Hukum Mengerjakan Solat Jenazah Selepas Subuh Dan Asar



SOALAN:
Jika ada jenazah di masjid yang dibawa pada waktu Asar, persoalan saya adakah dibolehkan untuk mengadakan solat jenazah selepas solat Asar? Bukankah ia merupakan antara waktu yang dilarang untuk solat padanya.

JAWAPAN:
Solat jenazah merupakan fardhu kifayah ke atas setiap Muslim yang menghasilkan ganjaran pahala yang besar kepada pelakunya. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tsauban R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ مَنْ صَلَّى عَلَى جَنَازَةٍ فَلَهُ قِيرَاطٌ فَإِنْ شَهِدَ دَفْنَهَا فَلَهُ قِيرَاطَانِ الْقِيرَاطُ مِثْلُ أُحُدٍ
“Sesiapa yang mengerjakan solat jenazah maka dia akan mendapat pahala sebanyak satu qirath. Jika sekiranya dia menyaksikan pengebumian jenazah maka dia akan mendapat dua qirath, dan satu qirath itu ganjarannya sebesar bukit Uhud.” [Riwayat Muslim (946)]

Dalam isu solat yang berlaku selepas Subuh dan juga Asar, Syeikh Taqiyuddin Al-Hisni ada menyebutkan tentang beberapa waktu yang dilarang padanya untuk seseorang mengerjakan solat iaitu:

Selepas solat Subuh sehingga matahari terbit.Selepas Asar sehingga matahari terbenam.
[Rujuk: Kifayah Al-Akhyar, Taqiyuddin Al-Hisni (Hlm. 126)]

Meskipun begitu, larangan mendirikan solat pada waktu-waktu ini bukanlah secara mutlak. Bahkan yang dimaksudkan hanyalah larangan ke atas solat-solat yang dilakukan tanpa sebab. Manakala solat-solat yang dilakukan dengan bersebab tidak termasuk dalam larangan ini. Imam Al-Nawawi menyebutkan beberapa contoh solat-solat yang mempunyai sebab dengan kata beliau:

فَمِنْ ذَوَاتِ الْأَسْبَابِ الْفَائِتَةُ فَرِيضَةً كَانَتْ أَوْ نَافِلَةً إذَا قُلْنَا بِالْأَصَحِّ أَنَّهُ يُسَنُّ قَضَاءُ النَّوَافِلِ فَلَهُ فِي هَذِهِ الْأَوْقَاتِ قَضَاءُ الْفَرَائِضِ وَالنَّوَافِلِ الرَّاتِبَةِ وَغَيْرِهَا وَقَضَاءُ نَافِلَةٍ اتَّخَذَهَا وِرْدًا وَلَهُ فِعْلُ الْمَنْذُورَةِ وَصَلَاةُ الْجِنَازَةِ وَسُجُودُ التِّلَاوَةِ وَالشُّكْرِ وَصَلَاةُ الْكُسُوفِ وَصَلَاةُ الطَّوَافِ
“Antara solat yang mempunyai sebab adalah solat-solat yang ditinggalkan, sama ada solat fardhu atau solat sunat apabila kita menyatakan bahawa pendapat yang sahih adalah disunatkan mengqadha solat-solat nafilah (yang ditinggalkan), maka boleh bagi seseorang itu melaksanakan qadha bagi solat-solat fardhu dan juga solat sunat rawatib yang ditinggalkan pada waktu-waktu ini, yang dia telah menjadikan perkara tersebut (solat sunat rawatib) sebagai kelaziman. Dan boleh juga untuk seseorang itu mengerjakan solat nazar, solat jenazah, sujud tilawah, sujud syukur, solat gerhana, dan juga solat sunat tawaf.” [Rujuk: Al-Majmu’, Al-Nawawi (4/170)]

Begitu juga Imam al-Nawawi berkata: “Para ulama' Islam telah berijma’ akan keharusan solat jenazah selepas Subuh dan juga Asar.” [Rujuk: Al-Majmu’, Al-Nawawi (4/72)]

Kami juga menyatakan bahawa dalam isu waktu perlaksanaan solat jenazah ini, para fuqaha al-Syafi’eyyah menyebutkan bahawa solat jenazah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dari sudut ia tidak terhad kepada waktu-waktu yang tertentu. Bahkan kata Imam Al-Mawardi: “Solat ke atas mayat, ia tidak terkhusus kepada waktu-waktu yang tertentu. Ia tidak dimakruhkan untuk dilaksanakan pada waktu-waktu yang tertentu. Dibolehkan untuk mengerjakan ia pada waktu-waktu yang dilarang solat padanya.” [Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, Al-Mawardi (3/48)]

Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa hukum mengerjakan solat jenazah selepas Subuh ataupun Asar adalah dibolehkan. Ini kerana solat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sekalipun pada waktu yang dilarang kerana ia termasuk dalam kategori solat bersebab.

Justeru, jika ada mayat yang sampai ke mana-mana masjid pada waktu Subuh dan Asar, tidak ada masalah untuk dilakukan solat jenazah sesudah solat fardhu Subuh dan Asar. Lebih-lebih lagi kita dituntut untuk menyegerakan pengurusan jenazah yang meliputi pemandian, mengkafankan, mensolatkan, serta pengebumian. Ini seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَسْرِعُوا بِالْجَنَازَةِ فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُونَهَا عَلَيْهِ وَإِنْ تَكُنْ غَيْرَ ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ
“Segerakanlah dengan jenazah. Sekiranya dia merupakan jenazah yang soleh, nescaya ia merupakan suatu kebaikan yang kamu hantarkan padanya. Namun sekiranya dia tidak soleh, maka itu suatu keburukan yang kamu pikul di atas bahu-bahu kamu.” [Riwayat Muslim (944)]

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-mengerjakan-solat-jenazah-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Meninggal Dunia Ketika Berzikir Selepas Solat Subuh

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Berzikir Selepas Solat Subuh

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 359 hits
Seorang lelaki meninggal dunia selepas selesai mengerjakan solat Subuh secara berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus Taman Kerjasama Kluang Dalam kejadian itu mangsa bersama jemaah lain termasuk sekumpulan pelajar tahfiz sedang berzikir sebel...
Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 575 hits
SOALAN Saya nak tanya berkenaan sujud tilawah Kenapa ada dikatakan tidak sah solat jika seseorang itu solat dan membaca surah yang ada ayat tilawah dan dia sujud tilawah dalam solat tersebut selain daripada solat fardhu subuh pada hari Juma...
Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri

Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 244 hits
SOALAN Bolehkah kita solat ke atas jenazah yang mati kerana membunuh diri Kerana ada hadith yang jelas menyebut mereka yang membunuh diri tempatnya di neraka JAWAPAN Membunuh diri merupakan salah satu dosa besar dan Nabi Muhammad SAW telah ...
Hukum Solat Awal Dari Waktunya Akibat Tersilap Tengok Jam

Hukum Solat Awal Dari Waktunya Akibat Tersilap Tengok Jam

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 234 hits
SOALAN Apakah hukum seseorang yang solat lebih awal daripada waktunya secara tidak sengaja selama tempoh yang panjang Contohnya dia solat subuh sepuluh minit lebih awal kerana tersilap tengok jam di tangannya yang cepat 10 minit selama sebu...
Hukum Memulakan Solat Sunat Sebaik Sahaja Iqamah Dilaungkan

Hukum Memulakan Solat Sunat Sebaik Sahaja Iqamah Dilaungkan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 200 hits
SOALAN Kalau saya agak terlewat untuk melaksanakan solat sunat Subuh bolehkah saya melakukannya sebaik sahaja muazzin iqamah JAWAPAN Solat sunat sebelum Subuh merupakan antara solat sunat ratibah yang amat dituntut untuk dibuat Ini berdasar...
Hukum Muslim Yang Bukan Kerabat Menguruskan Jenazah Non Muslim

Hukum Muslim Yang Bukan Kerabat Menguruskan Jenazah Non Muslim

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 225 hits
SOALAN Saya pelajar perubatan tahun akhir ingin mendapatkan penjelasan mengenai program yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan NGO Secara ringkasnya program ini memberi peluang kepada pelajar perubatan untuk menggunakan badan pesakit non Mu...
Subhanaallah Begitu Ramai Sekali Yang Hadir Untuk Solat Jenazah Buat Allahyarham Abam Bocey

Subhanaallah Begitu Ramai Sekali Yang Hadir Untuk Solat Jenazah Buat Allahyarham Abam Bocey

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 773 hits
SubhanaAllah begitu ramai sekali yang hadir untuk solat jenazah buat Allahyarham Syed Umar Mokhtar Ternyata ramai yang menyayangi arwah Repost by reposta hliveupdate MashaAllah begitu ramai yang turut serta solat jenazah buat Allahyarham Sy...
Ganjaran Dan Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Ganjaran Dan Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 737 hits
Kelebihan solat subuh berjemaah di Masjid adalah sebuah kejayaan besar bagi orang lelaki Terdapat banyak ganjaran yang bakal diraih orang lelaki yang rajin melangkahkan kakinya ke masjid untuk solat subuh berjemaah Bahkan langkah kakinya ya...
Israel Lepaskan Tembakan Ketika Warga Palestin Solat Subuh Di Masjid Al Aqsa

Israel Lepaskan Tembakan Ketika Warga Palestin Solat Subuh Di Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 285 hits
Tentera Israel sekali lagi bertindak menyerbu perkarangan Masjid Al Aqsa ketika umat Islam sedang menunaikan solat Subuh di masjid ketiga paling suci oleh umat Islam itu Menerusi video yang dikongsikan di Twitter pihak Israel dikatakan tela...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii