Hukum Ibu Bapa Menggunakan Harta Anak Anak



Soalan:
Apakah hukum ibu bapa yang menggunakan duit simpanan anak-anak tetapi menggantikan semula duit tersebut? Boleh terangkan sedikit mengenai perkara ini. Terima kasih.

Jawapan:
Dalam kehidupan harian yang kian mencabar, sering kali terjadi perbelanjaan keperluan harian melebihi daripada pendapatan isi rumah. Ini mendorong kepada masyarakat untuk mencari alternatif dan menjadi lebih kreatif demi kehidupan yang lebih baik. Di antara soalan yang sering diajukan kepada kami adalah berkenaan dengan penggunaan harta anak-anak seperti wang simpanan mereka oleh ibu bapa untuk memenuhi keperluan harian. Di sini kami kongsikan pandangan dan perbahasan ringkas para ulama’ bagi menjawab persoalan ini.

Jumhur (majoriti) fuqaha’ di dalam mazhab asy-Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa ayah tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukannya sahaja. [Lihat Mughni al-Muhtaj (3/446), Hasyiyah Ibn ‘Abidin (4/513), Hasyiyah ad-Dasuqi ‘ala al-Syarh al-Kabir (2/522)]

Mereka berhujah berdasarkan keumuman hadith Nabi SAW bahawa tidak boleh diambil harta seseorang dengan sewenang-wenangnya. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا
“Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan di antara kamu adalah haram bagimu sepertimana kemuliaan pada harimu ini, di negerimu ini.” [Riwayat at-Tirmidzi (2159)]

Al-Mubarakfuri Rahimahullah telah berkata: “Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu haram bagimu iaitu haram untuk diambil sebahagian daripada kamu ke atas sebahagian yang lain pada hari-hari lain sepertimana kehormatan pada hari ini iaitu pada hari Arafah (pendapat lain: hari raya korban), di negeri ini iaitu Mekah.” [Lihat Tuhfat al-Ahwazi (8/382)]

Para fuqaha’ dalam mazhab Hanbali pula berpendapat bahawa seorang ayah berhak untk mengambil harta anaknya secara mutlak, sama ada anaknya masih kecil mahupun sudah besar, namun dengan 2 syarat, iaitu:

Tidak memberi mudarat kepada anaknya dan tidak mengambil sesuatu yang menjadi keperluannya.Tidak mengambil harta daripada salah seorang daripada anaknya dan memberikannya kepada anak yang lain.
[Lihat al-Mughni (6/62)]

Mereka berhujah dengan hadith Nabi SAW:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رضي الله عنه, أَنَّ رَجُلا قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّه, إِنَّ لِي مَالا وَوَلَدًا وَإِنَّ أَبِي يُرِيدُ أَنْ يَجْتَاحَ مَالِي, فَقَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ
Daripada Jabir bin Abdullah RA, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak, dan ayahku ingin mengambil hartaku”, maka Rasulullah SAW bersabda: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu.” [Riwayat Ibn Majah (2291)]

Mengenai hadith ini, selepas menukilkan pandangan muhadithin seperti ad-Daruqutni, Ibn Qattan dan al-Munziri Rahimahumullah, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah telah memberi komentar: “Maka gabungan daripada jalan-jalan periwayatan hadith ini tidak akan melemahkannya dan harus berhujah dengannya.” [Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih Bukhari (5/211)]

Al-Hafiz as-Suyuti Rahimahullah telah berkata: “Hadith ini sanadnya sahih, perawi-perawinya thiqah (dipercayai) atas syarat-syarat Imam al-Bukhari dan mempunyai syahid daripada hadith riwayat ‘Aisyah RA.” [Lihat Misbah az-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah (3/37)]

Ulama’ juga berbeza pandangan adakah ibu dibolehkan untuk menggunakan harta anaknya jika keadaan memerlukan dan adakah ibu termasuk dalam makna hadith: “أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ” ataupun tidak.

Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa ibu tidak termasuk dalam makna hadith tersebut. Telah berkata Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah: “Tidak boleh selain daripada ayah untuk mengambil harta anaknya tanpa meminta keizinannya. Ini kerana hadith yang diturunkan telah ditujukan kepada ayah (أنت ومالك لأبيك), maka tidak sah untuk mengqiyaskan selain kepada ayah kerana ayah mempunyai kekuasaan ke atas anak serta hartanya jika anak tersebut masih kecil.” [Lihat al-Mughni (5/397)]

Sebahagian ulama’ pula berpendapat bahawa ibu termasuk dalam makna hadith tersebut. Mereka bersandarkan kepada kata-kata sahabat, Abdullah bin Jabir RA:

يَأْخُذُ الْأَبُ وَالْأُمُّ مِنْ مَالِ وَلَدِهِمَا بِغَيْرِ إذْنِهِ ، وَلَا يَأْخُذُ الِابْنُ وَالِابْنَةُ مِنْ مَالِ أَبَوَيْهِمَا بِغَيْرِ إذْنِهِمَا
“Ayah dan ibu boleh mengambil harta anaknya tanpa perlu meminta keizinan daripadanya, dan tidak boleh anak lelaki dan anak perempuan mengambil harta kedua ibu bapanya tanpa mendapat keizinan daripada mereka berdua.” [Lihat al-Muhalla (6/385)]

Mereka juga berhujah dengan riwayat daripada Atho’ bin Abi Rabah dan az-Zuhri yang membenarkan ibu mengambil harta anaknya sepertimana dibenarkan ke atas ayah. [Lihat al-Mudawwanah (2/264)]

Kesimpulan

Kami berpendapat bahawa pendapat jumhur (majoriti) ulama’, iaitu ayah tidak boleh mengambil harta anaknya dengan sewenang-wenangnya dan hanya dibenarkan jika dalam keadaan yang memerlukannya sahaja adalah lebih tepat dari segi penghujahan dan objektif syara’. Hukum ini juga terpakai untuk ibu kepada anak tersebut. Mengenai hadith (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ), para ulama’ menjawabnya dengan dua jawapan:

1. Huruf lam pada perkataaan (لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan penuh, tetapi ia membawa makna keharusan mengggunakannya.

Ibn al-Qayyim al-Jauziah Rahimahullah telah berkata: “Huruf lam pada hadith (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan mutlak, sesiapa yang mengatakan bahawa ia membawa maksud keharusan menggunakannya, maka ia lebih menepati makna hadith. Jika tidak, maka hilanglah faedah dan makna hadith tersebut.” [Lihat I’lam al-Muwaqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin (1/116)]

2. Seorang anak apabila meninggal dunia, hartanya akan diwarisi oleh isteri, ibu, anak-anaknya serta ahli keluarga lain. Bukan hanya ayahnya sahaja yang mewarisi harta tersebut. Jika harta seorang anak dimiliki sepenuhnya oleh seorang ayah, maka waris lain tidak memiliki hak untuk mewarisi hartanya.

Imam asy-Syafie Rahimahullah telah berkata: “Sesungguhnya ketika mana Allah mewajibkan bagi seorang ayah mewarisi harta anaknya, Dia menjadikan ayah tersebut seperti waris-waris yang lain, iaitu berkemungkinan seorang ayah memperoleh bahagian yang lebih sedikit berbanding waris-waris yang lain. Ini menjadi bukti bahawa seorang anak memiliki sepenuhnya hak ke atas hartanya, bukan orang lain.” [Lihat ar-Risalah (hlm. 468)]

Kesimpulannya, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja. Jika ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/hukum-ibu-bapa-menggunakan-harta-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Perlu Amal 7 Doa Ini Supaya Anak Dengar Kata Dan Rajin Solat Sejak Kecil

Ibu Bapa Perlu Amal 7 Doa Ini Supaya Anak Dengar Kata Dan Rajin Solat Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 508 hits
Doa ibu untuk anak tiada hijabnya Justeru dalam apa jua keadaan sentiasa doakan anak anak Malah tatkala mereka melakukan perkara yang tidak disenangi adalah lebih baik terus mendoakan kebaikan daripada mengeluarkan kata kata kesat Dalam pad...
Ke Masjid Berdua Anak Selamat Bapa Ditembak Rahimi Kritikal Lepas Dibedah Ibu Mohon Doa Semua

Ke Masjid Berdua Anak Selamat Bapa Ditembak Rahimi Kritikal Lepas Dibedah Ibu Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 427 hits
Tiada apa yang diharapkan lagi kecuali melihat insan tersayang dalam pulih dan kembali sihat Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan rambang di masjid di Christchurch New Zealand kini dikatakan kritikal Semalam masyarakat dunia dikejut...
Anak Lambat Menulis Mungkin Dia Ada Masalah Penglihatan Ibu Bapa Perlu Dapatkan Rawatan Segera

Anak Lambat Menulis Mungkin Dia Ada Masalah Penglihatan Ibu Bapa Perlu Dapatkan Rawatan Segera

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 387 hits
Cikgu mengadu anak saya lambat menulis Anak saya berusia 6 tahun Dia akan tengok pada White Board dengan sangat lama kemudian dia akan menulis satu persatu huruf sambil merujuk kembali white board untuk menulis huruf seterusnya Dia akan men...
Dah Berbulan Bulan Cuba Beri Anak Botol Susu Tetapi Gagal Akhirnya Ibu Ini Berjaya Dengan Menggunakan Botol Picit

Dah Berbulan Bulan Cuba Beri Anak Botol Susu Tetapi Gagal Akhirnya Ibu Ini Berjaya Dengan Menggunakan Botol Picit

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 301 hits
Bukan senang untuk ibu ibu membiasakan anak menyusu menggunakan botol susu apabila mereka sudah lama menyusu secara terus dari ibunya Masalah ini biasanya terjadi pada ibu ibu yang bekerjaya yang perlu menyediakan botol susu untuk anak Puan...
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya

Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 452 hits
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya Rupanya belum habis isu tentang anak perempuan kena bertanggung jawab pada ibu sekali pun tak bekerja kita patut tahu bahagiakan hati orang tua Itulah yang cuba d...
Suka Menyampuk Cakap Orang Tua Masuk Bilik Tuan Rumah Ibu Bapa Wajib Tegur Perangai Anak Elak Makin Parah

Suka Menyampuk Cakap Orang Tua Masuk Bilik Tuan Rumah Ibu Bapa Wajib Tegur Perangai Anak Elak Makin Parah

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 484 hits
Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa pada hari raya mahupun hari biasa ada kanak kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin berlari lari dalam rumah buka peti sejuk tuan rumah Tanpa sedar anak ini melampau batas dan ket...
Ibu Bapa Dakwa Guru Tahfiz Cium Bibir Anak Dan Paksa Mereka Urut Badannya

Ibu Bapa Dakwa Guru Tahfiz Cium Bibir Anak Dan Paksa Mereka Urut Badannya

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 699 hits
Sekumpulan ibu bapa mendakwa guru di sebuah sekolah tahfiz telah mendera anak anak mereka Dalam video dua minit yang viral di media sosial menunjukkan pihak ibu bapa berdepan dengan seorang guru di sekolah tersebut Berdasarkan video itu ibu...
Anak Anak Menc4rut Ini Tindakan Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan

Anak Anak Menc4rut Ini Tindakan Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 542 hits
Geram kan kalau anak tiba tiba menuturkan perkataan yang tidak baik kasar kesat atau lucah Dalam kepala ligat berfikir mana pulak dia belajar perkataan tak elok ni emosi jadi tak terkawal Panngg tangan si ibu hinggap di paha anak dan kemudi...
Sejumlah Bahaya Yang Mengancam Jika Anak Anak Menggunakan Make Up

Sejumlah Bahaya Yang Mengancam Jika Anak Anak Menggunakan Make Up

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 205 hits
Daya tahan kulit anak dan kulitnya belum sebagus orang dewasa jadi memang reaksi iritasinya lebih cepat Tapi kalau dicoba dan langsung dibersihkan apalagi kalau makeup khusus anak harusnya aman Kecuali mengandung zat alergi tutur Anesia Tan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut