Hukum Bersumpah Dengan Nama Atau Sifat Allah


 


HUKUM BERSUMPAH DENGAN NAMA ATAU SIFAT ALLAH YANG DITERJEMAH ADMIN PMWP  13 MAC 2020  JUMLAH PAPARAN: 29718

Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Apa hukum bersumpah dengan nama atau sifat Allah SWT yang telah diterjemah?
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke hari kesudahan.
Sumpah dalam bahasa Arab ialah al-Aiman (الأيمان). Ia merupakan jamak dari perkataan al-Yamin (اليمين). Pada dasarnya, ia bermaksud tangan kerana untuk bersumpah, masyarakat Arab biasanya mengangkat tangan kanan mereka. (Lihat Taudhih al-Ahkam, 7/105)
Manakala pada istilah, ia bermaksud menguatkan perkara yang disumpah dengan mengemukakan sesuatu yang agung secara khusus. Hal ini dilakukan dengan dengan menggunakan salah satu di antara huruf sumpah ba’, waw, atau ta’ (dalam bahasa Arab). Iaitu dengan menyebut billahi, wallahi atau tallahi yang membawa maksud ‘demi Allah’. (Lihat al-Qaul al-Mufid, 2/213 dan Taudhih al-Ahkam, 7/105)
Sumpah hendaklah hanya dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT atau salah satu sifat-Nya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ باللَّهِ، أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Sesiapa yang ingin bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, atau lebih baik diam.”
Riwayat al-Bukhari (3836) dan Muslim (1646)
Dalam menjawab persoalan di atas, sumpah yang dilakukan menggunakan nama dan sifat Allah SWT meskipun dengan selain bahasa Arab, maka sumpahnya tetap berlaku dan dia wajib membayar kaffarah jika dia melanggarnya.
Kami kemukakan di sini pendapat Ibn Hazm yang antara lain menyebut: Sumpah tidak berlaku kecuali dengan nama Allah SWT, sama ada dengan menggunakan salah satu nama-Nya atau dengan salah satu sifat yang Dia telah khabarkan kepada kita, dan yang dimaksudkan adalah Allah SWT dan bukan selain-Nya. Hal ini seperti: ‘مقلب القلوب’ (yang membolak-balikkan hati), ‘وارث الأرض وما عليها’ (pewaris bumi dan seisinya), ‘الذي نفسي بيده’ (yang jiwaku ada di tangan-Nya), ‘رب العالمين’ (Tuhan semesta alam) dan yang seumpama dengannya.
Sumpah seperti itu berlaku untuk semua bahasa. Begitu juga seseorang yang bersumpah dengan ilmu Allah, kekuasaan-Nya, kekuatan-Nya atau keagungan-Nya dan semua ungkapan seperti itu. Jika seseorang bersumpah dengan kata-kata ini, maka dia dianggap telah bersumpah. Sekiranya dia melanggarnya, maka dia wajib membayar kaffarah. (Lihat al-Muhalla, 8/30)
Ibn al-Humam[1] al-Hanafi pula menjelaskan, seandainya seseorang berkata dalam bahasa Parsi ‘سوكندمي خورم بخداي’, maka ucapan itu dianggap sumpah kerana maknanya adalah, ‘Aku bersumpah kepada Allah sekarang.’ (Lihat Fath al-Qadir, 5/76)
Al-Hattab dari mazhab Maliki turut menegaskan bahawa sesiapa yang bersumpah dengan Allah menggunakan apa-apa bahasa, dan kemudian melanggar sumpah tersebut, maka wajib atasnya kaffarah. (Lihat Mawahib al-Jalil, 4/399)
Justeru, sumpah yang dilafazkan walaupun menggunakan bahasa selain Bahasa Arab, maka sumpah tersebut tetap berlaku.
 
Kesimpulan
Berdasarkan nas dan kenyataan di atas, mengucapkan kalimat-kalimat yang mengandungi lafaz sumpah meskipun dengan selain Bahasa Arab, maka sumpahnya tetap berlaku dan dia wajib membayar kaffarah jika melanggar sumpah tersebut. Namun yang lebih aulanya adalah dengan melafazkan sumpah dalam bahasa Arab.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman yang tepat kepada kita dalam mengamalkan titah perintah-Nya. Amin.
 




# kaffarah jika melanggar sumpah yang ringan dan mampu dilakukan menjadikan bersumpah dengan nama Allah dipandang ringan oleh mereka yang sengaja bersumpah dengan nama Allah hakikatnya berbohong tetapi dilakukan bagi memperdaya pihak lain untuk mempercaya kata katanya...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kluangmanexpress.blogspot.com/2022/11/hukum-bersumpah-dengan-nama-atau-sifat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm600 Bilion Muhyiddin Tidak Perlu Jawab Di Media Atau Bersumpah Jawab Sahaja Di Rci

Rm600 Bilion Muhyiddin Tidak Perlu Jawab Di Media Atau Bersumpah Jawab Sahaja Di Rci

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 303 hits
Oleh Adam MalikDalam perkembangan terkini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan sekeras keras nya dia tidak mengambil langsung wang RM600 bilion masuk kedalam akaun peribadi nya Jawapan diberi oleh TSMY juga jelas untuk menyindir Datuk ...
Ismail Sabri Tak Tandatangani Sd Sokong Muhyiddin Atau Anwar

Ismail Sabri Tak Tandatangani Sd Sokong Muhyiddin Atau Anwar

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 203 hits
bharian com myOleh November 22 2022 10 55amDatuk Seri Ismail Sabri melambai tangan kepada petugas media ketika tiba di pintu utama Istana Negara semalam BERNAMAKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menandatang...
Bn Dah Ada Keputusan Akan Keluar Kenyataan Media Untuk Nyatakan Sokongan Sama Ada Kepada Ph Atau Pn

Bn Dah Ada Keputusan Akan Keluar Kenyataan Media Untuk Nyatakan Sokongan Sama Ada Kepada Ph Atau Pn

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 181 hits
Hari yang dinantikan telah tiba Barisan Nasional dilaporkan telah membuat keputusan untuk bergabung dengan parti pilihan bagi membentuk kerajaan persekutuan yang akan diketahui selewat lewatnya jam dua petang ini Semalam pemimpin tertinggi ...
Ini Kerajaan Gabungan Bukan Kerajaan Ph Atau Dap

Ini Kerajaan Gabungan Bukan Kerajaan Ph Atau Dap

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 143 hits
FAZLI RADZICalon Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk adalah kerajaan gabungan bukannya kerajaan PH atau DAP Ia bukan kerajaan DAP bukan kerajaan PH Ia adalah kerajaan gabu...
Saya Cadangkan Biarlah Pn Dan Ph Bergabung Tubuh Kerajaan Tok Mat Mahu Bn Jadi Pembangkang Tak Perlu Sokong Ph Atau Pn

Saya Cadangkan Biarlah Pn Dan Ph Bergabung Tubuh Kerajaan Tok Mat Mahu Bn Jadi Pembangkang Tak Perlu Sokong Ph Atau Pn

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 143 hits
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan mencadangkan Pakatan Harapan bergabung dengan Perikatan Nasional untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Menurut Mohammad atau Tok Mat cadangan itu dibuat kerana PH dan PN kerana dua blok berkenaan mendapa...
Semakin Celaru Bn Akan Kahwin Dengan Ph Atau Pn

Semakin Celaru Bn Akan Kahwin Dengan Ph Atau Pn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 140 hits
Satu dari borneo dah announce sedia nak jadi orang tengah nak kahwinkan PN BN Sebelah BN pulak katanya belum ada risikan cincin tunang dari PN Cerita lain dengar pulak ada yang lari dari pertemuan mesyuarat ahli keluarga Ahli keluarga katan...
Muhyiddin Atau Anwar

Muhyiddin Atau Anwar

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 141 hits
hmetro com myMUHYIDDIN dan ANUAR Kuala Lumpur Salah seorang daripada dua nama besar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 Ia selepas gabungan parti yang dipimp...
Pemimpin Ph Dan Bn Berjumpa Di Hotel Seri Pacific Kl Pagi Ini Adakah Anda Teruja Atau Sebaliknya

Pemimpin Ph Dan Bn Berjumpa Di Hotel Seri Pacific Kl Pagi Ini Adakah Anda Teruja Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 159 hits
Pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dilaporkan akan mengadakan perjumpaan pada jam 10 pagi Isnin di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur namun tidak dinyatakan tujuan perjumpaan itu diadakan Menurut sumber Saya diberitahu memang ada pe...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time