Hukum Orang Yang Meninggal Dunia Sebelum Sempat Menunaikan Zakat



SOALAN:
Apakah hukum orang yang meninggal dunia sebelum dia sempat menunaikan zakatnya? Adakah warisnya perlu untuk membayar zakat tersebut dari hartanya ataupun tidak? Mohon penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Allah SWT mewajibkan umat Islam membayar zakat jika sekiranya cukup syarat-syaratnya yang diambil daripada golongan yang kaya dan diberikan kepada golongan yang miskin agar dapat menyucikan harta-harta mereka. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Taubah: 103)

Begitu juga dalam satu hadith ketika Rasulullah SAW ingin mengutuskan Sayyidina Mu’az Ibn Jabal R.A ke Yaman untuk berdakwah, Rasulullah SAW bersabda:

فأخْبِرْهُمْ أنَّ اللَّهَ قدْ فَرَضَ عليهم صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِن أغْنِيائِهِمْ فَتُرَدُّ على فُقَرائِهِمْ
“Maka khabarkanlah kepada mereka bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menfardhukan ke atas mereka zakat, yang diambil daripada orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang fakir miskin dalam kalangan mereka.” [Riwayat al-Bukhari (1496)]

Berbalik kepada persoalan di atas, para ulama’ berbeza pandangan berkenaan adakah seseorang itu masih perlu membayar zakat selepas mana dia meninggal dunia dan tidak sempat untuk menunaikannya.

Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, jika sekiranya seseorang meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat, maka gugurlah kewajipan mengeluarkan zakat itu ke atasnya, kecuali jika dia berwasiat supaya dikeluarkan zakat daripada harta yang ditinggalkannya tersebut. Oleh itu, dalam keadaan demikian, maka hendaklah dikeluarkan jumlah zakat yang perlu dibayar tersebut daripada satu pertiga harta yang diwasiatkan.

Hal ini kerana mereka berpandangan bahawa hukum membayar zakat adalah wajib secara boleh ditangguh (tarakhi) dan tergugur kewajipan membayarnya dengan kematian. (Rujuk: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6:226)

Walau bagaimanapun, jumhur ulama’ termasuk para ulama’ Syafi’iyyah berpandangan bahawa seseorang yang meninggal dunia tanpa sempat untuk menunaikan zakat sedangkan dia mampu, maka dia berdosa dan wajib dikeluarkan zakat daripada harta tinggalannya tersebut sebelum dibahagikan mengikut faraid bagi waris yang berhak walaupun tidak diwasiatkan. Hal ini kerana hukum membayar zakat di sisi jumhur ulama’ adalah wajib secara segera (fauwri) apabila cukup syaratnya, maka jika sekiranya dia melengah-lengahkan sehingga dia tidak mampu untuk menunaikannya, maka dia berdosa atas perbuatannya tersebut dan tidak tergugur kewajipan membayar zakat dengan sebab kematiannya.

Ini seperti mana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, bahawa:

من وجبت عليه الزكاة وتمكن من أدائها فلم يفعل حتى مات وجب قضاء ذلك من تركته؛ لأنه حق مال لزمه في حال الحياة، فلم يسقط بالموت كدين الآدمي
“Barangsiapa yang diwajibkan ke atasnya zakat dan berkemampuan untuk menunaikannya akan tetapi dia tidak menunaikannya sehingga dia meninggal dunia, maka wajib ia ditunaikan dengan harta tinggalannya. Ini kerana ia merupakan hak yang wajib ke atasnya pada ketika hidupnya dan ia tidak tergugur disebabkan oleh kematian sepertimana hutang dengan manusia.” (Rujuk: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6:225)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami cenderung kepada pandangan jumhur ulama’ dan menyimpulkan bahawa, wajib dikeluarkan zakat daripada harta seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat menunaikannya, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya. Ini kerana hukum membayar zakat di sisi jumhur ulama’ adalah wajib secara segera (al-fauwr) apabila telah cukup semua syaratnya dan tidak tergugur disebabkan oleh kematian.

Oleh itu, di kesempatan ini kami ingin menasihati supaya janganlah kita cuai dan mengambil ringan terhadap kewajipan zakat dengan melengah-lengahkan membayar zakat sehingga datangnya hari yang tidak lagi bermanfaat harta dan anak-pinak kecuali sesiapa yang datang kepada-Nya dengan hati yang sejahtera. Firman Allah SWT:

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّـهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ﴿٨٩
“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).” (Surah al-Syua’raa: 88)

Wallahua’lam.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-orang-yang-meninggal-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Presenter Intan Rj Meninggal Dunia Sempat Koma Karena Infeksi Paru Paru

Suami Presenter Intan Rj Meninggal Dunia Sempat Koma Karena Infeksi Paru Paru

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 376 hits
Kabar duka datang dari keluarga presenter Intan RJ Sang suami Wahyu Indra Utama meninggal dunia karena infeksi paru paru
Penjual Aiskrim Meninggal Dunia Di Atas Motor Ketika Mencari Nafkah Untuk Keluarga

Penjual Aiskrim Meninggal Dunia Di Atas Motor Ketika Mencari Nafkah Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 427 hits
Penjual aiskrim Misyanto 66 ditemui meninggal dunia di atas motosikalnya yang digunakan untuk menjual aiskrim Mangsa dilaporkan meninggal dunia di atas motosikalnya di Jalan Dusun Talunongko Kecamatan Sumber Indonesia kira kira jam 10 pagi ...
Pasien Corona Di Tangsel Bertambah 2 Meninggal Dunia

Pasien Corona Di Tangsel Bertambah 2 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 203 hits
Dia menegaskan data tersebut merupakan hasil pengumpulan informasi yang diperoleh dari Kementerian Kesehatan RI yang terkonfirmasi Dinas Provinsi Banten
Wanita Tua Kembali Hidup Selepas 10 Jam Disahkan Meninggal Dunia

Wanita Tua Kembali Hidup Selepas 10 Jam Disahkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 322 hits
Baru baru ini seorang wanita warga Ukraine yang berusia 83 tahun dikatakan hidup kembali selepas 10 jam disahkan meninggal dunia di rumahnya Stryzhavka Dikatakan ahli keluarga telah mengaturkan pengebumian dan tempahkan paderi untuk jasadny...
Angkot Di Madina Terjun Ke Jurang 2 Remaja Meninggal Dunia

Angkot Di Madina Terjun Ke Jurang 2 Remaja Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 203 hits
Satu angkot Anatra terjun ke jurang di Jalan Umum Km 18 19 Desa Hutarim Baru Kecamatan Panyabungan Selatan Kabupaten Mandailing Natal Sumut Selasa petang Akibat peristiwa ini 2 orang meninggal dunia dan 22 lainnya luka luka
Pakcik Tua Tiba Tiba Rebah Meninggal Dunia Tepi Kereta Ini Puncanya

Pakcik Tua Tiba Tiba Rebah Meninggal Dunia Tepi Kereta Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 330 hits
Kejadian di Kuala Berang Seorang pakcik tua tiba tiba rebah meninggal dunia tepi kereta Ini puncanya Allahu tak sangka Baca selanjutnya Pakcik Tua Tiba Tiba Rebah Meninggal Dunia Tepi Kereta Ini Puncanya
Jaga Mak Sakit Lepas Ayah Meninggal Dunia Anak Yatim Berjaya Raih 11a Spm

Jaga Mak Sakit Lepas Ayah Meninggal Dunia Anak Yatim Berjaya Raih 11a Spm

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 596 hits
Rezeki tak salah alamat Itulah yang dapat digambarkan buat seorang anak yatim Mohamad Nur Firdaus Zulkifli selepas mendapatkan keputusan cemerlang iaitu 11A dalam semua mata pelajaran yang diambil Difahamkan sejak sekolahnya ditubuhkan pada...
Alfatihah Ibu Serina Redzuawan Meninggal Dunia

Alfatihah Ibu Serina Redzuawan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 363 hits
Serina Redzuawan FOTO Facebook Serina Redzuawan PELAKON dan pengacara Serina Redzuawan berkongsi berita duka kehilangan ibunya Norhayate Ayub yang meninggal dunia di Hospital Ampang hari ini Menurut Serina 37 menerusi perkongsian di laman F...
Mila Karmila Meninggal Ini 5 Fakta Perjalanan Kariernya Di Dunia Hiburan

Mila Karmila Meninggal Ini 5 Fakta Perjalanan Kariernya Di Dunia Hiburan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 285 hits
Industri hiburan Tanah Air kembali berduka Salah satu bintang senior meninggal dunia pada Kamis malam di Rumah Sakit Fatmawati Jakarta Selatan
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru