Hukum Meminta Semula Hadiah Yang Diberikan



SOALAN:
Individu A memberikan hadiah kepada individu B. Kemudian, setelah 2 bulan, individu A meminta semula hadiah yang diberikannya kepada individu B. Adakah boleh perbuatan itu? Apakah hukumnya? Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT:

فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا
“Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4)

Ayat ini menerangkan bahawa apabila seorang isteri memberikan sesuatu dari maharnya kepada suaminya selepas mahar tersebut diserahkan kepadanya (isteri), maka diharuskan bagi suami tersebut untuk menerimanya. Dan ia adalah perkara yang baik selagimana dalam keredhaan. Justeru, jelas melalui ayat ini, Allah SWT telah mensyariatkan hibah dan menyatakan keharusannya. Ini dikuatkan juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

تهادُوْا تحابُّوا
“Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” [Riwayat al-Bukhari (594)]

Hadith ini merupakan galakan daripada Nabi Muhammad SAW buat umatnya. Maka, sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa hibah merupakan sunnah berdasarkan kepada nas al-Quran, hadith Nabi Muhammad SAW dan juga ijma’ ulama’. Sebelum diulas lanjut berkenaan hadiah, maka perlu kita bezakan terlebih dahulu pengertian hibah, hadiah dan juga sedekah.

Hibah ialah suatu akad yang merujuk kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gantian, ketika masih hidup dan dilakukan secara sukarela. Pada dasarnya, ia mempunyai persamaan dengan hadiah dan juga sedekah dari sudut pengertian, bahkan ia lebih umum berbanding keduanya. Namun, ia juga mempunyai perbezaan.

Sedekah pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang memerlukan, biasanya sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah dan beroleh pahala. Manakala hadiah pula pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang mahu didekati dan dikasihi. Biasanya ia membabitkan pemindahan barangan yang dihadiahkan kepada penerima. Justeru itu, ulama’ mengatakan setiap hadiah atau sedekah merupakan hibah, dan bukan semua hibah adalah hadiah ataupun sedekah. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 6/116]

Berbalik kepada soalan yang diajukan, ia berkait rapat dengan rukun-rukun hibah. Rukun-rukun ini ialah:

Pemberi dan penerimaSighah Aqad (Ijab dan Qabul)Barangan yang dihibahkan atau dihadiahkan
Penerimaan Hibah

Pada dasarnya, akad ini tidak sempurna hanya dengan sighah akad iaitu lafaz ijab dan qabul. Bahkan perlunya kepada penerimaan barangan hibah atau hadiah tersebut. Ini bermakna, jika seseorang mengucapkan lafaz ingin memberikan hadiah kepada seseorang namun barangan yang ingin dihadiahkannya itu masih lagi dalam milikannya atau dalam erti kata yang lain, barangan tersebut belum lagi diserahkan kepada si penerima, maka pemberi hadiah ini berhak untuk menarik semula keinginannya itu atau melakukan apa sahaja terhadap barang tersebut atau juga menggunakannya mengikut apa sahaja kemahuannya.

Justeru, akad ini akan menjadi sempurna dan berkuatkuasa hanya setelah apabila hadiah tersebut diterima dan memenuhi syarat-syarat bagi hibah atau hadiah, maka sahlah pemilikannya (penerima) ke atas barangan hibah itu. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 6/126, al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i; 3/182]

Meminta Semula Hadiah/Hibah

Asal bagi akad hadiah mahupun hibah adalah kedua-duanya merupakan akad tabarru’at (kebajikan) dan bukannya akad mu’awadhat (pertukaran). Maka, dalam hal kebajikan, tidak berlakunya pertukaran barangan seperti mana urusan jual beli dan lain-lain.

Seperti yang dibincangkan dalam perihal di atas, asas akad hibah atau hadiah ini ialah apabila sempurnanya rukun-rukun dan juga syarat-syaratnya, serta telah sempurna penerimaan barangan hadiah/hibah tersebut, maka jelaslah ia merupakan hak milik si penerima, tanpa perlu kepada sebarang pertukaran sepertimana jual beli.

Sehubungan dengan itu, tidak dibenarkan atau tidaklah dibolehkan bagi si pemberi untuk meminta semula hadiah/hibah yang telah diberikannya melainkan seorang ayah meminta semula harta yang telah diberikan kepada anaknya atau sesorang yang melakukan hibah dengan syarat pertukaran.

Maka, dalil bagi perbuatan ini adalah berdasarkan kepada hadith Nabi Muhammad SAW:

«العَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالعَائِدِ فِي قَيْئِهِ»
“Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya.” [Riwayat al-Bukhari (2621)]

Atau dalam riwayat yang lain:

«لَيْسَ لَنَا مَثَلُ السَّوْءِ، الَّذِي يَعُودُ فِي هِبَتِهِ كَالكَلْبِ يَرْجِعُ فِي قَيْئِهِ»
“Kita tidak melakukan perbuatan yang buruk itu, iaitu orang yang meminta semula anugerah (hibah) mereka samalah seperti anjing yang menelan semula muntahnya.” [Riwayat al-Bukhari (2622)]

Justeru itu, melalui kedua-dua hadith ini, jelas menunjukkan larangan dan juga betapa buruknya sikap mereka yang meminta semula pemberian itu. Maka, Dr.Wahbah al-Zuhaili berkata:

فالرجوع في القيء حرام، فكذلك الرجوع في الهبة، وأن ذلك مثل السوء الذي يتنافى مع أخلاق المسلم
“Maka menelan semula muntah adalah haram. Begitu juga meminta semula hibah/hadiah yang telah diberikan. Dan sesungguhnya ia adalah perbuatan dan juga sikap yang buruk, lantas ia bukanlah akhlak seorang Muslim.” [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i; 3/184]

Penutup

Kesimpulannya, hukum meminta semula hadiah yang telah diberikan kepada seseorang adalah haram melainkan tuntutan semula seorang ayah terhadap anaknya dan juga hibah yang diberikan berserta syarat pertukaran. Akhir kalam, kami menasihati orang ramai agar menjauhkan diri dari bersikap dengan perbuatan ini iaitu meminta semula hadiah, kerana ia merupakan perbuatan yang buruk dan tidak sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Semoga Allah SWT meletakkan keikhlasan dalam diri kita dalam hal kebajikan, murahkan rezeki kita agar dapat perbanyakkan diri dengan amalan-amalan kebajikan. Semoga Allah SWT memberkati segala amal kebajikan kita semua.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-meminta-semula-hadiah-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Sedekahkan Wang Yang Diberikan Seseorang Untuk Tujuan Lain

Hukum Sedekahkan Wang Yang Diberikan Seseorang Untuk Tujuan Lain

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 222 hits
SOALAN Di sini ada satu pertanyaan mengenai duit insurans atas kematian rakan sepejabat keluarga arwah memberi sumbangan kepada kami rakan sekerja untuk buat makan makan Apakah dibolehkan untuk kami sedekah duit tersebut atas nama arwah ke ...
Untuk Bina Semula Kerajaan Ph Tiada Jalan Lain Bergabung

Untuk Bina Semula Kerajaan Ph Tiada Jalan Lain Bergabung

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 385 hits
JELANG MALAMKEPUTUSAN hasil daripada temuduga dari kalangan 221 ahli parlimen yang berlangsung selama dua hari berturut turut di Istana Negara sudah pun selesai dan diketahui Yang diPertuan Agong telah pun memperolehi keputusan Esok Yang di...
Bomba Kaji Persempadanan Semula Bantuan Lebih Pantas

Bomba Kaji Persempadanan Semula Bantuan Lebih Pantas

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 233 hits
SHAH ALAM 26 FEB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengkaji persempadanan semula agensi itu di seluruh negara kata ketua pengarahnya Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata kajian dua tahun bermula tahun ini bertujuan memperkemaskan tugasan...
Boris Bermula Semula Dan Menyerang Pound Sebanyak Tiga Kali

Boris Bermula Semula Dan Menyerang Pound Sebanyak Tiga Kali

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 206 hits
Salam sejahtera pedagang yang disayangi Semalam pasangan mata wang GBP USD diniagakan lemah selepas Boris Johnson enggan menerima pilihan perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah Pada Rabu pound merosot 1000p menembusi trend kenaikan h...
Penarikan Semula Pasangan Mata Wang Usd Cad Sedang Berlaku Dibawah Tahap Rintangan

Penarikan Semula Pasangan Mata Wang Usd Cad Sedang Berlaku Dibawah Tahap Rintangan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 250 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan pesanan 1 33054Faktor kemasukan pesanan Ayunan tinggi grafik Penarikan Semula Fibonacci 78 6 Ambil Keuntungan 1 32453Faktor untuk Mengambil Keuntungan Penarikan Semula Fibonacci 61 8 Stop Loss 1 33296Faktor unt...
Parlimen Harus Dibubarkan Semula Bagi Memberikan Laluan Kepada Satu Pilihanraya Umum

Parlimen Harus Dibubarkan Semula Bagi Memberikan Laluan Kepada Satu Pilihanraya Umum

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 156 hits
Alhamdulillah telah selesai melaksanakan tugasan sebagai Ahli Parlimen apabila dititahkan mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung sebentar tadi bersama sama kesemua ahli Parlimen PAS di Istana Negara K...
Tun Mahathir Terima Semula Jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Mahathir Terima Semula Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 264 hits
Perrdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu hari ini Loading Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya Bagaimanapun memetik akhbar...
Jadilah Dirimu Semula

Jadilah Dirimu Semula

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 159 hits
Duhai dirimu yang kuhormati Jangan kau hilangkan kepercayaan dan harga dirimu yang selama ini terjaga Duhai dirimu yang kuiingati Sabarlah dengan penantian ini Halanglah dirimu daripada menghubungiku Jagalah hati kita agar tidak lalai dari ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut