Hukum Melukis Kolam Rangoli Pada Umat Islam




Perayaan Deepavali merupakan suatu perayaan yang dianjurkan oleh agama Hindu. Ini bererti ia bukan perayaan yang berasaskan kepada budaya masyarakat sesuatu bangsa, sebaliknya ia perayaan yang berasaskan anutan agama tanpa mengira apa jua bangsa yang menganutnya. Perayaan dalam sesebuah agama pula merujuk kepada ritual atau amalan tertentu yang dilakukan demi meninggikan syiar atau perlambangan sesebuah agama.


Mengenai Kolam atau Rangoli ia didapati telah wujud dalam tradisi agama Hindu sejak sekian lama. Bukti pertama ia terdapat dalam kesusasteraan Hindu adalah antara 50-400 Masihi di dalam kitab Kama Sutra oleh Vatsyayana yang disebut sebagai tndulkusumvlidikara. (Lihat History of the Rangavalli (Rangoli) Art – Between C. A. D. 50 and 1900, m. 241).


Merujuk kepada Kolam, ia pada asalnya merupakan sebahagian daripada upacara keagamaan yang terdapat dalam perayaan Deepavali. Deepavali atau Divali dalam agama Hindu dikenali sebagai perayaan lampu dan dikaitkan dengan warna yang terang dan bercahaya. Bunga api yang berwarna-warni akan dipasang di seluruh kampung, bandar dan kota raya. Dalam perayaan tersebut, cahaya lilin akan menyinari sekitar rumah, pelbagai manisan akan disediakan dengan jumlah yang banyak, bertukar hadiah dilakukan dan amalan membuat Rangolis yang berkaitan langsung dengan perayaan ini.


Hukum jika umat Islam melibatkan diri dalam menghasilkan Kolam atau Rangoli


HARAM 
• melukis Kolam atau Rangoli dengan corak yang merujuk kepada dewa-dewi, mantra-mantra dan juga bermatlamatkan pemujaan dalam agama Hindu;


MAKRUH 
• terlibat dalam pertandingan atau aktiviti melukis Kolam atau Rangoli pada atau sempena musim perayaan keagamaan seperti Deepavali kerana dikhuatiri mempunyai unsur mengangkat syiar agama lain secara tidak langsung dan menyerupai sebahagian perbuatan ritual agama;


DIBOLEHKAN (HARUS) 
• melukis dengan penggunaan teknik pembuatan Kolam atau Rangoli yang dibuat pada selain hari-hari kebesaran agama Hindu dan dengan motif yang tiada kaitan dengan pemujaan dan keagamaan, seperti tumbuh-tumbuhan, bunga atau lakaran kartun. Ini seumpama Kolam yang dilukis dengan motif patriotik pada hari sambutan kemerdekaan negara dan seumpamanya.


Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman Islam yang benar demi menjamin penerimaan segala amal ibadah kita di sisi-Nya. Wallahu a’lam.


Kredit :
• Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ( artikel asal >  https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/2735-al-afkar-22-melukis-kolam-rangoli-bagi-umat-islam )


• The Capital Post ( gambar > https://www.capitalpost.com.my/kolam-digital-kaedah-pembelajaran-menyeronokkan-mengenai-deepavali )




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ahmadzaki82.blogspot.com/2023/11/hukum-melukis-kolam-rangoli-pada-umat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Ucap Doa Rip Kepada Bukan Islam

Hukum Ucap Doa Rip Kepada Bukan Islam

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 344 hits
Di kalangan bukan Islam apabila ada kematian mereka akan mengucapkan Rest in Peace Itu ada satu bentuk ucapan dan doa agar roh si mati berada dalam keadaan aman dan selamat di alam baka Perlu ditegaskan seseorang muslim tidak boleh berdoa m...
Berkhitan Atau Berkhatan Hukum Dan Hikmahnya Dalam Islam

Berkhitan Atau Berkhatan Hukum Dan Hikmahnya Dalam Islam

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 315 hits
Berkhitan atau khatan dalam bahasa Melayu adalah amalan penting dalam agama Islam yang melibatkan pemotongan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki dan sedikit pemotongan kulit klitoris pada wanita Ia juga dikenali sebagai sunat atau dalam...
Soalan Pelik Bagi Umat Islam Daripada Bukan Islam

Soalan Pelik Bagi Umat Islam Daripada Bukan Islam

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 168 hits
Bersongkok atau bertopeng Saya telah menerima berita berikut daripada seorang sahabat saya yang bukan Islam disertai sedikit kemusykilan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa said our stand was all about placing humanity ahead of any form of disput...
Masjidil Aqsa Lokasi Isu Kepentingan Kepada Umat Islam

Masjidil Aqsa Lokasi Isu Kepentingan Kepada Umat Islam

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 375 hits
Setiap kali isu kezaliman tentera Zionis Israel terhadap orang Palestin muncul kita tidak lari daripada membincangkan tentang isu Masjidil Aqsa Isu Palestin adalah isu penyatuan umat Islam di seluruh dunia dan tidak hanya terletak di atas b...
Apakah Umat Islam Dan Umat Arab Menunggu Rakyat Eropah Membebaskan Palestin Daripada Penindasan Zionis Israel

Apakah Umat Islam Dan Umat Arab Menunggu Rakyat Eropah Membebaskan Palestin Daripada Penindasan Zionis Israel

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 153 hits
Setiap kali berlaku kekejaman Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang memangsakan penduduk Muslim dan Kristian negara negara Arab dan Islam akan mengadakan protes besar besaran Itulah tindakan kebiasaan yang dilakukan sepanjang 75 tah...
6 Pemahaman Yahudi Benarkah Pemahaman Ini Sudah Jadi Amalan Kita Orang Islam

6 Pemahaman Yahudi Benarkah Pemahaman Ini Sudah Jadi Amalan Kita Orang Islam

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 166 hits
Baru baru ini admin terbaca satu posting mengenai adanya 6 pemahaman yahudi dalam pengamalan seharian kita kebanyakkannya berlawanan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan pengamalan tersebut ciptaan dari golongan yahudi Adakah benar kenyat...
Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 223 hits
Artikel oleh Utusan MalaysiaNEGARA ISLAM PERLU HENTI JUAL MINYAK GAS KEPADA ISRAEL TUN M
Kempen Bmf Global Bukan Boikot Tapi Perkasa Ekonomi Orang Islam Harian Metro 11 11 2023

Kempen Bmf Global Bukan Boikot Tapi Perkasa Ekonomi Orang Islam Harian Metro 11 11 2023

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 192 hits
Cyberjaya Inisiatif kempen satukan kuasa membeli yang menyarankan pembeli memfokus pilihan dalam perbelanjaan melalui Pelancaran Buy Muslim First Global membantu memperkasakan produk Muslim tempatan dan luar negara Pengasas Malakat Mall Moh...
Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 276 hits
Artikel oleh Sinar HarianRAKYAT PALESTIN KECEWA GESA NEGARA ISLAM TEKAN ISRAEL HENTI EKSPORT MINYAK
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time