Hukum Orang Masbuq Bangun Setelah Imam Beri Salam Pertama



Soalan:
Apakah hukumnya seseorang makmum yang masbuq itu terus bangun untuk menyempurnakan baki-baki perbuatan solatnya sebaik sahaja imam selesai bagi salam yang pertama? Atau adakah perlu menunggu sehingga selesai imam bagi salam yang kedua?

Jawapan:
Dari sudut bahasa, kalimah al-masbuq merupakan isim maf’ul. Fi’il (perbuatannya) adalah sabaqa. Maka disebut sabaqahu iaitu apabila seseorang itu mendahului orang yang lain.

Manakala dari sudut istilah, masbuq adalah seseorang yang mana imam telah mendahuluinya dalam beberapa rakaat solat atau keseluruhan rakaat solat. Ataupun dia adalah seorang yang sempat bersama imam selepas berlalunya satu rakaat atau lebih. [Rujuk Al-Qamus Al-Muhith, Fairuz Abadi]

Seperti yang dimaklumi oleh umum, solat merupakan sebuah ibadah yang mempunyai permulaan dan juga penyudahannya. Solat dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Majoriti ulama berpendapat bahawa permulaan solat adalah dengan lafaz dan juga niat masuk ke dalam solat, manakala penamat solat juga melalui lafaz dan niat keluar dari solat.

Penamat bagi solat adalah lafaz salam sebanyak dua kali, dan ini merupakan petunjuk Nabi S.A.W. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ma’mar beliau berkata:

أَنَّ أَمِيرًا كَانَ بِمَكَّةَ يُسَلِّمُ تَسْلِيمَتَيْنِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ أَنَّى عَلِقَهَا قَالَ الْحَكَمُ فِي حَدِيثِهِ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَفْعَلُهُ
“Sesungguhnya seorang Amir (Gabenor) di Makkah memberi salam sebanyak dua kali (untuk selesai dari mendirikan solat).” Lalu Abdullah (bin Mas’ud) bertanya: “Daripada manakah dia mendapat sunnah ini?” Maka Al-Hakam berkata: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melakukan hal tersebut.” [Riwayat Muslim (581)]

Menerusi hadis di atas, dapat difahami bahawa gabenor Makkah menjadi imam dalam solat berjemaah dan memberi salam sebanyak dua kali salam pada penghujung solat. Lalu perbuatan ini dikagumi dan dipuji oleh Ibn Mas’ud kerana menepati sunnah Nabi S.A.W.

Dr. Musa Syahin menyebutkan beberapa feqh hadis dalam syarahan beliau ke atas hadis Abu Ma’mar di atas. Berikut kami kongsikan secara ringkas pandangan beliau tersebut:

Hadis ini menunjukkan kepada pensyariatan dua kali salam.Hukum dan kaifiat salam adalah seperti yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi: “Mazhab kami (Al-Syafi’eyyah) berpendapat bahawa memberi salam merupakan perkara fardhu dan juga rukun solat. Yang mana tidak sah solat melainkan dengan melakukannya. Inilah pendapat jumhur ulama dari kalangan para sahabat, tabiin, dan generasi selepas mereka. Inilah juga pendapat Imam Malik, Imam Al-Syafi’e, Imam Ahmad, dan juga para ashab lalu mereka berkata; Apabila seorang yang bersolat itu keluar (selesai) dari solatnya tanpa melafazkan salam maka solatnya adalah batal.”Kata Imam al-Nawawi: “Para ulama yang kami berpegang dengan mereka telah berijma’ bahawa tidak wajib melainkan sekali salam sahaja. Sekiranya seseorang itu memberikan satu salam sahaja, maka disunatkan kepadanya untuk memberi salam menghala ke hadapan. Manakala jika dia memberi dua salam maka dia menjadikan salam yang pertama menghadap ke arah kanan, dan salam yang kedua menghadap ke arah kiri. Dia berpaling dalam setiap salam sehingga orang di sebelahnya dapat melihat pipinya, dan inilah pendapat yang sahih.”Makmum hendaklah memberi salam sesudah imam memberi salam.Kata Imam Al-Baghawi: “Disunatkan untuk seorang (makmum tidak memulakan salam sehinggalah imam selesai memberikan kedua-dua salam.”Manakala Al-Mutawalli pula berpendapat bahawa disunatkan untuk makmum memberi salam sebaik sahaja imam selesai salam yang pertama.Dan tidak disunatkan bagi makmum yang masbuq untuk berdiri meneruskan baki-baki (perbuatan solat) pada dirinya melainkan setelah imam selesai dari kedua-dua salam.
[Rujuk Fath al-Mun’im Syarah Sahim Muslim, Dr. Musa Syahin (3/258)]

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berikut kami kongsikan sebuah kenyataan daripada Imam Al-Nawawi Rahimahullah:

“Para ashab kami (Al-Syafi’eyyah) telah bersepakat bahawa disunatkan bagi seorang yang masbuq untuk tidak berdiri bagi mengerjakan apa-apa yang berbaki (dari perbuatan solat) melainkan setelah imam selesai dari kedua-dua salam. Antara yang menjelaskan pendapat ini adalah Imam al-Baghawi, al-Mutawalli, dan selain mereka.

Dan Imam al-Syafi’e telah menaskan hal ini (seperti yang disebutkan) dalam Mukhtasar al-Buwaithi dengan kata beliau: Sesiapa yang imam telah mendahuluinya dengan beberapa perbuatan solat, maka janganlah dia bangun untuk menyelesaikan baki-baki perbuatan solat melainkan setelah imam selesai dari memberikan kedua-dua salam.”

Namun ini bukanlah bermakna bahawa sekiranya seorang makmum itu terus bangun sebaik sahaja imam selesai memberi salam yang pertama menjadikan solatnya itu tidak sah. Ini seperti yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi seperti berikut:

“Para ashab kami berpendapat bahawa sekiranya seorang (yang masbuq) itu berdiri setelah imam selesai dari perkataan Assalamu‘alaikum’ pada salam yang pertama maka hal tersebut adalah dibolehkan. Ini kerana imam telah keluar (selesai) dari solat (melalui salam yang pertama).”

Manakala keadaan yang boleh menyebabkan terbatalnya solat seorang yang masbuq itu adalah apabila dia bangun sebelum imam mula memberi salam. Kata Imam al-Nawawi: “Sekiranya seorang (yang masbuq) itu bangun sebelum imam mula memberi salam maka solatnya terbatal, melainkan dia berniat untuk mufaraqah (berpisah) dengan imam.”

[Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/483)]

Kesimpulan

Sebagai penutup, setelah kami meneliti beberapa pendapat yang dikemukakan di atas, kami menyatakan bahawa makmum yang masbuq disunatkan untuk bangun bagi melengkapkan beberapa perbuatan solat yang masih berbaki setelah imam selesai memberikan kedua-dua salam. Meskipun begitu, sekiranya makmum yang masbuq tersebut bangun sesudah imam memberi salam yang pertama, maka hukumnya adalah dibolehkan dan solatnya adalah sah. Ini kerana, salam yang pertama adalah rukun dan wajib hukumnya, manakala salam yang kedua adalah sunat sahaja.

Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/hukum-orang-masbuq-bangun-setelah-imam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Shalat Gerhana Bulan Setelah Subuh

Hukum Shalat Gerhana Bulan Setelah Subuh

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 297 hits
Hukum Shalat Gerhana Bulan Setelah Subuh Bagaimana hukum shalat gerhana bulan setelah subuh Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Pertama menurut pendapat yang lebih kuat shalat di waktu terlarang berlaku untuk shal...
Hukum Mengulang Sembelihan Dua Kali Sembelihan Pertama Hewan Tidak Mati

Hukum Mengulang Sembelihan Dua Kali Sembelihan Pertama Hewan Tidak Mati

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 384 hits
Menyembelih Hewan Dua Kali Dua Saluran Belum Terputus Pertanyaan Assalamualaikum admin apa hukum menyembelih hewan 2 kali karena sembelihan pertama tidak mati sebab salah satu dari dua jalurnya tidak putus terus disembelih lagi Jawaban Wa a...
Ekspo Halal Absolutely Halal Malaysia Pertama Kalinya Di Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur

Ekspo Halal Absolutely Halal Malaysia Pertama Kalinya Di Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 422 hits
Hi Korang Edisi pertama Halal Malaysia yang dianjurkan oleh Idea Max Event Sdn Bhd sedang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre bermula dari 26 Julai 28 Julai 2019 Masa pameran bermula seawal 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam set...
Nak Beli Rumah Pertama Semak Senarai Hitam Pemaju Projek Perumahan Bermasalah Elak Jadi Mangsa

Nak Beli Rumah Pertama Semak Senarai Hitam Pemaju Projek Perumahan Bermasalah Elak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 385 hits
The ReporterRumah merupakan satu aset keperluan yang harus dimiliki lebih lebih lagi di usia muda kerana harga rumah semakin lama semakin meningkat nak mati Tidak dinafikan ramai yang pernah menjadi mangsa kepada pemaju perumahan yang tidak...
Pernah Dicemuh Anak Pendatang Kini Genggam Ijazah Kelas Pertama Di Uk

Pernah Dicemuh Anak Pendatang Kini Genggam Ijazah Kelas Pertama Di Uk

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 245 hits
Kisah kecemerlangan pelajar pelajar Malaysia di luar negara bukan lagi sesuatu yang rahsia Walau bagaimanapun perkara tersebut cukup membanggakan rakyat Malaysia kerana setiap kecemerlangan mereka mempunyai kisah disebaliknya Sebelum ini ki...
6 Cara Blog Tampil Di Halaman Pertama Google

6 Cara Blog Tampil Di Halaman Pertama Google

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 327 hits
6 Cara Blog Tampil di Halaman Pertama Google NAK tahu tak bagaimana cara anda boleh jadikan blog berada di halaman pertama Google Tapi bagaimana caranya Apakah langkah atau teknik yang betul untuk menjadikan setiap posting blog anda berada ...
Siti Badriah Dan Akhirnya Malam Pertama

Siti Badriah Dan Akhirnya Malam Pertama

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 237 hits
Pedangdut Siti Badriah dan Krisjiana Baharudin resmi menjadi pasangan suami istri Akad nikah keduanya berlangsung pada Kamis kemarin
Prototaip Enjin Kapal Angkasa Starship Berjaya Melakukan Ujian Pertama

Prototaip Enjin Kapal Angkasa Starship Berjaya Melakukan Ujian Pertama

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 244 hits
Space X ingin melakukan Bagi merealisasikan impian mengkoloni planet paling hampir ke bumi ini kapal angkasa Spaceship akan digunakan Ujian pertama enjin Spaceship telah berjaya dilakukan semalam menggunakan kapal angkasa yang diberi nama j...
Tambadau Hadapi Dua Perlawanan Pertama Di Tempat Lawan

Tambadau Hadapi Dua Perlawanan Pertama Di Tempat Lawan

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 289 hits
Tambadau hadapi dua perlawanan pertama di tempat lawanJELIUS ATINGSkuad Tambadau Sabah akan memulakan saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia dengan dua perlawanan berturut turut di tempat lawan bermula menentang juara bertahan Perak di...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab