Kempen Bmf Global Bukan Boikot Tapi Perkasa Ekonomi Orang Islam Harian Metro 11 11 2023


 
Cyberjaya: Inisiatif kempen satukan kuasa membeli yang menyarankan pembeli memfokus pilihan dalam perbelanjaan melalui Pelancaran Buy Muslim First (BFM) Global membantu memperkasakan produk Muslim tempatan dan luar negara.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, pihaknya dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) mengambil inisiatif menjadi peneraju utama pelancaran program berkenaan dalam usaha meluaskan sokongan usahawan tempatan dan negara Islam lain.
Bagaimanapun katanya, BMF bukan kempen bersifat bangsa dan ia juga bukan untuk memboikot produk orang bukan Muslim (yang tidak menyokong Israel) tetapi lebih kepada usaha untuk memperkuatkan ekonomi orang Islam.
"Usaha ini memfokuskan 'Kempen Satukan Kuasa Beli' yang mana kita menyarankan pembeli fokus pilihan dalam perbelanjaan mereka dengan kami turut melancarkan karnival usahawan terdiri daripada golongan pengeluar asal sesebuah produk.
"Pelancaran ini juga adalah usaha menyedarkan masyarakat bahawa perjuangan memartabatkan produk Muslim bukan saja sekadar bertaraf lokal, malah ke peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran March4Gaza dan kempen BMF Global di pusat beli-belah berkenaan, di sini, hari ini.

ANTARA peserta yang hadir pada pelancaran kempen 'BMF Global dan Perarakan Untuk Gaza di Malakat Mall, Cyberjaya. FOTO Hairul Anuar Rahim
Ia turut mendapat sokongan beberapa pihak termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Terdahulu, kira-kira 1,000 orang hadir di perkarangan pasar raya berkenaan bagi program March4Gaza sebagai tanda soladiriti dan sokongan moral kepada Palestin yang sedang berhadapan konflik dengan rejim Israel.
Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi KoPPIM, Mustapa Kamal Mohd Razali.
Mohd Fadzil berkata, pusat beli-belah berkenaan akan dijadikan sebagai 'platform' untuk memperkenalkan jenama Muslim termasuk dari Turkiye dan Indonesia setiap minggu.
"Sudah tiba masa kita mula menggunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk membina kekuatan sendiri supaya dapat membantu rakyat khususnya umat Islam," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata, tindakan memboikot susulan pembantaian di Gaza, Palestin ketika ini luar biasa dan ia akan lebih berkesan dengan usaha memperkenalkan produk alternatif bagi mengelak orang ramai kembali ke produk asal sekiranya keadaan kembali tenang nanti.
"Kita maklum BMF hanya kuat di Malaysia dan di peringkat antarabangsa ada gerakan badan bukan kerajaan (NGO) Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), sebuah gerakan Palestin untuk kebebasan, keadilan dan kesaksamaan.
"Jadi apa yang kita lancarkan ini adalah langkah strategik melalui 12 protokol BMF Global membabitkan pengguna dan usahawan Islam serta pengguna dan usahawan bukan Islam sealiran dengan perjuangan membebaskan Palestin," katanya.
Sementara itu, Mustapa Kamal berkata, beliau berharap lebih ramai usahawan tempatan terutama Muslim mengeluarkan pelbagai produk sebagai pilihan kepada rakyat kerana situasi ketika ini menunjukkan masyarakat sudah mula memilih produk tempatan.
"Saya berharap usahawan tempatan tidak kira Muslim atau tidak, teruskan usaha mengeluarkan produk tempatan supaya kita mempunyai lebih banyak pilihan selain usaha ini juga memperkasakan ekonomi produk tempatan," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
KEMPEN BMF GLOBAL BUKAN BOIKOT, TAPI PERKASA EKONOMI ORANG ISLAM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1029411/kempen-bmf-global-bukan-boikot-tapi-perkasa-ekonomi-orang-islam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/11/kempen-bmf-global-bukan-boikot-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malakat Mall Koppim Bantu Usahawan Perkasa Ekonomi Islam Sinar Harian 11 11 2023

Malakat Mall Koppim Bantu Usahawan Perkasa Ekonomi Islam Sinar Harian 11 11 2023

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 476 hits
CYBERJAYA Malakat Mall bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia melancarkan kempen Buy Muslim First Global Movement bagi membantu usahawan tempatan dan antarabangsa memperkasa semula ekonomi Islam Pengasas pusat beli belah itu M...
Aktiviti March 4 Gaza Majlis Pelancaran Kempen Bmf Global Ppim 11 11 2023

Aktiviti March 4 Gaza Majlis Pelancaran Kempen Bmf Global Ppim 11 11 2023

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik usaha boikot yang dijalankan pengguna Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa Langkah itu menunjukkan pengguna semakin sedar tentang kelebihan kuasa pengguna dan keberkesanannya t...
Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 300 hits
Artikel oleh Sinar HarianRAKYAT PALESTIN KECEWA GESA NEGARA ISLAM TEKAN ISRAEL HENTI EKSPORT MINYAK
Boikot Adalah Satu Bentuk Jihad Sinar Harian 10 11 2023

Boikot Adalah Satu Bentuk Jihad Sinar Harian 10 11 2023

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 178 hits
GERAKAN boikot produk dan jenama yang menyokong Israel kembali bergema Usaha itu dilihat begitu rancak dan agresif apabila ramai orang yang mempromosikan kempen itu di media sosial masing masing Kempen boikot itu dilakukan oleh kalangan rak...
Kempen Buy Muslim First Diperluas Ke Global Utusan Malaysia 11 11 2023

Kempen Buy Muslim First Diperluas Ke Global Utusan Malaysia 11 11 2023

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 370 hits
CYBERJAYA Umat Islam di negara ini diseru terus memulaukan produk antarabangsa pro Israel dengan mengalihkan sokongan kepada jenama keluaran bisnes Muslim sendiri Demikian saranan pengasas Malakat Mall Mohd Fadzil Hashim sebagai tindak bala...
Ekonomi Jateng Triwulan Iii Tahun 2023 Tumbuh 5 07 Masih Berpotensi Meningkat

Ekonomi Jateng Triwulan Iii Tahun 2023 Tumbuh 5 07 Masih Berpotensi Meningkat

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 289 hits
Pertumbuhan ekonomi di Jawa Tengah secara komulatif pada triwulan III tahun 2023 mencapai 5 07
Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 250 hits
Artikel oleh Utusan MalaysiaNEGARA ISLAM PERLU HENTI JUAL MINYAK GAS KEPADA ISRAEL TUN M
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan