Hisap Ibu Jari Tarik Rambut Gigit Baju Antara Tabiat Anak Anak Yang Pemalu Di Sekolah


Bercakap mengenai perkembangan kanak-kanak di sekolah, apakah perkara penting yang perlu ibu bapa fokuskan selain daripada tumbesaran fizikal mereka?
Sememangnya apabila anak sudah mula melangkah ke alam persekolahan, mereka lebih gemar berdikari, bukan? Namun itu tidak bermakna anda sudah boleh melepas tangan. Kerana pada hakikatnya, mereka masih memerlukan kasih sayang, perhatian dan keizinan anda.

Dalam masa yang sama, aspek tingkah laku antara perkara penting yang perlu dititik beratkan kerana ia akan berkembang menjadi tabiat dan personaliti diri saat dewasa nanti.
Memahami kanak-kanak sekolah
Secara amnya, perkembangan kanak-kanak pada usia 6 hingga 12 tahun melibatkan kemampuan fizikal, emosi dan mental.
Anda pasti menyedari perbezaan antara si kecil berusia 5 tahun dengan anak yang mencapai usia 12 tahun. Apabila anak semakin meningkat usia, daripada prasekolah ke remaja, tubuh dan fikiran mereka mengalami perkembangan luar biasa.
Bukan sekadar itu, anda juga akan melihat perubahan tingkah laku pada diri anak. Disebabkan itu, fasa ini adalah penting untuk ibu bapa memfokuskan lebih kepada tingkah laku. Jika tidak, kesannya mungkin akan berterusan hingga ke dewasa.

Galakkan tingkah laku positif pada kanak-kanak di sekolah
Kanak-kanak akan cepat belajar bagaimana untuk menjaga sikap dan tingkah laku sekiranya mendapat bimbingan positif dan konsisten daripada ibu bapa mereka.
Ini bermaksud anda perlu memberikan perhatian kepada anak sama ada ketika mereka berkelakuan baik atau sebaliknya.
Jangan hanya menunggu saat mereka melakukan kesalahan bagi memberi denda atau hukuman dengan tujuan untuk mengajar mereka. Berikut adalah beberapa petua praktikal untuk menerapkan pendekatan positif pada anak.
Berlaku jujur kepada kanak-kanak sekolah
Jujur dengan anak mengenai tingkah laku mereka yang boleh menjejaskan anda. Sebaiknya gunakan ayat yang membolehkan anak melihat sesuatu daripada perspektif anda.
Sebagai contoh, “Mama kecewa tengok barang mainan bersepah walaupun baru dikemas tadi”.
Menjadi pendengar yang baik
Apabila anak meluahkan sesuatu, jadilah pendengar yang baik. Berikan tindak balas seperti anggukkan kepala semasa anak bercakap dan ulangi apa yang dirasai mereka.
Contohnya, “Mesti Husna sedih sebab mainan ini rosak.”
Ia secara tidak langsung membuatkan mereka rasa dihormati dan membantu mengurangkan rasa marah.
Menepati janji
Apabila setiap janji ditunaikan sebaiknya, anak akan belajar mempercayai dan menghormati anda.
Sebagai kanak-kanak di sekolah yang boleh berfikir, mereka mengetahui bahawa anda tidak akan mengecewakannya ketika menjanjikan sesuatu.
Secara tak langsung mereka akan belajar untuk tidak berubah fikiran atau tingkah laku apabila sudah menjelaskan kesannya. Sebagai contoh, jika berjanji akan membawa anak bermain di taman jika mereka mengemas permainan, pastikan anda bersedia untuk menepatinya.
Bagaimana pula dengan sikap kanak-kanak di sekolah yang mungkin boleh mendatangkan kerisauan pada ibu bapa?
Tingkah laku yang membimbangkan
Berikut antara kebimbangan ibu bapa berkaitan tingkah laku anak yang biasa dialami:
Kanak-kanak di sekolah yang pemalu
Rasa malu adalah perkara biasa pada bayi dan kanak-kanak dan tidak ada salahnya dengan sikap tersebut.
Sebagai contoh, anak mungkin akan berselindung di sebalik ibu bapanya apabila berjumpa dengan individu yang tidak dikenali.
Setiap anak adalah berbeza dan yang mungkin lebih pemalu berbanding rakan sebaya lain. Ia hanyalah sebahagian daripada perangai dan cara unik mereka untuk berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Apabila rasa malu menjadi satu isu
Walaupun rasa malu itu bukanlah kesalahan, tetapi ia akan menjadi bebanan sekiranya anak tertekan atau sukar menjalani kehidupan harian.
Sebagai contoh, rasa malu itu adalah masalah apabila:
Anak tidak dapat pergi ke sesuatu tempat kerana terlalu malu Anak menunjukkan simptom kegelisahan apabila berada dalam situasi sosial Anak menyatakan kesunyian tetapi tidak tahu cara untuk bermain dengan kanak-kanak sekolah lain Anak berasa sukar untuk menjawab atau bertanyakan soalan di dalam kelas Ada sesetengah kanak-kanak yang mempunyai sifat malu ini akan mengembangkan simptom kegelisahan. Sekiranya, tingkah laku anak itu tampak sukar untuk diubah, anda disarankan untuk melakukan perbincangan dengan pakar pediatrik.
Tabiat kanak-kanak di sekolah
Tabiat adalah tingkah laku kebiasaan yang dilakukan berulang kali tanpa berfikir. Kebiasaan ini sering kali melibatkan sentuhan atau bermain dengan bahagian muka mahupun tubuh.
Antara tabiat biasa bagi kanak-kanak di sekolah adalah:
Menghisap ibu jari Menggigit kuku Melilit atau menarik rambut Mengorek hidung atau luka Mengunyah pakaian atau pensel Mengetap gigi Kebanyakan tabiat ini akan hilang dengan sendirinya. Namun, jika kebiasaan anak ini menghalang aktiviti harian atau memalukan, bahkan berbahaya, maka anda perlu mengambil tindakan.
Pembohongan
Anak mula berbohong setelah mencecah seawal usia 3 tahun. Ini berlaku apabila anak menyedari yang anda tidak dapat membaca fikiran mereka.
Meningkat usia 4-6 tahun, anak akan lebih kerap menipu. Pada usia ini, mereka lebih pandai berbohong dan memanipulasi ekspresi wajah serta suara.
Bagi kanak-kanak di sekolah pula, mereka pastinya lebih mahir untuk berbohong. Pada usia remaja pula, anak mula melakukan pembohongan sunat (white lies) kerana tidak mahu menyakiti perasaan individu lain.
Sebagai ibu bapa, apabila anak semakin dewasa, anda perlu menggalakkan anak untuk bercakap benar setiap masa.
Sentiasa tekankan tentang kepentingan kejujuran dalam keluarga dan bantu anak memahami kesan yang boleh terjadi sekiranya mereka berbohong.
Mendisiplinkan kanak-kanak di sekolah
Disiplin membantu anak belajar bagaimana untuk menjaga tingkah laku. Ia akan dapat diterapkan dengan sebaiknya jika anda mempunyai ikatan yang baik dan mesra dengan anak.
Disiplin bukan hanya semata-mata hukuman. Hakikatnya, ia adalah sesuatu yang positif dan membantu membimbing anak ke arah:
Mengetahui tingkah laku yang sesuai sama ada di rumah sendiri atau di sekolah Menguruskan tingkah laku dan mengembangkan kemahiran penting seperti keupayaan untuk bersosial dengan individu sekeliling Belajar memahami, mengurus dan meluahkan perasaan mereka Disiplin yang tidak cukup dalam sebuah keluarga boleh mengakibatkan anak berasa tidak selamat dan ibu bapa sukar untuk mengawal. Manakala, disiplin yang terlalu kuat tanpa pujian dan ganjaran yang sewajarnya, mungkin hanya akan menyebabkan anak berasa takut.
Akhirnya, ia akan memberi kesan pada harga diri anak serta meningkatkan simptom kegelisahan di kemudian hari.
Cara untuk mendisplinkan anak yang terbaik adalah tegas tetapi adil.
Ini bermakna anda menetapkan had dan kesan untuk setiap tingkah laku yang dilakukan anak.
Dalam masa yang sama menggalakkan sifat positif dengan pujian, penghargaan serta strategi lain.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
The post Hisap Ibu Jari, Tarik Rambut, Gigit Baju Antara Tabiat Anak-Anak Yang Pemalu Di Sekolah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hisap-ibu-jari-tarik-rambut-gigit-baju-antara-tabiat-anak-anak-yang-pemalu-di-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Hisap Jari Masuk Barang Dalam Mulut Bagus Tandanya Dia Dah Mula Pandai

Anak Hisap Jari Masuk Barang Dalam Mulut Bagus Tandanya Dia Dah Mula Pandai

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 195 hits
Penggunaan kiri dan kanan badan penting untuk proses menyalin dan keberdikarian kanak kanak Jika anda perasan bayi di usia 3 bulan sudah mula memasukkan tangannya ke dalam mulut Kebiasaannya bayi mula memilih tangan yang mana satu dia nak m...
Anak Kecil Cepat Terganggu Hilang Daya Fokus Ibu Ayah Perlu Bijak Tarik Minat Anak

Anak Kecil Cepat Terganggu Hilang Daya Fokus Ibu Ayah Perlu Bijak Tarik Minat Anak

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 292 hits
Ramai ibu dan guru guru yang selalu mengeluh kerana anak anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja Jadi sebagai ibubapa...
Ibu Dan Anak Diberkas Polis Sedang Hisap Dadah Bersama

Ibu Dan Anak Diberkas Polis Sedang Hisap Dadah Bersama

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 322 hits
Apa hendak jadi dengan seorang ibu dan anak perempuannya yang ditahan sepasukan anggota polis dalam serbuan di Felda Palong 15 dekat sini 27 Mac lalu Sudahlah tidak tahu malu dengan perbuatan menagih dadah kehadiran mereka berdua di lokasi ...
Kisah Ibu Menderita Anak Hisap Dadah

Kisah Ibu Menderita Anak Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 225 hits
KISAH minggu ini memang berlainan sekali ia tentang luahan hati seorang kakak juga ibu mengenai masalah adik dan anaknya yang terlibat dengan dadah Hanya mereka yang senasib boleh memahami masalah yang dipikulnya selama ini Itu cerita Salin...
Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai

Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 209 hits
Aku Single Akan Single Selamanya Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai
Ibu Longlai Di Sisi Jasad Anak

Ibu Longlai Di Sisi Jasad Anak

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 134 hits
Tidak dapat menahan pilu seorang ibu berulang kali memeluk dan meratap hiba di sisi jasad anak lelakinya yang maut akibat kemalangan jalan raya Rozita Ramli 40 an dilihat berulang kali This is a content summary only Visit my website for ful...
Persiapan Untuk Anak Di Masa Depan Kot Pengantin Nerv0us Tersasul Sebut Peralatan Sekolah Sebagai Mas Kahwin

Persiapan Untuk Anak Di Masa Depan Kot Pengantin Nerv0us Tersasul Sebut Peralatan Sekolah Sebagai Mas Kahwin

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 371 hits
Perasaan nerv0us atau gementar mungkin merupakan antara perasaan yang tak asing bagi mana mana pasangan yang akan mendirikan rumah tangga Macam macam benda nak kena fikir lepas tu kalau boleh nak pastikan semua benda perfect lagi Fuhhh Lain...
Anak Dah Ingat Belum No Telefon Alamat Rumah Sebelum Ke Sekolah Nampak Remeh Tapi Penting

Anak Dah Ingat Belum No Telefon Alamat Rumah Sebelum Ke Sekolah Nampak Remeh Tapi Penting

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 253 hits
Sekolah merupakan antara tempat yang paling selamat untuk kanak kanak namun memastikan keselamatan anak di sekolah merupakan kebimbangan bagi sebilangan besar ibu bapa Penyakit kemalangan dan kecemasan boleh berlaku persediaan kecil boleh m...
Maafkan Ibu Mujur Cepat Sedar Kesan Cahaya Hp Mata Anak Berkedip Kedip

Maafkan Ibu Mujur Cepat Sedar Kesan Cahaya Hp Mata Anak Berkedip Kedip

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 286 hits
Dalam keadaan sekarang gajet dan anak tak boleh dipisahkan Seawal anak setahun pun dah pandai mengamuk jika tak dapat gajet apatah lagi anak yang dah besar Dalam hal ini anak tak salah tetapi cara ibu bapa yang perlu bertegas dalam hal ini ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat