Hukum Menunjuk Nunjuk Amal Kebajikan



SOALAN:
Apakah hukumnya jika kita melakukan amal soleh seperti suka bersedekah dan dalam hati kita bertujuan supaya dipuji orang atau menceritakan amal soleh kita supaya didengar orang? Adakah benar dikata orang kita boleh menzahirkan kerja amal kita dengan syarat bukan bertujuan riak dan sum’ah?

JAWAPAN:
Terdahulu elok kita ketahui apakah makna riak dan sum’ah. Berkata ulama’ pada mendefinasikan perkataan riak dan sum’ah:

Erti riak:

و"الرِّياءُ": تَرْكُ الإخلاصِ في الأقوالِ والأعمالِ؛ بأنْ يقولَ قولًا أو يعمَل عملًا لا يُريدُ به وجهَ اللهِ عزَّ وجلَّ
“Dan riak itu adalah meninggalkan ikhlas pada segala perkataan dan perbuatan dengan bahawa seorang itu berkata atau berbuat akan satu amalan itu bukan kerana Allah Azza Wajalla.”

Erti sum’ah:

سمّع الناس بعمله إذا قصد بالحديث عن عمله وجه الناس
“Memperdengarkan akan manusia dengan amalnya apabila bertujuan menceritakan amalannya itu kerana manusia.”

Dan kata setengah ulama’:

السُّمْعَةَ والرِّياءَ متشابِهانِ، والفَرْقُ بينهما أنَّ السُّمْعَة تَتعلَّقُ بحاسَّةِ السَّمْعِ، والرِّياءُ يتعلَّقُ بحاسَّةِ البَصَرِ
“Sum’ah dan riak itu lebih kurang maknanya. Dan perbezaan antara keduanya ialah sum’ah itu bergantung dengan pendengaran dan riak itu bergantung dengan penglihatan.”

Riak dan sum’ah dalam beramal adalah haram dan termasuk dalam sifat-sfat mazmumah yang dibenci oleh Allah. Pelakunya di akhirat tidak mendapat pahala dari segala amalnya itu. Dan bahawa perbuatan riak dan sum’ah ini bergantung dengan hati iaitu niat, oleh kerana itulah hanya Allah yang mengetahui hati seseorang samada ia telah melakukan riak dan sum’ah atau tidak. Jika seorang itu riak dan sum’ah maka hanya Allah yang tahu dan jika dia tidak riak dan sum’ah maka hanya Allah juga yang tahu.

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا
“Hanyalah segala amal itu bergantung dengan niat. Sesungguhnya dapat kepada seseorang itu apa yang dia niatkan. Siapa berhijrah (berbuat amal) kerana Allah dan Rasul maka amalnya kerana Allah dan Rasul (iaitu dapat pahala). Dan siapa yang beramal kerana dunia maka dia hanya mendapat dunia.” (Hadith Bukhari)

Diriwayatkan daripada Salamh bin Kuhail katanya: Aku dengar dari Jundub Al-Alaqi R.A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ يُسَمِّعْ يُسَمِّعِ اللَّهُ بِهِ ، وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ
“Siapa mempedengarkan amalanya (tidak kerana Allah) maka Allah akan memperdengarkan (di hari akhirat) keburukkannya itu. Dan siapa yang riak maka Allah akan menzahirkan riaknya (iaitu ditunjukan amalnya tetapi tidak mendapat pahala).” (Hadith Bukhari)

Telah berkata Imam Al-Khattabi:

وقيل المراد من قصد بعمله أن يسمعه الناس ويروه ليعظموه وتعلو منزلته عندهم حصل له ما قصد وكان ذلك جزاءه على عمله ولا يثاب عليه في الآخرة
“Dan kata sebahagian ulama' maksudnya ialah orang-orang yang bertujuan dalam melakukan kerja amal itu ialah memberitahu kepada sekalian orang, lalu orang pun nampak dan memuliakannya dan tinggilah kedudukkannya di sisi manusia maka berhasillah tujuannya. Dan itulah sahaja balasan atas kerja amalnya itu, namun dia tidak memiliki sedikit pun pahala di akhirat nanti.”

Harus Menunjuk Baik

Terkadang tidak haram yakni harus pula menunjukkan kepada manusia kerja kebajikan atau amal soleh yang dilakukan tetapi syaratnya ialah bertujuan supaya orang ramai yang melihat atau mengetahui akan turut sama melakukan amal soleh dan kerja-kerja kebajikan yang dia tunjukkan itu dan hatinya semata-mata kerana Allah.

Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar:

لكن قد يستحب إظهاره ممن يقتدي به على إرادته الاقتداء به ويقدر ذلك بقدر الحاجة
“Akan tetapi terkadang disunatkan menzahirkan amal kebajikan dari seseorang yang akan menjadi ikutan ramai dengan kerja kebajikkannya itu. Dan hendaklah ia dengan sekadar hajat jua.”

Berkata Imam Abdissalam:

يستثنى من استحباب إخفاء العمل من يظهره ليقتدي به أو لينتفع به
“Dikecualikan dari elok menyembunyikan amal itu seseorang yang menzahirkan amal supaya amalnya itu diikut orang atau diambil menafaat dengannya.”

Kesimpulan


Riak dan sum’ah adalah haram dan segala amal yang berserta dengan riak dan sum’ah ini tidak mendapat pahala di akhirat nanti.Orang yang melakukan amal berkemungkinan dia berniat riak dan sum’ah dan berkemungkinan dia berniat ikhlas. Maka hanya Allah yang mengetahui niatnya itu. Kita sebagai mahkluk hendaklah bersangka yang baik terlebih dahulu.Melakukan amal kebaikan supaya dilihat orang dengan tujuan orang akan mengikut sama melakukan kebaikan yang dia tunjuk itu diharuskan pada syarak.
Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-menunjuk-nunjuk-amal-kebajikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Orang Yang Meninggal Dunia Sebelum Sempat Menunaikan Zakat

Hukum Orang Yang Meninggal Dunia Sebelum Sempat Menunaikan Zakat

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 287 hits
SOALAN Apakah hukum orang yang meninggal dunia sebelum dia sempat menunaikan zakatnya Adakah warisnya perlu untuk membayar zakat tersebut dari hartanya ataupun tidak Mohon penjelasan Terima kasih JAWAPAN Allah SWT mewajibkan umat Islam memb...
Hukum Wasiat Secara Lisan

Hukum Wasiat Secara Lisan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 192 hits
SOALAN Ayah saya ada mewasiatkan sebahagian hartanya tidak melebihi 1 3 kepada saya selaku anak sulung namun ada berlaku pertikaian dalam kalangan kami sesama ahli waris disebabkan wasiat yang dibuat secara lisan Maka adakah wasiat tersebut...
Untuk Antisipasi Tertularnya Virus Corona Ph Minta Proses Hukum 7 Tapol Papua Di Pindahkan Ke Pn Jayapura

Untuk Antisipasi Tertularnya Virus Corona Ph Minta Proses Hukum 7 Tapol Papua Di Pindahkan Ke Pn Jayapura

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 225 hits
SIDANG 7 TAPOL PAPUA DI PN BALIKPAPAN DITUNDA AKIBAT BAHAYA VIRUS CORONA UNTUK ANTISIPASI TERTULARNYA VIRUS CORONA PH MINTA PROSES HUKUM 7 TAPOL PAPUA DI PINDAHKAN KE PN JAYAPURASidang 7 Tapol Papua dengan agenda pembuktian pada tanggal 16 ...
Jangan Cakap Saya Nak Menunjuk Pula Black Tak Ambil Sewa Untuk 6 Buah Rumah Miliknya

Jangan Cakap Saya Nak Menunjuk Pula Black Tak Ambil Sewa Untuk 6 Buah Rumah Miliknya

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 206 hits
Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial apabila ada beberapa artis seperti Black Hanifah Tomok dan Shuib Sepahtu mencadangkan agar kerajaan memberikan bantuan khusus untuk penggiat seni yang terjejas sumber pendapatan susulan lanjut...
Dikala Covid 19 Sedang Mengganas Dimana Hartawan Dermawan Jutawan Yang Rajin Menunjuk Sedekah Jariah Mereka Sebelum Ni

Dikala Covid 19 Sedang Mengganas Dimana Hartawan Dermawan Jutawan Yang Rajin Menunjuk Sedekah Jariah Mereka Sebelum Ni

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 472 hits
Tu dia dia dah start balik dah Ingat dah insaf rupanya tak insaf lagi ka hang ni lekatlekit ooi Tak habis habis nak melahar orang ja hangpa kan Suka tau buruk sangka dengan kami Kami memang la tak sebaik mana pun tapi tak la sejahat jahat m...
Hukum Shalat Jumat Dan Shalat Berjamaah Saat Wabah Corona Melanda

Hukum Shalat Jumat Dan Shalat Berjamaah Saat Wabah Corona Melanda

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 380 hits
Bagaimana hukum meninggalkan shalat Jumat dan shalat berjamaah saat wabah Corona melanda Berikut tinjauan hukumnya Posting ditampilkan lebih awal di
Hukum Penjara Jika Gagal Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Hukum Penjara Jika Gagal Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 561 hits
PUTRAJAYA Orang ramai yang gagal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa tengah malam ini boleh dikenakan hukuman penjara Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kesalahan berkenaan boleh disabitkan mengiku...
Unsur Dasar Dan Landasan Hukum Bela Negara

Unsur Dasar Dan Landasan Hukum Bela Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 238 hits
Unsur Dasar dan Landasan Hukum Bela NegaraSetelah sebelumnya membahas mengenai kali ini akan dibahas mengenai Unsur Dasar Bela Negara dan Landasan Hukumnya terkait Bela Negara Unsur Dasar Bela NegaraBerkaitan dengan upaya Bela Negara salah ...
Apa Hukum Solat Pakai Mask Pakai Sanitizer Beralkohol Solat Jumaat Musim Covid 19

Apa Hukum Solat Pakai Mask Pakai Sanitizer Beralkohol Solat Jumaat Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 547 hits
Dalam perkembangan isu virus Covid 19 ini ada beberapa persoalan yang timbul 3 ini antara dua persoalan yang popular Kesemuanya di jawab oleh menteri di jabatan perdana menteri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri 1 Apa hukum solat pakai mask Rey C...
Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Group Urges Selangor Ruler To Commute Sirul S Death Sentence

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters

Grs Man Says Hamzah Has No Solution Only Rhetoric


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia Terengganu Fc Vs Jdt Fc Piala Malaysia 17 Januari 2025

Resepi Udang Belon Ala Thai Rangup Simple Dan Sedap Guna 4 Bahan Je

Tak Habis Fikir Macam Mana Perkara Ini Boleh Berlaku Diatas Jalanraya Malaysia

Bocoran Unit Dummy Iphone Se 4 Tersebar Di Internet

Sangee Sharib Hashmi Shines With A Fun Performance In Malay

Mahkamah Agung Amerika Mengekalkan Perintah Pengharaman Terhadap Tiktok