6 Pemahaman Yahudi Benarkah Pemahaman Ini Sudah Jadi Amalan Kita Orang Islam


Baru-baru ini admin terbaca satu posting mengenai adanya 6 pemahaman yahudi dalam pengamalan seharian kita kebanyakkannya berlawanan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan pengamalan tersebut ciptaan dari golongan yahudi. Adakah benar kenyataan tersebut? Jom kita telusuri satu persatu kenyataan beliau dalam aspek Al-quran dan As- Sunnah.
Ikuti telegram kami yang menyediakan pelbagai info dan bahan pendidikan untuk kegunaan anda semua:
SISTEM GURU ONLINE 6 Pemahaman Yahudi : Hubungan Islam Dengan Yahudi Dengan sukacita saya kongsikan beberapa kaitan hubungan islam dan yahudi yang patut kita ketahui, saya bahawakan ini secara ringkas untuk pengetahuan kita semua.
Hubungan Islam dan Yahudi Sejarah telah menukilkan bahawa agama yahudi sangat berkait rapat dengan islam kerana kebanyakkan nabi-nabi dan rasul-rasul diutus dalam kalangan bani israil beragama yahudi. Pada ketika itu yahudi adalah agama Allah swt yang mana penuh dengan penetapan persoalan akidah dan syariat dan beberapa masalah lain. Di dalam old testement(Perjanjian Lama) golongan yahudi telah beriman kesemua nabi-nabi yang kita imani.
Islam datang untuk menyempurnakan agama sebelum ini dengan Allah swt mengutus Nabi Muhammad SAW. Firman Allah swt mengenai agama islam:
Terdapat sedikit perbahasan para pengkaji dan ulama mengenai agama yang dibawa nabi terdahulu atau dikenali agama samawi adakah ia memang yahudi dan kristian atau hanya islam? Sedangkan allah swt menyatakan pada ayat diatas ‘ad din’ dengan penggunaan singular maka sebahagian para ulama menetapkan bermula zaman nabi adam a.s hingga ke nabi muhammad saw adalah islam. Cumanya yahudi dan kristian ini adalah agama yang diubah oleh beberapa individu dan menyatakan agama mereka adalah agama samawi dan islam berasal dari agama mereka.
6 Pemahaman Yahudi Dalam Kehidupan Orang Islam Kami kongsikan 6 pemahaman yahudi tersebut yang viral sebelum ini dalam bentuk jadual agar pembaca mudah fahami apakah pemahaman tersebut. Berikut kami sediakan dalam bentuk jadual:
Ajaran NabiAjaran YahudiNabi ajar makan dengan tanganYahudi cipta suduNabi ajar berak cangkungYahudi cipta tandas dudukNabi ajar nak tunjuk sesuatu dengan jari telunjukYahudi ajar guna ibu jariNabi ajar makan kambingYahudi kata kambing darah tinggiNabi ajar makan buah dahulu sebelum makanYahudi ajar makan selepas makan beratNabi ajar tidur 5 jamYahudi ajar tidur paling kurang 8 jam Itulah beberapa lontaran point yang telah dikongsikan oleh beliau mengenai kita semua buat benda ini tanpa miss walaupun sedikit dan jelas bertentangan dengan ajaran nabi saw.
6 Pemahaman Yahudi Kalau kita fahami secara sekali pandang kita akan membenarkan kenyataan diatas akan tetapi kalau kita telusuri satu persatu dengan displin ilmu kita akan jelas mengenainya. Jom kita tengok 6 pemahaman yahudi satu persatu point yang beliau kongsikan. Sedikit lontaran dan kajian saya mengenai maklumat diatas berdasarkan sumber al-quran dan as-sunnah.
1. Nabi Ajar Makan Dengan Tangan Tidak dinafikan Nabi SAW seringkali mengajarkan kepada kita bila hendak makanlah dengan tangan kanan dan baginda sering mendahulukan bahagian kanan untuk sebahagian besar urusan seharian yang melibatkan kebaikan.
“Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri” (Riwayat Muslim).
Daripada ‘Aisyah R.Anha:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ فِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW membiasakan diri mendahulukan yang kanan dalam memakai selipar, menyikat rambut, bersuci dan dalam setiap urusan kehidupan sehariannya.
Ulasan Ringkas
Makan dengan tangan adalah satu sunnah nabi saw dan dalam hadis juga menyatakan makanlah dengan tangan kanan dan tidak dinyatakan makan dengan garfu atau sudu. Walaupun sudu dan garfu tidak diajarkan maka bukanlah penyebab seseorang itu makan dengan sudu akan jadi yahudi atau terikut dengan 6 pemahaman yahudi ini kerana itulah bukanlah satu sunnah yang disyariatkan tetapi sunnah ghaira tasyri’yyah termasuk dalam adat atau tabiat Baginda sebagai seorang manusia biasa.
Kadang-kadang pengunaan sudu lagi baik dan selamat bagi orang sakit atau ada masalah tangan. Perkara yang sepatutnya ditekankan disini adalah makan dengan tangan kanan, jika anda makan dengan tangan tetapi dengan tangan kiri sangat dilarang oleh nabi saw.
Untuk ketahui apakah maksud sunnah tasyri’yyah dan ghair tasyri’yyah rujuk di portal muftiwp.
6 Pemahaman Yahudi 2. Nabi Ajar Berak Cangkung Berkenaan berat cangkung atau duduk adalah satu permasalahan fiqh. Cara berak ini adalah fleksible berdasarkan kemampuan masing-masing. Adakala bagus untuk golongan berusia dan pada orang ada masalah pinggan. Tapi adakah benda itu membawa keburukan dan bercanggah dengan cara nabi? Admin meletakkan isu ini mestilah pada tengok situasi dan keadaan kesihatan badan seseorang.
Kalau mampu dan sihat digalakkan untuk berat cankung kerana satu sunnah ghair tasyri’yyah dan dari sudut sains juga lagi lebih bagus untuk proses pembuangan. Jika tidak mampu tidak mengapa dan tidak menjadikan dikufur atau jadi yahudi.
Berikut penjelasan kedudukan atau postur badan yang patut dibuat ketika membuang air besar berdasarkan ilmu sains.
3. Nabi Ajar Nak Tunjuk Sesuatu Dengan Jari Telunjuk 6 Pemahaman Yahudi Berkenaan isu isyarat dengan jari telunjuk atau ibu jari telah heboh pada satu ketika. Semua orang ‘tidak boleh’ mengguna ibu jari sebagai isyarat akan dikira mengikut 6 pemahaman yahudi atau ajaran yahudi lalu diajar dengan cara sunnah dengan menggunakan jari telunjuk. Berikut sedikit ulasan abu anas madani:
Untuk menyatakan isyarat dengan ibu jari adalah sebahagian amalan dan 6 pemahaman yahudi mesti dibuktikan kerana untuk melabelkan sesuatu amalan agama lain haruslah ada sumber. Berdasarkan al-quran dan hadis yang sahih dan mashur belum ada lagi bahawa menggunakan ibu jari adalah perbuatan yahudi. Secara umum dalam hadis, penggunaan jari telunjuk ada pada situasi tahiyat/tasyahud(sahih muslim), dekatnya hari kiamat(sahih bukhari), dan ketika nabi mengisyaratkan waktu fajar(sahih bukhari) dan banyak lagi. Namun secara khusunya untuk memberi isyarat kepada seseorang atay sesuatu tiada ditemui secara khusus. Nasihat untuk diri para pembaca – untuk menyatakan sesuatu itu ‘haram’, ‘bid’ah’, ‘amalan Yahudi’, ‘6 pemahaman yahudi’ dan sebagainya perlukan kepada bukti/dalil dan juga huraian dan fatwa ulama yang masyhur dan terkenal sepanjang zaman. Begitu juga untuk menyatakan sesuatu perbuatan sebagai ‘sunnah’ atau ‘wajib dibuat’ juga perlukan bukti dan huraian ulama. Berhati-hati adalah yang terbaik dan jangan gopoh membuat kesimpulan. Penjelasan penuh boleh rujuk di hukum tunjuk oleh abu anas madani
4. Nabi Ajar Makan Kambing 6 Pemahaman Yahudi Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan kesukaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Diantaranya,
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau bercerita,
كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فِى دَعْوَةٍ ، فَرُفِعَ إِلَيْهِ الذِّرَاعُ ، وَكَانَتْ تُعْجِبُهُ ، فَنَهَسَ مِنْهَا نَهْسَةً
Kami pernah bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah undangan. Kemudian dibawakanlah peha kambing, dan beliau menyukainya. Kemudian beliau menggigitnya satu gigitan. (HR. Bukhari 3340 & Muslim 501)
Pertama : Nabi saw menyukai peha kambing, disitu ada perbezaan menyukai kambing dengan bahagian kambing. Contoh lain ada orang suka kepala ikan tapi tidak suka keseluruhan ikan. Kedua : Ia adalah bersifat selera, termasuk dalam adat atau tabiat baginda sebagai seorang manusia biasa suka bahagian tersebut. Menurut al-qadhi iyadh rahimahullah- nabi saw menyukai peha kambing kerana mudah masak, mudah dicerna, lebih lazat dan jauh dari risiko penyakit (syarh shahih muslim). Oleh itu, sunnah makan kambing bukan dalam rangka nabi saw untuk mengajarkan kepada umat bahawasanya ia adalah sunnah ia hanya isyarat itu selera nabi saw sebagai manusia dan selera masing-masing sangat berbeza.
5. Nabi Ajar Makan Buah Dahulu Sebelum Makan 6 Pemahaman Yahudi Buah-buah kaya dengan vitamin, serat dan mineral jika makan dengan cara yang betul dan akan peroleh manfaat untuk tubuh. Secara khusus arahan nabi saw menyuruh dahulukan buah sebelum makan tiada(berdasarkan kajian saya) tetapi para ulama menggunakan ayat quran sebagai hujjah firman Allah SWT:
(وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ﴿٢٠﴾ وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ ﴿٢١
Maksudnya: “Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan daripada jenis-jenis yang mereka (al-Waqiah : 20-21)
Menurut ulama tafsirs imam al qurtubi bila mentafsirkan ayat diatas, beliau menyatakan dalam syurga terdapat banyak buah buahan dan setiap ahli syurga bebas memilih buah bahkan Allah swt mendahulukan buah-buahan berbanding daging. Hikmah mendahulukan buah sebelum makan berdasarkan oleh Syeikh Wahbah Zuhaili dalam tafsir al-munir seperti berikut:
Lebih cepat turun ke perut Cepat untuk dihadam Lebih baik dari kesihatan Lebih banyak mengerakkan syahwat makan Natijahnya, ditegaskan sekali lagi bahawa tiada hadith yang menunjukkan bahawa Nabi SAW menyarankan agar dimulakan dengan buah-buahan ketika makan. Untuk itu, kita tidak boleh sama sekali mengatakan bahawa ianya adalah sunnah kerana tidak ada hadith yang menyatakan sedemikian. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama serta mengurniakan kita ilmu yang bermanfaat. Amin.
Sumber : Mufit Wilayah
6. Nabi Ajar Tidur 5 Jam 6 Pemahaman Yahudi Sedikit penjelasan dari admin yang serba kekurangan ini untuk kita duduk sebentar merenung sebelum menerima dakwaan nabi ajar tidur paling lama 5 jam.
Jika ingin menyatakan sesuatu itulah adalah ajaran yahudi atau agama lain mesti kemukan bukti terlebih dahulu menurut al-quran dan hadis-hadis atau fatwa mufti. Berdasarkan kajian admin (pencarian termampu) tidak menjumpai satu hadis yang nabi menetapkan berapa jam untuk waktu tidur. Kebanyakkan hanya ulasan sendiri dengan pengiraan sendiri. Ada para ilmuan mengkaji secara pengiraan sendiri baginda tidak tidur lebih dari 8 jam. Sifat tidur nabi adalah cepat tidur dan cepat sedar, baginda tidak pernah tidur melebihi keperluan namun tidak menahan diri dari tidur yang mencukupi. Jadi tiada penkhususan berapa jam yang nabi tidur. Rumusan min jika kita mahu meletakkan itu dari 6 pemahaman yahudi kita mesti datangkan bukti terlebih dahulu atau fatwa sebagai sandaran. Kesimpulan Ringkas Berkenaan 6 Pemahaman Yahudi Telah Masuk Kedalam Amalan Orang Islam Admin boleh simpulkan kepada anda semua tentang 6 pemahaman yahudi untuk berhati dari menisbahakan sesuatu perkara atau amalan dari agama lain. Dan antara perkara yang perlu untuk dipandang serius oleh setiap muslim adalah tidak sewenang-wenang menisbahkan sesuatu kepada Nabi SAW tanpa dipastikan terlebih dahulu kesahihannya. Admin takut kita termasuk dalam sabdaan Nabi SAW kepada sesiapa yang cuba melakukan penipuan menggunakan nama Nabi SAW. Nabi SAW bersabda :
لَا تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجْ النَّارَ
Maksudnya : “Jangan berbohong menggunakan namaku. Sesiapa yang menipu menggunakan namaku maka rasakanlah jilatan api neraka.” Riwayat Al-Bukhari (106)
Di dalam riwayat yang lain menyebut yang diriwayatkan daripada Zubair Bin Al-‘Awwam bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Maksudnya : “Sesiapa yang menipu atas aku maka tempahlah (tersedialah) tempatnya di dalam neraka.” Riwayat Al-Bukhari (107)
Inilah di antara ancaman berat daripada Nabi SAW kepada mereka yang menipu dan berbohong menggunakan nama Nabi SAW. Walaupun dari satu sudut apa yang dinisbahkan itu kelihatan baik seperti mengajak orang untuk beramal dan sebagainyan namun begitu, matlamat tidak menghalalkan cara. Menisbahkan sesuatu kepada Nabi SAW secara tidak benar adalah satu jenayah yang perlu diperangi dan dibasmi. Sikap sentiasa berhati-hati dalam menukilkan dan menisbahkan sesuatu ucapan atau perbuatan kepada Nabi SAW perlu dilakukan oleh setiap muslim. Dan juga agama menuntut kita untuk berhati-hati dari melabelkan sesuatu amalan itu dari agama lain jika ada datangkan fakta dan bukti yang jelas bahawasanya ia bercanggah.
Berhatilah-hatilah dalam menisbahkan satu perkataan dan perbuatan kepada Nabi SAW. Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita semua. Wallahu’alam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/11/6-pemahaman-yahudi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Bmf Global Bukan Boikot Tapi Perkasa Ekonomi Orang Islam Harian Metro 11 11 2023

Kempen Bmf Global Bukan Boikot Tapi Perkasa Ekonomi Orang Islam Harian Metro 11 11 2023

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 192 hits
Cyberjaya Inisiatif kempen satukan kuasa membeli yang menyarankan pembeli memfokus pilihan dalam perbelanjaan melalui Pelancaran Buy Muslim First Global membantu memperkasakan produk Muslim tempatan dan luar negara Pengasas Malakat Mall Moh...
Malakat Mall Koppim Bantu Usahawan Perkasa Ekonomi Islam Sinar Harian 11 11 2023

Malakat Mall Koppim Bantu Usahawan Perkasa Ekonomi Islam Sinar Harian 11 11 2023

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 453 hits
CYBERJAYA Malakat Mall bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia melancarkan kempen Buy Muslim First Global Movement bagi membantu usahawan tempatan dan antarabangsa memperkasa semula ekonomi Islam Pengasas pusat beli belah itu M...
Warna Aura Mengikut Bulan Kelahiran Dibenarkan Atau Bercanggah Dalam Islam

Warna Aura Mengikut Bulan Kelahiran Dibenarkan Atau Bercanggah Dalam Islam

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 362 hits
Baru baru ini isu kontroversi seminar motivasi yang dibawa oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia mengenai jenis warna aura mengikut bulan kelahiran Pemahaman sedemikian telah dijelaskan oleh beberapa ustaz ustaz di Malaysia bahawasanya p...
Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 223 hits
Artikel oleh Utusan MalaysiaNEGARA ISLAM PERLU HENTI JUAL MINYAK GAS KEPADA ISRAEL TUN M
Selepas Sidang Oic Bekas Veteran Tentera Us Dedah Kerajaan Islam Sudah Dikuasai Zionist

Selepas Sidang Oic Bekas Veteran Tentera Us Dedah Kerajaan Islam Sudah Dikuasai Zionist

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 190 hits
Memalukan apabila seorang veteran US Marine tegur negara Arab Islam selepas Kemuncak Sidang Arab Islam baru baru ini supaya buat lebih lagi dari sepatutnya Lucas Gage ini adalah merupakan veteran US Marine dan beberapa kali turun dalam misi...
Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

Rakyat Palestin Kecewa Gesa Negara Islam Tekan Israel Henti Eksport Minyak Sinar Harian 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 276 hits
Artikel oleh Sinar HarianRAKYAT PALESTIN KECEWA GESA NEGARA ISLAM TEKAN ISRAEL HENTI EKSPORT MINYAK
Bersama Khofifah Hadiri Pengukuhan Guru Besar Kehormatan Unisma Prabowo Saya Merasa Nu Menjaga Islam Yang Moderat

Bersama Khofifah Hadiri Pengukuhan Guru Besar Kehormatan Unisma Prabowo Saya Merasa Nu Menjaga Islam Yang Moderat

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 148 hits
Prabowo mengatakan sosok Ali Masykur Musa akan selalu menjadi panutan banyak orang untuk dimintai pandangan dan ilmunya
Usaha Perkasakan Islam Tidak Perlu Tunggu Kuasa

Usaha Perkasakan Islam Tidak Perlu Tunggu Kuasa

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 337 hits
Umat Islam perlu memikirkan apakah tindakan yang perlu dilakukan dan muhasabah diri apakah yang telah dilakukan Kelemahan dan kecelaruan Islam bukan disebabkan usaha bukan Islam sebaliknya kelemahan umat Islam sendiri Usaha memperkasakan Is...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha