I Saraan Kwsp 2026 Pendaftaran Semakan Kelebihan


Program i-Saraan 2026 KWSP diteruskan lagi dengan beberapa penambahbaikan.
TERKINI: Kerajaan meneruskan program i-Saraan 2026 dengan insentif padanan 20%, dihadkan kepada RM500 setahun dan RM5,000 sepanjang hayat.
Tahukah anda, kerajaan dan KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i-Saraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap termasuk suri rumah untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan?
@ecentral.my Untuk yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, ini cara daftar i-Saraan KWSP secara online. Kalau rajin carum setiap bulan, boleh dapat insentif RM500 setahun! #kwspisaraan #isaraan #isaraankwsp #kwsp #bekerjasendiri #insentifkwsp
♬ Vlog opening cute pop(1297796) – KBYS Lebih menarik lagi, ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Jom kami kongsikan sepenuhnya tentang insentif ini.
Penambahbaikan i-Saraan 2026 (KWSP) Dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober 2025, kerajaan mengumumkan pelanjutan pelaksanaan program i-Saraan bagi tahun 2026.
Program ini akan terus menawarkan insentif padanan sebanyak 20%, dengan had maksimum RM500 setahun dan RM5,000 sepanjang hayat.
Susulan kejayaan program tersebut, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif baharu, i-Saraan Plus, yang dikhususkan untuk pemandu e-hailing dan p-hailing. Melalui inisiatif ini, kadar insentif padanan tahunan ditingkatkan kepada RM600 setahun dan RM6,000 sepanjang hayat.
Di bawah skim ini, pemandu akan didaftarkan sebagai ahli KWSP melalui penyedia platform, yang akan membantu melaksanakan potongan caruman pada kadar yang ditentukan sendiri oleh pemandu.
Apakah i-Saraan KWSP? Mungkin ramai lebih mengetahui tentang i-Suri, namun i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih.
Manakala i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.
Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
Antara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP:
Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini.
Faedah i-Saraan KWSP Insentif Khas
– Menerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasa.
– Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​.
– Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan. Dividen Tahunan
Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda. Bantuan Kematian
Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP. Pelepasan Cukai
Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN. Siapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP Tiada perubahan kepada syarat-syarat kelayakan i-Saraan iaitu:
Mendaftar sebagai ahli KWSP Warganegara Malaysia Berumur 60 tahun ke bawah Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig. *Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri
Petani/ nelayan/ pemandu teksi Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown Pengasuh bayi Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah) Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding) Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan Pemilik perniagaan dalam talian (online business) Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam) Suri rumah Pekerja Berpencen Baca juga : 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen
Cara Daftar & Saluran Pembayaran Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan.
Rujuk cara pendaftaran seperti berikut:
LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP
Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
ATAU
Sekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms untuk pendaftaran i-Saraan.
LANGKAH 2: TEKAN MENU ‘REGISTER I-SARAAN’
LANGKAH 3: ISIKAN BUTIRAN ANDA & SAHKAN PENDAFTARAN
Jika berjaya, anda akan menerima notis seperti berikut:
LANGKAH 4 : BUAT CARUMAN
Akhir sekali, anda bolehlah buat caruman secara online atau manual mengikut amaun yang diinginkan.
Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:
1. Perbankan Elektronik Maybank Public Bank RHB Bank Bank Muamalat CIMB Bank 2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek) BSN Maybank Public Bank RHB Bank 3. Ejen Bank Berdaftar Ejen Bank (EB) BSN
4. Kaunter KWSP Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli.
Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun.
Rujuk ilustrasi di bawah:
AhliJumlah Caruman
Terkumpul Tahun SemasaAmaun
Insentif KhasAhmadRM 1,000RM 200BabaRM 2,500RM 500KevinRM 5,000RM 500 Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan? KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.
Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).
Baca juga : Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP
Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP MyKad Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja) Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran) Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan) Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:
Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000 Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan  Borang Pertanyaan Online Rujuk pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan Soalan Lazim i-Saraan KWSP 1. Apakah i-Saraan? i-Saraan adalah satu kemudahan mencarum di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP. Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri, golongan yang tiada pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig menerima insentif khas daripada Kerajaan bagi tujuan persaraan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. 
2. Apakah penambahbaikan yang telah diumumkan oleh Kerajaan mengenai program i-Saraan? Kadar Insentif Khas Kerajaan bagi program i-Saraan telah dinaikkan daripada 15% kepada 20% untuk menggalakkan lebih ramai Rakyat Malaysia, terutamanya pekerja tidak formal dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyimpan demi kehidupan persaraan yang lebih sejahtera.

Namun, had maksimum Insentif Khas tahunan Kerajaan masih kekal pada RM500 setahun dan RM5,000 untuk seumur hidup atau mencapai umur 60 tahun, mana-mana yang terdahulu bagi setiap individu.
3. Apakah syarat untuk memohon i-Saraan? Syarat-syarat permohonan i-Saraan ialah;

i. Telah mendaftar sebagai ahli KWSP; 
ii. Warganegara Malaysia;  
iii. Belum mencapai umur 60 tahun; 
iv. Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig
4. Adakah ahli yang telah mencapai umur 55 tahun boleh mendaftar i-Saraan? Ya. Ahli KWSP yang berstatus warganegara Malaysia dan belum mencapai 60 tahun boleh mendaftar i-Saraan. 
5. Adakah ahli yang telah mencapai umur 60 tahun boleh mendaftar i-Sarran? Tidak. i-Saraan hanya terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 60 tahun. 
6. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam yang berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Saraan? Ya, anggota perkhidmatan awam yang telah mendapat taraf berpencen dan belum mencapai umur 60 tahun layak untuk mendaftar i-Saraan.
7. Bolehkah ahli yang merupakan anggota tentra yang masih berkhidmat memohon i-Saraan? Ya, anggota tentera yang masih berkhidmat boleh memohon i-Saraan sekiranya telah berdaftar sebagai ahli KWSP. 
8. Berapakah amaun Insentif Khas i-Sarran yang baharu? Kadar Insentif Khas i-Saraan adalah sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa*.
*Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun, yang mana lebih awal (tertakluk kepada terma dan syarat).
9. Bilakah had maksimum Insentif Khas seumur hidup RM5,000 berkuatkuasa? Had maksimum Insentif Khas seumur hidup RM5,000 berkuatkuasa pada tahun 2024 berdasarkan caruman yang dibuat mulai tahun 2024.   
10. Bagaimanakah had maksimum Insentif Khas seumur hidup dikira? Had maksimum Insentif Khas seumur hidup dikira berdasarkan jumlah Insentif Khas tahunan yang terkumpul dan terhad kepada RM5,000 atau apabila mencapai umur 60 tahun, yang mana terdahulu.  

Contoh:
Abu mencarum i-Saraan dan menerima Insentif Khas bagi tahun 2024 hingga 2025.

2024-RM500
2025-RM500

Jumlah Insentif Khas yang terkumpul adalah RM1,000.
Jumlah Insentif Khas i-Saraan yang masih layak untuk terima adalah RM4,000 (RM5,000 – RM1,000).
11. Apakah saluran bayaran caruman i-Saraan? Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Saraan melalui saluran berikut: 
i.   Aplikasi KWSP i-Akaun
ii.  Perbankan Internet
iii. Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
iv. Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
v.  Bayaran secara cek atau draf bank di semua Kaunter Peresitan Pejabat KWSP, atau
vi. Bayaran secara Kad Debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA)
vii. Self-Service Terminal (SST) – Bayaran menggunakan kad debit melalui payment terminal di Pejabat KWSP yang terpilih
12. Berapakah jumlah yang perlu dicarum bagi melayakkan ahli menerima Insentif Khas i-Saraan maksimum sebanyak RM500 setahun? Ahli layak menerima Insentif Khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun di bawah i-Saraan.
13. Apakah faedah yang akan Faedah yang boleh diperolehi bagi ahli yang mencarum di bawah i-Saraan adalah:
i.    Meningkatkan kadar simpanan persaraan dengan Insentif Khas daripada Kerajaan
ii.   Menikmati dividen tahunan di atas simpanan
iii.  Bantuan Kematian (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP), dan
iv.  Ahli juga layak menerima pelepasan cukai (tertakluk kepada terma & syarat LHDN)
14. Bilakah bayaran Insentif Khas i-Saraan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli? Bayaran Insentif Khas i-Saraan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua (2) kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran Insentif Khas daripada Kerajaan).
15. Bolehkah ahli memohon pengembalian semula bayaran caruman i-Saraan yang telah dibayar kepada KWSP? Tidak boleh. Semua caruman i-Saraan yang telah dibayar kepada KWSP adalah muktamad. Justeru itu, ahli perlu memastikan bayaran adalah teratur sebelum meneruskan transaksi berkenaan.
16. Apakah yang akan berlaki sekiranya saya membuat bayaran i-Saraan jika saya telah berumur melebihi 55 tahun? Semua caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan setelah ahli mencapai umur 60 tahun.
17. Bagaimanakah caruman i-Saraan dikreditkan ke akaun ahli? Caruman i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mengikut kadar agihan 75%,15% dan 10%.

Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, kesemua caruman i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Emas.
18. Bagaimanakah Insentif Khas i-Saraan dikreditkan ke akaun ahli? Insentif Khas i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1) bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun. Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, insentif akan dikreditkan ke Akaun Emas.
19. Apakah kaedah pembayaran caruman i-Saraan? Kaedah pembayaran caruman i-Saraan adalah seperti berikut: 

A. Sekali bayaran (one-time) melalui aplikasi KWSP i-Akaun, perbankan internet, ejen bank berdaftar, kaunter ejen bank, bayaran secara cek atau draf bank di semua kaunter peresitan Pejabat KWSP, bayaran secara kad debit melalui perkhidmatan pasukan Mobile KWSP/ Relationship Advisor (RA), Self-Service Terminal (SST) dan di Pejabat KWSP yang terpilih; ATAU 

B. Caruman berulang secara automatik (Auto Tambah) melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). 
20. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pendaftaran Auto Tambah? Ahli perlu mendaftar Auto Tambah terlebih dahulu sama ada melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) untuk membolehkan pembayaran caruman bulanan secara automatik dan berulang setiap bulan dibuat menggunakan perkhidmatan DuitNow AutoDebit. Ikuti langkah berikut: 

a. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli); 
b. Klik tab Simpanan di Laman Utama; 
c. Klik “Tambah simpanan”;   
d. Pilih “Aktifkan Auto Tambah”; 
e. Skrin pengenalan Auto Tambah akan dipaparkan. Klik “Teruskan”; 
f. Tetapkan amaun caruman dan tarikh potongan bulanan yang dikehendaki;    
g. Pilih bank; 
h. Ahli perlu membaca dan memahami Terma & Syarat terlebih dahulu sebelum mengesahkan butiran pembayaran caruman. Setelah itu, tandakan setuju dengan Terma & Syarat, dan klik “Teruskan”; 
i. Log masuk ke akaun bank untuk mengesahkan pendaftaran Auto Tambah;  
j. Mesej pengesahan akan dipaparkan. Klik “Selesai” untuk menamatkan proses pendaftaran Auto Tambah. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/i-saraan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=i-saraan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 134 hits
Semakan SARA 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih ATAU portal rasmi MySTR di pada tarikh yang dimaklumkan kelak SARA adalah merupakan bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak untuk membe...
Ringgit Opens Lower As Markets Await Budget 2026 Fiscal Cues

Ringgit Opens Lower As Markets Await Budget 2026 Fiscal Cues

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 159 hits
The local currency slips to 4 2110 4 2180 with trading expected to remain range bound KUALA LUMPUR The ringgit opened lower against the US dollar as traders anticipated range bound trading ahead of the tabling of Budget 2026 with attention ...
Belanjawan 2026 Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig

Belanjawan 2026 Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 196 hits
Belanjawan 2026 Memacu Pertumbuhan Jangka Panjang Ekonomi Gig Belanjawan 2026 tahun ini berteraskan prinsip Ekonomi MADANI dengan memberi penekanan kepada pemerkasaan rakyat sebagai asas pertumbuhan dan ketahanan ekonomi Antara sektor yang ...
Hajiji Senarai Projek Air Selesai 2026 Jawab Janji Shafie

Hajiji Senarai Projek Air Selesai 2026 Jawab Janji Shafie

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 148 hits
Presiden Warisan Shafie Apdal dalam satu majlis suarakan keyakinan mampu selesai masalah air Sabah dalam tempoh setahun Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor meninjau projek infrastruktur air Sabah yang sedang berjalan PETALING JAYA Ketua Menteri...
Pm Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan Madani 2026

Pm Anwar Tumpu Perancangan Belanjawan Madani 2026

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 143 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kementerian Kewangan bagi menumpukan perhatian terhadap perancangan Belanjawan MADANI keempat 2026 pada 5 Oktober 2025 Foto X Anwar IbrahimPUTRAJAYA 5 Okt Biarpun hari ini merupakan cuti hu...
Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 134 hits
TVS Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026 TV Sarawak stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform media...
Persediaan Ramadan 2026 Fahami Mesej Utama Setiap Surah Al Quran

Persediaan Ramadan 2026 Fahami Mesej Utama Setiap Surah Al Quran

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 164 hits
Ramadan sering jadi bulan yang kita nanti nantikan Bulan di mana semua orang berusaha tingkatkan ibadah perbaiki diri dan dekatkan hati dengan Allah Kita mula buat persediaan dari segi fizikal beli stok makanan susun jadual sahur berbuka at...
Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Beramallah Dengan Surah Al Insyirah

Ramai Salah Pilih Ini Cara Betul Pilih Tayar Motor Sesuai

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Karakter Muslim Selalu Menebar Manfaat Dan Memberi Dampak Positif


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Monolog Jiwa Bila Sakit Itu Datang Tanpa Dijemput

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang

Hiburan Budak Sekolah Sekarang Perangai Macam Monyet Beruk Ungka Che Ta Pertimbang Home School Aaisya Dhia Rana

Lunch Lauk Kering Kering Aje

Betina Palatao Tu Ke