Jangan Marah Anak Panjat Belakang Masa Solat Waktu Ini Sifat Penyabar Ibu Ayah Diuji


Semasa solat, itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah. Tapi ada waktu tertentu kita tak mampu nak solat dengan khusyuk kerana terdapat sedikit gangguan atau pun perlu dipercepatkan kerana atas faktor tertentu.
Ibu bapa yang ada anak kecil, semestinya tidak pernah akan terlepas untuk merasai pengalaman seperti anak menangis, memanjat di belakang, tiba-tiba datang duduk di depan, tarik telekung, mencabut kopiah yang dipakai atau sengaja duduk di atas sejadah sehingga sukar untuk kita sujud dan bermacam aksi mereka lagi.

Itulah yang dihadapi oleh suami pelakon dan pengacara Yana Samsudin, yang berkongsi telatah anak Mateen di laman Instagram miliknya. Pada awalnya, Yana yang tiada di rumah cuba menghubungi suaminya, Fadhil Zahari tapi tiada sebarang jawapan.
Oleh sebab itu, Yana mengambil tindakan untuk menonton di cctv rumahnya dan melihat gelagat anaknya sedang ‘menganggu’ suaminya solat bersama-sama.
Ya Allah!!! patut la call tak angkat… tengok cctv diorang tengah solat
😂😂😂
@AisyMateen @FadzilZahari
#MateenDanDadi
Perkongsian ini turut mendapat perhatian pengikut Yana di ruangan komen yang menceritakan kembali pengalaman mereka.

TIP MEMBANTU IBU KUSYUK DALAM SOLAT
Bacakan doa.Mohon doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita untuk beribadah. Anak-anak kecil memang ada kecenderungan untuk menjadi ‘pengganggu’ waktu kita nak beribadah terutamanya solat. Syaitan dan jin sukalah ganggu anak-anak kita sampai nangis-nangis. Jadi, memang perlu doa banyak-banyak.
Mudah-mudahan dia tidak menjadi penghalang saya untuk kusyuk beribadah, dan dia juga terdiri dalam kalangan orang yang cinta untuk menunaikan solat. Berdoalah dengan apa-apa doa’ yang ma’tsur atau pintalah apa-apa yang baik yang kita harapkan pada Allah.

Pesan.Anak kecil ini memang perlu dititip pesan, sebab memahami fitrah mereka yang suka bermain, waktu kita hampar sejadah dan memakai telekung pun, mungkin mereka nampak macam alat mainan je. Hehe. Cuma jangan kita lupa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Hanya ibu bapa yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (HR Muslim).
Maka kita tidak terlepas peluang untuk membentuk acuan yang baik. Jangan risau kalau sekali dua belum tentu mereka dengar, ataupun pesanan tu bertahan seminggu je, tapi jangan pernah lelah nak berpesan secara berhikmah, inshaaAllah dia akan terdidik. Misalnya:-
“Adik, duduk diam-diam kejap ye, mama nak solat”
“Kakak, tak boleh tarik tarik telekung mama waktu mama tengah solat”
Bila dah besar sikit, boleh tanya,
“Kakak, kenapa kakak panjat belakang mama waktu mama tengah solat?”
“Kakak, boleh ke kalau waktu orang tengah solat, kita tarik telekung dia?”
Kadang-kadang ada la juga dia tetap panjat duduk belakang masa saya. Sakit pinggang masa tu, mashaaAllah. Bertabahlah sikit nak didik anak kecil ni kan, hehe. Tiba-tiba teringat sungguh bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w dengan cucu-cucunya.
Letak sejadah.Percaya atau tidak, anak kita akan lebih suka bila kita hamparkan sejadah khusus untuk dia, dia akan ada ruang dia tersendiri untuk solat. Kalau anak perempuan, boleh pakaikan telekung untuk dia. Bila dia ad sejadah dia, telekung dia, berkuranglah sikit untuk kita diganggu.
Kecil-kecil dah terdidik dengan suasana begini, lama-lama dia akan terbiasa. Sebenarnya mereka lebih kepada nak ikut kita je. Contoh dalam ilmu psikologi, kita panggil “modelling” yang bermaksud “learning through observation and imitation of a model” (Cicarelli & White, 2009). Sebab itu kita perlu tampilkan contoh yang baik untuk anak kita iaitu qudwah hasanah.
SUMBER: Yana Samsudin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/jangan-marah-anak-panjat-belakang-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Yang Selalu Marah Rumah Bersepah Sebenarnya Halang Anak Jadi Pandai

Ibu Ayah Yang Selalu Marah Rumah Bersepah Sebenarnya Halang Anak Jadi Pandai

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 494 hits
Anak anak dalam fasa membesar sememangnya lasak Akal pun panjang Ada saja idea nak bermain yang pelik pelik Sebenarnya anak yang banyak akal dan lasak ni bijak orangnya Mereka cuba mentafsirkan imaginasi mereka kepada sesuatu yang lebih rea...
Nak Anak Cerdik Petah Masa Bawah 18 Bulan Ibu Ayah Rajin Rajinlah Melayan

Nak Anak Cerdik Petah Masa Bawah 18 Bulan Ibu Ayah Rajin Rajinlah Melayan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 456 hits
Anak boleh jadi cerdik mengikut rangsangan yang diterimanya daripada orang sekeliling Usia 18 bulan ke bawah adalah waktu kritikal pembentukan pemikiran Sekiranya anak boleh mempercayai orang sekeliling proses rangsangan jadi lebih mudah Pe...
Semakin Ramai Anak Speech Delay Sebab Mata Ibu Ayah Asyik Melekat Di Handphone

Semakin Ramai Anak Speech Delay Sebab Mata Ibu Ayah Asyik Melekat Di Handphone

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 345 hits
Anak tantrum atau mengamuk adalah perkara normal Sebagai seorang ibu mahupun ayah kita seharusnya lebih memahami mereka Ini tidak asalkan anak buat hal terus ditengking Diherdik dijerkah Manalah anak tu tak memberontak Sedari kecil dilayan ...
Anak Terkilan Tidak Sempat Salam Sebelum Pergi Ini Pesanan Terakhir Arwwah Ibu Ayah

Anak Terkilan Tidak Sempat Salam Sebelum Pergi Ini Pesanan Terakhir Arwwah Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 353 hits
Tidak disangka mereka kehilangan ibu bapa serentak Arwwah ibu dan bapa telah berjanji kepada dua anak untuk pulang hari ini namun kepulangan suami isteri itu membawa bersama berita sedih sekali gus menukar status si anak kepada yatimpiatu A...
Menangis Waktu Bangun Dari Tidur Anak Rasa Tak Selamat Mak Ayah Harus Tahu Cara Atasinya

Menangis Waktu Bangun Dari Tidur Anak Rasa Tak Selamat Mak Ayah Harus Tahu Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 504 hits
Anak yang menangis ketika baru bangun tidur adalah perkara biasa Hal ini disebabkan rasa takut dan berasa sendirian selepas melalui waktu tidur yang panjang tanpa ditemani ibu atau ayah Hal ini adalah biasa Bagi menenangkan keadaan ini ada ...
Keluarga Ayah Dan Anak Dibunuh Ibu Tiri Harap Pelaku Dihukum Setimpal

Keluarga Ayah Dan Anak Dibunuh Ibu Tiri Harap Pelaku Dihukum Setimpal

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 252 hits
Keluarga Edi Chandra Purnama alias Pupung dan M Adi Pradana mengecam aksi pembunuhan dilakukan Aulia Kesuma terhadap suami dan anak tirinya tersebut Pihak keluarga korban berharap para pelaku dihukum setimpal perbuatannya
Marah Anak Dengan Perkataan Jangan Dah Tak Berkesan Asyik Dilarang Buat Anak Terasa Dikongkong

Marah Anak Dengan Perkataan Jangan Dah Tak Berkesan Asyik Dilarang Buat Anak Terasa Dikongkong

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 459 hits
Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak anak Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan Jangan Tak Boleh atau No Sebagai ibu atau ayah kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin Apakah...
Yana Samsudin Pening Tengok Anak Bergayut Belakang Suami Tengah Solat

Yana Samsudin Pening Tengok Anak Bergayut Belakang Suami Tengah Solat

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 433 hits
Anak kecil memang tidak lari daripada suka bermain Kadang kala keletah comel mereka membuatkan kita sedikit terhibur walaupun sedikit mengganggu Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pelakon dan juga pengacara terkenal Yana Samsudin dia tel...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai