Najib Tak Izin Saya Dapatkan Dana Src Di Switzerland Husni


Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengizinkan delegasi Kementerian Kewangan (MOF), Bank Negara Malaysia dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dihantar ke Switzerland bagi membuktikan wang dibekukan adalah wang pinjaman daripada KWAP.
Ahmad Husni, saksi pendakwaan ke-56 berkata beliau dimaklumkan bahawa terdapat dana pelaburan SRC International Sdn Bhd yang disimpan di sebuah bank di Switzerland telah dibekukan oleh kerajaan Switzerland atas kesalahan pengubahan wang haram.

Loading… “Saya kemudiannya pergi bertemu dengan Datuk Seri Najib dan meminta keizinan beliau untuk membawa delegasi daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara dan KWAP untuk membawa dokumen-dokumen bagi membuktikan bahawa wang tersebut adalah pinjaman daripada KWAP dan tidak sepatutnya dibekukan di bawah kesalahan AMLA.
“Namun, YAB PM tidak memberikan persetujuan kepada saya untuk bertindak sedemikian,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh tuduhan berhubung dana SRC berjumlah RM42 juta.
Katanya beliau juga dirujuk kepada satu dokumen iaitu “Letter of Guarantee Issued By Government of Malaysia in Favour of Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)” bertarikh 26 Ogos 2011.
“Saya sahkan bahawa ini merupakan surat jaminan kerajaan yang saya tandatangan seperti mana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang meluluskan Memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,” katanya.
Ahmad Husni, 67, berkata Memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan oleh Nor Mohamed Yakcop telah diluluskan dan persetujuan diberikan untuk memberikan jaminan tersebut.
Katanya pegawai di Kementerian Kewangan telah menyediakan surat jaminan kerajaan untuk beliau tandatangan atas kapasiti Menteri Kewangan II.
“Saya mendapat tahu daripada pegawai MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan) bahawa sejumlah RM4 bilion iaitu keseluruhan pinjaman daripada KWAP antaranya digunakan untuk pelaburan arang batu di Jawa, pelaburan sumber asli di Mongolia dan Simpanan bank di Switzerland dan Hong Kong.
“Saya pada waktu itu, saya tidak dirujuk dan tidak diberikan sebarang dokumen mengenai SRC dan pelaburan tersebut, walaupun melalui pegawai saya yang telah meminta daripada SRC.
“Saya telah meminta Dr Isa, ketika itu Setiausaha Bahagian Pelaburan (Kementerian Kewangan) untuk membuat lawatan ke Jawa untuk memastikan kewujudan pelaburan tersebut, tetapi Dr Isa ( Datuk Seri Dr Mohmad Isa Hussain) tidak pergi,” katanya.
Beliau berkata pertama kali beliau mengetahui tentang permohonan SRC untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM2 bilion dari KWAP dan pinjaman itu hendaklah dijamin daripada kerajaan Malaysia adalah sewaktu pembentangan kepada mesyuarat jemaah menteri oleh Nor Mohamed Yakcop yang menandatangani dan membentangkan Memorandum Jemaah Menteri berkenaan dengan permohonan tersebut.
Katanya selepas dari itu, beliau telah menemui Najib untuk membangkitkan tentang tujuan memberi pinjaman yang begitu besar kepada SRC, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Najib bahawa syarikat ini bertujuan supaya bidang tenaga elektrik ini diperkasakan dengan adanya pemilikan oleh syarikat milik kerajaan yang mempunyai penglibatan dalam perlombongan arang batu.
“Saya kemudiannya telah menyatakan kepada Datuk Seri Najib bahawa perlombongan arang batu ini biarlah melibatkan sektor swasta semata-mata dan bukannya oleh syarikat milik kerajaan.
“Datuk Seri Najib menyatakan bahawa hanya dengan penglibatan kerajaan dalam perlombongan arang batu akan dapat memperkasakan bidang tenaga elektrik,” katanya yang ditugaskan untuk mengurus dasar fiskal serta menjalankan kuasa di bawah lain-lain Akta termasuk Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957.
“Dalam menjalankan kuasa ini, tiada perbezaan antara jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan II,” jelasnya.
Beliau berkata antara tugas-tugas beliau sebagai Menteri Kewangan II adalah untuk menguruskan penyediaan, kelulusan, pelaksanaan, dan pemantauan belanjawan negara dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dari masa ke semasa, yang mana pada waktu beliau menyandang jawatan itu, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah Najib.
Katanya beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan II oleh Najib pada 2009 dan pada 27 Jun 2016 beliau telah meletakkan jawatan.
Selepas selesai memberi keterangan dan ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan sama ada beliau mengenali Najib, saksi itu berkata “sekiranya beliau ada di dalam mahkamah, saya boleh camkan.”
Beliau kemudiannya menoleh ke belakang ke arah Najib yang duduk dalam kandang tertuduh dan berkata: ”Ha, itu dia di belakang, yang selalu senyum,” yang kemudiannya mengundang ketawa dari semua pihak dalam mahkamah.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Khamis. –Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/najib-tak-izin-saya-dapatkan-dana-src-di-switzerland-husni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dana Src Tak Perlu Bimbang Mulai Hari Ini Jangan Terlibat Najib

Dana Src Tak Perlu Bimbang Mulai Hari Ini Jangan Terlibat Najib

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 519 hits
06 Ogos 2019 8 54 PMAhmad Husni hadir pada hari ke 49 perbicaraan kes Najib yang didakwa membabitkan dana SRC KUALA LUMPUR Kamu tidak perlu bimbang Husni mulai hari ini jangan terlibat saya tidak mahu kamu campur tangan Itu kata kata bekas ...
Husni Najib S Aide Told Me Ex Pm Had Arranged For Blogger Raja Petra To Attack Me

Husni Najib S Aide Told Me Ex Pm Had Arranged For Blogger Raja Petra To Attack Me

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 237 hits
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah shed some light today over why he resigned from his posts in Umno and Barisan Nasional after resigning from his position as second finance minister in June 2016 Responding to former premier Datuk Seri Najib ...
Husni Saya Diberi Amaran Akan Serangan Raja Petra Jika Cemuh Najib

Husni Saya Diberi Amaran Akan Serangan Raja Petra Jika Cemuh Najib

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 249 hits
Bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah mendakwa beliau telah diberi amaran tentang kemungkinan serangan daripada penulis blog Raja Petra Kamarudin jika beliau enggan berjumpa dengan perdana menteri ketika itu Najib Razak pada 2016 ...
Husni I Was Warned About Raja Petra Attacks If I Snubbed Najib

Husni I Was Warned About Raja Petra Attacks If I Snubbed Najib

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 372 hits
SRC TRIAL Former finance minister II Ahmad Husni Hanadzlah claimed he was forewarned about possible attacks from blogger Raja Petra Kamaruddin if he refused to meet then prime minister Najib Abdul Razak in 2016 Husni said this was conveyed ...
Husni Mengaku Tipu Media Kerana Najib

Husni Mengaku Tipu Media Kerana Najib

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 260 hits
Bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau berbohong kepada pihak media berhubung alasan peletakan jawatannya sebagai menteri pada 2016 untuk melindungi bekas perdana mente...
Najib Trial Day 51 Macc Officer Rosli Hussain To Testify On Src Probe

Najib Trial Day 51 Macc Officer Rosli Hussain To Testify On Src Probe

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 305 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 51st day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Ahmad Husni Dakwa Najib Adalah Dalangnya

Ahmad Husni Dakwa Najib Adalah Dalangnya

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 201 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Saya Jumpa Najib 20 Kali Suarakan Kebimbangan Kata Husni

Saya Jumpa Najib 20 Kali Suarakan Kebimbangan Kata Husni

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 177 hits
Bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau telah bertemu Najib Razak secara peribadi lebih 20 kali bagi menyuarakan kebimbangan mengenai pentadbiran negara termasuk pinjam...
Najib Trial Day 49 Angry Man Husni S Testimony Leads To Hearing Being Postponed

Najib Trial Day 49 Angry Man Husni S Testimony Leads To Hearing Being Postponed

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 247 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 49th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ