Ibu Hamil Bukan Semua Ikan Boleh Makan Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan


“Ibu, janganlah makan sembarangan ikut nafsu mengidam. Kelak saya yang tanggung akibatnya,” Bayangkan jika anda dapat dengar keluhan bayi anda, pasti anda tidak sampai hati kan?

Diet ibu hamil memang penuh dengan pantang-larang kerana makanan diambil bukan saja untuk anda, tetapi juga si kecil.
Segala apa yang anda makan, semuanya akan mempengaruhi perkembangan bayi anda. Jadi, berhati-hatilah ketika memilih walaupun jenis ikan sekalipun.
Eh, takkan ikan pun kena pilih? Mestilah ibu, dan artikel ini akan menghuraikan sebab dan jenis ikan yang berbahaya untuk kandungan anda!
Makanan laut dalam diet ibu hamil, perlu ke? Makanan laut merangkumi ikan dan kerang-kerangan kaya dengan sumber protein, zat besi dan zink. Nutrien ini penting untuk perkembangan bayi anda.
Asid Omega-3 termasuk asid dokosaheksaenoik (DHA) boleh didapati dalam banyak jenis ikan dan ia mendorong pembentukan dan perkembangan otak si kecil, jadi baik untuk dimasukkan dalam rutin diet ibu hamil.
Namun, terdapat beberapa jenis ikan pemangsa yang besar harus dielakkan oleh ibu hamil kerana mengandungi kadar merkuri yang tinggi.
Walaupun makanan laut yang mengandungi merkuri tidak merisaukan orang dewasa, namun berhati-hatilah jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil.
Makanan hamil tidak seharusnya mempunyai kadar merkuri yang tinggi kerana ia boleh membantutkan perkembangan bayi anda.
Isu merkuri, bahaya ke untuk si kecil saya? Merkuri ialah sejenis logam yang boleh dijumpai secara semula jadi dalam persekitaran. Namun, kadar merkuri semakin tinggi dek kerana pencemaran oleh industri-industri yang berkembang pesat dan menjejaskan makanan laut.
Kajian mendedahkan merkuri yang tinggi dalam diet ibu hamil boleh memberi kesan negatif kepada bayi anda walaupun ibu tidak menunjukkan simptom.
Sistem saraf janin mudah terjejas ketika tempoh perkembangan yang cepat. Oleh itu, diet ibu hamil yang selamat sangat penting untuk bayi anda.
Kesan negatif pengambilan merkuri oleh ibu hamil terhadap bayi adalah:
Masalah berkaitan dengan saraf Kerencatan mental Ataksia dan palsi serebrum Sawan Hilang deria pendengaran dan penglihatan Melambatkan pembangunan bayi Kecelaruan bahasa Masalah fungsi motor, keupayaan ruang visual dan daya ingatan  Masalah jantung Tekanan darah tinggi Degupan jantung lemah Jumlah makanan laut dalam diet ibu hamil yang dicadangkan Beberapa cadangan hidangan untuk diet ibu hamil telah dikeluarkan oleh Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) di Amerika Syarikat termasuklah :
Mengambil dua hingga tiga hidangan seminggu menggabungkan pelbagai jenis ikan. Jumlah hidangan ikan tidak sepatutnya melebihi 340 gram seminggu. Beberapa jenis ikan seperti ikan tuna putih dan ikan-ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggi hanya boleh dimakan sebanyak satu hidangan seminggu, seberat 170 gram sahaja. Elakkan ikan bermerkuri tinggi. Jika mendapat ikan tangkapan keluarga atau kawan-kawan, dapatkan nasihat daripada doktor mengenai jenis ikan tersebut. Jika tidak berkesempatan, hadkan pemakanan ikan tersebut kepada satu hidangan seminggu sahaja dan jangan makan ikan lain untuk minggu tersebut. Jenis ikan yang selamat untuk dimakan
Ikan yang mempunyai tahap merkuri rendah tetapi kaya dengan omega-3 ialah :
Salmon Ikan bilis Hering Sardin Trout air tawar Tenggiri Makanan laut lain yang boleh dimakan ibu hamil termasuklah :
Udang dan udang galah Ketam Sotong Tiram Ikan keli Tilapia Tuna dalam tin Ikan pollock Siakap hitam Ibu hamil, elakkan pilihan ini! Jenis ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggu selalunya ikan pemangsa yang besar seperti :
Ikan marlin Ikan todak King mackerel Ikan yu Ikan orange roughy Ikan tilefish Panduan makanan laut lain untuk ibu hamil Langkah berjaga-jaga harus diambil jika masih inginkan makanan laut dalam diet ibu hamil.
1. Elakkan makanan laut mentah
Untuk mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan kuman atau virus yang berbahaya, janganlah mengambil makanan laut yang mentah seperti sushi, sashimi dan tiram.
Makanan laut yang disalai juga sebaiknya dielakkan.
2. Masak makanan laut sepenuhnya Kebanyakan makanan laut sepatutnya dimasak dengan suhu melebihi 63°C.
Ikan masak sepenuhnya apabila isi nampak seperti serpihan dan kelihatan gelap. Udang dan udang galah akan menjadi kemerahan dan isinya tampak berkilau dan gelap.
Kerang dan tiram seharusnya dimasak sehingga terbuka kerangnya. Jika ada yang tidak dibuka, buangkan kerang atau tiram tersebut.
Makanan laut baik untuk diet ibu hamil jika anda peka akan jenis ikan yang diambil. Hati-hatilah dengan pilihan ikan anda kerana ia boleh memberi komplikasi kepada si manja.
The post Ibu Hamil, Bukan Semua Ikan Boleh Makan! Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-bukan-semua-ikan-boleh-makan-bahaya-untuk-bayi-dalam-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nyawa Bayi Boleh Melayang Kalau Ibu Hamil Tetap Buat Urutan Naikkan Uri Pendarahan Boleh Berlaku

Nyawa Bayi Boleh Melayang Kalau Ibu Hamil Tetap Buat Urutan Naikkan Uri Pendarahan Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 349 hits
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat Bahan bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh d...
Ibu Pasti Boleh Handle Kekuatan Tu Ada Mawar Karim Maryam Dah Keluar Hospital Kongsi Semangat Untuk Semua

Ibu Pasti Boleh Handle Kekuatan Tu Ada Mawar Karim Maryam Dah Keluar Hospital Kongsi Semangat Untuk Semua

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 311 hits
Alhamdulillah sudah kembali pulih Malah usahawan dan juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar Mawar Karim dan anaknya Wan Maryam telah pun dibenarkan keluar hospital apabila kedua mereka kini disahkan pulih daripada jangkitan virus Covid ...
Tinggal Bersama Keluarga Atau Keluarga Mentua Punca Ibu Hamil Stres Bayi Berdepan Risiko Sakit

Tinggal Bersama Keluarga Atau Keluarga Mentua Punca Ibu Hamil Stres Bayi Berdepan Risiko Sakit

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 413 hits
Sepanjang tempoh kehamilan perubahan melibatkan emosi ibu mengandung adalah perkara biasa Tetapi jika berlebihan ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan Artikel Menarik Memahami emosi ibu mengandung Siapa yang tidak seronok saat...
Gembira Bertukar Sedih Hamil 9 Bulan Baru Tahu Dalam Kandungan Bukan Bayi

Gembira Bertukar Sedih Hamil 9 Bulan Baru Tahu Dalam Kandungan Bukan Bayi

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 579 hits
Siapa sangka penantian seorang wanita ini selama sembilan bulan yang dianggapnya sebagai tempoh kehamilan terjawab dengan berita yang tak disangka sangka apabila doktor mengesahkan dia tidak mengandung sebaliknya ada objek lain dalam rahim ...
Banyak Minum Air Kelapa Saat Hamil Bisa Bikin Kulit Bayi Putih Dan Bersih Sejak Dalam Kandungan Mitos Atau Fakta Ya

Banyak Minum Air Kelapa Saat Hamil Bisa Bikin Kulit Bayi Putih Dan Bersih Sejak Dalam Kandungan Mitos Atau Fakta Ya

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 328 hits
Banyak Minum air Kelapa saat hamil bisa bikin Kulit bayi putih dan bersih sejak dalam kandungan Mitos atau Fakta ya Air kelapa muda dikenal baik bagi kesehatan karena banyak mengandung elektrolit dan nutrisi yang diperlukan tubuh Rasanya ya...
Ya Allah Sedihnya Buang Dari Bilik Hotel Polis Tahan Ibu Bayi Usia 19 Tahun

Ya Allah Sedihnya Buang Dari Bilik Hotel Polis Tahan Ibu Bayi Usia 19 Tahun

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 532 hits
Sedih dan kasihan Itu nasib yang dialami oleh seorang bayi apabila dibuang oleh ibunya sendiri selepas lahir melalui tingkat 13 bilik hotel sehingga menemui ajal Menerusi kenyataan Astro Awani penemuan mayat bayi itu dimaklumkan oleh orang ...
Koleksi Menu Berpantang Sedap Cukup Khasiat Ibu Nak Diet Pun Boleh Cuba

Koleksi Menu Berpantang Sedap Cukup Khasiat Ibu Nak Diet Pun Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 728 hits
Bagi ibu ibu lepas bersalin penting untuk amalkan makan makanan yang berkhasiat Ini untuk memastikan ibu dapat zat yang cukup setelah bertarung nyawa selepas bersalin Banyak darah dalam badan ibu yang keluar setelah melahirkan anak dan wakt...
Ibu Muda Kaya Meninggal Terjun Bangunan Bersama Bayi Jangan Pandang Rendah Pada Depresi

Ibu Muda Kaya Meninggal Terjun Bangunan Bersama Bayi Jangan Pandang Rendah Pada Depresi

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 421 hits
Ibu Muda Kaya Meninggal Terjun Bangunan Bersama Bayi Jangan Pandang Rendah Pada Depresi Depresi dalam bahasa melayu kita disebut sebagai kemurungan Dan jika lepas bersalin orang lama menyebutnya sebagai meroyan Depresi kemurungan dan meroya...
Ibu Hamil Dan Anak Sekolah Belum Terima Blt Segera Lapor Kesini Ya Bunda

Ibu Hamil Dan Anak Sekolah Belum Terima Blt Segera Lapor Kesini Ya Bunda

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 351 hits
Pemerintah telah meluncurkan dana bantuan sosial kepada masyarakat pada tahun ini Berbagai Bantuan Langsung Tunai pun diberikan untuk melindungi masyarakat terdampak pandemi virus corona atau Covid 19Melalui Program Keluarga Harapan Kemente...
The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai

Raikan Hari Raya Bersama Kempen Serlahkan Perayaan Mu Dengan Guardian

Mencari Al Khaliq


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Lengkap Barang Keperluan Masuk Asrama Pelajar Lelaki Dan Perempuan

Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka

Allbet 21 2568 918kiss 918 918kiss Apk 918kiss Allbet Top 3 By Tiffiny Allbet24hr Win

Ringgit Opens Flat As Market Awaits Direction

Make Us One Mixue Promotes Diversity Amid Racist Job Ad Controversy

Activist 48 Hours Action Against Zamri Vinoth Or Hindus Will Launch Massive Yellow Wav Protest