Anak Muntah Cirit Birit Lepas Makan Ubat Adakah Ini Satu Penyakit Berbahaya


Alahan ubat berlaku apabila seseorang mengalami reaksi yang negatif terhadap ubat-ubatan yang diambil. Apabila anda ada alergik ubat, sistem imun badan akan cuba untuk melawan alergi tersebut dengan mencetuskan tindak balas tertentu.
Walau bagaimanapun, bukan semua alergik ubat adalah berbahaya. Kadangkala, reaksi alergi yang dialami tidak teruk dan akan hilang dalam masa beberapa hari.

Namun, itu bukan bermaksud alergi ubat merupakan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ada juga reaksi alergi yang amat serius dan memerlukan pemeriksaan pakar secepat mungkin.
Alahan ubat dalam kalangan kanak-kanak
Alahan ubat akan jadi semakin teruk jika yang mengalaminya adalah kanak-kanak. Simptom seperti ruam, gatal-gatal, cirit-birit merupakan antara tanda anak anda mempunyai alahan ubat.
Namun, ibu mana yang tidak keliru ketika anak mereka diserang alahan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, pasti pelbagai soalan bermain di minda anda.
Sebagai contoh, ibu bapa pasti tertanya-tanya sama ada reaksi yang dialami anak disebabkan oleh alahan atau kesan sampingan ubat? Perlukah anda hentikan pemberian ubat tersebut ataupun tidak?
Tenang! Semua persoalan ini sebenarnya boleh dijawab dengan baik oleh doktor yang merawat anak anda.
Walau bagaimanapun, doktor mungkin perlu melakukan lebih banyak ujian untuk menentukan sama ada anak anda mengalami alahan ataupun tidak.
Apakah simptom alahan ubat?
Selalunya, simptom yang lazim untuk alahan ubat ialah gatal-gatal, ruam, sesak nafas dan bengkak pada kawasan muka, tangan atau kaki.
Kadangkala, pesakit mungkin akan mengalami simptom lain seperti muntah-muntah, cirit-birit dan pening kepala.

Tetapi, bagaimana hendak pastikan simptom tersebut berlaku disebabkan alahan ubat?
Untuk pengetahuan anda, reaksi alergi akibat alahan berlaku dalam masa 2 jam selepas pemberian sebarang ubat-ubatan.
Walau bagaimanapun, tidak mustahil untuk ibu bapa jadi terkeliru antara reaksi alergi dan sakit biasa.
Oleh sebab itu, penting untuk ibu bapa membawa anak mereka berjumpa doktor sejurus selepas si kecil mengalami simptom-simptom di atas.
Bukankah lebih mudah jika elakkan ubat pada masa hadapan?
Tidak semudah itu! Ibu bapa perlu tahu ubat seperti penicillin, amoxicillin dan Augmentin adalah antara antibiotik yang lazim dibekalkan kepada kanak-kanak jika mereka mengalami sebarang jangkitan.
Jika anda mengelakkan ubat-ubatan ini, doktor mungkin terpaksa memberi preskripsi antibiotik yang kurang efektif tetapi lebih mahal atau antibiotik yang mempunyai spektrum yang lebih luas.
Antibiotik yang mempunyai spektrum yang lebih luas boleh membunuh lebih banyak bakteria. Namun, ia juga boleh menyebabkan bakteria jadi semakin rintang terhadap antibiotik tersebut.
Anak anda mungkin sebenarnya tidak mengalami alahan ubat
Selain itu, hampir 90% ibu bapa yang fikir anak mereka mengalami alahan sebenarnya sihat dan tidak mengalami alergik ubat seperti yang mereka sangka.
Statistik di atas dikuatkan lagi dengan dapatan dalam sebuah kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Paediatrics.
Di dalam kajian tersebut, pakar telah menjalankan ujian ke atas 100 kanak-kanak yang dikatakan mengalami alahan oleh ibu bapa mereka.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini berada di bawah kategori ‘risiko rendah’. Mereka mengalami simptom seperti gatal-gatal, muntah, loya, hidung berair dan batuk-batuk setelah mengambil ubat seperti antibiotik.
Malah, kajian ini turut melibatkan kanak-kanak yang dikatakan mengalami alergi disebabkan faktor genetik atau secara turun-temurun.
Apa yang memeranjatkan, setelah doktor melakukan ujian, mereka mendapati tidak ada seorangpun kanak-kanak tersebut mengalami alergik ubat!
Kesimpulan
Alergik ubat merupakan satu keadaan yang sangat serius, lebih-lebih lagi jika ia berlaku kepada kanak-kanak.
Ibu bapa manalah yang sanggup melihat anak kesakitan disebabkan reaksi alergi. Oleh sebab itu, jika anak anda menunjukkan sebarang tanda alahan ubat atau reaksi negatif, pastikan anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Dengan bantuan pakar, kondisi anak anda dapat diteliti. Doktor juga boleh menentukan sama ada anak anda mengalami alahan ataupun tidak setelah melakukan diagnosis yang bertepatan.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
The post Anak Muntah & Cirit-Birit Lepas Makan Ubat, Adakah Ini Satu Penyakit Berbahaya? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-muntah-cirit-birit-lepas-makan-ubat-adakah-ini-satu-penyakit-berbahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pawer Lepas Makan Dapat Pelukan Mesra

Pawer Lepas Makan Dapat Pelukan Mesra

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 299 hits
Dengar macam pelik la jugak Pergi kedai makan lepas habis makan terus mendapat pelukan percuma dari pekerja kedai Kita tahu prinsip sebuah restoran ialah menawarkan makanan dan memberikan layanan dengan penuh kemesraan Tetapi pada kali ini ...
Cucur Roti Sandwic Viral Buat Anak Berebut Makan Garing Di Luar Lembut Di Dalam

Cucur Roti Sandwic Viral Buat Anak Berebut Makan Garing Di Luar Lembut Di Dalam

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 382 hits
Pernah cuba makan Cucur Roti Sandwic Sangat sedap dan mudah disediakan Patutlah viral Bagi anda yang ada lebihan roti sandwich yang hampir luput tarikh atau roti yang sudah keras boleh olah menjadi sajian cucur ni Sangat mudah dan tidak mem...
Saya Mampu Makan Banyak Adakah Itu Salah Lelaki Kena Banned Dengan Restoran Bufet Kerana Makan Terlalu Banyak

Saya Mampu Makan Banyak Adakah Itu Salah Lelaki Kena Banned Dengan Restoran Bufet Kerana Makan Terlalu Banyak

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 291 hits
Mengunjungi restoran berkonsepkan bufet boleh jadi menguntungkan bagi kebanyakan orang Tak seperti restoran restoran pada umumnya selalunya kita perlu bayar sekali sahaja di restoran bufet untuk menikmati juadah juadah yang disediakan di sa...
Ayahku Kekasihku Kisah Benar Ayah Bercinta Dengan Anak Sendiri Sehingga Hamil Haruan Makan Anak

Ayahku Kekasihku Kisah Benar Ayah Bercinta Dengan Anak Sendiri Sehingga Hamil Haruan Makan Anak

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Kes haruan makan anak bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina 21 yang dijadikan kekasi...
Makan Hati Ayam Adalah Propaganda Sains Yang Menyebabkan Tubuh Dapat Penyakit

Makan Hati Ayam Adalah Propaganda Sains Yang Menyebabkan Tubuh Dapat Penyakit

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 266 hits
HATI AYAM ORGAN DALAMAN PUNCA MANUSIA BERPENYAKIT Kita diajar kalau nak tambah darah kita kena makan hati lembu dan hati ayam Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat tinggi Tetapi Nabi kita tidak menggalakk...
Adakah Hatiku Terjaga Dari Penyakit Hati Buruk Sangka

Adakah Hatiku Terjaga Dari Penyakit Hati Buruk Sangka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 303 hits
kejadian yang menimpa diri baru baru ini memaksa aku untuk menulis pada blog usang ini dan telah membuka mataku kepada dosa yang kita tak sedari kita sebagai manusia tidak lepas daripada sifat buruk sangka terhadap apa2 pun di sekeliling ki...
Banyak Kes Anak Tercekik Makan Buah Doktor Syorkan Potong Ikut Teknik Ini

Banyak Kes Anak Tercekik Makan Buah Doktor Syorkan Potong Ikut Teknik Ini

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 277 hits
Ibu bapa yang ada anak kecil pastikan waktu anak makan buah buahan atau apa saja makanan keras perlu sentiasa diberi perhatian Risau berlaku perkara yang tak dijangka pada anak Seperti perkongsian Dr Ahmad Samhan kisah kanak kanak yang terc...
Buat Aksi Muntah Lepas Minum Kopi Influencer Ini Teruk Dihentam Netizen

Buat Aksi Muntah Lepas Minum Kopi Influencer Ini Teruk Dihentam Netizen

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 537 hits
Seorang Youtuber dan Influencer mengundang kritikan ramai gara gara memuntahkan kembali air kopi yang dibelinya daripada sebuah restoran kopi popular Difahamkan wanita berkenaan mencuba air Sally yang sedang trending di aplikasi Tik Tok Nam...
Panduan Buat Mak Ayah Yang Punyai Anak Tahun Satu 2020

Panduan Buat Mak Ayah Yang Punyai Anak Tahun Satu 2020

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 318 hits
SEKEJAP sahaja masa berlalu Anak yang dulunya masih kecil kini sudah menginjak ke Tahun Satu Bagi yang sudah pandai membaca mungkin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah Namun bagi yang masih merangkak rangkak untuk mengenal ABC 123 m...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kek Keju Lava Utara Cafe

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

5 Perusahaan Pialang Berjangka Resmi Memiliki Kantor Di Pontianak

Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan