Hukum Meluruskan Rambut



Soalan:
Bolehkah sekiranya suami meminta isterinya untuk meluruskan rambut dengan cara rebonding supaya rambut lebih cantik dan lurus? Terima kasih.

Jawapan:

Perhiasan dan Kecantikan

Pada asalnya, Islam tidak melarang umatnya untuk memperhiasi diri demi kecantikan. Malah Islam menyarankan umatnya supaya sentiasa dalam keadaan kemas dan kelihatan cantik dengan cara bersederhana dan sesuai dengan keadaan. Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA, sabda Nabi SAW:

إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
“Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan.” [Riwayat Muslim (275)]

Berkata Imam al-Munawi: ‘Dia sukakan keindahan’ ertinya orang yang mencantikkan diri daripada kalangan kamu pada keadaan dirinya…” (Lihat: Faidh al-Qodir, 2/224)

Perhiasan merupakan keinginan semulajadi bagi setiap wanita. Namun islam juga menggariskan beberapa panduan supaya menjadi rujukan dalam melakukannya. Firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖوَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur, 31)

Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat di atas menyatakan: “Dilarang memperagakan perhiasan kepada ajnabi. Melainkan apa yang susah untuk disembunyikan dan menjadi kebiasaan untuk tidak menyembunyikannya seperti cincin.” (Lihat: Tafsir al-Maraghi 18/99)

Jelas bahawa hukum asal bagi semua yang berkaitan dengan pakaian dan perhiasan adalalah halal dan harus melainkan jika terdapat hukum asal di dalam nas-nas serta dalil yang khusus. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 3/90)

Pengubahan Rambut

Ulama’ berbeza pendapat berkenaan hal ini. Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan di antaranya adalah pengharaman menghitamkan rambut dan janggut. Ini kerana terdapat unsur-unsur penipuan dan pemalsuan. Dengan warna hitam, seseorang itu akan kelihatan muda.

Begitu juga dengan pengharaman menyambung rambut palsu. Haram bagi sesiapa yang menyambung rambut menggunakan rambut manusia dan juga bulu binatang yang najis. Adapun dengan menggunakan bulu binatang yang tidak najis dibolehkan bagi perempuan yang mendapat keizinan suaminya. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 3/100)

Ini berdasarkan hadis daripada Asma’ bin Abu Bakar R.Anha katanya, seseorang perempuan datang menemui Rasullullah SAW dan bertanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ لِي ابْنَةً عُرَيِّسًا، أَصَابَتْهَا حَصْبَةٌ فَتَمَرَّقَ شَعْرُهَا، أَفَأَصِلُهُ؟ فَقَالَ: لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ
“Wahai Rasulullah! Aku mempunyai seorang anak gadis yang keguguran rambut disebabkan penyakit campak. Bolehkah aku menyambungkannya dengan rambut orang lain?” Baginda bersabda: “Allah melaknat perempuan yang memakai rambut orang lain dan perempuan yang diminta memakaikannya.” [Riwayat al-Bukhari (5591) dan Muslim (2122)]

Berkenaan dengan mengerintingkan rambut, para fuqaha’ berbeza pendapat berkenaan dengannya. Imam Nawawi menukilkan pendapat Imam Haramain dengan menyatakan dibolehkan mengerintingkan rambut seperti mana hukum mewarnakan rambut dengan inai bagi perempuan yang berkahwin. (Lihat: al-Majmuk syarah al-Muhazzab, 3/140)

Imam Ramli di dalam kitabnya menyatakan: “Dan diharamkan mengerintingkan rambut, menjarangkan gigi, menghitamkan rambut, memerahkan pipi, berinai dan selainnya. Sekiranya diizinkan oleh suaminya maka diharuskan. Ini kerana bertujuan untuk perhiasan kepada yang diizinkan.” (Lihat: Nihayah al-Muhtaj ila Syarah al-Minhaj, 2/25)

Kesimpulan

Menjawab persoalan yang diajukan dan berdasarkan keterangan di atas, dapat disimpulkan bahawa:

1. Dibolehkan melurus rambut sekiranya tujuan untuk kecantikan dan menghiaskan diri sama ada untuk suami atau keselesaan diri sendiri. Selain itu, digalakkan supaya menjaga rambut serta memuliakannya. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasullullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
“Barangsiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya.” [Riwayat Abu Daud (4163)]

2. Tidak menyerupai orang kafir dan fasiq. Bukanlah bertujuan untuk menunjuk dan memperagakannya dikhalayak ramai. Ini kerana menghindari dari sikap sombong dan riak dan mengundang kemurkaan Allah SWT. Selain itu, menutup aurat merupakan kewajipan bagi setiap orang Islam.

3. Memastikan peralatan dan bahan yang digunakan tidak mendatangkan kemudharatan serta kerosakan pada rambut.

Oleh itu, niat dan tujuan menjadi faktor utama dalam menentukan hukum meluruskan rambut. Sekiranya tujuan adalah untuk perkara yang baik dan disyariatkan maka dibenarkan. Namun sekiranya untuk tujuan yang tidak baik seperti menipu dan melakukan maksiat serta ianya boleh memberi kemudharatan maka haram hukumnya.

Semoga penjelasan ini memberikan manfaat kepada semua supaya melaksanakan kewajipan solat seperti yang disyariatkan. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/hukum-meluruskan-rambut-rebonding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Memotong Kuku Dan Rambut Sebelum Ibadah Korban

Hukum Memotong Kuku Dan Rambut Sebelum Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 581 hits
Bulan Zuhijah sinonim dengan ibadah korban yang saban tahun dilakukan pada 10 dan 11 Zulhijah Ibadah ini telah mula disyariatkan pada tahun kedua hijrah sehingga kini Umum mengetahui ibadah ini adalah bertepatan dengan kisah pengorbanan Nab...
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 544 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
Mufti Jelaskan Hukum Simpan Patung Permainan Kanak Kanak

Mufti Jelaskan Hukum Simpan Patung Permainan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 272 hits
Setiap ibu bapa pasti gemar membelikan barangan beruapa patung permainan kepada anak anak terutama sekali bila ada anak perempuan Walupun begitu tidak asing juga jika mempunyai anak lelaki pasti ibu bapnya akan membelikan patung yang berupa...
Keadaan Lebih Tegang Jika Pkr Hukum Farhash Kata Penganalisis

Keadaan Lebih Tegang Jika Pkr Hukum Farhash Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 257 hits
Semalam biro politik PKR memutuskan untuk merujuk Farhash dan MB Selangor kepada lembaga disiplin parti itu PETALING JAYA Penganalisis politik percaya tiadanya keperluan untuk mengenakan tindakan ke atas Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Sal...
Hukum Orang Masbuq Bangun Setelah Imam Beri Salam Pertama

Hukum Orang Masbuq Bangun Setelah Imam Beri Salam Pertama

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 197 hits
Soalan Apakah hukumnya seseorang makmum yang masbuq itu terus bangun untuk menyempurnakan baki baki perbuatan solatnya sebaik sahaja imam selesai bagi salam yang pertama Atau adakah perlu menunggu sehingga selesai imam bagi salam yang kedua...
Hukum Perempuan Tak Nak Berkahwin Ini Penjelasan Uai

Hukum Perempuan Tak Nak Berkahwin Ini Penjelasan Uai

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 498 hits
Semua wanita dan lelaki mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat Bagi wanita mesti inginkan seorang suami yang soleh dapat membimbingnya zuriat yang ramai bijak serta comel mudah kata semunya indah seperti...
Polri Sudah Beri Sanksi Aparat Yang Langgar Hukum Saat Pengamanan Aksi 21 22 Mei

Polri Sudah Beri Sanksi Aparat Yang Langgar Hukum Saat Pengamanan Aksi 21 22 Mei

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 153 hits
Setelah mendapatkan sanksi tersebut lanjut Dedi para personel akan dikembalikan ke satuan tugas masing masing
Safi Shayla Pakar Rambut Untuk Wanita Bertudung Yang Istimewa

Safi Shayla Pakar Rambut Untuk Wanita Bertudung Yang Istimewa

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 551 hits
Safi Shayla Pakar Rambut Untuk Wanita Bertudung Yang Istimewa Bila sebut nama SAFI mesti semua orang kenal kan Daku juga adalah salah seorang pengguna setia produk jenama Safi Antara yang sering ku gunakan adalah dari rangkaian Safi Shayla ...
Safi Shayla Penyelesaian Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Masalah Kelemumur

Safi Shayla Penyelesaian Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Masalah Kelemumur

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 339 hits
Rambut ibarat mahkota buat setiap individu baik perempuan mahupun lelaki Jika kita mempunyai masalah rambut memang stress gila dibuatnya Mahu tak stress jika kita berhadapan dengan masalah rambut yang serius seperti keguguran rambut rambut ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha