Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri



SOALAN:
Bolehkah kita solat ke atas jenazah yang mati kerana membunuh diri? Kerana ada hadith yang jelas menyebut mereka yang membunuh diri, tempatnya di neraka?

JAWAPAN:
Membunuh diri merupakan salah satu dosa besar, dan Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan bahawa orang yang membunuh diri akan diazab di akhirat sama dengan cara dia membunuh diri sewaktu di dunia. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Baginda SAW bersabda:

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَهْوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ، يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَحَسَّى سَمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَسَمُّهُ فِي يَدِهِ، يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ، فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ، يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
“Sesiapa yang sengaja terjun daripada bukit dan membunuh dirinya, akan jatuh di neraka ke dalam api dan kekal dalam keadaan tersebut; sesiapa yang meminum racun dan membunuh dirinya, dia akan membawa racun tersebut dengan tangannya dan meminumnya di neraka selama-lamanya; dan sesiapa yang membunuh dirinya dengan senjata besi, akan membawa senjata itu dan menusuk-nusuk perutnya di neraka selama-lamanya.” [Sahih al-Bukhari (5778) dan Sahih Muslim (109) dengan lafaz yang berbeza]

Sabda Baginda lagi:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَىْءٍ عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula.” [Sahih al-Bukhari (6047) dan Sahih Muslim (110)]

Hukum Solat Jenazah Bagi Kes Bunuh Diri

Berkenaan hukum solat jenazah ke atas mereka yang membunuh diri, telah diriwayatkan oleh Jabir ibn Samurah R.A bahawa:

أُتِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
“Telah dibawa kepada Nabi SAW jenazah seorang lelaki Muslim yang telah membunuh dirinya dengan anak panah, dan Baginda SAW tidak solat ke atasnya.” [Sahih Muslim (978) dan Sunan al-Nasa’ie (1963)]

Menurut Imam al-Nawawi, hadith ini menjadi dalil bahawa tidak disolatkan jenazah mereka yang membunuh diri, dan ini merupakan pandangan Umar ibn Abd al-Aziz dan Al-Auza’ie.

Namun Menurut Al-Hasan al-Basri, al-Nakha’ie, Qatadah, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi’e dan jumhur ulama, jenazah orang yang membunuh diri perlu disolatkan, dan mereka memahami keengganan Nabi SAW untuk solat ke atasnya adalah supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak terjebak dengan perbuatan membunuh diri ini, sedang para sahabat solat ke atasnya. (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim 7/47)

Di sebalik hadith-hadith yang menjelaskan besarnya dosa dan beratnya azab bagi mereka yang membunuh diri, ia tidak menghalang kita untuk mendoakan rahmat dan keampunan bagi mereka. Membunuh diri bukanlah satu kekufuran yang mengeluarkan pelakunya daripada agama Islam, dan Allah SWT berhak mengampunkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Kami tegaskan di sini, sesusah mana hidup pun, jangan sekali-kali kita membunuh diri tetapi yakinlah kepada Allah dengan munajat, doa serta berusaha. Kalau perlu pun mati, maka doalah sebagaimana Nabi ajar kepada kita:

أَلاَ لاَ يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ فَإِنْ كَانَ لاَ بُدَّ مُتَمَنِّيًا الْمَوْتَ فَلْيَقُلِ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Ketahuilah, Janganlah salah seorang kamu menginginkan dan bercita-cita untuk mati disebabkan kemudaratan yang menimpamu. Sekiranya dia terpaksa juga untuk berbuat demikian maka hendaklah dia berdoa:

اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
“Ya Allah teruskanlah kehidupanku sekiranya hidup lebih baik bagi aku dan cabutlah nyawaku sekiranya kematian lebih baik buatku.” [Riwayat al-Bukhari (1/107-108) dan Muslim (2680)]

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/perlukah-solat-jenazah-ke-atas-mereka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penangan Coronavirus Botol Minuman Beg Plastik Sebagai Perisai Diri Bersahaja Mereka Pakai

Penangan Coronavirus Botol Minuman Beg Plastik Sebagai Perisai Diri Bersahaja Mereka Pakai

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 751 hits
Pelbagai gelagat dan aksi lucu dapat dilihat sama di lapangan terbang setesen kereta api dan sebagainya akibat penangan Coronavirus mereka sanggup menggunakan botol minuman dan beg plastik yang diubah suai sebagai perisai diri Orang Cina te...
Rasulullah Dan Para Sahabat Tidak Meninggalkan Solat Tahajjud Sepanjang Hayat Mereka 9690

Rasulullah Dan Para Sahabat Tidak Meninggalkan Solat Tahajjud Sepanjang Hayat Mereka 9690

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 436 hits
Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Solat Sunat Tahajjud Posted by Shafi Q Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam So...
Koronavirus Mampu Membunuh 65 Juta Orang Dalam Masa 18 Bulan Biar Betul

Koronavirus Mampu Membunuh 65 Juta Orang Dalam Masa 18 Bulan Biar Betul

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 377 hits
Baru baru ini kita digemparkan dengan virus terbaru yang dikenali sebagai Novel Coronovirus Virus ini merupakan virus yang tidak pernah dijumpai pada manusia Wabak penyakit ini telah mendatangkan kembimbangan ramai pihak Pelbagai langkah te...
Tidak Perasankah Anda Denggi Lebih Berbahaya Membunuh Setiap Hari

Tidak Perasankah Anda Denggi Lebih Berbahaya Membunuh Setiap Hari

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 316 hits
CopyNpasteSumber Dr Mohd Arshil1 Baru ada 3 4 kes detected confirmed rakyat Malaysia sudah menggelupur over react panic dan viralkan sana sini info yg ntah apa2 pasal coronavirus Macam2 version cerita sana sini yg creat panic tak pasal2 2 K...
Drone Membunuh Qassem Soleimani Datang Dari Qatar

Drone Membunuh Qassem Soleimani Datang Dari Qatar

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 463 hits
Oleh Anasz Qassem Soleimani dikenali sebagai seorang yang low profile dan gemar bergerak dalam satu koordinasi keselamatan yang ketat dan terpirinci Namun bagaimana pihak Amerika Syarikat dapat mengetahui pergerakkan beliau dan menyasarkan ...
Sel Imun Dengan Kemampuan Membunuh Kebanyakan Jenis Kanser Ditemui

Sel Imun Dengan Kemampuan Membunuh Kebanyakan Jenis Kanser Ditemui

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 304 hits
Penyakit kanser ialah penyebab kematian kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung Jumlah penyakit kanser dijangka semakin meningkat kerana faktor gaya hidup dan alam sekitar Pada waktu ini cara ia dirawat adalah berbeza mengikut j...
Ini Dia Cara Membunuh Virus Corona Yang Meneror Dunia

Ini Dia Cara Membunuh Virus Corona Yang Meneror Dunia

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 283 hits
Ahli kesehatan China ungkap cara membunuh virus corona agar tidak menyebar Berikut cara yang dibeberkannya berdasarkan penelitian bersama tim kesehatan lain
Remaja Menangis Teresak Esak Dituduh Membunuh 23 Pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Remaja Menangis Teresak Esak Dituduh Membunuh 23 Pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 253 hits
Seorang remaja lelaki menangis teresak esak selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkannya membela diri atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran yang menyayat hati tiga tahun lepas...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab