Suami Isteri Bertengkar Depan Anak Saling Memaki Anak Membesar Suka Membuli


Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham. Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji. Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak, setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka sahaja. Kita harus memikirkan keseluruhan penyelesaian untuk masalah itu demi anak-anak juga.

Sekiranya pergaduhan sering berlaku di hadapan anak, ia bukanlah pemandangan sihat untuk mereka. Emosi mereka akan terjejas dan memberi kesan mendalam terhadap tumbesaran mereka. Dalam pada kita memperjuangkan apa yang betul (bagi kita), anak-anak yang menanggung akibatnya.
APAKAH KESAN TERHADAP ANAK-ANAK JIKA IBU AYAH MEREKA SELALU BERGADUH?
1. Keyakinan Diri Terganggu
Anak-anak yang sering diabaikan kerana kemelut yang emlanda kedua ibu bapanya akan sering merasakan merelah punca kejadian itu. Kajian yang pernah dijalankan juga menunjukkan mereka selalu menyalahkan diri sendiri kerana tidak membantu untuk menyelesaikan perkara itu.

Kerana tekanan itu mereka menjadi kurang yakin dengan diri sendiri dan mengalami kekeliruan. Apabila kerap berlaku, ia boleh menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan.
2. Emosi Tercalar
Tekanan melihat pergaduhan ibu bapa di depan anak menyebabkan mereka sukar mempercayai orang lain. Segala kata cacian dan perlakuan ketika sedang bergaduh akan menyebabkan anak-anak mengalami trauma dan tantrum kerana ia ibarat mimpi ngeri buat mereka.
Artikel Menarik: [Hati Suami Tenang Bila Mudah Maafkan ISteri. Ganjarannya Juga Besar Di Sisi Allah]
Kemurungan ini akan menjadikan mereka menjadi anti sosial dan kerap menjauhkan diri dai persekitaran yang sihat dan tidak mahu disayangi sesiapa kerana rasa khuatir diabaikan.
3. Tidak Menikmati Kehidupan Yang Bahagia
Memandangkan ibu ayah yang selalu bergaduh, anak-anak terbentuk menjadi dewasa sebelum usia mereka. Apatah lagi jika selalu ditinggalkan, mereka dilatih dari awal untuk menjaga dan menguruskan diri sendiri.

4. Tidak Menunjukkan Emosi
Apabila terlalu kerap mendengar pergaduhan ibu ayah menyebabkan mereka lebih cenderung untuk memendam perasaan dan tidak mahu memihak kepada sesiapa. Ini adalah kesan daripada kejadian terpaksa mendengar dan berada dalam situasi di mana ibu dan ayah bergaduh teruk. Setiap apa yang mereka rasakan akan dipendam dan menjadikan mereka orang yang mempunyai krisis dengan emosi dan identiti sendiri apabila meningkat dewasa.
5. Tingkah Laku Bermasalah
Ketika membesar, anak-anak memandang ibu ayah mereka sebagai idola. Setiap perlakuan ibu ayah akan menjadi ikutan. Jika sering berdepan dengan keadaan yang tidak baik ketika mereka membesar, itulah yang akan mereka ikuti. Mereka cenderung untuk bertindak kasar. mereka juga sukar menilai kasih sayang sebenar kerana tidak pandai menilainya.

6. Cenderung Untuk Mengalami Gangguan Pelajaran
Apabila selalu melihat pergaduhan yang berlaku, anak-anak akan mengalami gangguan emosi sekaligus mengganggu prestasi pelajaran mereka. Bukan sahaja mengalami masalah disiplin, anak-anak ini juga akan mengalami kesukaran memahami pelajaran dan hilang semangat untuk belajar kerana tekanan yang dihadapi.

Artikel Menarik: [Anak Terpaksa ‘Bersaing’ Dengan Handphone, Berharap Mak Ayah Pandang Muka Dia]
7. Kesihatan Terjejas
Bukan sahaja emosi, tetapi kesihatan anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan. Biasanya anak-anak ini akan mengalami sakit kepala, sakit perut, serangan lelah atau penyakit yang berulang.
8. Gangguan Tabiat Makan
Beberapa kajian mendapati anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan antara ibu ayah mereka akan berkait dengan masalah pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.

Ketika marah, macam-macam boleh terjadi. Kita cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak baik atau mengeluarkan kata-kata kesat yang memberi impak bukan kepada pasangan tetapi anak-anak juga. Sebagai ibu ayah yang bertanggung jawab, carilah penyelesaian yang terbaik dalam keadaan emosi yang stabil. Capailah kata sepakat dengan cara yang baik supaya tidak menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anak-anak yang disayangi.
Sumber: Verywellfamily
 
The post Suami Isteri Bertengkar Depan Anak & Saling Memaki. Anak Membesar Suka Membuli appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suami-isteri-bertengkar-depan-anak-saling-memaki-anak-membesar-suka-membuli/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Suami Isteri Sepakat Namakan Anak Sanitiser

Pasangan Suami Isteri Sepakat Namakan Anak Sanitiser

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 276 hits
Dibalik pandemik yang melanda berlaku kisah pelik dan lucu yang berlaku diseluruh dunia Antara kisah mearik yang ingin Ohmedia kongsikan adalah kesepakatan pasangan suami isteri menamakan anak mereka dengan nama Sanitser Menurut info kejadi...
Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas

Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 751 hits
Bukan mudah menjadi seorang ibu Kita mahukan yang terbaik buat anak anak Kalau boleh mahu jadi yang sempurna untuk mereka Tanpa kita sedar sebenarnya itulah yang memberi tekanan kepada kita Ibu memang serba boleh tapi masih manusia biasa Ad...
Hikmah Isteri Cium Tangan Suami Lepas Solat Masing Masing Rasa Saling Memerlukan

Hikmah Isteri Cium Tangan Suami Lepas Solat Masing Masing Rasa Saling Memerlukan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 521 hits
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri Impaknya mungkin tidak nampak terus tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagial...
Suami Nak Isteri Senyum Mudah Je Tak Berkira Buat Kerja Rumah Boleh Jaga Anak

Suami Nak Isteri Senyum Mudah Je Tak Berkira Buat Kerja Rumah Boleh Jaga Anak

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 688 hits
Pernah tak kita sebagai wanita yang bergelar ibu terfikir kenapa emosi kita kadang kala tak stabil Mudah marah mudah tinggikan suara dan sesekali cepat naik tangan dengan anak Biasanya jawapan yang selalu diberikan kerana ibu atau isteri te...
Isteri Kena Ada Simpanan Andai Allah Ambil Suami Dulu Kita Mampu Besarkan Anak

Isteri Kena Ada Simpanan Andai Allah Ambil Suami Dulu Kita Mampu Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 788 hits
Kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri pada zaman dahulu dengan sekarang amat berbeza Dengan keadaan hari ini memerlukan isteri isteri untuk lebih bijak bertindak serta tidak mengharapkan sepenuhnya atas bantuan daripada suami Sekura...
Bila Suami Isteri Beraksi Di Dapur

Bila Suami Isteri Beraksi Di Dapur

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 375 hits
PKP fasa 3 ni aku cuba rajinkan diri ke dapur pulak Kalau sebelum ni aku banyak habiskan masa berkebun tanam ulam ulaman aku nak cuba buat yang lain pulak Pelbagaikan aktiviti memenuhi masa lapang Petang tadi lepas aku habiskan kerja kerja ...
Terima Kasih Allah Walaupun Suami Meninggal Akibat Covid Isteri Syukur Akhirnya Sihat

Terima Kasih Allah Walaupun Suami Meninggal Akibat Covid Isteri Syukur Akhirnya Sihat

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 443 hits
Setelah berjuang hampir 14 hari tiada apa yang mampu diucapkan selain bersyukur apabila mendapat keputusan bebas Covid 19 pada hari Jumaat lalu Berita ini sesuatu yang ditunggu tunggu walaupun cuku terkesan kehilangan insan tercinta akibat ...
Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19

Pasangan Ini Hidup Sebagai Suami Isteri 51 Tahun Meninggal Dunia Selang Enam Minit Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 346 hits
Pasangan ini Hidup sebagai suami isteri 51 tahun meninggal dunia selang enam minit akibat COVID 19Pasangan Stuart 74 dan Adrian 72 mula jatuh sakit pada pertengahan Mac sebelum disahkan dijangkiti COVID 19 Hidup sebagai suami isteri 51 tahu...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The History Of The Wheel A Revolutionary Invention

Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt