Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm


Bernama 3,396 kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021.

Seorang ibu hamil menunggu giliran vaksinasi di Sunway Pyramid Convention Centre. Gambar: Bernama Kementerian kesihatan memaklumkan sebanyak 70 kes kematian ibu hamil disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan sehingga 9 Ogos lepas berbanding sifar kematian ibu hamil direkodkan pada 2020 akibat komplikasi wabak itu.
Ketua Pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada tahun ini, purata kes Covid-19 bagi bulan Januari sehingga Mei adalah sebanyak dua kes pada setiap bulan, namun berlaku peningkatan kes kematian mendadak sejak Jun iaitu 17 kematian.
“Data menunjukkan dua kes daripada jumlah tersebut telah menerima dos pertama vaksin manakala 15 kes yang lain tidak menerima vaksinasi selain 47% daripada kes kematian yang dilaporkan mempunyai komorbiditi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata sebanyak 3,396 kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021.
Katanya jumlah kes yang dilaporkan semakin meningkat mulai Oktober 2020 dengan purata 200 kes jangkitan sebulan iaitu lonjakan kes adalah pada Mei 2021 (850 kes) dan Jun 2021 (899 kes).
“Peratus ibu hamil yang dijangkiti Covid-19 yang menerima penjagaan rawatan rapi telah meningkat daripada 3% pada 10 Julai lepas kepada 5.3% pada 7 Ogos 2021,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata analisa terperinci menunjukkan nisbah kes ibu hamil dijangkiti yang menerima rawatan rapi berbanding jumlah pesakit Covid-19 kritikal ialah satu dalam 20 yang nisbahnya jauh lebih tinggi berbanding nisbah jangkitan ibu hamil dalam populasi umum iaitu satu dalam 220.
Katanya dianggarkan hampir 1% ibu hamil di negara ini dijangkiti wabak berkenaan.
Sementara itu, beliau memperincikan seramai 146,759 ibu hamil telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19 setakat 8 Ogos lepas, sejak kempen ‘ibunisasi’ dimulakan pada akhir Jun 2021.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 83,251 (57%) ibu hamil telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 20% ibu hamil telah lengkap menerima dua dos vaksin,” katanya.
Menurut Dr Noor Hisham berdasarkan anggaran ibu hamil setahun, peratus ibu hamil yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin di aplikasi MySejahtera masih rendah iaitu sebanyak 40 peratus.
Justeru, KKM menyeru semua ibu hamil untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti dan suami diminta memberi sokongan kepada pasangan bagi memastikan mereka mendapat suntikan vaksin.
Dr Noor Hisham berkata pengambilan vaksin perlu dilengkapkan sebelum memasuki fasa akhir kehamilan iaitu trimester ketiga dan mereka yang masih belum menerima janji temu untuk vaksinasi boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat bagi mempercepatkan proses janji temu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/kes-ibu-hamil-dijangkiti-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Catat Ini Persyaratan Ibu Hamil Boleh Disuntik Vaksin Covid 19

Catat Ini Persyaratan Ibu Hamil Boleh Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 368 hits
Tentu untuk vaksin akan dilakukan skrining dengan hati hati dan untuk vaksinasi bisa dilakukan pada kehamilan 13 minggu sampai dengan cukup bulan memang dianjurkan 33 minggu kata dr Ari
Ibu Hamil Dijangkiti Covid Kemungkinan Masuk Icu Bersalin Awal 2 Kali Ganda

Ibu Hamil Dijangkiti Covid Kemungkinan Masuk Icu Bersalin Awal 2 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 354 hits
Jika anda wanita hamil anda perlu mengetahui perkara ini Jangkitan Covid 19 pada wanita hamil adalah sangat bahaya Risiko ibu hamil lagi tinggi Menerusi perkongsian Pakar Perubatan Reproduktif Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Mur...
Tuaran Beluran Dan Sandakan Catat Kenaikan Kes Covid 19 Mendadak

Tuaran Beluran Dan Sandakan Catat Kenaikan Kes Covid 19 Mendadak

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 305 hits
3 daerah mencatat peningkatan mendadak kes Covid 19 di Sabah hari ini sekali gus menyumbang kepada 1 255 kes direkodkan Kota Kinabalu Tiga daerah mencatat peningkatan mendadak kes Covid 19 di Sabah hari ini sekali gus menyumbang kepada 1 25...
China Catat Kes Jangkitan Harian Covid 19 Tertinggi

China Catat Kes Jangkitan Harian Covid 19 Tertinggi

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 286 hits
BEIJING China semalam melaporkan jumlah harian tertinggi kes COVID 19 dalam gelombang penularan terbaru wabak itu disebabkan lonjakan jangkitan tempatan Negara itu melaporkan 124 kes baru kelmarin menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional meni...
80 Kes Brought In Dead Tiada Sejarah Diagnosis Covid 19 Kkm

80 Kes Brought In Dead Tiada Sejarah Diagnosis Covid 19 Kkm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 195 hits
80 Kes meninggal ketika tiba di hospital tiada sejarah diagnosis COVID 19 KKM PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan hari ini mendedahkan bahawa 80 peratus kes yang dibawa mati untuk Covid 19 didapati tidak pernah didiagnosis dengan penyakit ini T...
Kanak Kanak Bayi Dijangkiti Covid 19 Meningkat

Kanak Kanak Bayi Dijangkiti Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 258 hits
Pada masa ini 218 kanak kanak dalam kategori satu dan dua Covid 19 sedang menjalani rawatan di Pengkalan Chepa KOTA BHARU Seramai 200 orang kanak kanak ditempatkan di 12 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 di Kelantan sejak dua minggu...
Covid 19 Kes Positif Terus Meningkat Fasiliti Kesihatan Di Sabah Tidak Terjejas

Covid 19 Kes Positif Terus Meningkat Fasiliti Kesihatan Di Sabah Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 329 hits
Saringan kontak rapat terus kekal menyumbang jumlah tertinggi dengan 591 kes atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan dengan Tawau merekodkan 70 peratus kes atau 171 FOTO BERNAMA KUALA LUMPUR Peningkatan kes positif di Sabah sejak minggu...
Covid 19 Kes Positif Harian Menurun Kepada 15 764 Hari Ini Negeri Pahang Catat 475 Kes

Covid 19 Kes Positif Harian Menurun Kepada 15 764 Hari Ini Negeri Pahang Catat 475 Kes

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 319 hits
PUTRAJAYA Kes harian menurun kepada 15 764 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid 19 sebanyak 1 146 186 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan sebanyak 6 067 kes diikuti oleh Kuala...
Jangkitan Covid 19 Turun Lagi 18 688 Kes Hari Ini Sabah Catat 1 379

Jangkitan Covid 19 Turun Lagi 18 688 Kes Hari Ini Sabah Catat 1 379

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 294 hits
Sebanyak 18 688 kes jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini SHAH ALAM Sebanyak 18 688 kes jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini menunjukkan penurunan berbanding 19 257 kes semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ber...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey