Ibarat Diberi Nyawa Ke 2 Kisah Ibu Hamil Positif Covid Stage 5 Ketika Kandungan 5 Bulan


Sejak akhir-akhir ini, kes melibatkan ibu mengandung yang dijangkiti Covid-19 semakin membimbangkan. Jika awal-awal penularan Covid, ramai yang bimbangkan keadaan warga emas tetapi sekarang dengan pelbagai varian virus Covid ia berisiko kepada ibu hamil.
Disebabkan itu, kerajaan sangat mengharapkan ibu hamil ini untuk mengambil suntikan vaksin bagi melindungi ibu dan bayi dalam kandungan. Jika dijangkiti sekalipun mungkin risikonya sangat rendah.
Melalui perkongsian Puan Noor Sharini, dia berkongsi pengalamannya sebagai ibu mengandung yang positif Covid Stage 5. Ketika disahkan positif Covid, kandungan usia  5 bulan dan kesembuhannya ini ibarat diberi nyawa buat kali kedua.

Kenangan Dan Bekas Pesakit Covid19 Yang Mengandung 5 bulan Stage 5
23/7/2021 – 8/8/2021
23hb disahkan positif.. walaupun tak ada simptom..doktor suh pakai gelang.. kuarantin kat rumah..
24hb..Masa kurantin kat rumah 2 hari.. anak-anak takkan faham kena jauh dari umi dia. Walaupun dah asing bilik, tetap juga dia orang datang tidur dengan kita. Tunggu umi dia bangun layan diaorang. Masa ni dah start batuk la. Seram sejuk, asyik berselubung dalam toto yang paling tebal. Lega demam tu kejap jek.. pastu dia datang balik.. memang anak terbiar la masa tu.. nasib ada suami yg baik..
Kenangan naik ambulan.. Laju.. selaju nadi ku. 25hb..Tidur tak kena. duduk tak kena.. buat apa semua tak kena.. makan dua suap rasa penat dia melampau.. sampaikan nak basuh tangan penat macam apa jek..Masa ni bincang dengan suami.. ada baik biar ayg ke hospital.. kita tak tau kalau oksigen tak ada dalam badan. Dengan batuk tambah teruk.. sian lak baby dalam perut. Sakit agaknya bila umi batuk macam nak mati..
Nampak la suami dah sedih.. dia call juga ambulan sebab fikir dua nyawa.. pujuk suami.. Insyallah ayg kuat tuk family kita. Bila ambulan sampai.. benda paling sedih tak dapat peluk cium anak-anak. Sebab deria bau memang dah tak ada. Masa naik ambulan anak2 macam pelik je tengok.. Alhamdulillah dia orang tak nangis. Mungkin tau umi dia memang tak sihat kan..
Masuk ambulan.. MA cek nadi oksigen semua.. oksigen masih ok ya masa ni.. nadi dengan Jantung je.. Masyallah.. Laju sangat.. Terus ambulan pecut g hospital. Sampai hospital.. bahagian kecemasan covid19.
Allahu.. terlalu ramai orang yang tunggu untuk gas oksigen.. semuanya. Oleh kerana umi ni pregnant, umi di bawa masuk ke khemah yg tidak bercampur dengan lelaki..
Bila cek punya cek.. paru-paru di suspek ada kuman. Patut la batuk macam apa je. So buat X-ray apa semua, terus di hantar ke wad lama A-1..
Ni keadaan kat wad kecemasan ya.. 26hb..Fikir diri kuat.. nak g toilet sendiri.. mandi apa semua. tak sedar lak masa ni oksigen dah nak drop.. batuk teruk.. berkahak warna merah.. Allahu.. Tuhan je tau masa tu. Datang doktor cek spo² atau oksigen dalam badan.. dah turun ke 89%..masa ni nurse call suami.. bersedia la dengan sebarang kemungkinan.
Padahal masa ni dorang transfer umi ke wad baru. wad covid19, pemantauan depan mata doktor.. suami dah nangis dah.. mak call pun dah nangis. umi soal dorang.. kenapa mesti nak nangis.. umi hidup lagi.. ok lagi.. cuma nak amik oksigen je kat wad lain..Jangan la nangis.. kita nak berjuang ni..
Sampai wad baru tu.. duk kat bilik 4 org dulu..pasang oksigen. tapi oksigen masih tak cantik.. dorang suruh tidur meniarap.. tapi tak boleh sebab kita ada baby dalam perut kesian baby terhimpit.
Hari yang dah drop oksigen.. Memula pakai kat hidung.. Dengan laju nurse nama kak senah suh tukar p ke bilik yg betul depan dengan doktor bertugas. Pesan dia sampai sekarang ingat lagi.. kau kena kuat.. kau kena berjuang.. fikirkan baby.. lupakan segala benda kat luar tu.. Akak sayang kau.. akak nak kau bangkit.. Sihat demi baby.. Masa ni memang mata kuyu.. tapi semangat angkat tangan.. bagitau.. pasti bangkit kak.. pastu tidur… penat agaknya di tolak sana sini..
Next day..Oksigen still tak sampai ke paru-paru..Doktor kat wad discuss dengan doktor bius solutions yang perlu untuk wanita mengandung ni.. Masa ni macam dah gegar dah jantung..
Adakah aku akan ditidurkan.. adakah aku tak berjumpa lagi dengan semua.. Ya Allah… tengok tak permainan covid19 ni.. dia main emosi kita wey…Nurse sibuk dah pasang tiub kencing dengan pampers..
Doktor datang bagitau.. awak dari stage 2 ke stage 5 skrg ni.. Masa ni mcm blurr.. Tak nak pikir apa dah.. pikir nak sihat..Doktor pun tunjuk mesin booster oksigen.. Masa ni termenung gak.. doktor terus tepuk.. kami takkan tidurkan awak.. mesin ni tuk booster oksigen terus ke paru-paru awak. Jadinya macam nak bagi cepat sampai la oksigen tu.. owhhh.. ok baru Faham..
Memang masa pakai oksigen ni.. nama dia C-PAP.. Tak terasa langsung udara luar..Memang grip abis kat mulut dengan hidung. Time ni gak dah on antibiotik. Masa ni berdoa moga kuman dalam paru-paru hilang..Sebab bila batuk buang kahak ada kemerahan… masa ni pun tawakal je la..
Bila oksigen biasa tak sampai paru2.. kena pakai yang booster.. Full face.. Ni tak de bocor.. Pengalaman pakai C-PAP oksigen ni.. Allahuakbar.. Rimas memang rimas tapi sabar je.. pastu kan bila tertidur pakai oksigen ni rasa macam ada dua orang je.. mcm split person dgn diri sendiri.. emosi..
Rasa mcm aku hidup lagi ke.. aku pakai benda ni ke? aku ke yang sedut oksigen ni.. bukan orang lain tadi ke.. Bila nurse nampak kita meracau.. dia datang tepuk.. Jangan meracau…fokus nak sihat ya.. Terus zikir je sambil tengok keadaan sekeliling..
Ni la mesin boosternya Alhamdulillah.. pakai oksigen full face tu cuma dua hari je.. da boleh pakai oksigen yang mcm ambil gas jek.. masih lagi di wad pemantauan depan mata doktor.. masa ni tau tidur je.. bangun pun nurse kejut tuk makan.. Pas makan tidur balik.. Rasa mcm penat berlari 100 meter.. tak tau penat apa.. nak video call anak2 pun memang tak terdaya.. pendek kata kat hospital terpaksa lupakan orang tersayang.. demi anak dalam perut dan diri sendiri..

Setelah didapati diri dah mula menunjukkan perubahan yang baik.. Doktor tukar lak kita ke ruangan sebelah.. masih juga di pantau depan mata doktor.. masa ni kita minta la buka tiub kencing.. dengan pampers.. nak cuba berjalan ke tandas sendiri.. Alhamdulillah di izinkan.. tapi kena tau control nafas.. sbb masih bergantung pada oksigen.. serius cakap.. kalau bukak oksigen tu memula ok.. kalau da lama ke toilet mcm mengelupur cari oksigen.. so buat apa kena cepat.. end up.. bila rasa nak mandi.. minta nurse tolong mandikan.. nurse pun seronok siram2 kita atas katil.. Masa dia siram tu.. Allahuakbar nikmatnya air ni Ya Allah… setelah seminggu tak mandi..
Lalui hari seterusnya dengan oksigen paras 8.. diturunkan kepada 5. masa ni tidur pakai oksigen pun terbuka.. Allahu.. Nasib la ok.. tak mencungap.. Masa ni dah tukar oksigen hidung je.. so senang la nak makan kalau pakai oksigen pun.. Antibiotok pun dah off masa ni.. Dan baru tersedar yang dah duk hospital selama 12 hari..
Hari ke 11 ni dah main emosi rindu anak2 dan suami.. Pagi tanya doktor bila boleh balik.. Doktor cakap tunggu result darah nadi.. Darah nadi ni setiap hari ya akan di ambil.. Sakit dia.. Allah je yang tau.. Lebih rela la amik darah lain.. Nak ke x nak kena je serah tangan setiap hari.. Ubat lak time ni just air garam dengan ubat cair kahak je.. oksigen di turunkan paras 2 je..
Antara ubat masa dalam wad Hari ke 12. .
Bangun pagi tengok oksigen dah off.. Alhamdulillah.. Kita belajar bernafas sendiri lak.. Nafas memang pendek la citer dia.. kena selalu exercises paru2 pakai alat dia.. Batuk still ada tapi tidak la keras masa awal kena sakit tu.. Masa ni memang da meronta nak balik.. rindu betul dah kat anak2.. Video call pun boleh nangis tgok anak2.. Tanya doktor.. tanya nurse.. bila boleh balik.. semua jawab tak pasti bila boleh balik.. kecewanya… tapi sabar jugak…
Hari 13..
Bangun pagi nangis.. nak balik.. puas doktor dgn nurse pujuk.. tapi nak buat macam mana memang dah betul emosi rindu anak2.. Dekat dua mggu tak peluk cium anak.. emosi umi terganggu betul.. doktor cakap tggu result darah petang.. sampai ke petang doktor x muncul kembali..
Masa ni ubat cuma tinggal cair kahak je.. so memang yakin la boleh balik..tapi nurse cakap kalau part ibu mengandung ni tidak semudah itu untuk balik.. kena pantau sampai doktor puas ati.. paling lama duk spital dekat sebulan..
Last Day…
Pelik.. Tak de doktor amik darah nadi.. cuma makan ubat cair kahak je.. tanya lagi doktor bila leh balik.. doktor still cakap tak pasti.. kita terus macam.. ok la.. nak buat macam mana kan.. tak boleh balik.. sambung je aktiviti biasa.. makan tidur dan layan movie.. pastu masa makan tengah hari ada satu nurse ni nama Kak Senah.. nurse yang sambut kita memula sampai ke wad pemantau doktor.. dia ni happy go lucky.. mulut bising tapi baik.. dia la yang tepuk kita masa meracau pakai oksigen.. dia yang cakap akak nak kau sihat.. fokus nak sihat.. jangan fikir yang lain.. fikir anak dalam perut kau.. Akak tak nak kau balik jadi mayat.. masa ni terdiam.. insyallah kak.. owang kuat.. alhamdulillah last day dia masih jumpa kita yang betul drop awal masuk wad, sihat walafiat dah..
Kesan ambil darah nadi Kak senah minta nombor.. Sebab saja nak share.. Pastu kita cakap dengan kak senah.. tolong ar tgok kan file kita.. ok ke tak.. bila leh balik.. dia cakap ok nanti dia tanya doktor sekali..Dia pun kuar.. kita sambung tidur..
Tup tup dapat whatsapp.. dik.. kau dah boleh keluar dik.. tak sempat kita nak amik gambar.. Masa tu dah nak melompat atas katil.. tapi tahan.. sbb takut la tak betul kan.. x lama pastu MA call.. dia cakap standby kak.. dah boleh balik.. siapa ambil.. nombor plat kereta semua bagi sy.. Ya Allah… Masa tu Allah je tau.. satu perasaan rindu tu macam mana.. Berdebar nak jumpa suami dengan anak2..
Call suami suruh bawak gun sanitizer.. suh datang tepat jam 5..Pukul 5 Laki sampai.. bagitau nurse.. nurse amik surat dgn wheel chair..hantar kita sampai parking.. Mekasih misi.. anak2 dah menjerit nangis tgok umi dia.. tapi umi dia kena sembur abis abisaan dulu sebelum masuk keta.. Alhamdulillah.. Dapat pulang dengan sihat..
Cuma kita alami post covid la.. orang cakap kesan selepas kena Covid19 . Nafas pendek..
Batuk still ada lagi cuma tak keras. Penat.. kalau buat kerja skit penat.. Ada yang kata lepas 3 bulan baru ok..
Alat senaman paru-paru.. Mesti kena buat ni nak bagi paru-paru ok kan.. Tak apa la.. kita redha je.. cukup lah Allah bagi peluang kedua untuk bersama anak2, suami dan keluarga..Semoga menjadi kenangan dalam hidup sendiri..
Kepada yang baca.. kalau anda di takdirkan terkena wabak ini.. sabar.. tabah dan redha..
Lawan selagi boleh.. fokus nak sihat.. jangan ikut emosi wabak ni..Insyallah.. Boleh..
#covidfighter2021
#preggymom
Kredit: Noor Sharini
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Ibarat Diberi Nyawa Ke-2”. Kisah Ibu Hamil Positif Covid Stage 5 Ketika Kandungan 5 Bulan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibarat-diberi-nyawa-ke-2-kisah-ibu-hamil-positif-covid-stage-5-ketika-kandungan-5-bulan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semoga Sarah Kuat Bertahan Demi Anak Anak Frontliner Kongsi Pengalaman Jaga Ibu Hamil Stage 5 Covid 19

Semoga Sarah Kuat Bertahan Demi Anak Anak Frontliner Kongsi Pengalaman Jaga Ibu Hamil Stage 5 Covid 19

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 417 hits
Semoga kedua duanya selamat begitulah doa dari frontliner ini dan juga warga maya yang tidak putus putus mendoakan kesihatan buat Siti Sarah Raissudin serta bayi setelah Siti Sarah ditidurkan akibat paras oksigen yang rendah kerana jangkita...
Pemerintah Pusat Dorong Pemda Segera Buat Pusat Isolasi Covid Untuk Ibu Hamil

Pemerintah Pusat Dorong Pemda Segera Buat Pusat Isolasi Covid Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 191 hits
Kata Luhut daerah Batu Jawa Timur telah menerapkan hal tersebut Hal ini dimaksudkan agar menekan angka kematian bagi ibu hamil
Hiburan Keadaan Sendiri Pun Tak Okey Ibu Positif Covid 19 Elyana Terkilan

Hiburan Keadaan Sendiri Pun Tak Okey Ibu Positif Covid 19 Elyana Terkilan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 324 hits
Penyanyi dan juga pelakon Elyana memaklumkan bahawa ibu kesayangan Shamsidar Alias telah disahkan positif COVID 19 pada Isnin lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementElyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal 34 memberitahu hanya ibuny...
Tolong Selamatkan Bayi Saya Walaupun Bertarung Nyawa Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan

Tolong Selamatkan Bayi Saya Walaupun Bertarung Nyawa Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 323 hits
Walaupun sedang bertarung nyawa ibu yang positif Covid 19 tetap fikirkan anak dalam kandungan dan minta pada doktor Tolong selamatkan bayi saya
Please Stay Strong Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Yana Samsudin Positif Covid 19

Please Stay Strong Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Yana Samsudin Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 433 hits
Pelakon Yana Samsudin memaklumkan bahawa seluruh ahli keluarganya yang berada di Yong Peng telah disahkan positif Covid 19
Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 233 hits
3 396 kes Covid 19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021 Seorang ibu hamil menunggu giliran vaksinasi di Sunway Pyramid Convention Centre Gambar Bernama Kementerian kesihatan memaklumkan sebanyak 7...
Suami Meninggal Ketika Hamil Ibu Tunggal Jadi Ketua Keluarga Sara 6 Anak

Suami Meninggal Ketika Hamil Ibu Tunggal Jadi Ketua Keluarga Sara 6 Anak

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 224 hits
Semoga dipermudahkan segala urusan 7 beranak ini NASIB Salasiah Matudi 35 sesuai digambarkan dengan peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga Kata wanita itu ketika ditemui penulis baru baru ini beliau sesekali tidak menyalahkan takdir yang ter...
1 100 Ibu Hamil Jalani Vaksinasi Covid 19 Di Ugm

1 100 Ibu Hamil Jalani Vaksinasi Covid 19 Di Ugm

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 302 hits
Universitas Gadjah Mada bekerja sama dengan sejumlah pihak menggelar vaksinasi Covid 19 khusus untuk ibu hamil Penyuntikan vaksin yang digelar di Grha Sabha Pramana UGM Kamis ini diikuti oleh 1 100 perempuan yang tengah mengandung
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas