Panduan Lengkap Pemakanan Yang Boleh Diberi Untuk Bayi 0 12 Bulan Ibu Wajib Semak
Masalah anak cerewet makan bukanlah satu perkara asing buat ibu bapa. Lazimnya, bayi akan mula memilih makan selepas usianya setahun. Yang menjadi kebimbangan ibu bapa adalah tentang keperluan nutrisi bayi mereka; adakah bayi mendapat nutrisi yang secukupnya jika memilih makan?
Bagi mengelakkan masalah bayi cerewet makan, mereka perlu didedahkan kepada pemakanan berkhasiat sejak awal lagi, iaitu sebaik sahaja usianya mencecah 6 bulan.
Pemberian makanan separa pejal seperti puri buah-buahan dan sayur-sayuran adalah yang terbaik untuk bayi anda ketika ini. Dalam memperkenalkan bayi kepada makanan baru, anda perlu lakukannya secara berperingkat.
Panduan Pemakanan Bayi 0-2 tahun
Peringkat umur bayi
Makanan yang boleh diberikan
Keterangan
0-6 bulan
Susu ibu/ susu formula
Bayi hanya diberikan susu ibu atau susu formula sahaja ketika ini.
6-8 bulan
Makanan separa pejal seperti puri ataupun bahan yang dilenyek halus. Contohnya: pisang, buah pear, buah epal, aprikot, prun, avokado, lobak merah, ubi kentang
Penyediaan puri bayi boleh dilakukan dengan cara mengukus atau merebus dahulu buah/ sayur sehingga lembut. Kemudian, baru dikisar sehingga menjadi puri.Anda boleh menambah susu badan/ susu formula pada puri bagi menarik si manja anda makan.
8-12 bulan
Semakin si manja anda membesar, anda boleh berikannya makanan yang dikisar kasar supaya dapat membantu bayi belajar mengunyah.Apabila bayi anda sudah pandai menggenggam barang, anda boleh tawarkannya makanan kudapan atau finger food seperti buah lembut yang dipotong kecil, pasta yang sudah dimasak
Semasa memperkenalkan bayi anda kepada makanan baharu, cuba tawarkan sesudu kecil dahulu. Jika anda lihat dia selesa dengan rasa tersebut, tawarkannya kepada satu sudu besar pula.
Berhati-hati semasa memberikan anak buahan potong, dikhuatiri dia tercekik.
Kanak-kanak berusia dua tahun ke atas memerlukan jenis makanan yang sama seperti orang dewasa seperti daging, ikan, telur, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran, serta bijirin penuh, ubi kentang, nasi, roti, pasta.
Jika bayi anda sudah pandai memilih makan, apa yang anda boleh lakukan adalah memastikan si kecil mendapat makanan yang berkhasiat setiap hari.
Anda boleh juga tawarkannya makanan snek atau kudapan yang pasti akan menjadi kegemaran si kecil. Selitkan juga makanan berkhasiat di dalam hidangan yang digemarinya dengan mempelbagaikan rasa dalam hidangan tersebut.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
The post Panduan Lengkap Pemakanan Yang Boleh Diberi Untuk Bayi 0-12 Bulan, Ibu Wajib Semak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/panduan-lengkap-pemakanan-yang-boleh-diberi-untuk-bayi-0-12-bulan-ibu-wajib-semak/