Suami Meninggal Ketika Hamil Ibu Tunggal Jadi Ketua Keluarga Sara 6 Anak


Semoga dipermudahkan segala urusan 7 beranak ini...


NASIB Salasiah Matudi, 35, sesuai digambarkan dengan peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga.

Kata wanita itu ketika ditemui penulis baru-baru ini, beliau sesekali tidak menyalahkan takdir yang tersurat buat dirinya. Biarpun berat, semuanya akan dipikul tanpa keluhan.

Terus terang penulis katakan, mendengar kemelut kehidupannya membuatkan lidah kelu seribu bahasa.

Kepada SinarPlus, Salasiah memberitahu, beliau kehilangan pasangan hidup yang dicintainya pada 9 April tahun lalu akibat kegagalan fungsi jantung.

Pemergian arwah Kamaruddin Ahmad sangat meragut jiwa dan mindanya kerana arwah menghadap ILAHI pada usia masih muda iaitu 32 tahun dan meninggalkan enam orang zuriat. Lebih menyentuh perasaan, ketika itu, beliau sedang hamil empat bulan.

“Hati mana yang tidak luluh. Bohong kalau saya katakan apa yang terjadi ‘tidak sakit‘. Namun, demi anak-anak, saya sesekali tidak akan menitiskan air mata di hadapan mereka. Biarlah kedukaan ini saya pendam sendirian,“ tutur beliau. Penceritaan Salasiah terhenti seketika tatkala mula mengisahkan detik akhir suaminya ‘hilang‘ dari pandangan mata buat selama-lamanya.

“Sebaik arwah menghela nafas terakhirnya, saya meminta pihak hospital untuk membenarkan anak-anak melihat wajah arwah buat kali terakhir agar mereka tahu ‘ke mana pergi‘ ayah mereka pergi. Keadaan pada masa itu juga agak kalut kerana Perintah Kawalan Pergerakan baru dikuat kuasakan.

“Anak-anak saya rata-ratanya masih kecil, tetapi nampaknya mereka seperti memahami bahawa seseorang yang hidup, pasti akan ‘diambil‘ ILAHI,“ katanya sambil cuba menahan linangan air mata. Cekal Mengunjungi kediamannya yang terletak di Kampung Kemensah, Ampang Jaya, Selangor, membuatkan emosi penulis bergejolak. Perasaan sayu dan simpati menyentuh sanubari ini.

Masakan tidak, bukan sahaja kediamannya kelihatan usang, kedudukannya juga terletak berhampiran dengan anak sungai. Ia memungkinkan segala musibah yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa.

Namun, kata Salasiah, beliau tujuh beranak sudah buntu dan tidak tahu ke mana hendak dituju.

“Sebenarnya, rumah ini adalah ihsan pemilik tanah yang membenarkan saya sekeluarga menetap di sini. Biarpun berlantaikan papan dan bahagian dapur kadangkala basah dek kerana terdapat kebocoran air, tetapi kami gembira dapat tinggal di rumah dua bilik ini.

“Memang betul, sesekali air sungai deras jika hujan lebat, tetapi syukur tidak ada tanah runtuh atau banjir berlaku setakat ini. Alhamdulillah anak-anak juga bijak dan tidak ke sungai, apatah lagi bermain-main di kawasan sekitarnya kerana kesemua mereka lebih senang bermain dan duduk di dalam rumah,“ ujarnya. Walaupun hidup tanpa dilingkari kemewahan, Salasiah berkata, pelajaran anak-anak tidak akan diabaikan. Seorang anaknya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Keramat, manakala tiga yang lain ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Permata.

Pada saat kerajaan melaksanakan sistem pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), mereka hanya bergantung kepada sebuah telefon bimbit milik arwah, beritahu Salasiah.

“Saya telah memaklumkan kepada pihak guru bahawa sukar anak-anak untuk belajar dengan hanya sebuah telefon bimbit. Saya bimbang jika mereka ketinggalan dalam pembelajaran, tetapi apa daya, itu saja yang kami termampu,“ katanya.

Keresahan ibu tunggal itu seolah-olah didengari apabila terdapat pihak yang prihatin memberi sumbangan telefon pintar kepadanya termasuk talian internet untuk memudahkan pembelajaran anak-anak.

Dengan kemudahan itu juga, Salasiah berkata, beliau mula berjinak-jinak melakukan perniagaan dalam talian dengan menjual tudung dan cadar demi menambah pendapatan.

“Saya harap usaha ini diredai-NYA dan taklah saya terlalu bergantung dengan ihsan semata-mata. Orang memang boleh tolong, tetapi sampai bila? Jadi, saya perlu mencari jalan lain sebagai sumber rezeki demi membesarkan anak-anak. “Saya memang tak pandai teknologi, anak-anak yang bantu. Saya juga gembira kerana kadangkala penduduk sekitar datang membeli tudung dan cadar yang saya jual,“ katanya.

Kepada penulis, Salasiah tidak henti-henti mengungkapkan ucapan terima kasih kepada jiran dan masyarakat di Ampang Jaya.

“Saya sangat berterima kasih dengan segala bantuan yang diberikan mereka terutamanya Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati.

“Keprihatinan mereka juga membolehkan saya mendapat bantuan zakat dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang secara tidak langsung meringankan beban,“ kata wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Kepada anda yang prihatin untuk membantu ibu tunggal enam anak yang terus gigih menjalani kehidupan meskipun tidak henti dilanda ujian, boleh menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun bank Maybank di 162200112382 atas nama Salasiah Matudi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/suami-meninggal-ketika-hamil-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawa Barang Berat Dengan Anak Anak Lagi Bukan Senang Intan Akui Struggle Jadi Ibu Tunggal Tapi Perlu Move On

Bawa Barang Berat Dengan Anak Anak Lagi Bukan Senang Intan Akui Struggle Jadi Ibu Tunggal Tapi Perlu Move On

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 312 hits
Pada awalnya tiada sesiapa mengenali sosok cantik ini sehinggalah kisah rumah tangganya menjadi sensasi dan trending di Malaysia pada empat tahun yang lalu Ketika itu wanita ini hanyalah seorang suri rumah dan penceraian mengubah 100 kehidu...
Ibarat Diberi Nyawa Ke 2 Kisah Ibu Hamil Positif Covid Stage 5 Ketika Kandungan 5 Bulan

Ibarat Diberi Nyawa Ke 2 Kisah Ibu Hamil Positif Covid Stage 5 Ketika Kandungan 5 Bulan

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 410 hits
Sejak akhir akhir ini kes melibatkan ibu mengandung yang dijangkiti Covid 19 semakin membimbangkan Jika awal awal penularan Covid ramai yang bimbangkan keadaan warga emas tetapi sekarang dengan pelbagai varian virus Covid ia berisiko kepada...
Anak Lelaki Bekas Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia

Anak Lelaki Bekas Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 495 hits
Mohammed Hayssam Musa meninggalkan seorang isteri dan anak perempuannya Anak lelaki Musa Aman Hayssam meninggal dunia pada usia 34 tahun kerana Covid 19 KOTA KINABALU Anak bongsu bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman meninggal dunia s...
Susu Makin Berkurang Bila Hamil Anak Kedua Elakkan Power Pumping Risiko Ibu Alami Keguguran

Susu Makin Berkurang Bila Hamil Anak Kedua Elakkan Power Pumping Risiko Ibu Alami Keguguran

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 329 hits
Biarpun disahkan hamil anak kedua keinginan untuk terus menyusukan anak sulung yang masih kecil pastinya ada Malah langsung tidak terfikir untuk memberhentikan anak dari terus menyusu Biarpun hal ini tidak menjadi masalah bagi ibu hamil nam...
Isteri Men1nggal Ketika Usia Kandungan 8 Bulan Suami Photoshoot Semula Bersama Anak

Isteri Men1nggal Ketika Usia Kandungan 8 Bulan Suami Photoshoot Semula Bersama Anak

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 309 hits
Tidak dinafikan kehil4ngan orang tersayang pasti ibarat dunia terhenti Namun kehidupan tetap harus diteruskan demi orang sekeliling dan diri sendiri Apa yang lebih menyed1hkan apabila anak anak kecil yang kehilangan ibu bapa di usia yang mu...
Semoga Sarah Kuat Bertahan Demi Anak Anak Frontliner Kongsi Pengalaman Jaga Ibu Hamil Stage 5 Covid 19

Semoga Sarah Kuat Bertahan Demi Anak Anak Frontliner Kongsi Pengalaman Jaga Ibu Hamil Stage 5 Covid 19

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 424 hits
Semoga kedua duanya selamat begitulah doa dari frontliner ini dan juga warga maya yang tidak putus putus mendoakan kesihatan buat Siti Sarah Raissudin serta bayi setelah Siti Sarah ditidurkan akibat paras oksigen yang rendah kerana jangkita...
Anak Lelaki Musa Aman Hayssam Meninggal Kerana Covid 19 Bukan Kanser Kata Keluarga

Anak Lelaki Musa Aman Hayssam Meninggal Kerana Covid 19 Bukan Kanser Kata Keluarga

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 326 hits
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman KOTA KINABALU Jangkitan Covid 19 yang meragut nyawa Mohammad Hayssam anak bongsu bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman Anggota keluarga mengatakan Mohammad Hayssam 34 meninggal dunia akibat ...
Masa Awal Covid Dulu Bolehlah Cakap Baby Pkp Sekarang Ibu Hamil Terdedah Bahaya

Masa Awal Covid Dulu Bolehlah Cakap Baby Pkp Sekarang Ibu Hamil Terdedah Bahaya

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 290 hits
Setelah lebih setahun kita berada dalam tempoh pandemik kini data penyelidikan semasa menunjukkan bahawa wanita hamil dengan C 19 mempunyai risiko lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital mengalami komplikasi teruk dan dimasukkan ke Unit R...
Ibu Hamil Sering Diserang Perut Berangin Cuba 5 Cara Ini Untuk Mengatasinya

Ibu Hamil Sering Diserang Perut Berangin Cuba 5 Cara Ini Untuk Mengatasinya

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 245 hits
Simptom perut berangin semasa mengandung sememangnya lazim berlaku Ibu hamil sensitif dengan apa yang dimakan Walaupun ia dianggap sebagai satu simptom biasa namun keadaan tersebut boleh memberikan rasa tidak selesa terutamanya ketika henda...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues

Sabah Mulls Pufferfish Ban After Recent Poisoning Deaths