Hukum Keluar Bersama Bekas Isteri Dan Anak Kecil



SOALAN:
Suami saya masih berjumpa dengan bekas isteri atas alasan berjumpa anak (berumur 4 tahun) dan meluangkan masa dengan anak. Mereka hanya keluar bertiga. Saya telah cadangkan untuk bawa sesiapa untuk dijadikan orang keempat di antara mereka, tetapi bekas isterinya tidak setuju, malahan saya juga tidak diizinkan untuk ikut. Bekas isteri telah mendapat hak penjagaan anak semasa penceraian mereka dahulu. Bekas isteri telah meletakkan syarat jika ingin berjumpa dengan anak hanyalah dengan ada dia dan tidak boleh membawa sesiapa termasuklah saya. Bekas isteri juga tidak mengizinkan jika hanya suami yg membawa anak untuk keluar atas alasan tidak percaya yg suami tidak membawa anaknya berjumpa dengan saya.

1) Apa hukumnya mereka masih berjumpa walaupun dengan niat meluangkan masa bersama anak?
2) Apa yang perlu saya lakukan untuk menasihati mereka?
3) Apa nasihat ustaz untuk saya tidak ada perasaan ragu ragu atau curiga terhadap suami semasa mereka berjumpa/keluar?

JAWAPAN:

Hukum Bekas Pasangan Suami Isteri Berjumpa

Pada asalnya, hukum bekas pasangan suami isteri berjumpa adalah sama seperti dua orang yang ajnabi (asing) berlainan jantina berjumpa. Berkenaan hukumnya, ia perlu melihat kepada keperluan. Sekiranya tidak ada keperluan, sedangkan perjumpaan membawa kepada memandang, berkhalwat, dan bercakap secara mesra antara satu sama lain, maka tidak dibenarkan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Nur: 30)

Berkata Imam Ibn Jarir al-Tobari berkenaan tafsir ayat ini: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka daripada apa yang mendatangkan syahwat pada padangan terhadapnya, daripada jenis perkara yang dilarang Allah untuk memandang kepadanya… maka itu lebih suci bagi diri mereka di sisi Allah dan lebih banyak kelebihan.” [Rujuk: Jami` al-Bayan (19/154)]

Namun begitu, dalam situasi hajat dan darurat, harus sesama ajnabi itu memandang antara satu dan lain. Para ulama' menggariskan beberapa panduan berkenaan hal-hal keperluan yang mengharuskan memandang:

MeminangBelajarBerubatBermuamalatKesaksian dalam kes mahkamahHakim meminta sumpah dan menjatuhkan hukum
[Rujuk: al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/50)]

Pengecualian ini berdasarkan kadar keperluan sahaja dan tidak melebihi daripada keperluan. Jika tujuannya adalah untuk berseronok-seronok, maka diharamkan. Sebahagian ulama berpendapat harus lelaki memandang wanita pada wajah dan dua tapak tangannya jika aman daripada fitnah dan tidak disertai dengan syahwat. Ini dipersetujui oleh Imam al-Bajuri. [Rujuk: al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadah (hlm. 205)]

Berdasarkan fakta dan hukum di atas, kami berpendapat hukum bekas pasangan suami isteri berjumpa adalah diharuskan. Ini kerana suami masih lagi memiliki tanggungjawab terhadap anak yang berusia empat tahun itu daripada sudut memberikan nafkah dan pendidikan. Pastinya, itu akan membawa kepada hubungan muamalat yang melibatkan perjumpaan dan perbualan dengan bekas isteri yang merupakan penjaga bagi kanak-kanak tersebut. Status ibu sebagai penjaga bagi anak di bawah umur mumaiyiz sudah dinaskan di dalam hadith Abdullah bin `Amru:

أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم جاءَتْهُ امْرَأَةً، فقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ ابْنِي هَذَا كَانَ بَطْنِي لَهُ وِعَاءً وَثَدْيِي لَهُ سِقَاءً وَحِجْرِي لَهُ حِوَاءً وَإِنَّ أَبَاهُ طَلَّقَنِي وَأَرَادَ أَنْ يَنْتَزِعَهُ مِنِّي فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: أَنْتِ أَحَقُّ بِهِ مَا لَمْ تَنْكِحِي
Rasulullah SAW ditemui oleh seorang wanita dan berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya akulah yang mengandungkan anakku ini, susukulah yang menjadi minumannya, dan akulah penjaganya. Bapanya telah menceraikan aku dan sekarang dia ingin mengambil anakku.” Rasululllah SAW bersabda: “Kamu lebih berhak daripadanya, selagi kamu tidak berkahwin lain.” [Riwayat Abu Daud (2276)]

Justeru, berjumpa dan berbuat dengan bekas isteri bagi tujuan maslahat anak adalah diharuskan.

Adapun berkenaan dengan khalwat, maka tidak boleh mereka berkhalwat atau bersendirian kerana mereka adalah ajnabi. Wajib terdapat orang ketiga yang boleh menemani mereka sama ada mahram bagi wanita atau wanita Muslim yang terpercaya yang diyakini boleh menegah mereka daripada melakukan perzinaan. Tidak disyaratkan orang tengah tersebut adalah isteri kedua tersebut. Boleh juga sesi perjumpaan itu dibuat di khalayak ramai dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah. Hukum ini berdasarkan hadith Abdullah bin Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ
“Jangan sekali-kali seorang lelaki itu bersendirian dengan seorang perempuan melainkan terdapat bersamanya mahram.” [Riwayat al-Bukhari (5233) dan Muslim (1341)]

Dalam riwayat al-Tirmidzi (2165) daripada Ibn Umar R.Anhuma, Baginda SAW juga bersabda:

إِلَّا كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
“…melainkan antara kedua mereka ada syaitan (jika tiada mahram atau seumpamanya).”

Nasihat Kepada Mereka

Berdasarkan jawapan bagi soalan pertama, kami mencadangkan agar puan yang bertanya menasihati mereka dengan perkara berikut:

Hendaklah mereka menjaga pergaulan mereka semata-mata untuk maslahat anak dan bukan untuk tujuan maksiat.Hendaklah mereka mendapatkan khidmat orang tengah yang boleh menegah mereka daripada melakukan maksiat, atau berjumpa di khalayak ramai.Menasihati suami agar menjalankan tugas dengan baik sebagai seorang ayah dengan menyediakan nafkah dan pendidikan sempurna kepada anaknya.Menasihati suami agar sentiasa berlaku jujur dan adil dalam setiap tindakan yang akan memberikan kesan kepada kedua-dua keluarga.Berdoa agar setiap pihak mendapat kebaikan dan hidup dalam kasih sayang dengan Allah ﷻ sekalipun selepas bercerai.
Mudah-mudahan, pesanan ini akan memberikan manfaat kepada semua.

Mengelakkan Perasaan Ragu-Ragu Dan Curiga Kepada Suami

Selain daripada nasihat yang kami sebutkan di atas, kami mengatakan bahawa kecemburuan puan dalam hal ini menandakan puan adalah normal dan kebiasaan bagi wanita. Namun, janganlah sampai kecemburuan itu menghasilkan natijah yang buruk hanya kerana prasangka. Justeru hendaklah puan bersangka baik kepada Allah SWT dan menyerahkan urusan diri kepada-Nya setelah kita sudah bertawakkal dan berusaha.

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
“Sesungguhnya Aku di sisi sangkaan hamba-Ku dengan-Ku.” [Riwayat al-Bukhari (7505) dan Muslim (2675)]

Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim (6/44): “Berkata Qodhi Iyyadh bahawa satu pendapat itu bermaksud keampunan bagi orang yang bersangka baik dengan Allah apabila dia meminta ampun, dan penerimaan apabila dia meminta taubat, dan kemustajaban doa apabila dia memohon, dan kecukupan apabila dia minta kecukupan. Pendapat lain pula mengatakan bahawa yang dikehendaki daripadanya ialah pengharapan dan impian mendapatakan keampunan, dan pendapat ini yang lebih sahih.”

Rasullullah SAW pernah mengajar para sahabat doa yang baik diamalkan pada waktu pagi dan petang. Anas bin Malik RA pernah mendengar Rasulullah SAW berpesan kepada anaknya Fatimah R.Anha akan satu doa yang dibaca pada pagi dan petang:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ
“Wahai Yang Maha Hidup! Wahai Yang Maha Mentadbir! Dengan rahmat-Mu aku meminta tolong, agar engkau perbaiki bagiku akan urusanku kesemuanya, dan janganlah kiranya engkau biarkan aku uruskan diriku sendiri sekalipun dengan sekelip mata.” [Riwayat al-Nasaie (10330)]

Sebagai seorang wanita, hendaklah puan meningkatkan ketaqwaan dan serta mempersiapkan diri dengan ilmu rumahtangga yang sebenar mengikut al-Quran dan al-Sunnah berkenaan hak-hak diri sendiri, pasangan dan perkara penting yang berkaitan dengannya, seperti undang-undang keluarga Islam dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Puan juga boleh merancang aktiviti pembangunan insan bersama dengan suami seperti menghadiri kuliah berkeluarga di pusat-pusat pengajian seperti masjid dan surau. Begitu juga dengan melakukan ibadah bersama seperti solat berjemaah, bertadarus al-Quran dan berpuasa bersama. Dengan itu, puan akan lebih banyak masa yang berkualiti dan pasti akan membekaskan memori yang positif dalam hubungan suami isteri. Pastinya ini akan menegah unsur-unsur negatif seperti sangka buruk dan hal remeh temeh, kerana rumah tangga itu telah dibina atas dasar kehambaan kepada Allah.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-keluar-bersama-bekas-isteri-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Takutkan Allah Anak Kecil Ini Sanggup Lawan Hukum Graviti

Kerana Takutkan Allah Anak Kecil Ini Sanggup Lawan Hukum Graviti

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 868 hits
Sumber Fb Oh Malaysia KuGeli hati melihat kerenah anak kecil itu tapi disebaliknya terdapat pengajaran Amal yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari seorang hamba adalah sembahyangnya Jika sembahnyangnya baik maka dia telah berjaya d...
Suami Isteri Sukarela Make Over Kelas Anak Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan

Suami Isteri Sukarela Make Over Kelas Anak Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 607 hits
Tidak dinafikan cara guru mengajar dalam kelas menjadi penyumbang kepada mudahnya seseorang murid itu faham dalam pembelajaran Namun suasana serta keadaan kelas mampu untuk memberi aura serta semangat kepada pelajar untuk belajar Ikuti kisa...
Umpama Perang Suami Kongsi Cerita Tengok Isteri Sakit Indius Bertarung Nyawa Lahirkan Anak

Umpama Perang Suami Kongsi Cerita Tengok Isteri Sakit Indius Bertarung Nyawa Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 462 hits
Hanya ibu yang pernah merasa indius tahu betapa peritnya rasa sakit kontraksi selepas itu Sakitnya bukan main sehingga ada yang menyifatkan itulah kesakitan yang paling dahsyat sekali Tidak dapat diungkapkan dengan kata kata Sebagai suami s...
Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 632 hits
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar mama papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak anak Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siap...
4 Pendekatan Bagaimana Untuk Mengubah Sikap Buruk Anak Kecil

4 Pendekatan Bagaimana Untuk Mengubah Sikap Buruk Anak Kecil

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 391 hits
Kita semua mempunyai tabiat buruk sama ada yang dilakukan sejak kecil mahupun yang mula menjadi tabiat apabila meningkat dewasa Sedangkan orang dewasa yang mempunyai tabiat buruk pun sukar untuk membuangnya apatah lagi anak kecil yang masih...
Detik Detik Seorang Ibu Melempar 2 Anak Keluar Jendela Apartemen Agar Selamat Dari Kebakaran

Detik Detik Seorang Ibu Melempar 2 Anak Keluar Jendela Apartemen Agar Selamat Dari Kebakaran

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 566 hits
Pengorbanan orang tua untuk anaknya tidak mengenal batas apapun dilakukan bila si anak dalam bahaya termasuk mengorbankan diri sendiri Sebuah pengorbanan orang tua yang mengharukan terekam dalam kamera pengawas saat sebuah gedung apartemen ...
Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya

Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 322 hits
Setiap hubungan perkahwinan pasti akan ada ujian yang memerlukan pasangan tersebut bersabar menempuhnya Bahkan ujian yang melibatkan hubungan pasangan dengan keluarganya Walaupun ianya dipandang remeh namun jika anda memahami hukum melarang...
Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak

Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 572 hits
Bersukan memang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi Malah kanak kanak memang sudah azalinya sentiasa aktif dan cergas Namun mungkin yang ibu bapa kurang arif tentang sukan yang bersesuaian dengan usia si kecil anda Ternyata memang banyak je...
Dua Beranak Maut Kemalangan Saksi Sempat Dengar Anak Kecil Menjerit Minta Tolong

Dua Beranak Maut Kemalangan Saksi Sempat Dengar Anak Kecil Menjerit Minta Tolong

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 516 hits
Baru sahaja menyambut perayaan Tahun Baru Cina hari ini satu keluarga diuji dengan kehilangan nyawa selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan jalan raya Kejadian berlaku pada sekitar 9 30 pagi tadi di highway PLUS...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025