Tinggal Bersama Keluarga Atau Keluarga Mentua Punca Ibu Hamil Stres Bayi Berdepan Risiko Sakit


Sepanjang tempoh kehamilan, perubahan melibatkan emosi ibu mengandung adalah perkara biasa. Tetapi jika berlebihan, ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan.
Artikel Menarik: “Mama, Abah Tak Sayang Kakak. Selalu Layan Adik & Baby”. Ibu Sebak Baca Luahan Anak Sulung

Memahami emosi ibu mengandung Siapa yang tidak seronok saat berbadan dua. Namun mengandung turut boleh menimbulkan pelbagai emosi kepada anda termasuklah rasa cemas atau tertekan. Tetapi ia adalah 1 keadaan normal untuk dialami wanita yang hamil.
Umumnya, tekanan yang berlaku adalah 1 reaksi normal terhadap perubahan besar seperti kehamilan.
Dalam beberapa keadaan, tekanan dialami boleh dianggap 1 perkara baik kerana mendorong individu untuk bertindak dalam berdepan cabaran baharu.
Walau bagaimanapun, stres secara berlebihan dan terlalu membebankan bagi wanita yang sedang hamil boleh mengakibatkan masalah kesihatan kepada diri anda dan juga kandungan.

Tekanan mempengaruhi tempoh kehamilan Emosi ibu mengandung yang turun naik bersama rasa tertekan adalah perkara biasa sepanjang tempoh kehamilan.
Ini kerana proses mengandung itu sendiri mendatangkan banyak perubahan dalam kehidupan, sama ada secara fizikal mahupun mental.
Tahap tekanan yang tinggi dan berterusan untuk jangka masa panjang boleh menjejaskan kesihatan, seperti mewujudkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Semasa mengandung, tekanan berlebihan mengembangkan kemungkinan untuk mempunyai bayi pramatang, iaitu bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan.
Di samping itu, stres yang berterusan boleh meningkatkan risiko bayi lahir dengan berat badan rendah, yang kurang daripada 2.5 kilogram (kg).
Bukan itu sahaja, bayi yang lahir secara pramatang atau berat lahir yang rendah mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan.

Punca perubahan emosi ibu mengandung Bagi kebanyakan wanita yang hamil, mendapat perkhabaran bahawa mereka berbadan dua juga boleh menjadi 1 pengalaman yang memberikan tekanan.
Dalam keadaan tersebut, anda akan berasa seperti hilang kawalan atau tidak mempunyai sumber dan sokongan yang mencukupi untuk menguruskan apa yang bakal anda lalui sepanjang tempoh kehamilan.

Antara punca tekanan biasa bagi setiap wanita yang mengandung adalah:
Anda mungkin berdepan ketidakselesaan semasa tempoh kehamilan seperti mabuk pagi, keletihan, sembelit, atau sakit belakang Perubahan hormon mengakibatkan perubahan emosi. Mood swings menjadikan tekanan lebih sukar diatasi Kerisauan tentang apa yang dijangkakan semasa proses kelahiran dan bagaimana untuk menjaga bayi Jika anda bekerja, kebimbangan untuk uruskan tugasan kerja dan persiapan untuk mengambil cuti bersalin Kerisauan tentang makanan dan minuman yang diambil mungkin memberi kesan kepada bayi Artikel Menarik: Ibu Pasti Boleh Handle, Kekuatan Tu Ada, Mawar Karim & Maryam Dah Keluar Hospital. Kongsi Semangat Untuk Semua
Perkara lain yang boleh menjejaskan emosi ibu mengandung termasuk:
Menunggu keputusan pemeriksaan pranatal Pengalaman kehamilan lepas seperti keguguran atau kematian bayi Kehamilan mengejut yang tidak dirancang Berdepan perubahan fizikal semasa mengandung Komplikasi kehamilan Menjadi ibu bapa tunggal dan risau tentang bagaimana untuk menghadapinya Masalah dalam perhubungan dengan pasangan atau keluarga Masalah kewangan Kehilangan atau bertukar pekerjaan Kesedihan seperti kematian ahli keluarga Masalah kesihatan seperti kemurungan atau penyakit mental
Jika anda mengalami lebih daripada 1 yang disenaraikan di atas dalam masa yang sama, bermakna anda berdepan tekanan yang banyak.
Bagaimana tekanan menjejaskan kehamilan? Hubung kait antara tekanan dan kehamilan masih tidak dapat difahami dengan jelas. Tetapi sesetengah tekanan melibatkan hormon memainkan peranan ke atas komplikasi ketika mengandung.
Tekanan yang kronik atau berpanjangan boleh menjejaskan sistem imun yang melindungi diri daripada jangkitan.
Ini sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pada uterus dan ia boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.
Masalah lain yang boleh dialami:
Tidak cukup tidur
Tidak selesa sepanjang tempoh kehamilan seperti kesukaran untuk tidur, sakit badan dan mabuk pagi yang dirasakan lebih teruk apabila tertekan.

Pemakanan 
Emosi ibu mengandung yang terjejas berkemungkinan menyebabkan mereka mengalami masalah berkaitan selera makan. Ia sama ada kurang atau terlebih makan.
Kesannya anda akan mengalami masalah kurang berat badan atau terlebih. Risiko untuk penyakit diabetes gestasi dan kelahiran pramatang adalah tinggi.
Tekanan darah tinggi
Stres berlebihan ketika tempoh kehamilan cenderung menyebabkan anda mengalami tekanan darah tinggi.

Keadaan itu meletakkan anda kepada masalah pre-eklampsia, kelahiran pramatang dan bayi lahir dengan berat yang rendah.
Bukan itu sahaja kesan kepada si manja, bayi dalam kandungan juga boleh berdepan gangguan tumbesaran serta menjejaskan tempoh kehamilan anda.
Tekanan kronik secara tidak langsung mendedahkan bayi dengan risiko perkembangan fizikal dan mental termasuklah tingkah-lakunya ketika melangkah ke alam kanak-kanak.
Mengawal perubahan emosi ibu mengandung Sangat penting untuk menjaga perkembangan mental dan emosi sepanjang tempoh kehamilan, dan bukan sekadar menjaga kesihatan fizikal semata-mata.
Apabila anda berasa gembira dan sihat, anda pasti dapat mengatasi dan mengawal tekanan yang dihadapi.
Sudah tentu ia akan mengurangkan risiko untuk mengalami sebarang kesan yang tidak diingini kepada diri atau bayi dalam kandungan.
Kredit: Hello Doktor, Public Health Malaysia

 
The post Tinggal Bersama Keluarga Atau Keluarga Mentua Punca Ibu Hamil Stres, Bayi Berdepan Risiko Sakit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tinggal-bersama-keluarga-atau-keluarga-mentua-punca-ibu-hamil-stres-bayi-berdepan-risiko-sakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Elak Ambil Kopi Kafein Air Berkabonat Berlebihan Kalau Sayang Bayi Tak Nak Keguguran

Ibu Hamil Elak Ambil Kopi Kafein Air Berkabonat Berlebihan Kalau Sayang Bayi Tak Nak Keguguran

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 349 hits
Keguguran berlaku bila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim pada usia kandungan kurang dari 22 minggu Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda tanda hidup juga dir...
Nyawa Bayi Boleh Melayang Kalau Ibu Hamil Tetap Buat Urutan Naikkan Uri Pendarahan Boleh Berlaku

Nyawa Bayi Boleh Melayang Kalau Ibu Hamil Tetap Buat Urutan Naikkan Uri Pendarahan Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 340 hits
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat Bahan bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh d...
Kalau Nak Anak Bijak Ibu Hamil Kena Suka Membaca Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

Kalau Nak Anak Bijak Ibu Hamil Kena Suka Membaca Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 440 hits
Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Tabiat membaca buku oleh ibu mengandung Ibu hamil sering dihujani maklumat yang boleh menimbulkan ...
Ya Allah Sedihnya Buang Dari Bilik Hotel Polis Tahan Ibu Bayi Usia 19 Tahun

Ya Allah Sedihnya Buang Dari Bilik Hotel Polis Tahan Ibu Bayi Usia 19 Tahun

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 521 hits
Sedih dan kasihan Itu nasib yang dialami oleh seorang bayi apabila dibuang oleh ibunya sendiri selepas lahir melalui tingkat 13 bilik hotel sehingga menemui ajal Menerusi kenyataan Astro Awani penemuan mayat bayi itu dimaklumkan oleh orang ...
Ada Yang Tangguh Vaksin Bayi Ini Risiko Yang Terpaksa Anak Anda Hadapi

Ada Yang Tangguh Vaksin Bayi Ini Risiko Yang Terpaksa Anak Anda Hadapi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 232 hits
Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadap vaksinasi terhadap anak mereka kerana mereka mungkin memikirkan akan bahaya vaksin terhadap kesihatan anak anak Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin anak mereka akan ...
Ibu Hamil Lansia Dan Anak Anak Korban Gempa Sulbar Ditempatkan Di Tenda Khusus

Ibu Hamil Lansia Dan Anak Anak Korban Gempa Sulbar Ditempatkan Di Tenda Khusus

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 209 hits
Kelompok rentan pengungsi korban gempa di Sulawesi Barat seperti ibu hamil lansia dan anak anak ditempatkan di tenda khusus yang disiapkan oleh Kementerian Sosial Para pengungsi ditempatkan di tenda khusus agar nyaman
Hanya Minta Doakan Ibu Sihat Dari Strok Penderma Rm1 000 Lampin Bayi Tuala Wanita

Hanya Minta Doakan Ibu Sihat Dari Strok Penderma Rm1 000 Lampin Bayi Tuala Wanita

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 733 hits
Banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketika ini sememangnya amat buruk Ramai mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara selepas kediaman masing masing dinaiki air di paras bahaya Susulan daripada itu banyak piha...
Dah Scan Bayi Tapi Tak Nampak Apa Apa Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

Dah Scan Bayi Tapi Tak Nampak Apa Apa Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 286 hits
Apabila ujian kehamilan menunjukkan positif pastinya anda teruja untuk melakukan scan bayi kan Eh kejap kenapa tak nampak kantung kehamilan masa imbasan Adakah ia petunjuk masalah kehamilan Sudah pasti anda berasa bimbang semasa melakukan p...
Air Mata Seorang Ibu Demi Selamatkan Bayi Dipaksa Bersalin Selepas Positif Covid

Air Mata Seorang Ibu Demi Selamatkan Bayi Dipaksa Bersalin Selepas Positif Covid

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 370 hits
Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan adik saya yang dijangkiti Covid dan anak saudara yang dilahirkan secara pembedahan Ini yang diluahkan oleh seorang kakak selepas memuat naik statusnya di FB Tiada siapa yang minta keadaan seperti ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin