Apakah Umat Islam Dan Umat Arab Menunggu Rakyat Eropah Membebaskan Palestin Daripada Penindasan Zionis Israel


 



Setiap kali berlaku kekejaman Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang memangsakan penduduk Muslim dan Kristian, negara-negara Arab dan Islam akan mengadakan protes besar-besaran. Itulah tindakan kebiasaan yang dilakukan sepanjang 75 tahun kewujudan negara haram Israel dan ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik. Namun yang anehnya tidak ada usaha yang serius dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara Arab dan negara Islam di rantau tersebut untuk bertindak menghentikan kezaliman Israel. 


Turki yang menjalinkan kerjasama dengan Israel sejak tahun 1950 sehingga ke hari ini telah membuat berpuluh billion nilai dagangan di antara kedua-dua negara. Latihan ketenteraan bersama, pertukaran duta dan lawatan, serta kerjasama dalam sektor pelancongan giat dijalankan. Hal seumpama ini boleh ditamatkan segera sebagai tindakan politik yang tidak melibatkan operasi ketenteraan. Bahkan semakin zalim dan ganasnya Israel menyerang serta membunuh rakyat Palestin, semakin banyak negara-negara Arab yang dahulunya bermusuh dengan Israel, kini mula menjalinkan hubungan diplomatik dan kerjasama ekonomi dengan Israel seperti UAE, Bahrain, Sudan dan Morocco serta Saudi yang sedang berunding untuk menormalisasikan hubungan. Walaupun tidak sampai mengirimkan senjata kepada kepada penduduk Palestin untuk mempertahankan diri, setidak-tidaknya mereka boleh mengambil tindakan politik dengan memutuskan hubungan diplomatik, menghentikan kerjasama ekonomi dan menutup ruang udara negara-negara tersebut kepada Israel.


Di Tengah negara-negara umat Islam kekal bekerjasama dengan Israel, berlaku perkembangan yang menarik di Eropah apabila beberapa Kerajaan dan masyarakat Eropah bangkit menentang kekejaman Israel. Contohnya Republik Ireland yang bukan sahaja lantang dalam negara mereka, tetapi juga bersuara keras dalam Parlimen Kesatuan Eropah mengutuk kekejaman dan tindakan berat sebelah segelintir kuasa Barat.  Protes besar-besaran telah berlaku di New York, Washington DC, London, Dublin, Paris dan Berlin melibatkan demonstran pelbagai agama dan bangsa menjadi satu gelombang baru yang mengecam Zionis. Ia adalah satu perkembangan baru yang menggerunkan pemimpin-pemimpin barat yang hendak bertindak menyokong kezaliman Zionis Israel. 


Adakah bumi Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat di Eropah berbanding sebahagian negara-negara Islam yang bersekongkol dengan Israel dan menguatkan ekonomi negara tersebut. Kekayaan yang Allah kurniakan berupa minyak yang begitu banyak di rantau teluk tidak digunakan untuk membantu membebaskan Palestin. Sebaliknya puluhan billion digunakan untuk membiayai perang untuk menjatuhkan Saddam Hussin di Iraq, menaja gerakan militan Al Qaeda dan ISIS untuk membuat kekacauan di Afghanistan, Iraq dan Syria serta membiayai operasi ketenteraan yang membunuh puluhan ribu rakyat Yaman. 


Dalam masa yang sama, negara-negara kiri seperti Colombia, Bolivia, Chile, Cuba, Korea Utara, Russia, China dan Vietnam lebih keras mengecam Israel dan sebahagiannya memutuskan hubungan dengan negara tersebut. Persoalannya sampai bila umat Islam akan kekal menjadi penonton yang memprotes Israel dan mengeluarkan derma untuk membangunkan Palestin selepas negara tersebut hancur dibantai Israel. Tetapi negara-negara mereka kekal menjalinkan hubungan politik dan ekonomi yang menguatkan Israel, kemudian Gaza diserang lagi dan kita menderma lagi untuk membangunkannya. 


Mohamad bin Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/apakah-umat-islam-dan-umat-arab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kala Zionis Mengganas Ini Tiga Ungkapan Kerap Diucap Rakyat Palestin

Kala Zionis Mengganas Ini Tiga Ungkapan Kerap Diucap Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 327 hits
HarapanDaily comLebih sebulan penduduk di Palestin bumi para Nabi dibedil pengganas Zionis Israel namun bibir mereka tidak lekang dengan tiga ucapan ini Seorang pemuda Gaza berkongsikan ungkapan rakyat Palestin yang boleh didengar masyaraka...
Zionis Guna Simpati Holocaust Bunuh Rakyat Palestin 7 Selama Dekad

Zionis Guna Simpati Holocaust Bunuh Rakyat Palestin 7 Selama Dekad

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 157 hits
Isu Palestin sengaja dijadikan rumit oleh para pelobi Yahudi terutama ke atas negara kuasa besar Barat yang dipengaruhi untuk bersimpati terhadap kekejaman Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua membunuh jutaan kaum Yahudi di Eropah Menurut ...
Gara Gara Kelantangan Anwar Ibrahim Menghentam Israel Peguam Ini Minta Rakyat Malaysia Bersedia

Gara Gara Kelantangan Anwar Ibrahim Menghentam Israel Peguam Ini Minta Rakyat Malaysia Bersedia

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 262 hits
Kita tak mintak banyak Kita hanya mintak rakyat Palestin dilayan selayaknya sebagai manusia Beri mereka makanan dan ubat2an Dan beri peluang untuk bayi mereka hidup dan membesar Kuasa besar Eropah dan Amerika akan menekan kita kerana bersua...
Konon La Solidariti Norish Karman Kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin Sebagai Mengarut

Konon La Solidariti Norish Karman Kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin Sebagai Mengarut

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 265 hits
Pelakon Norish Karman ada meluahkan pendapat mengenai penganjuran solidariti bersama rakyat Palestin oleh kerajaan baru baru ini Ujar Norish dia bersetuju dengan pendapat aktres Mona Allen mengenai perhimpunan Solidariti Palestin yang diras...
Video Keras Iriana Kecam Serangan Israel Banyak Tewaskan Rakyat Palestina

Video Keras Iriana Kecam Serangan Israel Banyak Tewaskan Rakyat Palestina

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 190 hits
Ibu Negara Iriana Joko Widodo bersama anggota Organisasi Aksi Solidaritas Era Kabinet Indonesia Maju menyerukan agar perang di Palestin berhenti
Siapa Kuasa Se Dunia Israel Laknatullah Sikap Damai Islam

Siapa Kuasa Se Dunia Israel Laknatullah Sikap Damai Islam

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 327 hits
Antonio Guterres dan Eli Cohen Gaza Komen Ketua PBB cetus kemarahan IsraelWASHINGTON Penegasan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres bahawa Israel telah melanggar undang undang antarabangsa di Gaza dan menggesa gencatan sen...
Zionis Ceroboh Garis Merah Al Aqsa Cetus Amuk Tentera Palestin

Zionis Ceroboh Garis Merah Al Aqsa Cetus Amuk Tentera Palestin

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 159 hits
Prof Madya Dr Rohaiza Rokis dan Dr Iyad M Eidbhrencana bh com myPada 2023 Zionis dengan majoriti peneroka agama di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu dipilih sebagai parti fasis memerintah di Israel Kerajaan ini secara terbuka menyokong pemi...
Majlis Keselamatan Pbb Bersidang Semula Bincang Konflik Di Palestin Israel

Majlis Keselamatan Pbb Bersidang Semula Bincang Konflik Di Palestin Israel

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 165 hits
MAJLIS Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sekali lagi mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin bagi membincangkan konflik nbsp terkini ketika pengeboman berterusan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza Pada sesi berkenaan Pesuru...
Malaysia Bela Rakyat Palestin Hantar 50 Tan Bantuan Kemanusiaan

Malaysia Bela Rakyat Palestin Hantar 50 Tan Bantuan Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 316 hits
Oleh Noraini NordinANALISIS Bukan hanya sekadar bersuara lantang dan berdemo Malaysia membuktikan usaha terus dijalankan tanpa henti bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan derita perang Antara tindakan yang dilakukan untuk mengurangkan...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025