sebelum ni Cik Non duduk rumah jaga anak dan uruskan rumah tangga. Bila suami dia dah meninggal, terpaksalah dia bekerja untuk menampung keluarga. Macam-macam kerja dia buat.
Tengah mengandung anak bongsu waktu tu dalam 6 bulan. Dia ambil upah kerja di kedai runcit. Saya tahu Haji Derus kesian tengok Cik Non sebab tu gajikan dia untuk jaga kedai. Pagi-pagi sebelum ke kedai, Cik Non buat kuih dan nasi lemak. Dia hantar ke warung kat kampung kami tu. Dia punya sambal, memang sedap. Emak saya pun gagal buat sambal sesedap tu!
Saya seronok tengok orang kampung, semuanya nak bantu keluarga Cik Non. Semua bantu dia. Orang surau pun hantar bekalan barangan dapur pada keluarga Cik Non. Memang satu kampung sayangkan keluarga dia.
Tak Pernah Marah Anak
Satu yang bagusnya Cik Non ni, cara dia didik anak-anak dia. Sepanjang saya berjiran dengan dia, sekali pun saya tak pernah dengar dia marah anak dia. Yelah, duduk kampung kan. Standard lah kalau suara mak macam petir marahkan anak. Satu kampung boleh dengar. Tapi kalau suara Cik Non memang tak pernah sekuat tu. Pelik kan?
Saya berkawan dengan anak-anak Cik Non, tapi yang paling rapat dengan saya anak keempat dia. Namanya Ulin. Saya tanya juga dengan Ulin, “Eh, mak kau tak pernah marah ya? Aku tak pernah dengar mak kau marah-marah.” Ulin cuma beritahu saya, tak perlu marah. Emak dia ada ‘senjata’ rahsia nak ajar anak-anak. Waktu tu saya fikir rotan. Dalam hati terus kata, garang jugalah rupanya Cik Non ni.
Anak-anak Cik Non ni, tak nakal langsung. Biasalah setakat sikit-sikit. Tapi tak pernah lah sampai masuk kategori yang kena sound dengan emak ayah orang lain. Dorang semua ni tertib, tak suka masuk campur hal orang. Kalau bermain pun dekat-dekat je. Sebab tu agakya belajar panai. Anak-anak Cik Non semuanya kerja bagus-bagus sekarang. Anak bongsu dia tu pun duduk kampung sebab nak jaga Cik Non, tapi ligat buat bisnes online. Pandai buat duit.

Emak Bongkar Rahsia Bila dah besar sikit ni, saya pun dah jadi seorang ibu. Anak baru dua, tapi hari-hari jadi singa. Suatu hari tu, emak panggil saya. Dia kata ada benda dia nak ceritakan pada saya. Kebetulan waktu tu saya balik kampung.
Saya duduk dengan emak. Emak kata, dia nak cerita tentang Cik Non. Saya berdebar-debarlah. Apa agaknya yang emak saya nak ceritakan ni. Rupa-rupanya emak nak beritahu apa rahsia Cik Non sebab dia dapat didik anak-anak dia dengan baik.
Pertama, emak kata dia rajin bangun malam. Macam mana emak tahu? Sebab emak pun rajin pun buat perkara yang sama. Emak kata, kalau Cik Non bangun malam, boleh sampai ralit emak dengar Cik Non mengaji. Memang merdu suara Cik Non.
Kedua, dia tak pernah tinggi suara pada anak-anak. Tapi dia banyak gunakan kisah Nabi sebagai teladan bila nak didik anak-anak dia. Sebut aje kisah Nabi yang mana, semua anak-anak dia tahu. Dan Cik Non suka cerita kebaikan Rasulullah SAW pada anak-anak dia.
Ketiga, Cik Non selalu doakan anak-anak dia. Yang ini, Cik Non memang share dengan emak. Dia selalu doa. Dan doa tu dia selalu bacakan kuat-kuat depan anak dia. Saja dia nak anak-anak dia dengar apa yang dia doakan. Bila selalu emak dia sebut, lama-lama anak dia pun ikut doa tu. Contohnya Cik Non doakan anak dia jadi anak yang soleh, suka pergi surau. Memang itulah yang jadi, anak-anak Cik Non semuanya suka berjemaah di surau terutamanya yang lelaki.
Keempat, Cik Non akan rotan anak-anak dia. Guna rotan dan dia hanta sebat di tapak kaki. Itu pun lepas dia dah tak marah. Dia akan panggil anak yang buat salah tadi dan explain kenapa benda yang diuat tu salah. Bila nak rotan, Cik Non akan minta izin dulu. Lebih kurang macam ni, “Kamu dah faham kan, apa salah kamu? Sebab itu emak marah. Jadi, boleh izinkan emak rotan kamu supaya jadi pengajaran?”.
Kelima, Cik Non tak pernah menghukum tanpa usul periksa. Dia kan jadi pendengar yang baik. Dia akan bertanya sebelum marah. Dia tak suka menuduh anak-anaknya. Cik Non ni dengan anak-anak macam bersahabat. Baik yang lelaki atau yang perempuan semua suka bersembang dengan dia. Akan kongsi masalah dengan dia.
Pengakuan Lain: [“Syukur Dipinjamkan Kebahagiaan Di Dunia.” Isteri Hargai Kebaikan Suami & Keluarga Mertua]
Itulah dia Cik Non. Seorang ibu yang aku rasakan cukup baik. Walaupun suaminya dah tak ada, tapi dia berjaya besarkan anak-anak dengan bagus sekali. Dengan menantu-menantu dia pun, tak pernah berkira atau pilih kasih. Semua dilayan sama rata.
Bila aku dengar cerita emak ni, aku kagum sangat dengan dia. Tak menyesal aku jadi menantu Cik Non, tak sia-sia aku bersuamikan anak dia. Serius, aku bertuah dapat dua orang emak yang aku rasa cukup sempurna. Emak kandung aku dan ibu mertua aku, dua-duanya aku sayang sampai ke Jannah. Demi Allah SWT, aku sayangkan mereka.
Bagi anda yang mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan bersama kami, klik KONGSI CERITA.
The post “Jangan Berhenti Doakan Anak.” Ibu Kongsi Cara Didik Anak, Tak Perlu Marah Atau Pukul appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-berhenti-doakan-anak-ibu-kongsi-cara-didik-anak-tak-perlu-marah-atau-pukul/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Kongsi Cara Unik Didik Anak Ketika Pkp Bagi Gaji Jika Jalankan Kerja

Wanita Kongsi Cara Unik Didik Anak Ketika Pkp Bagi Gaji Jika Jalankan Kerja

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 532 hits
Para ibu bapa pasti tidak mahu anak anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran Pembelajaran amat penting untuk kanak kanak bagi memastikan mereka menjadi insan yang berilmu serta berjaya di masa hadapan Walaupun masih dalam tempoh Perintah ...
Sambut Birthday Cara Pkp Ibu Ini Kongsi Resipi Carrot Cake Untuk Anak 1 Tahun

Sambut Birthday Cara Pkp Ibu Ini Kongsi Resipi Carrot Cake Untuk Anak 1 Tahun

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 1024 hits
Memandangkan rakyat Malaysia sedang menjalani tempoh PKP sekarang banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan atau dibuat di rumah sahaja Seperti ibu muda ini memberitahu yang mereka sekeluarga terpaksa menyambut hari jadi anaknya Emiir Yusuff...
Cara Paling Senang Masak Nasi Arab Ibu Ni Kongsi Resipi Lengkap Step By Step Patutlah Viral

Cara Paling Senang Masak Nasi Arab Ibu Ni Kongsi Resipi Lengkap Step By Step Patutlah Viral

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 495 hits
Nasi Arab yang kebiasaannya kita jamah di restoran Arab pastinya cukup kita rindui di musim PKP ini Puasa yang sudah memasuki hari keempat ini pastinya inginkan menu yang sedikit berbeza tetapi istimewa Apa kata kita cuba sajikan Nasi Arab ...
Mengandung Rapat Anak Belum Cukup Setahun Cara Ibu Ini Buat Mengagumkan

Mengandung Rapat Anak Belum Cukup Setahun Cara Ibu Ini Buat Mengagumkan

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 331 hits
Bukan mudah untuk seorang ibu yang mengandung rapat rapat Mungkin anak sebelum tu belum genap lagi setahun dapat pula rezeki dari Allah Persediaan mental dan fizikal penting untuk pastikan ibu dan anak yang lain tidak rasa tertekan Betul bu...
Anak Nak Makan Kek Tapi Tak Ada Oven Mixer Penyukat Pun Tak Ada Cara Ibu Ni Memang Superb

Anak Nak Makan Kek Tapi Tak Ada Oven Mixer Penyukat Pun Tak Ada Cara Ibu Ni Memang Superb

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 417 hits
Tak ada oven mixer atau penyukat bukan alasan untuk elak buatkan kek buat anak anak kita Tanpa kesemua peralatan ini pun tetap terhasil cantik dan gebu malah sedap sama seperti kek kek lain Resipi dan cara yang dikongsikan oleh ibu ini Puan...
Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas

Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 734 hits
Bukan mudah menjadi seorang ibu Kita mahukan yang terbaik buat anak anak Kalau boleh mahu jadi yang sempurna untuk mereka Tanpa kita sedar sebenarnya itulah yang memberi tekanan kepada kita Ibu memang serba boleh tapi masih manusia biasa Ad...
Ibu Jangan Terlalu Rajin Simpan Sedikit Kerja Rumah Untuk Anak Menjadi Lebih Bertanggungjawab

Ibu Jangan Terlalu Rajin Simpan Sedikit Kerja Rumah Untuk Anak Menjadi Lebih Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 496 hits
Tidak dinafikan bahawa bukan mudah untuk ibu ayah melalui proses mendidik anak anak yang semakin membesar Pelbagai ragam dan telatah perlu dihadapi terutamanya dalam membentuk anak rajin membantu melakukan tugas di rumah serta lebih berdika...
Anda Ibu Bapa Berkerjaya Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Anak Di Rumah

Anda Ibu Bapa Berkerjaya Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 458 hits
Anda Ibu Bapa Berkerjaya Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Anak Di Rumah Memainkan peranan sebagai ibu bapa memerlukan pengorbanan yang cukup besar dari segi masa dan tenaga Tambah lagi bagi ibu bapa yang berkerja di mana mereka perlu mengimban...
Jangan Pandai Pandai Tangguh Jadual Suntikan Anak Atau Check Up Mengandung Mesti Pergi

Jangan Pandai Pandai Tangguh Jadual Suntikan Anak Atau Check Up Mengandung Mesti Pergi

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 341 hits
Bayi dan kanak kanak yang masih mempunyai temujanji untuk mendapat suntikan imunisasi atau vaksin perlu meneruskan rawatan seperti dijadualkan bagi mengelakkan mereka mendapat penyakit lain Ketua Penolong Pengarah Sektor Kesihatan Ibu Bahag...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord