Tips Pilih Tilam Yang Betul Untuk Masalah Tulang Belakang
Assalamualaikum...
Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lepas satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti memenatkan. Confirm best dapat baring atas tilam lembut, bantal empuk, selimut hangat & dalam bilik sejuk. Tahu-tahu dah terlelap tapi paling spoil bila tetiba terjaga tengah malam sebab masalah tulang belakang atau tilam tak selesa. Aduh kacau je tengah mimpi best..
Ha mungkin ini selalu terjadi kepada anda yang sudah berusia. Macam BBL jugak. Boleh jadi stress bila susah nak tidur semula selepas terjaga malam. Esok pagi terus bad mood sebab tak cukup tidur. Pernah tak anda teringin menikmati tidur malam cukup lena tanpa sebarang masalah? Mestilah nak kan..
First kita kena tahu cara pilih tilam dengan betul..
Tips beli tilam tidur
Biasa bila pergi kedai perabot mesti BBL tekan tilam tengok lembut atau keras. Lepas tu duduk-duduk atas tilam tengok rasa selesa ke tak. Tu lah cara dari kecik sampai besar tiap kali teman mak beli tilam baru.
Rupanya cara tu salah... ✖️ ✖️ ✖️
Sepatutnya korang kena cuba tilam dengan cara betul. Kita kena baring atas tilam dengan posisi tidur normal. Di syorkan baring atas tilam tu selama 15 - 20 minit. Incase lepas tu rasa tak selesa, mungkin tilam tak cukup supportive untuk badan kita. Kena ulang cara ni pada tilam-tilam lain jugak. Jangan la malu nak baring sebab tilam tu nak pakai 9-10 tahun tau.
off rekod macam ni lah gaya BBL tidur kat rumah.. buas betul
Dah baring tu jangan tidur betul sampai berdengkur. Kan marah promoter tu. Kalu beli tak pe la, buat nya tak berkenan.. sabar jelah promoter tu layan karenah korang.
Tambah lagi kalu ada masalah tulang belakang, kena pilih tilam yang sesuai sebab kalu salah beli merana badan nak tidur tak selesa. Bila tidur tak lena, badan jadi lenguh, penat dan tak cukup tidur secukupnya 8 jam. Padan la BBL selalu rasa sakit badan bila bangun pagi..salah pilih tilam rupanya.. aduh..
Sonno - Tilam untuk tidur lebih baik & hidup lebih baikSonno nie tilam berkualiti tinggi & berteknologi tinggi yang direka kat Itali untuk improve kualiti tidur. Everyone deserve good sleep at night right? Jadi, dengan tidur atas tilam Sonno boleh memberi pengalaman baru. Percayalah anda akan dapat rasai perbezaan selepas semalam bersama Sonno.
macam orang mengantuk di sorok bantal tengok tilam empuk Sonno
tebal, padu, lembut bila baring
Kalu nak tahu, setiap tilam Sonno mempunyai 4 jenis lapisan iaitu cover tilam dengan teknologi Outlast sangat lembut (bentuk hexagon seperti sarang lebah), lapisan kedua - latex semulajadi, lapisan ketiga - memory foam & bahagian bawah sekali support foam untuk menyokong berat tubuh badan. Semua ni padu setebal 23cm tanpa bantuan spring. Apa anda bakal nikmati 100% kusyen lembut sahaja. Bestnya..
Malah tilam ni sangat selesa walaupun tak alas dengan cadar tilam. Fabrib cover Outlast boleh ditanggal & basuh dalam washing machine. Rekaan 3 lapisan ni memberi ruang pengudaraan semasa anda tidur. Tak berpeluh pun bila baring atas tilam Sonno. Baru seronok tiap malam tidur aman selesa.
texture bentuk sarang lebah bagi ruang udara antara badan & lapisan tilam
Kenapa perlu pilih tilam Sonno? 1. Jika anda ada masalah tulang belakang terutama sakit badan, leher, pinggul dan tidak selesa jika tidur atas tilam spring. Ini tilam sesuai untuk tidur anda.
2. Nak tidur lebih selesa macam kat hotel 5 star tu. Tak payah dah check in hotel, balik rumah boleh terus landing sepuas hati
3. Kualiti tidur lebih baik. Off course..
4. Investment masa hadapan. Semua orang nak badan sihat tapi takut nak spend duit beli tilam berkualiti tuk jaga kesihatan tulang dan tubuh badan. Kenapa nak bazir duit setiap 3-4 tahun beli tilam baru kalu boleh pilih tilam terbaik sekali beli je.
Harga tilamTilam Sonno ada 4 pilihan dari Single, Super Single, Queen & King mengikut pilihan pengguna. Panjang tilam memang ngam-ngam size orang Asia.
Saiz Tilam
Harga Sebenar
Harga Promosi
Single (190x90x23cm)
RM 2, 199
RM 1, 699
Super Single (190x107x23cm)
RM 2, 499
RM 1, 999
Queen (190x150x23cm)
RM 2, 999
RM 2, 499
King (190x180x23cm)
RM 3, 499
RM 2, 999
PERCUMA Percubaan 100 Malam Pertama & FREE DELIVERY Seluruh Malaysia☑️ Yang bestnya, anda bakal menikmati penghantaran percuma ke rumah seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Tak kisah la stay kat JB, Kuantan, Alor Star atau Miri, pasti Sonno boleh hantar☑️ Percuma tempoh percubaan 100 malam tidur atas tilam Sonno & jika rasa tak puas hati dengan kualiti tilam, boleh je pulang balik. 100% wang akan dikembalikan. Dengan syarat tilam tu masih dalam keadaan elok, tidak rosak atau damage lain. Nanti team Sonno akan datang pickup tilam tu☑️ Setiap tilam hadir dengan Jaminan 10 tahun. Bestnya..
Tilam dah ada..mana bantal? Jangan risau Sonno pun ada jual bantal tidur. Lembut amat. Tengelam kalu baring kepala tapi masih lagi berfungsi tuk elakkan leher & bahu sakit waktu tidur.
bahagian luar bantal pun texture hexagon..lembut bila letak kepala
Bantal ni dibuat dari 100% polyurethane memory foam berfungsi tuk elakkan kepala & leher sakit waktu tidur. Tak kisah macam mana cara korang tidur terlentang ke, mengiring ke, terlentang ke atau apa je.
Harga Bantal Harga Sebenar
Harga Promosi
Bantal (40x70x120cm)
RM 149
RM 199
Bantal ni ada warranty 2 tahun & tempoh percubaan 30 malam. Tak puas hati boleh return balik.
Apa yang unik pasal tilam & bantal Sonno ni mestilah cara packaging dalam kotak. Percaya atau tak, tilam tu muat je kotak. Even kotak tu lagi kecil dari badan BBL. No wonder la boleh post satu Malaysia. Barang senang nak handle tak payah guna lori atau pekerja ramai nak angkut tilam yang anda order tu. Tengok video unboxing Sonno nie..
kat tangan kotak bantal, sebelah tu kotak tilam
Pengalaman BBL cuba tilam & bantal Sonno
Tempoh hari saya pergi showroom Sonno. Selesa amat baring atas tilam ni. Syok landing sambil praktise cara betul pilih tilam. Dekat setengah jam jugak BBL baring kiri kanan. Feeling kat rumah gitu. Lembut, tak keras & boleh suport badan terutama yang ada masalah tulang belakang. Berbaloi beli tilam Sonno ni. Tak menyesal boleh tidur lena tiap malam.
ewah sukanya dia dapat tidur atas tilam Sonno.. mestilah sedap baring kan..
Tunggu apa lagi, memang BBL suggest la pilih tilam ni. Senang boleh order online je kat sini & dapat extra diskaun dengan kod promo.
Dah beli tu jangan lupa promote la bagitau jiran, member, atau sedara suruh pilih Sonno. Okay BBL nak masuk tidur dulu.
Wesbite : www.sleepsonno.comFacebook | Instagram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/09/tips-pilih-tilam-yang-betul-untuk.html