Hukum Ucap Doa Rip Kepada Bukan Islam



 Di kalangan bukan Islam, apabila ada kematian, mereka akan mengucapkan Rest in Peace (RIP). Itu ada satu bentuk ucapan dan doa agar roh si mati berada dalam keadaan aman dan selamat di alam baka.
 

Perlu ditegaskan, seseorang muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas. Ucapan RIP merupakan doa yang dibacakan oleh orang bukan Islam, maka umat Islam dilarang daripada mengucapkannya.
 

Namun Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunah bagi orang Muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.
 

Mengucapkan salam takziah adalah kepada keluarga dan bukan satu doa untuk si mati. Salam takziah adalah tanda simpati kepada keluarga si mati, diharapkan dengan ucapan itu keluarga si mati lebih tenang dan tabah berdepan dengan kehilangan orang tersayang.  
 

Memberi doa keamanan dan ketenangan buat orang bukan Islam yang meninggal dunia adalah dilarang menurut nas. Firman Allah SWT bermaksud: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” (Surah al-Taubah, ayat 113)
 

Menurut Syeikh Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya, para nabi dan orang-orang beriman tidak boleh turut serta dalam urusan memohon keampunan Allah SWT bagi orang-orang yang syirik. Ini kerana konsep keimanan Islam dan kenabian tidak menerima pengampunan orang yang mati dalam keadaan syirik, maka tidak perlu memohon keampunan untuk mereka.
 

Perkara ini termaktub seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat 116 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”
 

Jelas sekali, Allah telah menyatakan tidak akan sekali-kali mengampunkan dosa orang yang syirik yakni orang kafir, maka mengapa pula kita ingin mendoakan keampunan kepada mereka.
 

Syeikh Ahmad al-Sawi pula mengatakan umat Islam tidak boleh berdoa untuk memohon keampunan bagi orang bukan Islam yang mati dalam keadaan kafir/syirik. Ada pun doa kepada orang bukan Islam yang masih hidup, maka ada perbahasan yang perlu diteliti.
 

Jika tujuan doa tersebut untuk mendoakan agar beliau dikurniakan hidayah Islam atau kebaikan dunia maka ia dibolehkan. Tetapi jika doanya untuk memohon keampunan bagi dosa beliau ketika hidupnya memang dalam keadaan kafir maka tidak diterima doa tersebut. (Lihat: Hasyiyah al-Sawi, 2/159)
 

Para ulama fiqh bersepakat bahawa perbuatan memohon keampunan bagi orang yang mati dalam keadaan bukan islam atau kafir adalah dilarang. Bahkan ada pendapat yang lebih keras mengatakan individu yang memohon keampunan bagi orang kafir juga turut dihukum kafir. Ini kerana ia berlawanan dengan nas yang jelas bahawa Allah SWT tidak akan mengampunkan sesiapa yang berlaku syirik kepada-Nya, ditambah lagi dengan nas bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan kafir maka dia akan menjadi ahli neraka.
 

Ada pun bagi orang Islam yang mendoakan orang kafir agar diberi hidayah maka tidak mengapa. Perkara ini dipersetujui oleh ulama mazhab Hanafi dan diizinkan untuk mendoakan hidayah menurut mazhab Hanbali. Sebahagian daripada ulama juga menzahirkan untuk berdoa memohon keampunan kepada bayi dan anak-anak orang kafir, kerana itu termasuk daripada undang-undang di akhirat kelak. (Lihat: Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 4/43)
 

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka jelas kepada kita bahawa mendoakan orang bukan islam yang mati dalam keadaan syirik adalah tidak wajar dan perlu dielakkan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2023/10/frg_31.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkhitan Atau Berkhatan Hukum Dan Hikmahnya Dalam Islam

Berkhitan Atau Berkhatan Hukum Dan Hikmahnya Dalam Islam

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 315 hits
Berkhitan atau khatan dalam bahasa Melayu adalah amalan penting dalam agama Islam yang melibatkan pemotongan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki dan sedikit pemotongan kulit klitoris pada wanita Ia juga dikenali sebagai sunat atau dalam...
Arab Saudi Anjur Sidang Antarabangsa Mengenai Wanita Islam

Arab Saudi Anjur Sidang Antarabangsa Mengenai Wanita Islam

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 134 hits
ARAB Saudi menganjurkan International Conference on Women in Islam di Jeddah pada Isnin untuk menyerlahkan kejayaan peranan dan sumbangan wanita Islam dari negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam dalam pembangunan negara Persidangan tiga ...
Sektor Berkaitan Islam Halal Dijangka Bernilai Rm35 7 Trilion Menjelang 2025

Sektor Berkaitan Islam Halal Dijangka Bernilai Rm35 7 Trilion Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 127 hits
KEWANGAN Islam industri makanan farmaseutikal kosmetik halal pelancongan mesra Muslim sektor media dan rekreasi dijangka mencapai nilai global sebanyak AS 7 7 trilion menjelang 2025 kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil B
Kononnya Untuk Hormati Bukan Islam Ker

Kononnya Untuk Hormati Bukan Islam Ker

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 145 hits
Pelik itulah yang berlaku https harakahdaily net index php 2023 11 06 ajaran siapa tak boleh takbir di sekolah Tular gambar Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menghadiri upacara keagamaan bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan bebera...
Apakah Umat Islam Dan Umat Arab Menunggu Rakyat Eropah Membebaskan Palestin Daripada Penindasan Zionis Israel

Apakah Umat Islam Dan Umat Arab Menunggu Rakyat Eropah Membebaskan Palestin Daripada Penindasan Zionis Israel

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 153 hits
Setiap kali berlaku kekejaman Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang memangsakan penduduk Muslim dan Kristian negara negara Arab dan Islam akan mengadakan protes besar besaran Itulah tindakan kebiasaan yang dilakukan sepanjang 75 tah...
Islam Menganjurkan Keamanan Memupuk Semangat Jihad Yang Terancang Dan Tersusun

Islam Menganjurkan Keamanan Memupuk Semangat Jihad Yang Terancang Dan Tersusun

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 168 hits
TAK SANGKA OTAK HANG PUNYA KEMETOT AJAQ ANAK ANAK ERTINP PERJUANGAN DAN PEGANG SENJATA AKAI TAK DAK 31 Oktober 202316 Rabiul Akhir 1445HSelaku Yang Dipertua YADIM saya juga penasihat penaung kepada beberapa kumpulan silat Melayu yang memast...
Soalan Pelik Bagi Umat Islam Daripada Bukan Islam

Soalan Pelik Bagi Umat Islam Daripada Bukan Islam

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 168 hits
Bersongkok atau bertopeng Saya telah menerima berita berikut daripada seorang sahabat saya yang bukan Islam disertai sedikit kemusykilan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa said our stand was all about placing humanity ahead of any form of disput...
Saya Terima Watak Tu Sebelum Peluk Islam Angeline Tan Minta Netizen Jangan Terkejut Jika Dirinya Tak Bertudung

Saya Terima Watak Tu Sebelum Peluk Islam Angeline Tan Minta Netizen Jangan Terkejut Jika Dirinya Tak Bertudung

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 160 hits
Isteri kepada pelakon Sabri Yunus yang baru sahaja memeluk Islam apabila bernikah dengan suaminya ini meminta agar penonton dan peminatnya faham jika dirinya ada membuka tudung untuk menyelesaikan shooting kerjanya Katanya karakter yang dit...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase