Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir


Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal. Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka?

Kepentingan bayi makan sendiri
Kenapa pentingnya untuk anak belajar menyuap diri mereka sendiri? Tujuannya untuk membolehkan mereka belajar makan secara berdikari, iaitu antara kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan.
Selain itu ia membantu anak mengembangkan kemahiran motor halus seperti menyentuh dan memicit makanan. Ia juga peluang untuk si kecil belajar mengenai rasa, tekstur, bau dan suhu makanan. Pun begitu, anak yang masih disuap tidak dapat belajar mengawal jumlah makanan yang dimasukkan ke mulut.
Jadi, teknik bayi makan sendiri membolehkan mereka belajar kadar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam mulut agar mudah dikunyah dan ditelan. Selain itu, si kecil juga kemudiannya akan belajar mengetahui tempoh sesuai untuk menyuap lagi makanan ke mulut.
Bayi makan sendiri: Ini yang perlu difahami
Sebaik sahaja anda memperkenalkan makanan pepejal, si kecil mungkin akan menunjukkan tanda-tanda ingin makan dengan sendiri. Bagaimana?
Mereka mungkin akan mula mencapai sudu atau mengambil makanan daripada pinggan, ini adalah perkara normal untuk anak mempunyai keinginan menyuap makanan sendiri.
Malahan anda juga disarankan untuk menggalakkan mereka melakukannya- walaupun akhirnya lebih banyak makanan jatuh bersepah berbanding yang dapat disuapkan ke mulut.
Mulakan dengan finger food
Finger food atau makanan jejari ialah potongan makanan yang mudah untuk bayi memegang dan mengunyahnya.
Jika si manja menunjukkan minat untuk belajar menyuap, anda boleh melatih bayi makan sendiri dengan memberikan finger food yang boleh digenggam mereka seperti kentang atau labu yang dimasak.
Bayi belajar makan sendiri guna sudu?
Kebanyakan bayi tidak akan dapat makan dengan menggunakan sudu sehingga berusia 1 tahun 6 bulan. Namun tiada salahnya untuk anda melatih mereka makan menggunakan sudu pada usia lebih awal.
Apabila anak makan sendiri finger food yang disediakan, perkara paling merisaukan adalah takut mereka tercekik, betul tak?
Namun jangan jadikan ia alasan untuk tidak membenarkan mereka belajar menyuap makanan sendiri. Sebaliknya pastikan si kecil duduk ketika makan, tidak bermain atau merangkak.
Anda juga boleh mengelakkan makanan yang berisiko untuk menyebabkan anak tercekik seperti makanan yang sukar dikunyah – lobak merah, ataupun kacang.

Bayi makan, bermain & menyepahkan makanan
Anak bermain dengan makanan atau makan bersepah merupakan perkembangan normal apabila mereka belajar untuk menyuap makanan sendiri.
Jika keadaan tersebut menyebabkan anda tertekan, tip berikut mungkin boleh membantu:
Pakaikan si manja bib Potong makanan secara dalam bentuk jejari supaya lebih mudah diambil dan dimakan Biarkan si manja makan menggunakan tangan Lapik kertas, plastik atau helaian akhbar di bawah kerusi makan si manja Jika mempunyai laman yang luas dan rata, berikan bayi makan di luar
bayi makan Apabila bayi melemparkan makanan ke lantai, jangan memberikan sebarang tindak balas atau mereka akan menganggap anda sedang bermain bersama.
Saranan terbaik adalah untuk mengabaikannya. Anda boleh mengutip makanan yang jatuh dengan tenang atau membiarkan sahaja sehingga selesa sesi makan untuk membersihkannya.
Menggunakan cawan
Sebaik sahaja bayi mencapai usia 6 bulan, mereka bersedia belajar minum daripada cawan. Namun seperti keadaannya apabila anak makan sendiri, belajar minum menggunakan cawan memerlukan masa dan akan menyebabkan minuman tertumpah serta bersepah.
Berikut antara beberapa petua untuk membantu anak belajar minum menggunakan cawan:
Berikan anak cawan plastik kecil yang mudah digenggam dan dipegang Biarkan anak bermain dengan cawan agar mereka terbiasa dengannya Pada awal-awal tempoh anak belajar, bantu dan bimbing mereka dengan memegangkan cawan Untuk mengelakkan daripada tertumpah, pastikan jumlah air yang diberikan sedikit Ketika waktu hidangan makan keluarga, anda juga perlu menggunakan cawan bagi memberikan contoh bagaimana untuk melakukannya – bayi biasanya suka meniru ibu bapa mereka Air minuman yang boleh diberikan hanyalah air kosong, susu ibu atau susu formula bayi. Selepas usia setahun, barulah boleh memberikan anak susu lembu penuh krim. Manakala minuman seperti jus buah, minuman ringan dan susu berperisa tidak disyorkan untuk bayi dan anak kecil. Ini kerana kandungan gulanya tinggi dan meningkatkan risiko untuk gigi rosak.
Cara melatih bayi makan sendiri
Berikut beberapa tip untuk mengajar anak makan dengan sendiri:
Tunjukkan contoh teladan Letakkan anak di kerusi makan mereka berhampiran meja makan untuk membolehkan mereka melihat bagaimana anda makan dan pilihlah hidangan makanan yang sihat. Biarkan mereka turut serta makan ketika sesi hidangan makan keluarga. Tetapkan masa makan ketika anak lapar dan tidak terlalu penat: Umumnya, waktu makan ideal adalah sekitar jam 5 petang – kebanyakan anak kecil sudah bersedia untuk hidangan makan malam pada masa itu. Saiz bersesuaian: Pastikan kutleri, saiz potongan makanan adalah sesuai untuk anak. Jangan meletakkan terlalu banyak makanan di dalam pinggan mereka. Pilihan makanan: Biarkan anak memilih apa yang mereka mahu makan daripada pilihan yang ada. Jumlah makanan: Apabila si kecil mula menunjukkan rasa kenyang, usah memaksa. Lakukan komunikasi: Jangan biarkan si manja hanya fokus kepada makanan semata-mata. Sebaliknya, ajaklah mereka berbual dan melakukan interaksi sosial dengan ahli keluarga yang lain. Petua utama adalah anda perlu bersabar kerana kemahiran anak makan sendiri ini akan berkembang mengikut tahap kesediaan mereka.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
The post Anak Suka Suap Makanan Sendiri? Ibu, Jangan Halang & Jangan Rasa Anak Membazir! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-suka-suap-makanan-sendiri-ibu-jangan-halang-jangan-rasa-anak-membazir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme

Hiburan Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 431 hits
Doktor selebriti popular memohon ibu bapa peka dengan perkembangan anak anak 2 minggu laluNetizen Dakwa Habis Duit Buktikan Diri Lelaki Sejati Label Anak OKU Dr Say TerkilanAdvertisementMenurut Dr Say atau nama lengkapnya Shazril Shaharuddi...
Lepas Kafan Muka Saya Jangan Tutup Tunjuk Kepada Anak Saya Beritahu Kepadanya Ibu Imran Sudah Mati

Lepas Kafan Muka Saya Jangan Tutup Tunjuk Kepada Anak Saya Beritahu Kepadanya Ibu Imran Sudah Mati

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 233 hits
Tular dimedia sosial sepucuk surat terakhir yang ditulis oleh seorang ibu sebelum meninggal dunia meminta jenazahnya dikafankan di hospital dan memaklumkan kepada anaknya seorang OKU bahawa beliau telah meninggal dunia mengundang rasa sebak...
Patutlah Ace Suka Tutup Telinga Guna Mulut Buka Penutup Botol Aut1sm Dr Say Mohon Ibu Bapa Peka Perkembangan Anak

Patutlah Ace Suka Tutup Telinga Guna Mulut Buka Penutup Botol Aut1sm Dr Say Mohon Ibu Bapa Peka Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 392 hits
Doktor dan pengacara Dr Say Shazril memohon ibu bapa peka dengan perkembangan anak anak Menurut Dr Say sebelum anak sulungnya disahkan mengalami g4ngguan perkembangan neuro atau aut1sm tahap sederhana Ace telah menunjukkan beberapa tanda Bi...
Makanan Pejal Berikan Rasa Aneh Pada Bayi Jangan Paksa Bagi Dia Masa

Makanan Pejal Berikan Rasa Aneh Pada Bayi Jangan Paksa Bagi Dia Masa

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 285 hits
Memberi anak makanan pejal adalah salah satu pencapaian penting dalam perkembangan anak anda Dalam artikel ini kami akan membincangkan mengenai 10 tips untuk memulakan makanan pejal pada anak anda Pilih masa yang tepat untuk mula beri makan...
Video Disangka Ibu Susuan Penjaga Tulus Sayang Ayash Affan Bak Anak Sendiri

Video Disangka Ibu Susuan Penjaga Tulus Sayang Ayash Affan Bak Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 281 hits
Siapa yang tidak kenal Pelawak dan usahawan yang terkenal iaitu Shuib yang telah kehilangan isteri tercinta pernah tular sebelum ini Kini keluarga shuib menjadi perhatian sekali lagi susulan beberapa buah video yang telah dimuatnaik oleh Sh...
Hiburan Anak Alami Ruam Teruk Pada Badan Meghan Trainor Rasa Gagal Jadi Ibu Yang Baik

Hiburan Anak Alami Ruam Teruk Pada Badan Meghan Trainor Rasa Gagal Jadi Ibu Yang Baik

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 293 hits
Penyanyi popular luar negara Meghan Trainor yang baru sahaja bergelar sebagai seorang ibu pada 8 Februari yang lalu mengakui bahawa dirinya gagal untuk menjadi ibu yang baik Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu All About That Bass itu...
Demi Harta Rumah Mewah Anak Yang Juga Pegawai K Jaan Tergamak Fail Saman Terhadap Ibu Sendiri

Demi Harta Rumah Mewah Anak Yang Juga Pegawai K Jaan Tergamak Fail Saman Terhadap Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 289 hits
Seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai kerajaan di Aceh Tengah Indonesia dilaporkan nekad memfailkan saman terhadap ibu kandungnya sendiri demi harta pusaka yang merupakan sebuah rumah mewah Kes tersebut diketahui melalui sebuah video ...
Jangan Pandang Surirumah Sebelah Mata Besar Jasa Mereka Besarkan Anak

Jangan Pandang Surirumah Sebelah Mata Besar Jasa Mereka Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 267 hits
Tekanan berada di rumah sepanjang waktu sememangnya cukup kuat tak sama dengan tekanan kita yang berada di tempat kerja Di rumah bukan hanya anak anak bahkan segala urusan walau sekecil kecil urusan terpaksa diuruskan ibu setiap masa Tanpa ...
Ibu Sanggup Kandungkan Cucu Sendiri

Ibu Sanggup Kandungkan Cucu Sendiri

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 203 hits
Tasmania Seorang ibu berusia 54 tahun sanggup mengandung cucu sendiri apabila menjadi ibu tumpang untuk anaknya Maree Arnold sanggup melakukannya bagi membolehkan impian anaknya Meagan White menjadi seorang ibu tercapai Meagan 28 disahkan m...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat